Social Icons

Featured Posts

Friday, June 14, 2013

Jom panjat bukit....





Lama benar tinggal blog... sampai tak tahu macamana nak buat posting... haishhh tulis kat lain... lainblog plak yang keluar....uikssss



teringin benar nak mendaki bukit ni... pemandangan memang indah...lepas raya nanti kot insyAllah nak ajak encik sukiman.... Tapi larat ke dia nak panjat bukit camni...masa gi kedai RM2 airtuh pun mcm mengah je... di kalau ajak gi kedai perabot ke. kedai PML ke... baru bertenaga bak lepas minum tongkat ali...


 
jangan risau encik sukiman ... ada tangga.... kena pergi subuh subuh hari... baru best....jom nanti OK...


 Cuba teka apakah nama bukit ini dan dimanakah lokasi nya....


 

Sunday, January 20, 2013

kursus oh kursus

                 
  

sejak bertugas di johor, inilah kali pertama kena berkursus di kuantan... memang suka sebab family boleh balik kampung di terengganu sementara uj berkursus di kuantan... dekat je kan... kemaman dengan kuantan...

baru minggu ke dua akademik dah kena panggil pergi kursus, dah 3-4 hari kelas tangguh, seronok bebudak ... satu apa lesson pun tak sentuh lagi... balik kursus banyak lah menda kena ganda dan banyak juga lah kena ganti kelas yang lepas-lepas... tapi kadang-kadang fikir okay jugak... sebelum kena pergi kursus akhir-akhir semester, waktu tu sebok nak buat test lah, quiz lah, macam-macam assessment lah kan...

kursus kali ni dibuat di grand continental hotel kuantan... pernah datang sekali dulu... lama dahhh... waktu bekerja di kuantan lagi... berbuka puasa dengan anak buah di sini... waktu tu belum kahwin lagi... dan tak banyak berubah pun hotel ni ... apa yang nak diubah kan ekkk?

 

tengah-tengah kursus begini rasa terfikir nak beli galaxy tab jer... hmmm

Saturday, January 19, 2013

Bandar Muadzam Shah





minggu lepas, sempat uj ke muadzam shah di pahang, kalau tak silap area ni masih dalam daerah rompin. bandar ni makin membangun dan meriah sekarang... kerana makin ramai manusia yang uj tengok... bandar yang menjadi destinasi transit atau persinggahan utama mereka dari pantai timur menuju ke selatan yang menggunakan lebuhraya tun razak... laluan ini juga untuk ke bahau atau segamat...

agak kerap juga uj ke sana, dan setiap kali ke sana selalu ada perubahan dari segi pembangunan prasarana dan mungkin juga bertambah bilangan penduduknya... memandangkan di sana juga menempatkan sebuah ipts - UNITEN juga ada kampus politeknik yang sudah pun beroperasi... menambahkan lagi kerancakan pembangunan sebuah bandar baru seperti muadzam shah ini seterusnya meningkatkan nilai ekonomi setempat... bagaimana dengan pembangunan spiritual nya?


bersama member lama ketika bertugas di tempat lama sempat juga menikmati tasik uniten kampus muadzam shah, tasik nya cantik tapi macam kurang dijaga dengan baik mencacatkan sedikit pemandangan di sini, namun encik sukiman pensyarah ekonomi uniten sempat juga pusing 2 round dan berjaya mengeluarkan embun jantannya di waktu senja... uj ada juga simpan niat kalau boleh nak bertugas di sini pula... rasa macam jemu dah tinggal di bandar penawar...erkkk


banyak juga tempat lain lagi di pinggir bandar muadzam ni yang boleh dinikmati keindahannya dan juga diambil manfaat antaranya tasik biru di bukit ibam... mungkin mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan memandu kereta myvi encik sukiman... kebiruan air tasiknya memang memukau mata yang memandang...



 habis semalam dua di muadzam shah uj meneruskan perjalanan ke kuantan... ke grand continental hotel nak berkursus pula, kursus oh kursus...hmmm

Hujan - Peringkat Kuning

 
 
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang sedang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Kemaman), Pahang (Daerah Pekan, Rompin dan Kuantan) dan Johor (Daerah Mersing, Kluang dan Kota Tinggi) dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.


Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Melaka dan Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat dan Kluang) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 19 Januari 2013. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin). Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan banjir kilat.

Dikeluarkan pada : 9:57 malam 18 Januari 2013 - Jabatan Meteorologi Malaysia - MOSTI
 
 

Friday, January 18, 2013

Homestay Orkid Permai - Seberang Perai

 homestay orkid permai - Seberang Perai Pulau Pinang
 
a) Bilik tidur utama dilengkapi kipas siling & katil kelamin.
b) 2 bilik tidur berkatil bujang dilengkapi kipas siling & almari baju.
c) Ruang tamu yang selesa bersofa hotel 3 bintang dan dilengkapi tv.
d) Ruang makan dengan meja 6 kerusi.
e) Ruang dapur dilengkapi kettle elektrik, toaster & dapur masak.
f) Lain-lain: sejadah dan telekung disediakan.
Berdekatan lokasi menarik :
5 minit berkenderaan ke tol k.batas & bertam / matrikulasi penang / mpc /
kolej komuniti kb / dewan mellinium / hospital k.batas / penang golf resort.
20 minit berkenderaan ke uitm, permatang pauh / politeknik seberang perai.
20 minit berkenderaan ke jusco, bandar perda / carefore seb. jaya / tesco seb.
jaya / megamall pasific.
10 minit berkenderaan ke maybank / bsn / bimb / bank rakyat, k.batas.
20 minit berkenderaan ke lhdn, bandar perda.
20 minit berkenderaan ke kpj, bandar perda.
20 minit berkenderaan ke susur masuk jambatan pulau pinang.
20 minit berkenderaan ke jeti butterworth / terminal bas butterworth.
tel : en nor faiz : 016-4891593
        pn nor'aini : 012-5974362