Social Icons

Thursday, February 25, 2010

reading

Whenever I feel like I cannot write,
then I know that I have not been reading enough lately.

this phrase i took from one of my blogger friends that i follow her blogs always.. i totally agree with her and that's why i put it here.. and the time i write this post i feel that i am in the situation.

though we know that, perhaps there are some other constraints, not because we have not been reading enough...owhhhh i am thinking of my wife in kampung carrying my first offspring ..... ya Allah....

Wednesday, February 24, 2010

hijab


kebanyakan JENIS burqa atau niqab yang dipakai muslimah Malaysia....!!!







kepada blogger lelaki, bolehkah fesyen pakaian mereka menjadi pilihan anda untuk dijadikan suri hidup?

the rainbow troop

LASKAR PELANGI - tajuk pun best ... citer-citer cam ni lah UJ minat sebenarnya... memang tak ada langsung pelakon terkenal... sebenarnya sebelum ni UJ tak tahu pun pasal filem ni. Yang pernah dengar hanya lah lagu nye laskar pelangi... tgk kat youtube semalam baru tahu pe bende lah yang dinyanyikan tuh....ia sebuah filem yang diadaptasi dr sebuah novel.. karya sulong pulak tu seorang penulis novel Andrea Hirata.. dan sebelum-sebelum semua tu.... UJ bukak, blog seorang kawan blogger ni ...dia pun tulis tentang yang ni... baru lah UJ terus google dan youtube pe yang kaitan... ye best.... mengenai komen blogger tu boleh klik kat bawah ni....

rasanya hampir tak ada pelakon terkenal dalam tuh....dan mungkin penduduk tempatan di situ ...yang unik pulak.. mereka bertutur dialek tempatan yang hampir-hampir sama macam orang Malaysia...mungkin masih di bawah lingkungan geography kepulauan riau-lingga yang pernah menjadi pusat bahasa Melayu bahkan bahasa Melayu yang dipertutorkan banyak orang di bahagian selatan semenanjung dan KL ... dengan tidak menggunakan sebutan baku.....dari sini kan??????? betulkan UJ kalau tersilap.... s

Setting yang dimaksudkan dalam filem ni ialah di sebuah pulau kecil di sumatera selatan, indonesia..pulau belitong namanya...dan dikhabarkan filem ini mendapat sambutan yang cukup bagus di sana? macaman pulak kalau filem sebegini dan seumpama ini dilakonkan oleh mereka yang tak hensem dan tak jelita ...di Malaysia...? dapat sambutan ke? entah laaaa... Mungkin rakyat Malaysia merasakan menonton filem hanya sekadar hiburan semata-mata dan tidak mahu terlalu banyak campur unsur-unsur lain yang boleh diambil kesempatan menjadi sisipan di situ. walhal dengan menonton filem selain plot yang kita nak tahu ... mungkin tidak secara terus, penonton juga boleh mencedok ilmu yang digarap menerusi lakonan yang mantap oleh para pelakon walaupun tidak terkenal dan mungkin tidak perlu seksi untuk menarik orang melihatnya...


bercakap mengenai filem-filem sebegini, teringat pula UJ waktu masih belajar di kampus dulu, UJ pernah menonton filem ini... tapi tengok CD jer.. beli kat entah mana la...time tuh DVD tak glamour sangat ada pun mahal.. UJ tak reti lak nak masuk panggung hehhehehe.. ajak member-member sekor pun tak berminat... malah dorang pelik lak .. Kenapa UJ teruja sangat dengan filem tuh... tapi berkali-kali UJ tengok, UJ tetap tidak beberapa faham... ingat lagi tentang dari Jemapoh ke Manchester...???? huhuhuh.. yang best filem ni lah yang UJ buat topik presentation kat kelas, time belajar dulu...dapat jugak UJ menarik perhatian orang dalam dewan kuliah pasal filem ni walaupun UJ sendiri tidak beberapa pasti, pasal plot filem ni... tapi agak-agak UJ pun banyak jugak ia muatkan untuk mengkritik tentang kehidupan di negara kita ... filem ni arahan Hisyamauddin Rais...


