Social Icons

Friday, April 23, 2010

Ceritaku yang paling sedih fasal duit

Novel kedua Khairi iaitu Yuda Di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni...

Sambil memandang isteri aku siram pokok bunga di halaman rumah jiran sebelah, di tangan aku sebatang rokok cap unta dan kepala aku kembali terpanggil dengan peristiwa-peristiwa sebelum aku dan isteri aku jadi laki-bini yang sah. Jiran aku pulang ke kampung dorang di Perlis dan meminta aku tolong siram pokok bunga mereka. Jadi tak kan aku pulak nak main siram-siram ni tak macho la. so isteri aku yang setia tu la yang kena wat kerja yang diamanahkan itu.Aikk siram pokok bunga rumah sebelah je. rumah sendiri? Arghhh rumah aku tak de pokok bunga, pokok lalang banyak...hmmm tapi lalang pun berbunga jugak kan...bunga lalang nak buat apa daaaaa...

*************************************************

Aku masih ingat lagi dulu, hampir-hampir aku nak mati.. kalau itulah ajal aku gamaknya.. Bila mana aku nak kena 'paw' dan kena belasah, kat belakang lorong gelap tengah-tengah bandaraya KL. waktu tu aku baru-baru kerja. Siap kena belasah teruk, aku pun silap konon nak shortcut nak naik cepat LRT so aku amik jalan tu. Memang kalau balik kerja, member rumah sewa Faruq mesti ada menapak lebih awal lagi kat setesen LRT..sebab tempat kerja dia dekat.. Tapi hari itu entah intuisi mana ada pada dia.. Dia cakap dia saje nak merayau lepas balik kerja, lagi pun dia balik awal kerja.. dan tak semena-mena ternampak seorang pemuda kena belasah... sah aku lah tu...Tapi Faruq ni jenis entah apa kuasa dia ada, 2-3 ekor mamat yang belasah dan nak 'paw' aku tu lari lintang pukang bila nampak kelibat Faruq... ada kuasa apa entah..carik la jugak mulut aku sikit, berdarah lah jugak.. dan duit aku selamat lagi ... walaupun dalam dompet aku ada RM10 je..Itu je yang aku ada sementara gaji 3 hari lagi. Kalau Faruq tak ada time tuh .. mungkin lagi teruk gamaknya aku kena.

Faruq memang duduk serumah dari dulu tapi aku tak pernah ambil tahu sangat kerja dia apa.. tapi kalau tengok tempat kerja dia tak nampak la best sangat.. best lagi tempat kerja aku sebab ada air cond.. kerja dia macam kuli gitu .. angkat barang kat store dan sewaktu denganya..Tapi okaylah dan tak kisah lah dia kerja apa, sebab dia dah tolong aku ketika aku kena belasah oleh samseng jenis apa pun aku tak tahu nak cakap. mungkin tak ada istilah yang sesuai dalam kamus Dewan keluaran DBP edisi keempat nak bagitahu betapa brutalnya dorang samseng ni.. Aku pulak kenapa tak lawan je... aku heheh lemah skit lawan melawan ni... main hockey boleh lah .. main bola tak pandai..Taekwondo pun kuning je pas tu ... pencen..

Teringatkan Faruq ini juga lah aku hampir-hampir tak jadi kahwin.. Bukan kerana aku minat kat Faruq uiksss aku bukan jenis macam tu lah... dan bukan juga Faruq minat kat aku, aku rasa tak, tapi tak tahu lah kot-kot dalam hati dia.. huhuhu uikss geli la.. sensored je lah scene ni okay..

Yang sebenarnya aku lebih kurang
dah 2 tahun aku bertunang, dan telah 4 kali tarikh perkahwinan sentiasa dianjak, bukan sebab tak cukup masa dan tak ada masa... Nak cakap pasal masa, banyak sangat masa yang ada, kadang-kadang terlebih masa. Nak kata tak de orang nak tolong, ramai juga yang awal-awal tawarkan diri nak tolong dan sememangnya lebih ramai yang menawarkan diri nak datang makan kenduri, menketedarah dari nak datang menolong... termasuk lah Faruq. Tapi semua tu tak penting.. Yang menjadi masalahnya ... aku masih tidak cukup duit untuk kos semua tuh... dari mendirikan bangsal hinggalah nak beli cincin lagi dan macam-macam lagilah yang biasa orang beli dan perlu ada kalau nak kahwin..duit oh duit..kalau nak dikira mesti selalu tak cukup dan tak akan cukup sampai bila-bila..Tapi kali ni bukan kerja main-main, nak kahwin. uishhh bukan sehari dua, atau sebulan dua dan mestilah bukan setahun dua... sudah tentu untuk kekal selama-lamanya..

Kali ni aku tekad, semua segala-galanya kena bajet. Jangan sedap pandang terus nak beli. Sedap mata memandang walaupun tak lah penting sangat terus nak sambar... Aku kena ubah perangai kalau melintas di kedai-kedai yang ada jual barang yang boleh jadi sensitif pada mata aku dan aku tak peduli dengan isi muatan dalam dompet aku cukup ke tak...itu lah aku gamaknya. Minat dan hobi la katakan.. korang nak tahu apa yang sensitif kat mata aku ...hmm contohnya puzzle 3D hehehe. Aku suka mencabar diri dengan mencantum-cantum benda yang bercerai-cerai tu jadi satu objek.. bukan puzzle yang letak-letak jadi gambar, ni 3D, sebab tu harga pun boleh tahan gak... Tak kisah lah harga sampai 3 angka pun aku sanggup beli, itu tak masuk lagi yang aku order kat e-bay lah, amazon lah dan macam-macam lagi lah... yang lain lagi sensitif aku tak nak sebut lah kat sini wat malu je..

Apa-apa pun sejak tekad aku bulat, nekad aku siap lalu aku mula berubah dan Alhamdulillah selang beberapa purnama duit aku pun dah nak cukup. Rasa hidup membujang dengan mengumpul barang yang harga setiap barang yang lama dah aku beli.. aku kumpul-kumpul, hitung-hitung rasanya sudah lebih dari cukup untuk aku buat hantaran perkahwinan.. uiksss...entahlah..so sebulan lagi tarikh untuk aku kahwin telah aku pilih... malam-malam tidur pun selalu mimpi lain je sejak duit dah hampir cukup dalam akaun..kereta pun dah ada, hasil rundingan kenalan banker yang best time tuh.. aku dapat lah kereta dengan full loan... so tak payah aku naik LRT lagi... atau bas lagi atau teksi lagi.. tak perlu lah gatal tangan dan kaki nak lalu lorong yang gelap dan mungkin bawa kegelapan dalam hidup aku kalau bukan kerana pertolongan Faruq hari tuh.

uikss ni nak cerita pasal Faruq ke pasal duit.. Dan Faruq kesian la pulak kat dia.. tempat kerja dia gulung tikar, dia dah tak ada kerja dan banyak kali jugak la dia keluar siang balik malam, keluar malam balik siang semata-mata carik kerja baru. Begitulah dia bagitahu aku.. kesian jugak aku tengok dia..so aku dah makin rapat lah dengan dia..kadang-kadang aku hulur jugak sepuluh dua, sebab dia kerap juga terlepas makan.. ye lah setakat sepuluh dua aku mampu lagi .. lebih-lebih aku kena ingat juga lah aku dah nak kahwin .. tak nak tak jadi lagi..sebab tak cukup duit.

Faruq tak dapat-dapat kerja jugak. Dia buat rancangan nak buat bisnes burger dan jual makan-makan kat warong. Dia nak pinjam dari aku dalam RM1000 gitu.. aku banyak kali gak fikir, dalam akaun aku ada lagi dalam RM3010...(hehehe biasalah yang RM10 tu kan mesti kena ada baki dalam akaun kan... ) yang aku simpan untuk duit kahwin, jadi kalau tolak RM1000 Baki RM2000.. aku kira masih lagi cukup untuk guna hantaran time tuh tak tinggi sangat so aku bajet dalam RM6000. Sebab RM3000 aku dah serah kat mak aku kat kampung.

