Social Icons

Tuesday, April 13, 2010

mohon belas kasihan semua sahabat bloggers

petang semalam UJ menerima email dari seorang kawan yang bertugas sama dengan agensi tempat UJ bekerja tetapi di pusat yang berlainan. berita yang sedih pada UJ, cukup sedih, doa UJ semoga Allah memberi kekuatan kepada sahabat UJ sekeluarga.. Jika tidak keberatan harap rakan-rakan dapat la mendokan sama OK...insyaAllah... boleh bace email di bawah ni..untuk mendapatkan apa kisah sebenar yang UJ ingin kongsikan bersama semua.....

Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.


Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.


2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.


Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.


Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com

malangnya ... apabila UJ guna email ni selalu nya failure notice...tapi kalau ade apa-apa yang ingin disampaikan boleh lah emailkan kat UJ .. nanti UJ forwardkan kepada rakan beliau yang boleh menyampaikan kepada beliau.. ni alamat email UJ
jsj1199@yahoo.com


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


harap dapat berikan komen anda semua agar saya dpt forwardkan kepada beliau...sekurang-kurangnya kata-kata anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya..insyaAllah...



35 komen:

SkreMpes! said...

Salam, Semoga Allah memakbulkan permintaan hambaNya. InsyaAllah..Allah Maha Mengetahui. Smuanya dari Allah.

Natasha said...

ada cara boleh tash bantu untuk sumbangan? tash boleh mencuba... berikan semua detail ibu dia, gambar2 baby, ceritanya di email tash sue.eternity@yahoo.co.uk. tash cuba untuk dapatkan sumbangan mana yg termampu

zahra said...

salam.bersabar la ye saudara dan family..insyaALLAH,zahra doakan..dan,mintax tolong dari ustaz2 zahra..banyak2 berdoa,dan tawakal.jangan putus asa.insyaALLAH,ALLAH maha menolong hambanya yang sabar..

Afida Anuar said...

Ya Allah luluh hati melihat anak ni...

InsyaAllah UJ..tiap kali fida solat hajat minta permudah jodoh fida, fida akan doakan untuk anak ni sekali.. akak Rohaiza, insyaAllah, Allah akan bantu akak sekeluarga......

bila tengok budak2 yang kurang bernasib baik skrang, rasa sensitip sket.. alahaii bc entry UJ ni pun dh nk keluar mata..

otain.s said...

Kepada ibu anak kecil ini banyak2 bersbr dengan dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T dan kte sama2 berdoa agar anak ini sentiasa diberi kesihatan yang baik.amin

ibu Maira Hannan said...

semoga memberikan rahmat kpd adik hana.apa yg Allah buat adalah yang terbaik utk kita.yang penting adalah sabar dan kembali padaNYA... DIA nak uji kita sejauh mana tahap kesabaran kita

aku bukan aku said...

takziah..

*al fatihah..

moga tabah dan dikurniakan kesabaran dalam menempuh dugaan..

Jankaulu said...

Pada saat2 begini tiadalah yang lebih besar kecuali bersabar.Setiap manusia menempuhi ujian yang berlainan maha beratnya.

Semoga semakin kuat menghadapi dugaan hidup...sama-sama kita berdoa.

Cheyah said...

Ya Allah... bertapa besar ujian yg beliau hadapi... Teruskan bersabar... krn setiap yg berlaku psti ad hikmahnye... Allah Maha Besar...
Semoga anak beliau segera sembuh~

Anonymous said...

salam ...

ya ALLAH luluh hati membaca post ini..n akhirnya luluh airmata melihat gambar c comel yang semestinya dalam kesakitan menanggung ujian dariNYA...kuatkan semangat ya kak...insyaALLAH semua akan baik2 saja....

liza said...

Ya Allah..mohon sngt2 supaye akak, suami dan keluarga tabah hadapi semua nie...Ya Allah jgn beri mereke rase putus asa dan berpaling dari jalanMU ya Allah...kuatkan hati mereka..sesungguhnya Engkau la sebaik2 sandaran..semuge Nurhannah cepat sembuh..Amin..ringankanlah beban mereke ya Allah..:(

UstazCahaya said...

Salam UJ.

Innalillahi wa innailaihi raji’un….. Berat nya dugaan.

Boleh tolong berikan detail saudara kita itu, Insya Allah ada orang boleh membantu jika kita boleh contact beliau.

Apapun, dalam setiap dugaan Allah itu ada DUA PERKARA yang pasti:

1. Pengampunan dosa.
2. Ganjaran pahala.

..selama kita sabar.

Semoga menjadi iktibar kita bersama.

nino mok said...

salam uj,
tersentuh baca kisah ni. tambahan pula akak baru sahaja melihat nama cikgu itu dalam planner 2010 mrsm muar. namanya seakan2 nama akak. anak saudara akak baru sahaja daftar di mrsm muar 12 april lalu.

akak doakan semoga cikgu rohaiza tabah hadapi ujian yang maha hebat ini. sentiasa solat hajat, baca yassin dan berzikir. semoga baby cepat sembuh dannnnn...uh sedihnya tak boleh nak taip dah.

munirah said...

smoga ALLAH memberi ketabahan pd akak sekeluarga... semoga dugaan baby hana berakhir sgera dan membesar seperti bayi lain....amin..

liennasts said...

al fatihah..
semoga kakak rohaiza tabah melalui ujian ini..
boleh saya copy entry ini untuk tulis dalam blog??

Anonymous said...

semoga anak akak mampu membesar seperti kanak-kanak lain...dugaan seperti ini harap dapat di tempuh dengan sabar dan takwa ye kak...

Aqma Nazri said...

Salam...
Saya akan mendoakan yg terbaik buat baby nih.. Kalo boleh update selalu pasal baby nih k.. baby nih hny insan kecil yg tak mengerti pape.. Sedih bila tgk cm tuh... Marilah kita sm2 berdoa...

Norgadis said...

Moga Baby Hana cepat sembuh dan kepada Rohaiza, banyak-banyaklah bersabar dengan dugaan Allah. Percayalah, disebalik kepedihan, ada kebahagian yang menanti.

BaDBoYs said...

allahhuakhbar....semoga tabah menghadapi dugaan...bagus bro niat kamu..

Fara Pearce said...

insyaallah , tadah la tgn kepade NYA . minta la pada NYA akan kekuataan sesunguh nya tuhan itu tidak tidur , die mendengar akan segala kehendak umat nya. harap bertawakal dgn semua yg terjadi telah tetulis untuk hana.

+qasih nadira+ said...

sy doakan y terbaik buat keluarga akak~Allah itu Maha Mengetahui setiap apa y berlaku~

Anonymous said...

Salam..Pn Rohaiza..

Berat mata memandang,berat lg bahu memikul..Saya ada cdgn kalau dpt contact Pn Rozarina.Byk kisahnya tersiar di majalh PAMA.Walaupun kisah tak sama,mungkin Puan boleh berkongsi rasa dan mendptkn semangat dr beliau. Boleh baca serba sikit kisahnya di sini
http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?viewmode=thread&order=ASC&topic_id=1405&forum=7

kak cabai said...

salam, jatuh air mata kak cabai ni, sebenarnya Tuhan bukan saja2 nk duga hambanya dah tentu ada sesuatu yg Dia sembunyikan dari kita. Dia sedang menguji kesabaran Rohaiza. Maka bersabarlah, bersabarlah... mohon segala pertolongan dariNya.

@}--niEra-- said...

ya allah,
ringankan la dugaan utk keluarga ini..

Anonymous said...

InsyaALLAh...semua ujian yg diberikan olehNYA hanya mrk yg mampu memikul...itu tandanya ALLAH sentiasa sayang dan prihatin pada kita..Banyakkan berdoa dan usaha...mungkin suatu hari HANA akan sembuh seperti sediakala...mgkn ujian ni tuk dia masih kecik.....JGN lupa amalkan solat hajat dan banyak kan bersedekah....semoga doa2 mrk ini mampu mengubah nasib adik ana...

AMIN...

shameel Iskandar said...

Assalamualaikum.

Banyak2 bersabar. Berdoa selalu, disamping berusaha. Tiada yang tidak mungkin dengan izin Allah. Dan, tiada yg mustahil dgn kehendak Allah. Allah Maha Besar dan Allah Maha Berkuasa.

Unknown said...

salam....

mudah2an tabah menghadapi ujian ini...berdoa dan mohon kekuatan daripada yang Esa...

Unknown said...

Salam
Alhamdulullah atas kurnia kelapangan masa hingga pcik singgah di laman ini. Sedih dan cukup derita baby ini. Pada ibunya sabar dan tawakallah ya. Ingat bahawa Allah boleh mendengar tiap doa kita. Insyaallah Allah maha tahu dan ada hikmah semua ini.

Ringgo said...

semoga Allah sentiasa bersama hana & cikgu ..

Anonymous said...

insyaallah...faten dan kawan2 akan berdoa atas bayi hana dapat sembuh secepat mungkin...kepada ibu nya...harap puan tabahkan hati, banyak berdoa dan ingat allah selalu...mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini...mungkin ini ujian allah terhadap puan sekeluarga...semoga bayi hana cepat sembuh...amiin...

safi said...

Salam...semoga akak tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. sesungguhnya ujian itu adalah tarbiyah dari Allah...bykkan berbicara dgn Allah,mudah2an mendapat kekuatan dalam diri utk terima semua takdirNya...
Allah sumber kekuatan~

naimisa said...

Ok, mohon UJ forwadkan pada saya no akaun maybank sahabat itu....

Insya-Allah mungkin ada sedikit yang dapat ditolong.
P/S: UJ dah ada alamat emel saya.

@TulisanSiber

hamba Allah said...

Assalamualaikum wbt...Salam ziarah,salam mahabbah dan salam persaudaraan..

Saya doakan agar Allah menyembuhkan penyakit anak akak..Dugaan itu satu tarbiyah dan penyucian dari Allah buat hamba2NYA...

r.o.l. said...

Buat Kak Rohaiza,

Allah Maha Kuasa, Dia mampu membuat segalaNya, termasuklah perkara yang tak masuk akal kita. Sama-sama kita berdoa, berusaha, bertawakal dan berharap. Tiada yang mustahil bagiNya. Insya-Allah, kebaikan sedang menanti.

emma said...

Ya'allah, besarnye ujian.. Semoga kak Rohaiza bersabar menghadapinya..