TAPI apa kata orang luar tentang filem ni ... UJ bukak balik walaupun dah lama UJ pernah bercakap tentang filem ni .....dan memang tak dapat sambutan pun filem ni kat Malaysia... almkalumla .... filem jalanan dan bajet murah ... orang Malaysia suka tengok filem yang ada kelas... tapi apa maksud kelas yang menjadi konotasi orang Malaysia....filem ni banyak setting nye di Kuala Pilah dan mungkin di Jemapoh sendiri...


Yadi and Madiz are bored out of their minds living in Jemapoh, a village so remote that cows are more plentiful than people and are also more interesting. The pair decide to steal a car and head to the mythical Manchester. Yadi dreams of seeing his favorite soccer team Manchester United, and Madiz longs to be reunited with his long-lost father, whom he heard was living in Liverpool, which he assumes is somewhere near Manchester. On the road, the pair meet a rocker from Singapore, skinheads and crazy kidnappers, all the while hoping that Manchester will pop up on a road sign before too long.Hishmuddin Rais' debut feature film marks a significant departure from traditional Malaysian cinema in its fresh and youthful narrative expression, and emerges as part of a new wave of Southeast Asian cinema.
(by Christian Gaines, for the Hawaii International Film Festival '97)

ada satu lagi dari jiran kita seberang tambak Johor ni jer.....

What happens when you're a Manchester United fan who lives somewhere in Jemapoh, Malaysia? Why, go to Manchester of course. This first road movie by debut director Hishammuddin Rais is an offbeat adventure across the country's multi-cultures. From meeting punk rockers and skinheads in a bar to encountering crazy kidnappers, this one pulls out all the stops. And yes, they do get stopped for speeding.

(extract from the Singapore International Film Festival 1998)


ahaaaa satu lagi ni filem yang belum UJ tengok... tapi mengikut blog yang UJ ikuti ... filem ni tidak mendapat sambutan di negaranya sendiri tapi di sambutan luar biasa di Amerika dan Eropah bahkan filem ini sekaligus dikatakan juga ... berbicara tentang Islam dan bagaimana pandangan dunia terhadap Islam.

http://www.ibnuhasyim.com/2010/02/filem-mnik-dingin-di-mumbai-respon-di.html


apa tajuk filem ni ye..? oooohh baru ingat ......MY NAME IS KHAN....ade orang cakap ...apa ada pada nama... sebenarnya nama begitu penting walaupun Shakespeare sendiri pernah kata sebegitu kan..... 'what's in a name?'.... uikss mesti laaaa.... nama penting pe........

.... dalam apa jua filem yang dibicarakan di atas sudah tentu diselitkan dengan tema kasih-sayang.. a'a LOVE kan..CINTA atau CHEN-TA.... sesuaila kot dengan tema blog ni....


lupa UJ nak masukkan mantera ajaib yang diambil oleh anak-anakLASKAR PELANGI...

"kalau nak pintar, belajar. kalau nak berhasil, usaha"

Tuesday, February 23, 2010

CINTA untuk terus menulis

tajuk posting saje nak relatekan jugak dengan tema blog huhuhuhu.. rasa makin teruja untuk terus menulis walaupun tidak begitu pandai ......


Salam,
Sejak lepas sekolah saya tidak pernah menulis walau sepucuk surat sehingga berusia 36 tahun. Tetapi sehingga sekarang sudah 20 tahun saya menanggung keluarga dari hasil penulisan saya. Alhamdulillah.


itu lah antara yang UJ sempat tangkapmuat dari sebuah laman yang membincangkan pasal penulisan ... so nak tahu pasal laman tu leh jenguk kat alamat di atas. dan mungkin yang ramai dah tahu ... sebab ramai juga kawan-kawan blogger UJ adalah penulis, penulis novel, cerpen dan banyak jenis artikel lagi lah selain penulisan kreatif kat media cetak....blog ni pun kira wadah penulisan jugak kan.....

hmmm fuhhh best tol komen penulis di atas kan....teruja UJ untuk membaiki dan belajar lagi cara-cara penulisan yang lebih baik... tetapi kekangan lokasi dan masa kekadang menghambat kita untuk turut serta, tapi tak pe barangkali masih bukan rezeki, insyaALlah di lain ketika.

Dan UJ juga bersetuju dan UJ tahu dan UJ pun pernah diberitahu bahawa bakat bukan sekadar hanya kerana kita berbakat atau dianugerahkan bakat tertentu, tapi ia juga boleh diperolehi dan dimiliki dengan melatih diri supaya berbakat. termasuk lah dalam bidang penulisan kan?

menulis tak semestinya anugerah khas macam anugerah bulanan yang ada kat tempat kerja UJ atau sekadar 'gifted'. Ia boleh dibina dengan latihan dan displin yang berpanjangan dan progresif.

Tidak mustahil untuk kita melatih diri menjadi seorang penulis. Pada UJ mungkin ia masih jauh untuk UJ tapi yang pastinya, langkah yang jauh itu bermula dari langkah pertama. Langkah pertama juga bermula dengan langkah bertatih…hehehehe


itulah deskripsi tentang seorang tuan punya blog.. boleh lah klik kat pautan tuh...

sama sama terus menulis untuk agama,bangsa dan negara...waAllahua'lam

riddles again...

hmmm hari ni tak de posting sangat-sangat huhuhuu apa lah istilah ekkk sangat-sangat so UJ nak bagi 3 riddles .... ini ketika English Carnival hari tuh kat Beranang.....

What are two things people never eat before breakfast?

Why is the A like a flower?

Why is the letter T like an island?


have fun.....


Sunday, February 21, 2010

lonely weekend

hmmm ...ni kali pertama sejak kahwin... UJ terpkasa lak berjauhan ngn isteri tersayang hehehehe..duduk sensorang kt rumah cukup membosankan...wife dah pun UJ hantar balik kampung minggu lepas lagi ... ketika balik kenduri anak saudara kahwin di kampung... biarlah dia berehat sementara menunggu baby kami lahir tak lama lagi insyaAllah selamat doakan ok....

keadaan rumah agak sedikit lintang pukang lah... kat ruang dapur pun... hmm banyak jugak pinggan mangkuk yang menunggu untuk disental.. beginilah ... kalau semua kerja bertangguh... sejak kahwin .. UJ dah jarang buat kerja-kerja macam tuh.. house chores ni banyak di ambik alih oleh isteri... since dia decided nak jadi surirumah sepenuh masa, berelaun dan berpencen tapi kwsp sendiri je kot huhuhuhuhu... tapi takut gak dia boring so UJ belikan lah dua ketol mesin jahit ... so boleh lah dia menjahit kat rumah ... nanti boring lak ... nak tunggu UJ sekerat hari kat rumah tu...lagi pun UJ tak nak gak skill menjahit yang ada padanya hilang gitu sahaja...bile tahu dek member member ... ramai jugak yang menempah.. orait jer... boleh duit untuk dia simpan... yang best lagi ... sejak kahwin semua baju batik hmm yang kena pakai hari khamis tu kan... ngn baju melayu yang kena pakai hari jumaat tu semua kerja tangan isteri ..bukan ke best tuh...pada UJ la... hhuhuhu..

sebenarnya posting ni nak tulis pasal UJ sensorang kat rumah weekend .. next week UJ kena balik ....

so kembali kepada nawaitu asal, mengenai posting ni... kerana boring sangat kat rumah ... UJ menyelongkar stor kat apartment, yang memang kami simpan barang-barang entah tak tahu nak guna biler.... tapi sebelum tu UJ sempat siram dulu pokok-pokok kat balcony ... itulah taman cinta ... kena sebut gak chen-ta sebab blog ni kan taman cinta.... uiksssss


sambil UJ menyelongkar kotak-kotak dalam stor tuh.. kononnya pada awal nak berkemas lah .. boleh kuar peluh .... kira PE la gak ...kan... terjumpa la banyak lak CD, CD and DVD baru tapi dah lama tersimpan ... UJ masih ingat kebanyakan CD-CD and DVD tu UJ beli time tinggal di KL, baru-baru dapat kerja ntah apa-apa dulu sebelum UJ kerja tetap... itu pun rasenye belum grad lagi... tapi UJ beli sahaja tak pernah tengok... camner and kenapa beli tak tahu plak.. cite citer korea, jepun, english ada gak satu... semua tangkap lentok jer.... TAPI ....UJ rase mungkin ade special kot UJ beli ... sbb citer-citer tu semua tak glamour... memang mcm tu... yang orang rase tak suka tu UJ suka tgk....mungkin sesetengah citer agak berat .. so sesetengah org nak menonton sebab nak fun and entertainment so tak nak citer berat berat kot...entah la...

so antara citer nye seperti yang ni ... best gak.. walaupun slow...ni citer jepun ni...

KIMI GA KURETA NATSU


citer ni best gak sebenarnya ... tentang keluarga ... boleh lah UJ ambik sedikit sebanyak tauladan untuk family sendiri nanti ... tapi tengok sensorang ... ya lah tak tahu nak wat per kan.. tgk la gak DVD ni... yang pelik nye ... dah bertahun UJ beli sekarang baru tengok .. ada satu lagi yang dah lama beli and baru tengok... baru bukak plastik wrap DVD tuh...yang ni Korea lak...

MY WAY HOME


cerita pulak juga mengenai family tapi tentang seorang nenek yang bisu dengan kerenah cucu nya ala-ala perangai city boy... camne nenek tu berlakon ... mcm betol jer... kelakar and best gak.... pernah tengok ke????

sambil makan biskut cap pingpong tu UJ sambung lagi so jadikan marathon nonton weekend tuh... rupanya banyak jugak UJ belum tengok DVD and CD ni.. dan mungkin sesetengahnya UJ dah lupa camane citer dia ... yang agak lain skit .. kebanyakan yang tersimpan dalam kotak tuh... yang UJ ambik dalam stor tuh... rat-rata cerita tentang family ... okay jer.. UJ boleh layan...

KABHI KHUSHI KABHI GHAM


ada jugak tersesat satu citer hindustan ni ... alah layan jer... best jugak ... pernah tgk dulu sekali jer... mungkin ni la satu-satunya citer hindustan yang ada dalam stor ni....

I AM SAM


I am sam pun ada gak... lorr citer ni best ... mesti ramai yang pernah tonton citer ni ek...

bagaimana pulak dengan citer-citer kat bawah ni pernah tengok tak? yang ni pun ada dalam balut plastik .. so first time UJ tengok .. dan UJ boleh layan... heheheh semua korea lak tuh... ok jer...

sad movie, my girl and i, my boyfriend is type B



itu lah antara yang memenuhi masa weekend UJ .. kerana sensorang ... next week UJ mesti balik.. baby tunggu,,, jangan keluar lagi ... tunggu abah balik dulu ok ....

menonton ni bkn lah selalu sangat ... kalau ada masa yang tak sengaja macam ni je lah.. lagi pun rasenya tak de dah DVD lain yang nak ditengok...

ooopsss terlupa lak UJ ada satu ag... citer korea dan sedikit ganas yang sempat UJ tengok dan pastu UJ baru bukak blog...memang ganas ekk citer ni...

RUNNING WILD


sempadan negeri kat mana ni?



pernahkan anda lihat semua ni? di mana ya?

Thursday, February 11, 2010

Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam al-Quran tersebut
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah
An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.

http://www.jomlayan.com/mybb/index.php/isteri-hamil-apa-perlu-suami-lakukan-t-15456.html

answer pls...hehehhe

What begins with T, ends with T and has T in it?

COULD YOU ANSWER IT?

WHICH ROOM HAS NO DOORS AND NO WINDOWS?

Monday, February 8, 2010

RESTRICTED zone

You are NOT AUTHORIZED to view this website!!!!!!! The access to the list of site are RESTRICTED..

Concentrate to your class.Belajar rajin-rajin ye... This message brought to you by.[ PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ] - UNIT PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT

adus bila dorang nak unblock kan ekkk... tak kan dekat org tua mcm UJ ni nak diblock kan jugak....

chatbox kat blog UJ ni pun restricted area gak ke? hmmm tapi ade ke yg shouting kat situ huh? hehehehhehe