Kalau ada kat aku lagi, mesti banyak lagi puzzle jadi koleksi aku nanti..So baki RM2000 yang tinggal pas tolak RM1000 yang kalau aku bagi pinjam kat Faruq nanti, campur gaji yang bakal aku terima minggu depan boleh lah buat tambahan lagi..Aku ni jenis mudah kesian kat member aku ni..Lagi lah aku ingat niat dia mulia dan aku ingat lagi dia pun pernah tolong aku time aku kena belasah di samseng kat lorong gelap di KL tuh..langsung aku memenuhi juga permintaan dia yang bercita-cita mulia itu...ye lah nanti aku pun boleh tumpang semangkuk di gerai dia...

Petang tu aku dan Faruq pun keluar dan pergi ke CIMB, memang duit simpanan aku simpan kat CIMB ni dan gaji aku melalui MAYBANK...so senang nak bajet dan susun akaun pun senang.. CIMB pun kami tinggalkan dengan Faruq tersenyum puas, sebab cita-cita dia nak buka gerai tercapai nanti dan aku senyum sakit gigi macam potret Monalisa tuh.. sebab kurang dah duit aku, mungkin juga kurang ikhlas..alaa setan ni pun selalu usik niat kita yang baik jadi tak baik kan...apa-apa pun aku harap aku gembira sebab aku masih mampu tolong Faruq walaupun aku juga perlukan duit untuk persediaan kahwin aku.

Hari berganti hari dan kira-kira 3-4 hari lagi aku kena balik kampung, untuk buat persediaan, nak sambut hari besar aku. Duit pun kena bawak balik cash gak sebab kat kampung aku tak de la ATM...so CIMB aku tuju, bank tempat akaun aku simpan asing untuk simpanan kahwin dengan duit gaji.. uiks macam banyak duit lak wat banyak akaun..bukan apa senang nak kira, senang nak bajet kan...? sesampai giliran aku di ATM aku pun cucuk la kad ATM CIMB yang warna hijau ni.. islamic tuh..nak best skit terus je tekan angka 3 diikuti dengan tiga kali angka 0 tidak termasuk lah yang lepas titik... tup tup.. Screen ATM tu kasi tahu .. baki anda tidak mencukupi....Mata dah mula rase mcm silap bace ke tp aku pilih bahasa melayu je kat screen tu, arghhhhh...darah dah mula menyirat di muka.. urat-urat saraf pun pun kuat menjalankan tugas, arteri mengepam darah makin kuat pulak kerja overtime....ishhhhhhhhh...tertanya -tanya mana pergi duit .. ke memang tak boleh keluar terus 3 ribu kena keluarkan seribu seribu kot.. aku tukar pilihan nak tgk berapa lagi baki yang tinggal... Humangaiii tinggal RM10 je.. mana pergi lagi 2 ribu yang tinggal lepas kasi pinjam kat Faruq...macam-macam dah mula main dalam kepala hotak..tergamam aku, rasa nak jatuh pitam pun ada...kaki macam tak berpijak kat bumi dah.. kalau boleh nak je aku menyandar sekejap kat ATM tu, tapi orang lain ramai lagi Q belakang aku ni..

Aku ni jenis tenang gak la orangnya.. ye la RM2000 terbang tak tahu ke mana pun leh tenang lagi... aku duduk melangut buat sementara depan bank..bawah pokok akasia, ada kerusi kat situ..fikir punya fikir mana pergi duit tuh, aku jadi bingung. Isap rokok sebatang lagi..Lama jugak aku fikir, ada tak aku sebelum ni kot-kot aku terlupa ke, tidak , tak pulak.. aku tak lupa tu semua sebab duit simpanan tu cukup penting. Dan aku tak sentuh dan tak keluarkan lagi kecuali time Faruq nak pinjam je beberapa hari yang lepas.Duit untuk nak kahwin... dah banyak kat atas aku cerita kan, sebab tergantung dan tertangguh nak kahwin. Dan kali ini aku tak nak tangguh lagi.. Tapi macamana ni..? aku sendiri masih cari jawapan mana pergi RM2000 dalam bank... Ya Allah buntu aku fikir..tak kan orang bank silap kot.. tak mungkin...ke aku silap masuk bank..silap apanya.... CIMB bank la tuh...

Aku pandu kereta balik ke rumah sewa dan dalam memandu tuh, kepala hotak aku masih mencari-cari jawapan yang pasti mana pergi duit tuh..siapa yang ambik..belum sampai kerumah teringat la aku , minggu lepas ketika keluar dengan Faruq time nak keluarkan duit untuk bagi pinjam kat dia susah betul nak parking time tuh.. so aku bagi kad ngn no pin sekali kat Faruq tolong keluarkan duit untuk aku .... dan aku boleh tunggu je dalam kereta..lagi pun aku tak fikir banyak sebab kami dah rapat, dia pun pernah juga mintak tolong aku je keluarkan duit dia kat bank dengan bagi kad dan no pin sekali..

Tapi time Faruq pas keluarkan duit dia bagi balik kad kat aku sekali ngn resit sekali dah sah resit tu pun tunjuk ada lagi baki RM2010...so aku tak ade rase pe pe pun syak kat Faruq..Tapi nak tak nak dia je nampak sekarang ni orang yang paling tepat untuk sementara waktu ni aku kena rujuk untuk semua kisah yang masih bermain di benak kepala hotak aku ni..

Sampai rumah, aku terus pergi bilik Faruq, nasib baik dia ada kat rumah, best je mcm banyak duit tengah isap rokok mahal lak tuh..terus soal siasat dan cerita apa yang berlaku. Sumpah-sumpah dia tak mengaku lagi pun dia sendiri cakap dia dah kasi resit dan kad ATM kat aku ...Entah lah nak percaya ke tak aku pun tak tahu, sampai aku bawak quran depan dia walaupun aku tak sampai hati nak suruh dia bersumpah macam sumpah si Saiful kat masjid putrajaya dulu..Tapi kali ni aku terpaksa sebab duit tuh aku nak kahwin, nak kahwin, dan nak kahwin lama dah aku simpan dan dah la RM1000 aku bagi dia pinjam dan RM2000 lesap gitu jer.. Dia sumpah-sumpah sampai nangis-nangis, mengaku yang bukan dia yang kebas duit aku. dia pinjam je RM1000 tuh.. tambah dia lagi tak kan dia sanggup nak curik duit aku... aku bagi pinjam RM1000 tu pun kira dia sangat bersyukur....hmmm pandai betul si Faruq ni pujuk jiwa... hmmm part-part air mata ni aku lemah skit ni...tapi ni air mata jantan, air mata buaya ni...last-last aku percaya je ngn dia.. dan sejak tuh dia berkurung dalam bilik je.. mungkin terasa ngn sikap aku.. aku dalam bilik still lagi bingung fikir macam nak gila mana pergi RM2000 aku tuhhhh....mana pergi tak kan ghaib gitu je kan..? pelik jugakkkk...

kemudian aku buat keputusan aku nak pergi bank nak tanya macamana akaun aku ni.. dorang bank cakap kena ikut prosidur ... Aku kena gi wat report kat balai polis then bawak laporan tu pas tu bla bla bla balik lak ke bank.. selepas itu bank akan tahu lah apa kemungkinan, dan akan dapat tahu la apa yang patut dibuat.. orang bank tu pun ada bagi tahu juga..walau apa-apa pun, terlalu mustahil untuk dpat kan duit tu balik, tapi sekurang-kurangnya boleh kurangkan jenayah.. uiksss dalam hati tak de menda lain dah.. RM2000 tu jugak aku nak balik sebab aku dah banyak kali sebut kat atas... aku nak kahwin...makkkkkkkk..kena tangguh lagi ke aku nak kahwin ni... bila dengar penjelasan orang bank sebegitu aku jadi hambar je,macam malas nak ikut apa yang dorang suruh tuh..

aku pulang ke rumah... aku pun cerita pulak kat Farid, sorang lagi housemate aku.. yang memang kalau aku cerita camne pun si Farid ni, mesti tak prlu aku harapkan respon yang aku harapkan sebab Farid ni sekor macam tak ada perasaan.. last-last pas habih aku citer boleh dia cakap kat aku .. kesian ...itu je respon dia.. Nak je aku hempok kepala dia tapi sebab aku dah faham memang Farid macam tu...so aku sendiri la kena faham perangai Farid ni..Kecewa dengan Farid yang sememangnya aku dah agak sebegitu... aku pergi lak ke bilik Faruq, terkejut aku bila tengok bilik dia kosong, tak ada apa-apa lagi.. Aku laung kat Farid, senang je Farid jawab dari jauh..dia pindah sebab ko fikir dia yang curik duit ko....

senang je ko keluar rumah gitu... memang celaka la ko Faruq... habih duit yang ko pinjam RM1000 bila nak bayar..dalam hati aku dah mula menyumpah dekat si Faruq ni.. sebarang apa-apa nota ke SMS pun tak tinggal..sah dia lah yang curik ni.. Faruq pindah rumah bukan sebab dia terasa dengan apa yang aku cakap kat dia tapi sebab memang dia yang curik duit aku.. itu la perasaan yang ada dalam jasad aku terhadap Faruq... aku terduduk dan banyak -banyak istghfar..kepala hotak aku tak ada apa yang bermain-main lagi kecuali persoalan, macamana nak kahwin ni...dan dalam-dalam aku menyumpah kat Faruq terfikir jugak aku yang Faruq dah bersumpah depan quran dah.. dia pun nangis-nangis .. tak kan dia yang curik...masih aku husnu zann dengan si Faruq ni..itu lah aku gamaknya..tak sampai hati..

Farid dah masuk bilik dia...dan mungkin esok pulak la dia akan keluar dari bilik dia sebab nak pergi kerja..dan Faruq entah ke mana la dia pindah..cepat betol dia kemas barang dia dan terus cabut gitu jer..tapi memang cepat pun sebab tak banyak pun barang dia sebab tu secepat itu lesap je dari rumah sewa tuh..aku menenangkan diri..dan membuat keputusan, ada baiknya aku ikut aja prosidur apa yang orang bank cakap kat aku...

terus capai kunci kereta dan terus ke balai polis damansara utama selang 2-3 kilometer dari rumah sewa aku..dan aku lodge the report about what happened from A to Z. Dan habih citer kat balai polis aku masih ada masa untuk terus ke bank..sampai di bank aku pun tunjuk dokumen yang dikehendaki dan selepas semuanya selesai...last-last aku diberi keizinan untuk tengok CCTV bank pada tarikh dan waktu yang berkaitan dengan kes aku...terkejutttttttttttt aku ....memang aku terkejut...memang sah kelibat yang ada kakt screen CCTV tu cukup aku kenal...3 kali dia keluarkan duit sejumlah RM1000 sebab memang ATM tu tak boleh buat keluar terus RM3000.. dan mungkin juga sengaja dia keluarkan RM1000 dulu dan senang resit baki RM2010 boleh tunjukkan kat aku... sah lah Faruq yang jadi dajal nya...pihak bank nak jelaskan lagi tentang CCTV tuh.. tapi aku tak sanggup lagi dah nk tengok... aku terus je cabut dari bank..tak sanggup tengok kawan yang serumah dengan aku, yang pernah makan minum bersama dengan aku sebab si Farid sudah tentu tak banyak campur so Faruq la jadi kawan serumah paling rapat..dah berapa kali aku cuba call HP dia.. hmmmm sudah tentu voice mail jer.. tak pakai dah la gamaknya no tu..cepat dan tangkas betol tindakan orang yang buat salah ni ekkkk...

cabut dari bank aku pergi lagi buat kali kedua termenung panjang kat bawah pokok akasia tuh.. tertanya-tanya kenapa Faruq ni sanggup curik duit member dia sendiri. Ye la mungkin bukan aku banyak tolong dia, tapi aku kawan dia juga. tinggal serumah ngn dia..Lagi pun entah lah macamana aku nak cerita pun tak tahu... yang tertanya-tanya di fikiran aku ialah kenapa sanggup si Faruq curik duit aku,, sanggup si Faruq ni buat begitu kat aku ekk? Time tuh sedih, aku betol-betol sedih, bayangkan je lah, dah berapa lama simpan duit, untuk hari besar kita, tetiba kawan dalam rumah kita sendiri yang lesapkan dengan cara yang begitu keji, pada aku ...apa jua cara sekali pun tapi kalau mencuri tu, buruk dan jijik la kan... betol-betol sedih la Khairi...aikk ada nama Khairi lak, tetiba keluar lak nama mamat ni dalam citer ni...sedih sebab duit tu, kan aku nak guna untuk... ala berapa kali dah aku nak ulang sebab duit tu aku nak buat kahwin... makkkkkk... anak jantan bongsu mak ni kena tangguh kahwin lagi ke? Tidakkkkkkkkkkk.









Tetiba pandangan mata aku terpana sebentar ke
batang pokok akasia depan kerusi aku duduk .. ada iklan tercatat no telefon untuk buat pinjaman cepat..hahaha Along ke? hmmm lupakan je lah niat ko tu, dalam hati aku berbisik....aku alihkan pandangan aku ke kanan kelihatan dari jauh sayup tapi masih jelas tulisan nya ...BANK RAKYAT, aku tunduk.. aku kelih ke kiri pula ada signage SME BANK.. hmm dalam fikiran aku apa yang aku kena buat sekarang, mana nak cekau baki yang perlu ada lagi untuk mencukupkan urusan hal kahwin aku...so aku buat keputusan di situ jugak...yang aku tak boleh tangguh lagi pasal kahwin ni....so aku mula langkah yang kental, cekal dan semangat walaupun dah RM3000 hilang gitu jer...aku terpaksa pilih jalan yang tidak membuat aku terpksa tangguh lagi, langkah yang tidak perlu lagi aku tunda tarikh kahwin untuk ke 5 kali. Aku mula melangkah, aku lupakan sahaja langkah ke kiri kerana tak ada kena mengena dengan masalah aku ni...bukan nya aku nak bisnes IKS pun....dan aku tak peduli pun no telefon yang ada terlekat di iklan kat batang pokok akasia tuh....so mana aku mulakan langkah.. tak kan ke belakang kot.... sebab belakang CIMB tadi...

*************************************************
sedar tak sedar, aku dah basah kuyup, sebab lama sangat aku mengelamun dan banyak batang rokok dah aku isap... aku basah kuyup sebab isteri aku bukan siram pokok bunga jiran sebelah rumah je tapi dia sengaja siram gak aku yang duduk melangut lama benar.. dia cakap dah banyak kali dia panggil, tapi aku tidak mengendahkannya...dia panggil sebab ada posmen datang bagi surat yang ada tulis 'SULIT DAN PERSENDIRIAN' , bunyi enjin motosikal posmen pun, aku tak sedar....bila aku buka surat tuh, penyata terakhir akaun pembiayaan peribadi sebelum aku kahwin dulu rupanya...dalam hati aku terucap Alahamdulillah....hehehe

------------------------------------------------------------------
entah lah UJ tak tahu nak pendekkan cerita ni... cerita ni rekaan semata-mata, tapi tak ada kaitan dengan penulis hehehe. Sebelum ni malas sikit nak join.. tapi bila baca para akhir posting kontes ni...teruja pulak nak join sama..

Selepas baca cerita sedih korang nanti, saya mahu ceriakan korang dengan hadiah misteri yang akan saya pilih sendiri ini. Tak banyak, tapi better than nothing. Kan? Well. Guys, it's not about money, right? At least we enjoy doing this simple thing. Persahabatan. Cinta. Kasih sayang. Perasaan itu yang ada dalam dada, takkan sesekali boleh dibeli oleh duit, kan? Saya sayang korang semua. Jangan nilaikan ia dengan 'wet'. Anggaplah saya cuma 'divert' kan cek nuffnang itu ke akaun korang. ;-) It is love, we live for...Jom join!

