Social Icons

Wednesday, April 21, 2010

terima kasih

syabas dan terima kasih

setelah agak lama juga UJ tidak update blog UJ...tapi masih selalu berkesempatan menjenguk blog member yang lain....memang hujung-hujung semester begini .. ramai la pelajar yang busy dan semestinya orang yang mengajar pun lagi la busy bee..nak key in marks la.. nak tanda assignment yang kekadang menyakitkan mata dan hati dan kekadang boleh juga buat kita tertawa sendiri..

SEBENARNYA

UJ juga ingin memberi kesempatan kepada mereka di luar sana membaca entry UJ, yang sebelum ni...sebab tu UJ biarkan sahaja dulu biar entry tu di situ biar lama sikit...Alhamdulillah
sehingga semalam masih lagi ramai yang terus membacanya..dan insyaAllah mereka juga berdoa untuk kesejahteraan baby hana dan keluarga...tercapai hasrat UJ ditujukan kepada mereka...
entry kali ni UJ tujukan kepada semua yang menjenguk entry tu....

TERHARU

di kala berita-berita yang menyayat hati di dada akhbar tentang kes2 buang bayi...seolah-olah kita rakyat 1Malaysia tidak lagi punya hati, tidak punya rasa kasih dan sayang..tiada jiwa cinta..tidak perlulah bertanyakan soalan siapa yang betul siapa yang salah ...mana ayah yang ghaib dan mana ibu yang melahirkan...(tapi si ibu mungkin masih lagi lemah tidak bertenaga ketika bayi-bayi yang tidak berdosa itu dibuang)...apa yang menjadi bottomline di sini ialah tentang masyarakat kita yang sudah tidak lagi punya jiwa penyayang sudah tandus rasa kasih dan cinta mereka...kalau tidak masakan mereka boleh membunuh dan mencampak ke pembuangan sampah ....

NAMUN

di luar sana masih lagi ramai mereka khasnya bloggers yang mengunjungi ke blog UJ untuk beberapa ketika entry UJ muatkan tempohari dibaca dan ditinggalkan doa dan harapan agar baby Hana baik dan sejahtera. Pada UJ mereka adalah manusia-manusia yang mempunyai jiwa yang tulus, mulus ikhlas panjatkan doa untuk baby Hana. di hati mereka penuh dengan rasa keprihatinan, rasa tanggungjawab rasa sayang dan rasa kasih sesama insan..Ya di sini masih wujud mereka yang sebegini bukan.. kita masih belum tandus dengan insan-insan sebegini.
SYABAS mereka adalah masyarakat penyayang. ...UJ ucapkan.. usaha kamu semua adalah usaha yang murni.. UJ sendiri sebenarnya terkejut kerana blog UJ bukan lah ramai pengunjung tp apabila posting tu dimasukkan ... ramai yang datang jenguk dan bukan sekadar itu mungkin lebih dari sekadar menjenguk... TAHNIAH ..kamu semua adalah superrrr.....pada UJ ramai...dan bagi pihak keluarga Puan Rohaiza ibu kepada baby Hana... UJ ucapkan jutaan terima kasih ...


kepada yang meninggal kan komen, UJ ucapkan terima kasih sokongan semua termasuk lah yang tinggal mesej di shout box.. semua UJ forwardkan kepada puan Rohaiza..termasuk beberapa blogger yang link kan entry tersebut di blog mereka.. UJ juga ucapkan terima kasih...

mudah-mudahan berkat usaha kita yang sedikit memberi kekuatan kepada mereka dan moga ia adalah satu amal untuk bekalan kita sendiri nanti juga..insyaAllah.

ucapan terima kasih dari puan rohaiza untuk semua yang pernah membaca entry tentang baby Hana di blog UJ ni....

Ya Allah. Murah sungguh rezeki yang Allah berikan buat anak saya. Saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Saya harap sangat bahawa ada di kalangan pembaca blog saudara mendoakan kesihatan anak saya. Hana sekarang berada di rumah kami di Melaka. Saya mengambil cuti 2bln bagi memastikan kesihatan Hana dikawal rapi. Insyaallah.


4 komen:

Afida Anuar said...

Terharu pulak fida baca entry ni..

Semoga kuat yer Ibu Hana..insyaAllah pasti ada rahmat besar yang terselindung di sebalik kejadian ni..

emma said...

alhamdullilah.. Semoga adik hana akan di beri kesihatan yang baik.. harap pn rohaiza tetap cekal dan tabah mengharunginya.. insya'allah

uj said...

fida dan emma : - sama-sama terus berdoa agar sama-sama sentiasa di bawah lindunganNya sentiasa...

nino mok said...

alhamdulillah.
buat cikgu rohaiza kami akan sentiasa berdoa semoga baby hana cepat sembuh, insyaAllah.
actually akak akan pergi ke mrsm muar jumaat ni nak ambek anak sedara...memang berharap agar dapat jumpa dengan cikgu rohaiza, tapi cikgu bercuti 2 bulan. nampaknya tak de rezeki nak jumpa. insyaAllah lain kali.