Social Icons

Sunday, November 21, 2010

sambung cuti

aidil adha disambut dengan sederhana seperti biasa beberapa ekor lembu dan yang best ada juga kibas tumbang untuk dikorbankan...mula hari raya lagi sehingga hari isnin ni... esok.. UJ still bercuti... lama plak kali ni... memandangkan di Johor pada Isnin nanti 22-11-10 adalah cuti umum..

blog pun lama juga tak update dek kesebokan tugas di hujung-hujung semester... students pun kali ni di tempat Uj bekerja .. beraya di kampus... idul adha jatuh dalam minggu exam..

hujung tahun begini ramai juga member di tempat kerja UJ akan melangsungkan perkahwinan...
untuk encik Halim di Langkawi... Siti Samawati di Batu Pahat, Ustaz Nizam di Ulu Tiram, Nani di Kuching dan Azalan Bayu di Taiping...untuk semua diucapkan barakallahulakuma..... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

untuk suzana juga... selamat berangkat ke Tanah Suci nanti... untuk tunaikan umrah....

di kalangan member blogger ... ada yang ambil Mtest... semoga niat suci untuk menjadi pendidik akan tercapai.... khairi - penulis novel terkenal tuh... mungkin dah pulang ke tanahair kot... ke algeria lak dia... orang penting company tuh....

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita ... Amin....

Tuesday, November 9, 2010

blogspot tanpa 'S'

ada terbaca pasal ni sebelum ni... cuba buat cuba tengok cuba praktik ... rupanya memang betul lah.. apa muslihat memang kita tak tahu... tapi tak salah kalau nak katakan itulah salah satu agenda musuh...kerana berapa ramai antara blogger2 muslim yang mengguna service blogspot kan... malah penyebaran ilmu untuk memantapkan iman, menambahkan ihsan , memartabatkan Islam seterusnya memberi kebanggan kepada agama pun kita lakukan di sini... di mana? di blogspot ni....

mungkin secara halus, mungkin juga atas nama penyebaran ilmu atas nama global.. namun sebagai seorang yang bijak dan beragama.. iman perlu dijaga...jadikan ia sebagai pengetahuan untuk menahan diri sebagai persediaan juga untuk membalas balik jika ditentang jika ditanya jika diuji..
namun yang kita perlu sentiasa berhati-hati dan beringat selalu...

apa yang nak UJ sampaikan ialah mengenai URL blog2 kita ni khasnya blogspot... cuba linkkan address ni tanpa meletak 's' pada spot tu... jadi blogpot...pas tu ke mana kita akan dilinkkan... cuba lah ekk... http://unclejoe.blogpot.com
mungkin dah ramai tahu kan... so fikir-fikirkan lah ekkk.. pada UJ beberapa komen yang boleh UJ titipkan di sini ....

1. cara penyebaran yang tak terfikir oleh kita... mungkin ditujukan kepada blogger yang beragama Islam...

2. kesempatan yang ada, dan kelekaan kita sendiri mungkin tak sedar kita dieksploitasi... namun yang penting diri sendiri sentiasa perlu berwaspada dengan sebarang maklumat dan pengetahuan melalui alam maya ini.

3. sentiasa perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.. kerana jika dilihat hanya tanpa 's' sahaja tapi ke alam lain pula kita rupanya 'terjelajah'....

4. kesilapan yang kecil, kadang-kadang jangan dianggap remeh kerana tidak mustahil akan membawa kepada kemudaratan yang berpanjangan dan

5. malang lagi jika kita tidak sedar yang kita di jalan yang salah kerana hanya kesilapan kecil yang kita pernah buat dan tidak ada pula yang menyedarkan kita..nauzubillah....

6. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


mari sama- sama kita menambah kekuatan dalam segala amalan, memahatkan iman agar lebih indah dan sentiasa segar untuk menahan segala ujian dan halangan.. bukan dari mereka di luar sana malah halangan dalam diri sendiri juga... apa yang penting kita perlu mengenal siapa diri kita ... di situ insyaAllah kita akan kenal siapa tuhan kita... amin.....jom ke link ini..

Monday, November 8, 2010

semoga cemerlang

kepada semua pelajar yang dikasihi selalu...


Thursday, November 4, 2010

rembulan kesiangan


nampaknya gerhana ada di Galas juga.... kerana Batu Sapi... sudah diduga....
hairan tak?

Monday, November 1, 2010

erkkk

Selepas hari keluarga ngn hari inovasi hari tu... kembali kerja makin banyak lak kerja... rasa hactic je... tak terkejar... sekali Bos panggil..erkkkk malas nak cakap lak la..

hmmm blog ni entah apa apa sekarang...so nak release tensi skit.... tulis blog..bukak blog orang2 lain.. sempat lagi UJ jenguk sini....

memang macam geram je... tapi apa nak tulis... UJ tak jadikan pun blog ni tempat lepas tensen.. erkkk


blog ni pun entah apa hala tuju pun tak berapa jelas... sebab tak de skop pe pe... dan tak nak jadikan blog ni sebagai journal atau diari harian....

kadang-kadang ada juga entry macam tulis diari pun... apa-apa pun harap2 apa kerja dan tugas hari ini dapat berjalan dengan baik...dan lancar... minggu ni memang bz bee... apa lagi nanti pihak MQA nak datang memantau... semua sebok... apa lagi kalau dia tu ada jawatan nama Ketua kat depan... arghhhh bila plak sampai orang nak ganti tempat ni... arghhhh