Betol kan apa yang UJ kata, macam best je ayat-ayat akhir Khairi ni kan...ada relasi la dengan tema blog UJ.. taman cinta..huhuhu

so UJ nak cuba tag juga kat Encik Jan di UNITEN dengan Aku Bukan Aku di Russia

12 komen:

Afida Anuar said...

Lar...ingatkan kisah benar UJ..dah kesian dah kat UJ. sanggup si faruq tu buat mcm tu..tp pengajaran jugak kan, walau macam mana baik sekali pun kawan kita, kalau bab2 apa saja, jangan mudah percaya...

PS: UJ, merokok tak baik utk kesihatan..pesanan dari afida anuar... till then..

unclejoe said...

ni bukan kisah benar...rekaan semata-mata hanya sebab nak join contest khAiRi tuh....tak sedih la ...khairi tak luluskan kot...Betol tuhhh smoking hazard.... tapi orang dlm cerita ni tak hidup...sekadar karektor sahaja...

aku bukan aku said...

hehe..
macam menarik...

semalaman fikir..

pagi tadi mimpi best..
sesuai utk tagging nih..

tapi..
biarlah rahsia eh..

bolehkan uncle joe?

sedikit preview..
intro mimpi di mulakan dengan teriakan gadis..
sangat sayu..
tukang mimpi turut rasa aura...
huhu

*nanti2 saya ubah skit cerita..utk selindung beberapa watak..lmbt la lg..byk entry bratur..eceh~!

etuza said...

Salam UJ
Alamak ah meleleh membaca, hemm! tak acilah, rupanya cerpen / cerita untuk khairi pula ni.
Apapun..saya membaca hingga habis, percaya atau tak inilah realiti sesetengah manusia. Kawan makan kawan memang pernah dengar.
Best juga cerita anda. Kot tersenarai pemenang. Insyaallah

Khairi said...

Wah wah wahhh... panjangnya UJ, mmg betul betul nak karang novel ni hehehe.

Okeh, sy add!

unclejoe said...

aku bukan aku - huhhuhuh intro pun dah wat suspen.. kalo nak kongsi ok gak.... ehhhh 1 MAY ni deadline....UJ tunggu gak nanti nak tgk huhuhu
fuyoooo dah ada Q lain dahhh.. hebatttt

etuza - w'salam wrt wbt... huhuhuh citer rekaan nak join kontes... hentam jer.. sebab tu cam skit kasar skit bahasa huhuhu...tak menang pun tak apa.. sebab Khairi dah cakap hujung kontes dia tuhhh bukan kerana duit kan tapi.. LOVE -

khairi - huhuhuhu nasib tak jadi novel... entah la tak leh nak pendekkan tapi dah ada scene -scene yang sensor huhuhu tq luluskan ...hehheh

zulkbo said...

salam sahabat
nostaljik nye story
terima kongsikasih

unclejoe said...

zulkbo - w'salam... hehehe reka-reka wat masuk contest tuhh

uS said...

fuhhhhh caya la Mrjoe...wish you luck... kalo menang kasik kat saya lahh hadiah tuh...heheheh

nasikputeh said...

haha.
dah nak kesian dah tapi rekaan plak dah..
HAISSHH!

*geram tapi nak gelak*

Anonymous said...

wah.. cter dier cam filem hindustan yg bley kne bakar panggung la.. hehhe..;p sorry!!
hehhe.. kat awal2 rs cam semangat n kte rs berdebar2 cam ader dlm cter tuh skali.. tp emosi tuh tergantung camtuh je.. erm.. lagi best kalu dpt tau ape jd kat 'kawan baik' nye tuh..
tp ader bnyk moral value kat dlm cter ni.. ;-)
nway, gd luck!! truskan menulis utk berdakwah!! hahaha.. semangat lebih lak ;-)

Khairi said...

hehe. sedih mmg sedih. lawak pun ada. spisis mcm faruk ni ada tao dlm dunia nyata. kalau jumpa, saya katok ngn helmet aje dia/.