Sunday, February 7, 2010

ketika cinta bertasbih

kali ni UJ posting pasal novel dan filem dan juga filem dan novel....dan best nye pasal CINTHA baru lah kena skit dan relevan dengan 'taman cinta'.
TAPI
mungkin bukan cinta biasa dilihat, didengar atau diprkatikkan, mudah-mudahan ia adalah cinta dibawah naunganNYA... ameen
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketika Cinta Bertasbih(KCB)
sebuah cerita menerusi dwi logi novel dan mungkin akan menjadi trilogi dan banyak logi lagi ...jangan logi yang itu sudah lah...hasil tulisan HABIBURRRAHMAN EL SHIRAZY, seorang novelis indonesia yang tersohor di nusantara ni kan bahkan juga di timur tengah... apabila novel nya yang terdahulu iaitu
Ayat-ayat Cinta(AAC)
yang meletup dan menjadi best seller tapi tidak seperti filem AAC pulak...tawar je kan.... bagi siapa yang pernah menontonnanya...dan membandingkan pula dengan cerita dalam novel bagi sesiapa yang membacanya, mungkin rasa ada perbezaannya kan...malah sedikit jalan cerita pun berbeza dan apa yang tak tertonjol dalam novel,timbul jadi penting dan utama plak dalam filem kan....kalau tak silap UJ dah dua kali ditayangkan di channel TV tempatan kita...apa yang nak dikomenkan oleh UJ pasal novel AAC ni...ehhh ni pasal KCB ke AAC ... alah tak kisah lah...kan ni taman cinta....hehehehehe....Rasanya tidak pantas lah UJ nak komen, penulis novel itu pun memang dah terkenal... dan memang cerita dalam novel tu pun memang best...Cuma UJ kurang best lah tgk filem nya...dan UJ berpendapat, Habiburrahman sendiri pun bersetuju dengan pendapat UJ heehheeh dan pasti tidak bersetuju dengan beberapa watak yang dimainkan dalam AAC...



Watak Fahri misalnya, agak lemah, seorang yang putus asa serta lebih cintakan dunia dari agamanya. Sedangkan dalam novel hmm dia seorang yang kuat agama, tawadhuk dan begitu tawakal dalam urusan hidupnya... ishh banyak komen gak UJ ni... begitu juga dengan beberapa watak lain seperti Aishah yang agak show off dengan kekayaan sebaliknya di dalam novel dia ialah seorang jutawan yang low profile. begitu jugak watak Maria yang keterlaluan dalam filem tetapi tidak dalam novel...settingnya pun kurang memberansangkan kerana banyak scene difilemkan di India bagi menampakkan timur tengah... tak real la kan....



Dan UJ pun sempat jugak menonton filem menerusi DVD cerita Ketika Cinta Betasbih 1 dan Ketika Cinta Betasbih 2, beberapa hari lepas bersama isteri kat rumah dan sememangnya UJ pun dah khatamkan dua-dua buah novel tuh... dan kali ni memang tidak mengecewakan... bahkan terlalu banyak ilmu yang diperolehi bukan sekadar hiburan je ... best la cerita dia... so UJ just nak ckp novel dan filem ni memang BEST....

Lagi pun scene memang tol-tol kat mesir...tapi lagi best la kalo dia campur skit sebanyak tentang pelajar Malaysia kat mesir atau pe pe yang boleh dikaitkan ke.... seperti ada seorang wataknya yang ingin transit kat KLIA sebelum ke jakarta... boleh la masuk ruang angkasa cyberjaya kot.... Cyberjaya ngn KLIA kira tak de lah jauh sangat kot...silap-silap tershoot lak Fida kat situ... tengah beli ais krim ke ape ke... ishh melalot lak... aku tak nak jadi khairi ..... heheheh..... akan berbangga la orang kita kan...ada je nak sebut nama orang lain dalam posting ni... itu lah hebatnya dorang kan...

Bila malaysia nak buat filem sebegitu ekk.. dulu time nur kasih .. heboh la jugak sekejap kan... dan pas ni dengarnya RTM plak akan ... dari damsyik ke perlis ... apa tajuk nye ek... ahaaa Nurul Iman... kat astro oasis pun kata ada yang digarap dari sebuah buku tulisan hasrizal abdul jamil atau saifulislam iaitu aku terima nikahnya...



tapi semua tu UJ lum tonton... Nur kasih pun kira OK laaa cuma itu cara malaysia sementara indon lain ekkk.. tp ntah laaa KCB banyak tinggal kesan bile menontonnya.. mungkin sesuai dengan jiwa penontonnya kot... pasni rakan rakan UJ yang satu tempat kerja or mungkin yang kenal UJ akan kata UJ jiwang, bile terbaca posting ni... sbb bincangkan kisahh gini dan tgk cerita ceriti mcam ni ... hmm peduli hape kan..... UJ tengok ngn wife UJ... boleh rapatkan lagi hubungan al-maklum la kawin pun lum sampai setahun.... hehehehh sempat gak promo..

kat you tube UJ tengok filem ni banyak memberi ulasan KCB dilakonkan oleh majoriti mereka yang pertama kali berlakon hanya beberapa ketol je memang sudah pelakon-pelakon filem.. dan dalam filem ni sendiri penulis novel ini pun berlakon sama sebagai watak kecil.. namun tampak berkesan...waduh best bangat.. cerita nya natural sekali... filem KCB 1 banyak scene nye dilakonkan di Mesir... cantik tempat nya ... UJ pernah ke sana waktu banyak duit dulu... hehehe dan scene banyak di Indonesia bile tengok KCB 2...

pandai tol orang indon ni kan... ok lah ... mungkin ramai dah lihat nya... kalo lum elok lah tonton... untuk fida yang tak lama lagi or tak tak lama lagi nak makan nasi minyak ok gak tonton... hehehhe...

menonton ketiga-tiga filem ini (AAC, KCB1 & KCB2) sebenarnya tidak begitu besh berbanding dengan membaca novel nya.

UJ- sesekali teringat sesetengah indon kat malaysia yang buat kacau dan jahat .. rase geram plak....tapi tidak semua ada jugak yang betol-betol mencari rezeki yang halal

Saturday, February 6, 2010

apa dihirau orang nak kata

"Sebab itulah saya rasa sedikit tidak selesa apabila ada seseorang menyatakan saya ni tak ada kerja lain ke sehinggakan saya selalu boleh menulis di dalam blog. Saya juga sibuk namun saya gunakan peluang walaupun sedikit untuk menulis. Tulisan-tulisan itu tidaklah ada isi penting sangat ataupun sesuatu yang bermutu sangat..."


ini adalah antara petikan yang saya ambil dr blog seorang rakan blog dan memang saya kenal orang nya...

antara lain maksudnya ... seolah-olah kita tak ada kerja sampai boleh layan dekat blog.. hmm ntah laa pada UJ kerja harian UJ mcm biasa je... dan sekarang 2 blog plak UJ layan ....huhuhuhuhu

keadaan yang sama pun berlaku pada UJ... tapi UJ buat tak tahu jer... nak kata sebok memang menyebok...almaklum menjalankan tugas orang lain kekadang tidak banyak kerja sangat tapi tanggungjawab nye rasa macam beban lak yang belenggu pemikiran, perasaan dan sudah tentu mengganggu tugas-tugas hakiki seharian.

adusss manusia-manusia kan...

kembali menulis walaupun tidak prolifik

lama jugak lah server agak bengong di area sini... katanya ada gempa bumi kat dasar laut lah.. tapi balik-balik UJ tanya sendiri ngn Pegawai yang kerja dorang bab-bab server ni baru lah UJ tahu... entah apa lah yang dia explain... susah nak digambarkan dengan kata-kata ishhhh...UJ tak pandai lak nak terangkan dekat sini .... banyak sangat term-term english yang kalu UJ nak kasi tahu mesti jadi lain lak makna dia... sebab UJ belajar english kat bahasa moden, pegawai tu mungkin dia sebut term yang ada sangkut paut ngan internet kot....

seminggu tergendala kerja-kerja nak update blog ni... bila server dah okay kat pejabat UJ... banyak plak ... laman-laman yang diblock... lagi sekali plak nak mengadap dan pasti nya ada lah term-term yang UJ kalau nak faham kena bawak kamus komputer.... bab-bab ni mesti Fida tahu kot ... maklom la kan kerja kat cyberjaya... cakap pasal cyberjaya ni tak ada plak Fida yang dalam iklan ... welcome home cyberjaya, pastu ada banyak lagi bahasa-bahasa lain ...tu perasan tak?hehehehe

sebut pasal iklan ni kan ... teringat plak UJ pasal promo 'terima kasih' kat TV1.. hmm pada UJ menda ni ok...so tak kisah la kan .. kita praktikkan ... lagi pun sekarang ni orang lebih suka TQ dari terima kasih ek... begitu jugak komen sorang blogger yang UJ juga ikut blog dia.. dia pun cakap sekarang ni payah nak jumpa orang akan sebut 'tumpang lalu' tapi mudah 'excuse me' kan? begitu juga dengan 'maaf' banding dengan 'sorry'...sesekali kalo pasal perkataan 'maaf' ni lebih menusuk terus ke halwa telinga terus mengalir ke lubuk jantung, pantas hati mudah menerimanya berbanding dengan sorry kan ... tol tak?