Social Icons

Wednesday, January 9, 2013

keindahan bahasa

Pernah anda berjumpa dengan jin? Jin juga makhluk Allah di muka bumi seperti kita manusia...di sini uj tidak pula ingin mengulas atau menulis tentang apakah itu jin... tetapi akan menyentuh serba sedikit berkaitan dengan bahasa... 

perkataan jin yang dipinjam dari bahasa arab itu sebenarnya berdasarkan kata akar janna (bukan jannah) yang bermaksud menutup atau menyembunyikan. Yang demikian itu, kita sudah maklum yang prinsip asas mengenai jin adalah bahawa mereka disembunyikan dari manusia, maka mereka dipanggil jin,
 
Jin dipanggil jin kerana mereka disembunyikan dari manusia,dan begitu juga dengan janin, kerana dia disembunyikan dalam rahim ibunya, dan taman dipanggil jannah kerana disembunyikan oleh pokok-pokok, dan orang gila dipanggil majnun kerana fikirannya dan sebagainya dilindungi atau terlindung atau tertup untuk seseorang itu berfikir.
  
perkataan jin, janin, jannah (taman) dan majnun adalah kata terbitan daripada kata akar janna.indahnya bahasa Arab... okay selepas ini kita akan lihat dari bahasa lain pula...

sumber: ibnu Faris - Maqayis al-Lughah

0 komen: