Social Icons

Tuesday, December 7, 2010

1432 bersama Hijrah


diucapkan untuk seluruh ummat manusia di muka bumi ini... khasnya rakyat 1Malaysia...

Monday, December 6, 2010

PELIT - PTS

PELIT, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula! Nak tahu lebih lagi boleh klik di sini. Ada input tambahan di situ tentang penulisan novel genre sebegini.. berdasarkan apa yang UJ pernah baca, novel-novel sebegini ditulis seperti entri di dalam penulisan diari... alahhh tajuk novel pun dimulakan dengan perkataan diari..
sebelum ini kita sendiri pernah membaca dan melihatkan beberapa novel cinta khasnya berunsurkan penulisan diari atau catatan harian tetapi gaya bahasa tidak seperti entri dalam sesebuah diari kan... penulisannya seperti novel kebanyakan juga... tapi kategori ni ..lain dari yang lain... best.... UJ dah sambar 3, dan semua memang tidak mengecewakan... terhibur.. cuba lah.. lagi pun tak mahal... kelakar memang ada, sisipan nilai sememangnya tidak ketinggalan... yang best ringkas dan menarik...
inilah antara aktiviti yang paling senang dibuat sementara menunggu mesyuarat senat Kolej beberapa hari lagi... dan ketika hujan hampir setiap hari di Desaru ni, elok lah UJ menghabiskan masa dengan membaca beberapa bahan bacaan termasuk novel-novel yang terpapar di sini... daripada UJ tidur sahaja memanjang ..boleh hilang banyak memori ... nanti macamana nak mengajar, kalau ilmu yang diperlehi selalu hilang jer.... akhir kata.. membaca jambatan ilmu..

Friday, December 3, 2010

sunyi, saga, projek

hari ni Jumaat - 3 hb Disember 2010 - sepatutnya hari ni UJ dah boleh balik kampung macam orang lain bercuti... hmmm tapi biasa lah dah menjalankan tugas ni.. ada je kerja yang perlu dibereskan... sampai lah minggu depan... semua dah kat kampung so tinggal lah UJ kat rumah sorang ... sunyi plak rasa....

nak ronda pun kereta tak ada... semua di kampung....Kastam plak macam wat hal dengan sistem nya.. entah apa lah... kereta 'baru' UJ belum sampai-sampai.. hmmm SAGA S.E. jer...


gambar ambil kat google jer.. kereta betul lum sampai... ramai juga tanya kenapa ambil saga se je... saga se je? respond UJ plak... hehehe saga se sudeh ... biasalah nak bajet.. ikut hati nak je ambik City....erkkk tapi fikir fikir nanti kan duk bayar kereta je.. tapi kereta tak boleh bergerak jauh lak.. sebab minyak nak jalan lak kena bajet... so saga se jadi pilihan.. ok lah tuh....insyaAllh satu hari nanti akan datang mungkin City boleh jadi milik UJ...atau mungkin lagi lebih dari itu... amin.....


dan bulan ini juga bermula lah projek lama yang terbengkalai dulu... UJ namakan projek dua tahun... harap-harap termakbul lah hasrat UJ kali ini.. dan tidak mahu bertangguh lagi..apa projek dua tahun ni... kita tunggu dua tahun lagi...UJ announce kan... hehehe

semoga semuanya berjalan dengan lancar.. dan mudah-mudahan Allah mempercukupkan rezeki kita dan mempermudahkan urusan kita... amin...

Thursday, December 2, 2010

melanggan

lama sangat sangat lah .. tak sentuh dan tak kemaskini blog ni.. blog member blogger pun jarang buka... dek kesebokan hujung hujung semester gini... nampaknya banyak kerja dah beres... nak tunggu beberapa sahaja lagi perkara yang tak boleh sekarang tapi ada tarikh tertentu perlu disiapkan... rasanya boleh lah melayan blog ni balik..ni dah masuk disember so tak lama lagi tahun baru plak...

UJ allocate skit duit yang ada dengan bahan bacaan berbentuk majalah... selain buku-buku - novel yang selalu lah jugak disambar kalau ke kedai2 buku....

3 pilihan majalah ni rasanya OK lah untuk bahan bacaan di rumah ... sebagai membentuk famili yang berilmu dan beramal insyaAllah... apa pandangan anda... minat juga dengan majalah majalah ni...?

terbaru almuslimah tu .. lama sangat dulu dulu pernah juga tengok kat rumah kakak-kakak beli lepas tu majalah tu macam dah hilang kemana penerbitannya... tup tup terjumpa lak sekarang...

memandangkan tempat tinggal ni memang jauh ... so melanggan adalah cara terbaik.. sampai masa jenguk je kat pegeon hole kan....?

Sunday, November 21, 2010

sambung cuti

aidil adha disambut dengan sederhana seperti biasa beberapa ekor lembu dan yang best ada juga kibas tumbang untuk dikorbankan...mula hari raya lagi sehingga hari isnin ni... esok.. UJ still bercuti... lama plak kali ni... memandangkan di Johor pada Isnin nanti 22-11-10 adalah cuti umum..

blog pun lama juga tak update dek kesebokan tugas di hujung-hujung semester... students pun kali ni di tempat Uj bekerja .. beraya di kampus... idul adha jatuh dalam minggu exam..

hujung tahun begini ramai juga member di tempat kerja UJ akan melangsungkan perkahwinan...
untuk encik Halim di Langkawi... Siti Samawati di Batu Pahat, Ustaz Nizam di Ulu Tiram, Nani di Kuching dan Azalan Bayu di Taiping...untuk semua diucapkan barakallahulakuma..... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

untuk suzana juga... selamat berangkat ke Tanah Suci nanti... untuk tunaikan umrah....

di kalangan member blogger ... ada yang ambil Mtest... semoga niat suci untuk menjadi pendidik akan tercapai.... khairi - penulis novel terkenal tuh... mungkin dah pulang ke tanahair kot... ke algeria lak dia... orang penting company tuh....

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita ... Amin....

Tuesday, November 9, 2010

blogspot tanpa 'S'

ada terbaca pasal ni sebelum ni... cuba buat cuba tengok cuba praktik ... rupanya memang betul lah.. apa muslihat memang kita tak tahu... tapi tak salah kalau nak katakan itulah salah satu agenda musuh...kerana berapa ramai antara blogger2 muslim yang mengguna service blogspot kan... malah penyebaran ilmu untuk memantapkan iman, menambahkan ihsan , memartabatkan Islam seterusnya memberi kebanggan kepada agama pun kita lakukan di sini... di mana? di blogspot ni....

mungkin secara halus, mungkin juga atas nama penyebaran ilmu atas nama global.. namun sebagai seorang yang bijak dan beragama.. iman perlu dijaga...jadikan ia sebagai pengetahuan untuk menahan diri sebagai persediaan juga untuk membalas balik jika ditentang jika ditanya jika diuji..
namun yang kita perlu sentiasa berhati-hati dan beringat selalu...

apa yang nak UJ sampaikan ialah mengenai URL blog2 kita ni khasnya blogspot... cuba linkkan address ni tanpa meletak 's' pada spot tu... jadi blogpot...pas tu ke mana kita akan dilinkkan... cuba lah ekk... http://unclejoe.blogpot.com
mungkin dah ramai tahu kan... so fikir-fikirkan lah ekkk.. pada UJ beberapa komen yang boleh UJ titipkan di sini ....

1. cara penyebaran yang tak terfikir oleh kita... mungkin ditujukan kepada blogger yang beragama Islam...

2. kesempatan yang ada, dan kelekaan kita sendiri mungkin tak sedar kita dieksploitasi... namun yang penting diri sendiri sentiasa perlu berwaspada dengan sebarang maklumat dan pengetahuan melalui alam maya ini.

3. sentiasa perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.. kerana jika dilihat hanya tanpa 's' sahaja tapi ke alam lain pula kita rupanya 'terjelajah'....

4. kesilapan yang kecil, kadang-kadang jangan dianggap remeh kerana tidak mustahil akan membawa kepada kemudaratan yang berpanjangan dan

5. malang lagi jika kita tidak sedar yang kita di jalan yang salah kerana hanya kesilapan kecil yang kita pernah buat dan tidak ada pula yang menyedarkan kita..nauzubillah....

6. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


mari sama- sama kita menambah kekuatan dalam segala amalan, memahatkan iman agar lebih indah dan sentiasa segar untuk menahan segala ujian dan halangan.. bukan dari mereka di luar sana malah halangan dalam diri sendiri juga... apa yang penting kita perlu mengenal siapa diri kita ... di situ insyaAllah kita akan kenal siapa tuhan kita... amin.....jom ke link ini..

Monday, November 8, 2010

semoga cemerlang

kepada semua pelajar yang dikasihi selalu...


Thursday, November 4, 2010

rembulan kesiangan


nampaknya gerhana ada di Galas juga.... kerana Batu Sapi... sudah diduga....
hairan tak?

Monday, November 1, 2010

erkkk

Selepas hari keluarga ngn hari inovasi hari tu... kembali kerja makin banyak lak kerja... rasa hactic je... tak terkejar... sekali Bos panggil..erkkkk malas nak cakap lak la..

hmmm blog ni entah apa apa sekarang...so nak release tensi skit.... tulis blog..bukak blog orang2 lain.. sempat lagi UJ jenguk sini....

memang macam geram je... tapi apa nak tulis... UJ tak jadikan pun blog ni tempat lepas tensen.. erkkk


blog ni pun entah apa hala tuju pun tak berapa jelas... sebab tak de skop pe pe... dan tak nak jadikan blog ni sebagai journal atau diari harian....

kadang-kadang ada juga entry macam tulis diari pun... apa-apa pun harap2 apa kerja dan tugas hari ini dapat berjalan dengan baik...dan lancar... minggu ni memang bz bee... apa lagi nanti pihak MQA nak datang memantau... semua sebok... apa lagi kalau dia tu ada jawatan nama Ketua kat depan... arghhhh bila plak sampai orang nak ganti tempat ni... arghhhh

Saturday, October 30, 2010

lotus


hari inovasi dan hari keluarga tempat kerja UJ diadakan hari ini... sederhana sambutan kali ini... tetapi banyak pula hadiah-hadiah cenderahati cenderamata disediakan... syok jugak UJ sebab orang2 jabatan UJ banyak plak terima anugerah... walaupun anugerah jabatan bukan untuk jabatan UJ kali ini... tapi orait la.. sbab tahun lepas dah dapat kan... hehehe

hari keluarga dan hari inovasi diadakan di LOTUS Resort di Desaru... Resort ni lima bintang.. so sewanya... hmmm tahu je lah ekkk... walaubagaimana pun... pada UJ... hotel 5 stars... tapi service belum sampai taraf tuh kot... so pihak resort perlu lebih peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan... customers are always right kan... .. OK lah... macam letih lak nak teruskan entry ni... lagi pun nanti nak layan... TV1 hehehe


Tuesday, October 26, 2010

syukur

lama lah pulak blog ni tak update... tapi alhamdulillah sempat jugak UJ jenguk jenguk member2 nye blog...

dua tiga hari lepas UJ teringat nak sebut mengenai satu cerita kat TV3 tu... ryupanya ada kawan-kawan yang cakap ... cerita tu dah lama.. tapi mungkin UJ baru tengok cerita tu kot... yang Fauzi Nawawi n shila rosli berlakon .. kalau tak silap hari ahad lepas kot...

antara lain .. ialah tentang kesyukuran dengan nikmat yang Allah bagi untuk kita di muka bumi ini... dan juga amanah yang diberi hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya sebagaimana dipertanggungjawabkan dan sekiranya tidak tidak ditunaikan ... semua amanah itu akan kembali kepada haknya ...bermakna Allah akan mengambilnya kembali... dan amanah itu termasuk lah juga isteri dan anak-anak kita juga.. mungkin juga saudara dan kawan-kawan kita... bukan hanya harta benda atau tugas atau kerja sahaja...

dan kembali kepada cerita tadi... begitu sadis sekali ... Allah mengambil balik anak-anak dan isteri lelaki ini.. kerana sebagai suami, beliau tidak menjaga dengan sebaik-baiknya, tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami dengan baik... maka Allah akan mengambil amanah-amanah itu kembali... walau dengan cara apa sekali pun.. mungkin sebagai pengajaran dan iktibar semoga kita sedar...


di sana ..mungkin masih beruntung kerana masih diberi peluang untuk sedar... namun sekiranya anak-anak dan isteri kita yang diamanahkan dan tidak ditunaikan pula amanah dan tanggungjawab, sebaliknya nyawa-nyawa mereka yang akan diambil oleh Allah.. maka sesalan yang mungkin tidak berkesudahan....nauzubillah...

Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.”

[Surah Ibrahim, ayat 7]

mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya...

kita juga mesti percaya bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-hambanya dengan apa yang tidak mampu dipikul... jadi, marilah sama-sama kita berusaha menunaikan tanggungjawab apa yang termampu ... insyaAllah, Dia pasti akan menolong kita.... amin...

Thursday, October 14, 2010

jom hidup gembira

dalam duk sebok sebok dengan kerja-kerja yang perlu didokumenkan sebelum ni... kerja yang sepatutnya didokumenkan untuk dijadikan plan... tapi pergi praktik dulu, last last apa yang didokumenkan semua dah jadi report bukan lagi plan..... backdated jer.... gini lah kerja kalau jenis banyak procedure yang kadang2 membazir... TAPI kadang2 ada juga kebaikannya... menjadikan kita lebih berdisiplin lagi dengan urusan kerja kita sehari hari...

kemana tadi nak cerita pasal apa ye???... OK pasal tengah sebok sebok ni ... dah 2 kali dah...lepas baca yassin di pagi Jumaat.. ada berapa orang di peringkat atasan tempat kerja UJ yang bagi tips2 untuk hidup gembira juga sebagai motivasi diri dalam memajukan kerja... kerja bidang ini kadang-kadang sebok sampai tak ingat... itu semua bila kita banyak kerja bertanggauh.. jadi lah macam tuh...

kadang-kadang macam buat kerja yang sama je.. tak de peluang nak majukan diri pulak dan kadang-kadang macam tak berapa guna jer menda yang kita bertungkus lumus kumpul time bergelar pelajar di kampus universiti dulu... hmm tak berkembang kan.. jumud jer.. kalau menda yang sama je duk buat setiap hari... jadi bosan jugak...namun bergantung pada kita juga, kenalah kreatif dan kritis baru lah tidak di takuk lama jer....


ok beberapa Tips yang dijelaskan dalam tazkirah pagi jumaat lepas... UJ ingin kongsikan bersama di sini... menarik juga... boleh dipraktikkan... semoga diri tidak berasa bosan ..insyaAllah...

1-Jangan Bimbang

Bimbang adalah yang paling produktif dari semua aktiviti manusia dan fikiran..

2-Jangan biarkan Ketakutan menghantui hidup anda...
Most of things we fear never happen!

3-Jangan Berdendam..
That is one of the biggest and most unnecessary weights we carry through our lives..


4-Menyelesaikan Masalah demi masalah.
It’s the only way to handle things anyway.. one by one.


5-Jangan membawa masalah ke tempat tidur.
They are bad and unhealthy companions for good natural sleep and rest.


6-Jangan menyibuk masalah orang.
They are better equipped to handle their own problems than you are.


7-Jangan Ingat Perkara Yang Lalu.
It will always be there in your memories to enjoy.. but don’t cling to it. Concentrate on what is happening right now in your life.and you will be happy in the present also.not just the past.


8-
Jadilah Pendengar yang baik.
It is only when one listens..that one gets and learns ideas different from ones own...

9-Jangan biarkan rasa kecewa menganggu kehidupan.
Self pity more than anything.interferes with positive actions.with moving forwards in our lives


10-Sentiasa Mensyukuri Nikmat Yang Ada..
Don’t even forget the smallest blessings.. As many small blessings add up to large ones

nanti kita sambung lagi ... tips tips ni ... ada lagi... tapi kita sambung entry yang lain pula nanti OK.... anyway... yang penting cari lah keredhaan Allah... bukan keredhaan manusia....insyaAllah hidup kita akan gembira... tak ada stress walaupun kerja banyak menimbun kan... hehehe


Tuesday, October 12, 2010

AL-FATIHAH untuk adik Hanna

masih ingat lagi dengan satu entry UJ dulu.... posting UJ pada 13 April 2010... entry tu plak... paling banyak dibaca dan mendapat komen paling banyak di kalang entry2 yang wujud dalam blog ni....entry itu lah yang paling menyentuh hati UJ sendiri bila membacanya... berkenaan email kawan sekerja UJ tetapi di tempat yang lain...

dalam kesebokan .. sehingga banyak juga email yang UJ terlepas pandang dan hari ini... UJ cuba buka balik email email lama... terkejut juga dengan berita ini...email ini diterima pada 10 oktober 2010 yang lepas... bermakna 2 hari lepas, email ni masuk dalam inbox UJ... tapi di inbox yang satu lagi.. mungkin itu antara faktor UJ terlepas pandang ... kebiasaannya UJ akan update juga email-email yang masuk kat inbox ni...

antara lain kata-kata dalam email tu cukup menyentuh hati... kepada yang pernah terbaca entry UJ dulu... tentang kisah adik hanna... mungkin berita ini bukanlah berita yang kita tunggu-tunggu... namun Allah telah mengatur kehidupan setiap makhluknya di bumi ini... beribu hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku....

Assalammualaikum...

Tepat jam 1.30petang, 7 Okt 2010, Nur Hannah Bt Mohamaed Helmi kembali ke rahmatullah. Mungkin di sanalah tempat yang terbaik buat Hana. Di saat ini, Hana pasti sedang berlari-lari ke sana sini dan dapat makan & minun dengan sempurna...Semuanya itu terbatas andainya Hana masih di dunia. Walaupun berat hati ini menerima ketentuan Allh, tapi saya redha. Saya juga yakin bahawa Hana akan menjadi milik abadi saya di akhirat kelak. Sedikit pun saya tidak terkilan kehilangan Hana kerana saya telah manfaatkan sepenuhnya saat bersama Hana. Walaupun dahi ini sering terpercik peluh kerana menyiapkan Hana selepas mandi lebih sejam dgn m'gurut dan membelai Hana, tidak pernah saya sesalkan. Moga Hana dapat rasakan kasih sayang saya buatnya..walaupun dia tidak mampu untuk menatap wajah saya. Cuma rasa sayang yang tidak mampu untuk saya kikis. Hanya baju, tuala dan tilam Hana menjadi pengubat rindu saya pada Hana.

Pada hari penuh keramat itu, Saya bangun tepat jam 4.30 pagi kerana sudah menjadi rutin saya bangun seawal itu utk menyusu, mengurut dan menyiapkan barang Hana untuk di hantar ke rumah pengasuh. Saya keluar ke tempat kerja seawal 6.40 pagi. Saya sempat mencium pipi dan dahi Hana sebelum keluar. Suami hantar Hana ke rumah pengasuh ( kakak saya) pada jam 7pagi.

Di sekolah, saya menjalankan rutin harian seperti biasa kerana keadaan Hana pagi tu sihat walafiat. Pada puku 12.30 tengahari, saya menelefon suami dan suami memberitahu dia dalam perjalanan pulanng ke rumah kerana Hana sesak nafas. Saya meminta suami menelefon saya semula andainya keadaan Hana kritikal. Jam 1 tghari saya menelefon suami semula dan suami meminta agar sy segera pulang kerana Hana sedang dirawat di wad kecemasan.

Tanpa berfikir panjang, saya terus pulang. Lebih kurang pukul 1.30ptg, ketika memandu pulang, saya rasakan bagai sesak nafas. Terdetik di hati kenapa saya sukar bernafas. Lantas sy ber doa..rabbi yassir, wala tu' asir..Ya Allah aku redha jika engkau ambil Hana semula, jika dia masih milik aku..kau pulihkan lah dia. Mungkin ketika itu doa sy Allh makbulkan. Sesampai di rumah, saya menukar baju untuk ke Hospital. Adik ipar sy mengambil saya utk ke Hospital, sempat sy ambil kad p'ubtan Hana untuk dirujuk oleh pihak Hospital.

Dalam perjalanan, kakak sy menelefon dan ucapkan takziah kerana Hana telah tiada. Tetapi sy nafikan kerana setahu saya Hana sedang dirawat di Hospital. Saya terus minta kepastian dr adik saya adakah benar Hana telah tiada. Bagaikan terhenti jantung ini setelah mengetahui hakikat sebenar bahwa Hana telah meninggalkan saya. Sesampai di GH, sy lihat tubuh Hana kaku, bibirnya pucat...tubuhnya sejuk.Luluh jantung ini tika mendakap tbuh Hana. Rupanya Hana ssak nafas di rumah pengasuh. Saya tidak menyalahkan kakak saya kerana saya redha jika itu ketentuan Allh. Hana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Tehel iairtu kampung suami saya.

Kepada semua yang telah menolong memberi nasihat, mendoakan dan menderma buat Hana...saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sesumgguhnya kehadiran Hana banyak memberikan hikmah kepada sya dan suami. Kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tida pernah saya menyesal ketika membesar dan manjaga Hana. Sesungguhnya Hana bagaikan pelengkap dalam hidup saya.

Kepada mereka yang menyumbang buat Hana, sy minta halalkan segalanya kerena ada lebihan sumbangan yang belum digunakan. Sebenarnya sumbangan yang diterima, saya gunakan sepenuhnya untuk mengubatkan Hana. Tetapi Allh lebih menyayanginya. Doakan Hana aman di sana. Al-fatihah.

Monday, October 11, 2010

kembali berblogging

assalamualaikum semua....
arghhhh lama benar memang lama sangat sangat tak update.. dan tak buka langsung blog ni... entah apa urusan lah dan entah apa kerja lah yang sampai tak sempat langsung nak update...

insyaAllah... rasanya keadaan semakin baik... mungkin tambah selesa... UJ kembali berblogging hari ni... dah habih pun raya kan... so mood raya pun tak de lagi... kita tunggu aidil adha pula...

kepada yang setia mengunjung dan bertanya khabar .. terima kasih banyak banyak....

tadi sempat UJ ke pejabat pos jap... mengepos cenderahati yang dah lama terperam... minta maaf banyak-banyak... insyaAllah ok nanti sampai jangan lupa inform kat UJ... mungkin ambil masa skit lah nak sampai ke destinasi sebab tempat UJ sekarang ni jauh ke pedalaman...

kepada Nas di KL terima kasih banyak-banyak .... nanti bila dah sampai jangan lupa bagitahu UJ ok... untuk Anna di Alor Setar juga ... UJ poskan.... untuk Fida.. UJ pos kan ke Kuala Terengganu deh... sebab alamat tu yang fida kasi hari tu.... maaf tak terlajak plak ke KT raya hari tuh.. insyaAllah di lain masa... dan untuk afih di Kota Bharu .. UJ dah pos kan juga.. camana dah dapat posting mana2?


lama sangat UJ ambil masa nak pos kan semua tu... terperam lama benar kat rumah... bila dah pergi pejabat pos tadi.. rasa macam lega jer... sebab lama tertangguh.. dah beres... insyaAllah sampai ke destinasi dalam minggu ni kot...UJ guna pos Malaysia je... nak carik courier kat area ni ... langsung tak ada.....

ok ... nak mula berblogging semula hari ni... so hari ni entry ni dulu je lah.. esok kita sambung lagi OK...

Monday, September 20, 2010

kerja

blog ni betul betul cuti raya sakan ... lama benar tak update... memang UJ beraya sakan kali ni... entah kenapa... memang setiap kali raya.. kena sakan... pun pergi pasaraya sakan juga.. rasanya tak pernah raya tak raya sakan... waktu kat syria dulu je lah kot.. tak berapa sakan sangat... hehehe... kali ni raya bertig plak... UJ isteri ngn Aqila... banyak juga Aqila dapat duit raya kali ni... so masuk poket abah lah ekk...

dah seminggu lebih beraya... UJ balik plan nak balik awal lah ke Johor.. sebab UJ tahu banyak kerja kena bereskan... sebelum masuk ofis Isnin 20-09-10 nanti.. hari ni lah.... tapi itulah ketentuan ... ujian tetap mendatang... ada yang kata ujian untuk menambah keimanan dan Dia tidak akan membebankan kepada hambaNya dengan perkara yang tidak mampu untuk dipikulnya.... Kenapa awal sangat datang... Khamis lagi UJ dah bertolak dari Terengganu ke Johor dan dalam perjalanan sudah tentu banyak rumah jugak singgah beraya.. so sampai di Bandar Penawar lewat malam juga...

plan keesokkannya nak sentuh lah kerja2 ofis yang masih terbengkalai dan kerja2 lain yang berkaitan... tapi kepala dah makin berat.. hidung mula berair, tekak pulak kering semacam perit pulak... sah aku demam ....

sejak Jumaat hingga hari ini, badan ini masih lemah-lemah.. dan UJ sendiri dpat MC hari ni sebenarnya... tapi rasa kalau tak datang kerja... macam semacam je... sebab dah lama kan cuti raya, nak tambah MC lagi.... hmmmm

Tapi masuk je ofis.... laaa.. 3 memo plak dapat ....

1- salam AJK MAKA sesi JANUARI-JUN 2010 - mohon hadir meeting hari ini 20-09-10 jam 2.30 ptg Bilik Mesyuarata - arahan TP HEA..

adussss... makin berat kepala yang dah sekian berat....bila ON je laptop.. buka email dapat lak mesej macam ni

2. SALAM, KEPADA SEMUA FELO DAN PENYELIA ASRAMA SATU MESYUARAT AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:- TARIKH : 21 SEPTEMBER 2010 HARI : SELASA MASA : 8.40 MALAM

arghhhhh tak ada ke cerita yang best-best skit bila masuk opis ni... tengah duk pening-pening baca email jemputan yang aku paling tak suka tetiba dapat lak SMS...

3. salam KJ-KJ hari Rabu 22-09-10 lawatan dari UniKL, diminta bersama pengurusan Kolej di Bilik Mesyuarat..

rasanya suhu badan ni makin naik plak.... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ni yang buat aku makin cepat je nak chow dari sini... plan 2 tahun lagi.. nampak gaya kena ubah perancangan lah...

erkkk harap-harap petang nanti sebelum punch out mungkin ada apa apa berita yang boleh neutral kan situasi dan perasaan UJ hari ni.... arghhhhhhh

so ... 3 hari ni aku kena meeting jer lah... erhhhhhh

-penggunaan kata ganti nama aku mewakili perasaan yang makin geram dan marah mungkin...

ini lah kerja.....


Friday, September 10, 2010

tahniah

salam aidil fitri.... kullu 'amin wa antum bikhair.... ditujukan untuk semua umat Islam di seluruh dunia....
minal a'idin wal fa'izin....


untuk Naimisa di Kuala Terengganu, Zamri di Sungai Petani dan Zaliha di Kota Bharu diucapkan Ajmalu Tahniah... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkatiNya ...amin.

Friday, September 3, 2010

duit raya

bila waktu raya ... masa kecik-kecik dulu... duit raya lah paling best kan... selain apa yang dah disebut oleh bofoyengfeng... gi jalan-jalan rumah orang pun kueh raya pun kemudian.... duit raya tu penting lagi.... masa kecik2 dulu la... sekarang kita pulak yang kena kasi duit raya kat budak2 .....
tapi sekarang lain ... lagi dah makin tua lagi lain... dapat duit raya memang jauh sekali lah... kena sediakan duit raya plak ada... ni pun berkira juga ni nak kasi yang merah ke hijau polimer tu ke atau yang biru jer... anak-anak saudara dah lah 4-5 dozen... gini lah kalau keluarga besar kan... tapi meriah....

tempat kerja pun dah sunyi sekarang... students dah mula balik kampung... tak sabar-sabar... sampai ada kelas pun diponteng... hmmm macam lah esok dah nak raya....budak2 la kata kan..

time dulu, UJ tengah syok syok raya lagi... kecik kecik lagi... selalu banyak dapat duit raya.... memang best... dan time tuh... duit raya tak ada plak diletak dalam envelope kecik macam sekarang ni... macam angpow tuh.... sejak bila UJ tak perasan plak ... anda tahu bila dan sejak bila...?? tapi orait gak kan.. kemas skit... dan warna tema biasanya hijau .... erkkkk baru teringat hari tuh.. UJ ada terbaca satu blog yang ada cakap dan tunjuk imej pasal sampul duit raya yang ada gambar salib... raya bukan krismas....hmmm sampai tahap tu kan... musuh2 Islam ni nak main emosi kita kan... lagi2 lah nak raya .... haishhhhh

budak budak dulu rasa sama gak kot... dulu-dulu pun nak duit raya gak... sekarang pun budak nak duit raya gak.. sure kasi punya la kan.. sure dapat punya... kalau rumah tu tak dapat duit raya.. memang kena cop.. kedekut... so jangan harap raya-raya akan datang nak memeriahkan lagi rumah tuh....

so bebudak yang kecik-kecik nanti jangan lupa datang rumah UJ raya nanti... insyaAllah dapat duit raya... hehehe....

anda semua dah dapat duit raya...? UJ dah dapat ... kerajaan bagi... RM500/= erkkk so jangan jeles ye kemat, amrixxx, khairi, fida dll ... hehehe tapi UJ tahu anda semua lagi meriah dapat duit raya dari company kan....

hmmmm RM500/= macam sekejap je boleh lesap kan.. tapi Alhamdulillah... nanti cuepacs nak mintak bonus dalam pembentangan bajet oktober nanti... biasalah kerja kerajaan.. menda ni topik hangat dan best...

terfikir juga UJ ... layak ke UJ mintak dan dapat kan semua ini...? dengan prestasi kerja yang kita bagi.. namun kadang-kadang kena fikri juga hak tetap hak... muhasabah diri sebelum nak punch out jam 5 petang nanti.. hehehe ....dah nak raya lah woi....

Wednesday, September 1, 2010

kemas kini

1. uishhh lama plak kali ni tak masuk blog dan update ... biasalah ekkk sebok memanjang.... lagi pun bulan-bulan puasa ni banyak aktiviti lain plak.. so kurang lah sedikit berblog....

2. hari ni panas skit kat area bandar penawar... so asyik nak duk dalam pejabat je kan... ada air cond...sejuk skit.... tapi part2 puasa ni kan... ehhh tak lama lagi kita nak raya... cepat betul ekk..

3. cakap pasal raya ni kan... kenapa la ekkk... budaya negara dan orang kita ni selalu lain je kan... waktu UJ belajar di syria dulu... hari raya adalah hari untuk bergembira... hari kemenangan... lebih lebih lagi lah hari raya qurban.. memang gah sakan...

4. Tapi kita mesti time ni nak sedih sdih kan... kalau dengar takbir pun mesti sedih jer... kalau di sana... takbir adalah takbir kemenangan... takbir seolah-olah menang di medan perang...sebab tu raya dorang..meriah sebegitu....itu lah lain padang lain belalang..

5. Namun dekat Malaysia, time raya ni lah.. banyak kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara sahabat handai jiran tetangga kan... kat sana... hmmm dorang bantai gi main funfair lak.. jahiliah plak... erkkkk lain belalang lain lak padang....

6. tapi entahlah macamana sebab memang budaya kat sini kan... erkk kita dah bercerita pasal raya dah... mesti teruja kan... dah beli baju raya? warna apa... hehehe? ada sedondong sedondong tak... erk... UJ dulu tak suka betul jenis sama sama colour ni... tapi sekaarng nak sama je... sebab dah ada family sendiri kan... entah lah dah kahwin ni kan.. banyak berubah plak.. yang dulu tak suka sekarang suka... yang dulu suka sekarang makin suka hehehe

7. lorrr baru teringat hari ni kena pergi berbuka puasa beramai-ramai di tempat kerja... hmmm kalau ikut malas juga.. tahu je lah.. majlis majlis berprotokol bagai... UJ cukup tidak berkenan .. apatah lagi sememangnya ... UJ sedang menjalankan tugas orang buat masa ni... so tempat makan atau meja ni mestilah meja VIP... uishhh cukup UJ anti bab ni... apa tak nya.. makan dengan orang2 besar tempat UJ kerja je... so semua kena kontrol kan... tapi rasa hari ni .. paling besar pun pengarah je kot... so no problem la...

8. UJ beriya bercakap pasal makan dengan VIP ni sebenarnya...bukan apa... sebab pernah terjadi..... alahhh kadang2 bukan VIP sangat pun... bukan nya tan sri dato' ke apa... mungkin di kalangan kelompok di situ ... mereka lah VIP ... meja cam ni ... camne kita nak melahap lebih2 kan... pas tu ada waiter or waitress lagi... dihidang dengan sejemput nasi... lauk penuh... tapi nak amik cedok pun punya la ... ada protokol beradab... uishhh boring...

9. apa lagi UJ nak celoteh di sini... ahaaaa... pasal pengunjung bertuah ke blog UJ... terima kasih banyak2... UJ tak nak announce lagi... sebab nanti entry khas akan muncul... cuma bersabar dengan cenderahati ekkk ... sebab bukan lari bajet ke apa.. cuma UJ kena tambah lagi 2 ... sebab ada 4 orang ... macamana jadi macam tu.. UJ dont mind la... so tunggu ekkk... anda 4 orang memang bertuah...sebab tu nak kena carik yang sama jugak lagi dua.... ehehe

10. kepada yang terlepas .. insyaAllah nanti akan ada lagi... .. pasal web counter ni kan.. UJ pernah letak yang jenis ada satu kaunter sahaja... so kita boleh letak ...'anda pelawat yang ke...' - tapi web counter jenis ni kan.. cepat betul bergerak... sekali kita sendiri yang refresh pun ... bertambah bilangan visitor.... tak best lah ekkk macam tu... so webcounter blog ni tak macam tu...

11. rasa dah banyak mengomel ni.. sekarang baru jam 4 lebih... erkk nak punch out pukol 5 ... lebih kurang sejam lagi... jumpa lagi OK....

Wednesday, August 25, 2010

sedar tak sedar...

assalamualaikum...
dah sarapan... hehehe harap-harap tak ada yang bersarapan lah ya pagi ni .....kalau bersarapan sebelum waktu imsak tu kira bersahur lah ya... kira berpuasa la hari ni....

sedar tak sedar dan buat-buat tak sedar kita dah lalui separuh ramadhan kan... nak kata mengharungi tak ada lah mencabar sangat puasa kali ni kan... sebab tidak lah begitu panas sangat di kawasan, tempat UJ ni... namun cabaran lain yang mungkin menguruskan pahala puasa tidak dapat dinafikan... mudahan2 ibadah puasa kita diterimaNya... amin...

so lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita meninggal kan ramadhan... cepat betul... pejam celik pejam celik, celik pejam...celik pejam dah nak raya.... Bagaimana dengan puasa anda setakat ni... ada feel tak? mesti best kan...

UJ pun baru perasan makin dekat dah angka ke 5005 dan 5009 pungunjung ke blog ni.. cepat jugak akhir-akhir ni webcounter tu brgerak... itu semua atas sokongan semua... terima kasih banyak-banyak... so apa cerita dengan angka-angka tu... apa yang best sangat... alahhh dah UJ bagitahu sebelum ni kan... apa-apa pun kepada yang bertuah nanti jangan lupa ikut arahan yang UJ bagi kat sebelah OK... kalau nak cenderahati tanda ingatan UJ kepada yang menyokong blog ini terus bernafas...kan?

semoga ikatan ukhuwwah yang dibina di sini berterusan, berpanjangan dan yang lebih utama dikira sebagai ibadah juga kepada yang esa...insyaAllah... jangan lepaskan peluang ni OK... dah empat ribu sembilan ratus lebih dah... so makin dekat lah dengan 5005 dan 5009...

Jika anda tamu taman ini yang ke 5005 atau 5009, email kan UJ. Ada cenderahati yang best sebagai penghargaan, di atas sokonganmu melepak di sini. Alamat e-mail sila tengok profile UJ. Selain email, jangan lupa menjerit kat kotak shoutmix juga... Orait... dikehendaki jerit kuat-kuat sampai UJ perasan... ajakla member datang lepak kat taman ni okies... masuk percuma.

kalau awal-awal dulu kita sambut ramadhan... kita laungkan ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan... namun sekarang ...sudah tidak pantas lagi untuk ucapkan ungkapan sebegitu untukmu Ramadhan.... tetapi hati ini berat pulak nak ucapkan selamat tinggal pada mu ramadhan... kita akur... al wada' ya ramadhan.... -syahdu plak rasa- kerana syawal akan menjelma tidak lama lagi....


Sunday, August 22, 2010

MARA: jawatan kosong

assalamualaikum...
UJ nak war-warkan mengenai iklan jawatan kosong di MARA sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah... Kepada yang berminat dan berkelayakan boleh lah memohon secara online di link ini - http://online.mara.gov.my/vacancy2/ - maklumat lanjut boleh lah juga tengok di laman web rasmi MARA di - http://www.mara.gov.my/ - . Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah tu guru la....
hmmm menjadi seorang pendidik hendaklah mereka yang betul-betul ingin menjadi seorang pendidik.... bukan kerana hanya memenuhi jawatan kosong yang ada atau bukan kerana ini adalah 'last resort'.. jadi betul kan lah niat anda... hehehe satu lagi perkongsian yang ingin UJ nak nyatakan di sini... sekiranya ingin menjadi seorang yang kaya raya dengan wang berjuta-juta-juta ringgit, pendidik bukanlah kerjaya yang sesuai...OK good luck.. jangan lupa tarikh tutup ialah pada 19 September 2010....So kalau ada rezeki mereka yang berjaya akan ditempatkan di salah satu institusi pendidikan mara seperti di bawah ni...







Friday, August 20, 2010

indahnya dunia ini.. indah lagi Penciptanya

pernah lihat ekk gambar2 ni .. mungkin menerusi email... hebat, agung dan indahnya ciptaan Allah... alam semesta yang cukup memukau pandangan mata... mudah mudahan apa yang kita lihat ini... mendekatkan lagi kita kepada Penciptanya... perasan tak... kita berada di atas awan... ada rupanya tempat sebegini ekk... mungkin di Kinabalu... kita boleh melihat gumpalan awan di puncak gunung... namun tidak sebegini... yang seolah2 ada di sebelah, atau kita lebih di atas dari awan tu... biasa nak tengok awan sebegini denagan dekat bila ada dalam kapalterbang.... fuhhhh kagum.....maha suci Allah yang menjadikan alam ini... Allahuakbar....

Untuk sampai ke sini ... mesti melalui jalan yang curam dan antara awan yang memutih sepanjang lebih kurang 20 km... dan apa yang kita lihat ini adalah satu tempat tinggi dan satu aya tarikan pelancong dan kawasan yang begitu indah ... terletak di Iran..Subhanallah indah sungguh tempat ni.. rasa macam kalau ada peluang nak je pergi bercuti dan berehat di sini kan? sungguh kagummm aku ....


- begitulah info yang UJ dapat dari email...

Wednesday, August 18, 2010

ku lihat timur di tenggara

pagi tadi sesudah bersahur... keluar ambil angin pagi hampir subuh... cukup nyaman di balcony garden-taman cinta erkk....langit terang disimbah cahaya bintang berkelip-kelip .... cukup indah... terlihat bintang yang cukup gemerlapan di awal pagi itu... ya cukup pagi .. subuh belum masuk lagi... bahkan boleh lagi menambah hidangan sebelum waktu imsak nanti... mungkinkah itu bintang kejora atau bintang timur yang disebut-sebut ... relatif keindahannya dipuji-puji, menjadi lagu untuk dinyanyikan, menjadi puisi untuk dihayati... malah tempat, atau bumi yang dipijak sekarang juga adalah wilayah KEJORA - wilayah kemajuan johor tenggara.... ohhh kulihat 'timur' di tenggara...cukup terang langit di pagi ini tiada pun awan putih atau berarak mendung.. adakah ini petanda siang nanti panas terik dibahang mentari...?
ada yang kata kejora hanya bintang yang muncul di awal pagi sebegini.. kerlipan cahayanya sungguh terang... namun ada juga mengatakan itulah pantulan cahaya matahari di planet Zuhrah... jiran paling dekat dengan bumi... Bintang kejora dipuji kerana kecemerlangan relatifnya. Tetapi tak banyak orang tahu tentang hakikatnya, kerana orang cukup kagum dengan kemegahan sinar pantulannya. Orang terlanjur menyebutnya bintang, padahal ia juga planet. Lingkungan planetnya pun sesungguhnya tidak bersahabat bagi kehidupan. Luar biasa panasnya memberi kesan pada penduduk bumi dengan kandungan karbon dioksida yang sangat tinggi.. Jadi, adakah zuhrah itu kejora.. ya kejora sememangnya timur, bukan? wallahua'lam...

Kejora sehingga sewaktu-waktu dulu adalah objek penyembah bagi mereka yang merasakan itulah tuhan atau yang berkaitan... kerana mungkin keindahanya atau mungkin kelainan dari yang lain... ya... kerana lain maka jadi lain lah wataknya... ada juga sebagai penunjuk arah haluan dalam mencari destinasi di lautan samudera mungkin juga di hutan belantara... namun kepada yang terlalu mengagungkan ciptaan ini kembalilah kepada penciptanya... agar kekaguman kita diganjarkan sesuatu olehNya.. insyaAllah...singkaplah selalu doa Nabi Ibrahim yang kita baca setiap kali bersolat kan...agar ia jalan panduan setiap yang dipandang setiap yang dihidu setiap yang dirasa adalah kerana kehebatan penciptanya...

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku
hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam

langit cerah di awal pagi tidak bererti tidak akan hujan kemudian nanti, kerana jilah awan mungkin mendung berarak deras di tengahari....Ya hari ini rupanya belum cukup panas untuk mengeringkan tekak dan terik matahari tidak membahang... selesa, nyaman dan indahnya cuaca hari ini...walaupun seawal pagi tadi tanda-tanda hebat siang akan hangat disimbah sinar mentari...

Monday, August 16, 2010

puasa kurus di KL

arghhh hari ni aku di KL... letih jugak puasa hari ni... malm tadi sampai KL hujan sejuk je... hari ni panas plak... mencabar juga puasa hari ni...dicampur dengan sedikit kesulitan yang menyebab kan aku hilang sabr sedikit... sedikit jer... kesian plak kat ustaz tuh kena tengking lak .... betul mencabar lak puasa aku hari ni... sah puasa aku dah sekerat hari ni... tk ada kesabaran langsung UJ ni... erkkk astaghfirullahalazim...

sebelum zohor urusan di HQ MARA jalan raja laut... hmmm nak kata jalan TAR pun ok gak kat belakang tu kan.... selesai... UJ berjalan-jalan perlahan sambil memandang sana-sana sini bazar jualan melalui lorong2 di masjid india.. dan UJ memilih masjid jamek untuk jamak-qasar zuhur dan asar.... melalui lorong2 ini dan seterusnya di hadapan masjid india teringat Uj dengan seorang profesor fizik yang selalu mengajar matematik... kat sini kan... anda semua mungkin juga pernah terserempat dan mendengar ceramah tentang teori dan pengajaran formula matematik beliuan kan... ada yang mengatakan beliau tak berapa betul tapi pada UJ yang meluangkan masa dari awal hingga kahir sewaktu dulu tentang formula yang diutarakan menggagumkan... dan beliau akui otak kanan Melayu ... hmm bijak...

sebelum tu UJ sempat singgah juga pustaka mukmin... wujud lagi pustaka ni... sejak mula2 kenal KL dulu time kecik2 lagi dah wujud pustaka - kedai buku - ni sampai sekraang pun masih ada lagi... sempat rembat dua novel yang memang dah lama carik terjumpa kat sini plak...oklah ada diskaun 10-20%...UJ beli juga sebagai memenuhi kehendak diri heheh nati payah lak nak carik tempat lain.... dan juga untuk mengisi waktu nak buat apa sementara bas nak ekspres yang nak bertolak dari bukit jalil ke johor pukul 4 petang sedangakan waktu tu baru dalam 12.30... tapi rimas jugak duk lama2 dalam kedai ni sebab susunan buku nya membuatkan Uj susah nak melangkah ... di samping diapit kiri dan kanan dengan gadis membongkok melihat-lhat novel2 di di tingkat2 rak bawah... adehhh makin kurus puasa gua beb.... kemat... perlukah aku berbuka hari ini kalau berdepan dengan suasana macam ni....? uikss tanya kemat buat apa....

Sempat lagi UJ ke SOGo.... ahaa beli baju 3-4 pasang untuk aqila dan juga 2 orang lagi anaksaudara UJ di kampung yang baru lahir... nampaknya kali ni... kena tambah lagi bajet duit raya...sebab kena tambah dua angpau baru plak... erkk hmm memang akhir zaman... bilangan anak2 buah UJ sekarang yang kecik2 dan baby2 ni ramai perempuan lak... kalu dulu askar2 je yang ramai.. smpai ada papan lantai terjungkit kerana main perang2 combat dalam rumah...rumah kampung biasalah ... time tu banyak rumah kayu n papan lagi....

sedar2 tak sedar beriktikaf di masjid jamek.. sambil membelek2 novel yang UJ beli tadi sempat juga lah Uj baca dua tiga bab... sedar tak sedar dah kol 3.. terus ambil tren ke bukit jalil...adehh sampai di bukit jalil panas membahang ... tercabar rasanya... tapi makin geram aku apabila... makcik2 yang jaga gerai kat kedai tu menawarkan air botol air tin dan berbagai jenis air... lorr makc ik....gua puasa la hari ni.... makcik tak puasa ke.... ngok betul... dalam hati je lah... aghhhhh makin kurus puasa aku yang sudah sekian kurus hari ni....

adusssss... tepat kol 4 bas eksrpres pun bergerak... alhamdulillah tak penuh so selesa duk satu orang dua seat..... satu malaysia... terus on lappy uiksss laptop...dan menulis lah entry ni... ni pun dah sampai mana entah lah... jap nak jenguk luar....hmmmm setelah beberapa lama juga lah melilau nak tengok papan tanda bagi mengetahui kat mana Uj sekarang....laju jugak bas ni... dah bandar sri putra pun... hmm baru 4.30 petang ... nanti waktu berbuka bas ni stop mana... biasa berhenti di machap kalau bukan bulan puasa ... tapi machap jauh lg.... erk... lagi tak best tak nak pulak dia berhenti kat RnR je... keluar lebuh raya lak gi kedai yang memang banyak bas berhenti sebab driver makan free... erk... tapi makanan kat situ kureng r.... apa apa pun ... memandangkan puasa ku yang kurus hari ni... so untuk berbuka nanti jangan banyak nak request best best... puasa dah kurus so berbuka kurus sudeh.....

Sunday, August 15, 2010

lagi 500 UJ tutup kaunter..

Tak sedar dah hampir 4500 visitor ke taman ni... memang lembap... tapi UJ tak pernah target banyak ... dan UJ pun bukan jenis yang sentiasa blogwalking... tidak juga mengharapkan nuff... just sekadar berblogging... di samping dapat kenalan yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan minda dan sahsiah juga siasah hehehe... dan lain-lain lagi....so dalam 500 orang lagi sampai lah ke angka 5005 dan 5009... memang slow... dan sengaja perlahankan..... okay selamat berpuasa..

5005 dan 5009

Jika anda tamu taman ini yang ke 5005 atau 5009, email kan UJ. Ada cenderahati yang
best sebagai penghargaan, di atas sokonganmu melepak di sini. Alamat e-mail sila tengok profile UJ. Selain email, jangan lupa menjerit kat kotak shoutmix juga... Orait... dikehendaki jerit kuat-kuat sampai UJ perasan... ajakla member datang lepak kat taman ni okies... masuk percuma.

okay jangan lupa... 5005 atau 5009 ....

Saturday, August 14, 2010

singkatnya hidup ini..sempatkah kita menikmati cinta..? -REPOST-

Rasul SAW menyifatkan cepatnya perjalanan waktu kehidupan

seperti perjalanan seorang musafir yang hanya sejenak berhenti

di bawah pokok di tengah perjalanan yang amat panjang.

Para ulama juga banyak menghuraikan dan menggambarkan

tentang kehidupan yang amat singkat ini.

"Umurmu akan mencair seperti mencairnya ais, "

kata Imam Ibnu al-Jauzi.

...sempatkah kita merasai nikmat cinta...?

jom kita fikirkan bersama sambil menghayati

hakikat kehidupan kita di dunia ini....

di bulan yang penuh barakah ni ....
jom kita tingkatkan lagi pencarian cinta kita kepadaNya.....



Friday, August 13, 2010

trick your apetize in Ramadhan...

apa kahabar semua... assalamualaikum... hehehe amacam puasa? best tak? mesti best kan...
berbuka lah time best sekali...pasal berbuka ni.. UJ teringat waktu tinggal kat asrama di sekolah dulu... UJ bersekolah di sebuah sekolah yang terletak di KLang.... kira ternama lah jugak sekolah tu... tapi tak apa lah malas nak sebut nama sekolah tu... yang pasti ramai yang sebut kalau tinggal di asrama .. makan nasi kawah.. pas tu lauk nasi mesti tak best je.. apa tah lagi kalau bulan puasa gini macam tak ada mood lagi lah dengan menu di dewan makan asrama kan...

Tapi alhamdulillah UJ nye sekolah fuhh best... makan 6 kali sehari... sekolah SBP lah katakan...sekolah kesayangan Kementerian lak tu... hehehe dan UJ boleh katakan semua menu dari awal bersarapan pagi sampai minum malam sebelum tidur pun memang best... dah lah asrama pun dah macam duk dalam universiti.. tak ada dorm dorm yang tinggal sampai 10 orang atau pun 20-30 orang satu bilik... sekolah UJ dah memang ada bilik yang merekea menginap dalam sesebuah bilik hanya 2-3 orang... kalau yang senor-senior dan ada jawatan plak di sekolah boleh lah duk sebilik seorang jer... selesa kan... alhamdulillah berkat belajar dengan bersungguh-sungguh mungkin, UJ boleh masuk sekolah tu.. dan memang tidak dinafikan sekolah itu memang punya sistem pendidikan yang baik dan tersendiri..yang mungkin tidak dapat kita alami dan rasai di sekolah lain... belajar pun ada juga macam kuliah... ada dewan kuliah yang bertangga tuh... sekolah korang ada ke macam tu hehehehe...

ok lah pasal sekolah nak cerita pasal berbuka dan sahur ni... kat asrama memang jadi tradisi.. menu malam biasa dengan nasi putih dan lauk macam2 lah kan... kurang menarik skit ... tapi masih best.... pas tu dengan menu tengahari plak.. ada jenis nasi macam nasi minyak, nasi ayam, nasi tomato, nasi beriani dan sebagainya...

bila bulan puasa plak ... menu malam dengan nasi putih tadi dijadikan menu berbuka puasa dan menu tengahari yang best best tu dijadikan menu bersahur... so bijak jugak strategi ni pada pendapat UJ sebab... sahur ni tahu aja lah kan... berat benar mata nak bukak... lagilah remaja sekolah lagi ... tak bersahur pun tak apa lah... so dorang trick dengan masakan best best... sementara berbuka plak... nasi putih biasa je... OK je... sebab berbuka ni apa aja depan mata kita boleh masuk mulut jer... tak kisah dah, best atau kurang sebab lapar berpuasa...

rasanya cam ni pun best jugak kan.. boleh tambah selera bila ngadap makanan time bersahur... bukan apa .. insyaAllah lebih beri tenaga untuk kita berpuasa di siang hari... OK tak?...

ini ialah sejenis lauk yang kita panggil singgang... kalau di kelantan dan terengganu cukup glamour sebab penyediaannya cukup mudah .. rebus jer... Lauk ini lah paling aku tak suka time muda remaja dulu.. kalau inilah lauk kat meja makan di rumah.. selalu tarik muka... tapi sekarang sejak dewasa dan retro ni... inilah lauk paling yang UJ suka... faovourite... kerana kurang best... so kita buat berbuka... OK tak?

ini pula nasi minyak... hehehe kalau di terengganu pagi pagi bersarapan dengan nasi minyak perkara biasa.. senang je nak carik kat kedai2 makan buat sarapan... time bukan bulan puasa lah.. tapi sejak duk Johor.. punya lah payah nak rasa nasi minyak kalau tak ada kenduri atau function .. itu pun selalu diganti dengan nasi beriani...so yang ni memang best... ni nasi minyak ala terengganu ... nye style... stylo skit la... so kita buat makan ketika besahur... amacam ... ada berani? hehehe

Thursday, August 12, 2010

ambil peluang, isi ruang

jom baca quran, kita tinggal dulu novel2 ni deh....
sebelum Ramadhan, beberapa hari yang lepas UJ sempat baca ke semua empat novel tulisan seorang penulis singapura Rohani Din... novel2 ni dah lama berada di pasaran dan masa UJ masih bergelar student Novel ni dah lama berada di tangan mereka yang minat membaca novel khasnya student perempuan lah.. sebab negara kita masih lagi skeptik stereotype ...part2 ni.. tang novel je, dianggap jiwa-jiwa dan feminin... uiks... sampai satu tahap.. UJ waktu dulu kena balut novel yang nak dibaca di kelas.. dengan surat khabar... takut orang ckp UJ apa apa entah... namun itu semua dulu... sekarang lantak lah ko nak cakap apa... ok abaikan ...

Novel yang UJ maksudkan ialah Diari Bonda, Diari Bonda 2 - 4, cerita-cerita dalam novel ni ialah kisah benar... pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis dan diolah menjadi sebuah kisah yang menarik.. tentang pengorbanan seorang perempuan,isteri,ibu dan nenek... hebat sekali usaha yang diamalkan demi kebahagiaan keluarga. jalan cerita biasa sahaja.. tapi bila dikupas secara kenyataan dan sudah tentu berkongsi ilmu yang ada, menjadikan novel-novel ni sedikit berlainan.. membacanya seolah-olah kita mendengar seorang ibu atau nenek bercerita kisah silam suka dukanya mengharungi kehidupan...

antara yang best ialah rungutannya yang tak habis-habis tentang realiti suaminya... namun sesekali dia sendiri tidak hipokrit dalam menyatakan kebaikan dan kelemahan suaminya... begitu juga kisah penyakit misteri yang dialami oleh anaknya sehingga koma... dan yang best juga kebanyakannya kerana serba sedikit perbuatan tahyul yang dibuat dek dengki khianat yang menjadi darah daging manusia yang bertuhankan syaitan...
penceritaan dalam novel ni rasanya... jelas seperti sebuah diari.. tidak ketinggalan juga bagaimana kisah pengalaman penulis sendiri yang ingin manuskripnya itu dijadikan sebuah novel - beliau ke Kuala Lumpur ke sebuah penerbitan yang begitu terkenal suatu ketika dulu - creative enterprise...

Rohani Din sendiri memulakan penulisannya pada usia lewat 40an... dan dia sendiri masih belum jemu menulis,,, dan menurut beliau sendiri akan terus menulis selagi ada hayat,,,hmm UJ belum sampai tahap umur itu lagi heehehe so masih sempat nak buat novel erkkkk hahaha insyaAllah...

sayang sekali pada pendapat peribadi UJ, membaca novel nya hingga yang ke empat sekali pun UJ tidak dapat melihat ke mana dan apakah kesudahan ceritanya, apakah kisah suaminya... dan bagaimana perkembangan seterusnya kepada anaknya yang sakit itu... walaubagaimana pun setelah anaknya pulih, dari sakit misteri... hidup anaknya itu tidak seperti sebelumnya yang begitu bijak dan pandai di sekolah... Namun usaha yang dilakukan oleh ibunya iaitu penulis itu sendiri cukup menggagumkan... besarnya pengorbanan seorang ibu,,, kepada yang belum membaca, boleh lah membacanya... bahasa cukup mudah dan hampir tidak ada ayat-ayat bombastik pada pendapat UJ..


buat masa ni, rasanya kita -UJ- tangguh dulu lah ekk baca-baca novel ni... sebab bulan ramadhan... insyaAllah kita sambung syawal nanti lah ek... elok rasanya masa yang terluang dengan menambahkan lagi baca 'novel agung', raja segala macam buku yang ada di dunia ni kan.. al-quranul karim... semoga kita mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ni... jom kita ambil peluang dan isi sebanyak mungkin ruang yang ada dengan zikrullah... bukan kerana sekarang ramdhan... tetapi bonus yang diberi dan dijanjikan Allah perlu kita tambah lagi zikrullah kita lebih dari bulan2 yang lain...amin...

UJ - novel yang sedang dibaca buat masa ni... pun kena tangguh dulu... iaitu Tembok Tidak Tinggi tulisan A. Samad Ismail... walaupun novel tu nipis je.. tapi pause dulu lah deh...

ramadhan awalnya rahmah, pertengahanya keampunan,
akhirnya pembebasan dari api neraka

sesetengah ulama mengatakan ia dikategori dhaif - matruk dan munkar tapi masih belum maudhuk, namun kebaikan yang dianjurkan di sini sudah cukup best.... pada peribadi UJ

Wednesday, August 11, 2010

syok kan...

rabu 11 ogos 2010 miladiah bersamaan 1 ramadhan 2031 hijriah....
hari ni cuti plak kat johor... so sememangya awal ramadhan adalah cuti umum bagi negeri johor...

so selamat berpuasa dan selamat berbuka .... dah kol 4.30 ptg... jom la gi surau solat asar pastu kena pergi pasar ... bazar skit lah carik kueh... skit skit.. jangan membazir dow... simpan duit untuk esok lak... kita berpuasa pun 'ala kadar' jer... mungkin hanya menahan lapar dan dahaga ... so jom berbuka ala kadar sudeh....

waktu berbuka di Desaru hari ini : 7:17 malam
waktu imsak di Desaru pagi esok: 5:37 pagi

waktu berbuka di tempat anda pukul berapa ekkk?... biasalah area pantai timur lebih awal. beberapa minit.. walaupun Desaru di johor tapi area pantai timur johor.....kalau Malaysia timur lagi awal....

selamat menjalani ibadah puasa di hari pertama... sungguh seronok dan best kan... sebab cuti, hujan pulak hari ni dan entah ... cam beshhh jerr rasa hari ni... dan semoga sepanjang ramadhan ni best jer...insyaAllah..