Social Icons

Saturday, January 19, 2013

Bandar Muadzam Shah





minggu lepas, sempat uj ke muadzam shah di pahang, kalau tak silap area ni masih dalam daerah rompin. bandar ni makin membangun dan meriah sekarang... kerana makin ramai manusia yang uj tengok... bandar yang menjadi destinasi transit atau persinggahan utama mereka dari pantai timur menuju ke selatan yang menggunakan lebuhraya tun razak... laluan ini juga untuk ke bahau atau segamat...

agak kerap juga uj ke sana, dan setiap kali ke sana selalu ada perubahan dari segi pembangunan prasarana dan mungkin juga bertambah bilangan penduduknya... memandangkan di sana juga menempatkan sebuah ipts - UNITEN juga ada kampus politeknik yang sudah pun beroperasi... menambahkan lagi kerancakan pembangunan sebuah bandar baru seperti muadzam shah ini seterusnya meningkatkan nilai ekonomi setempat... bagaimana dengan pembangunan spiritual nya?


bersama member lama ketika bertugas di tempat lama sempat juga menikmati tasik uniten kampus muadzam shah, tasik nya cantik tapi macam kurang dijaga dengan baik mencacatkan sedikit pemandangan di sini, namun encik sukiman pensyarah ekonomi uniten sempat juga pusing 2 round dan berjaya mengeluarkan embun jantannya di waktu senja... uj ada juga simpan niat kalau boleh nak bertugas di sini pula... rasa macam jemu dah tinggal di bandar penawar...erkkk


banyak juga tempat lain lagi di pinggir bandar muadzam ni yang boleh dinikmati keindahannya dan juga diambil manfaat antaranya tasik biru di bukit ibam... mungkin mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan memandu kereta myvi encik sukiman... kebiruan air tasiknya memang memukau mata yang memandang...



 habis semalam dua di muadzam shah uj meneruskan perjalanan ke kuantan... ke grand continental hotel nak berkursus pula, kursus oh kursus...hmmm

0 komen: