Social Icons

Wednesday, January 27, 2010

SBT - sekolah berprestasi tinggi



(cuba teka logo mana rasenya yang UJ maksudkan.... emailkan .... dan bagi position nya ...
nanti dapat hadiah istimewa...sebelum tu kena baca dulu posting bawah ni .....)



20 buah sekolah telah disenaraikan menjadi sekolah berprestasi tinggi (SBT) oleh kementerian pelajaran malaysia.... saya tak berapa pasti sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan SBT ini...secara terperinci ..walaubagaimana pun.. di sana mesti ada keistimewaan tersendiri yang difikirkan perlu oleh pihak berwajib...

Pengumuman itu membolehkan 20 buah sekolah yang tersenarai itu mendapat keistimewaan kuasa autonomi tambahan untuk menaik taraf martabat sistem pendidikan negara ke arah bertaraf dunia --- utusan malaysia

sebelum ini pihak kementerian ada juga melaksanakan program sekolah kluster yang sememangnya untuk menjadi model terbaik bagi keberkesanan pendidikan di negara kita...

meneliti dr semua ini ... boleh lah kita melihat apa yang diusahakan dan apa yang direncanakan adalah untuk melonjakan sekolah dalam sistem pendidikan di malaysia...mudah mudahan ... sistem pendidikan negara kita makin berkembang seiring dengan perkembang dan kemajuan sahsiah anak-anak didik.....

UJ sendiri bangga jugak .... apabila UJ meneliti senarai sekolah kluster yang dikeluarkan oleh kementerian ada jugak sekolah yang pernah UJ belajar dulu ... terlalu banyak pengalaman yang Uj sempat kutip melewati beberapa musim di situ.... pun melihat senarai SBT ini, sekali lagi perasaan bangga UJ membuak-buak di dada...apabila terlihat logo sekolah UJ juga tersenarai...

UJ bersekolah di dua sekolah yang berbeza ... dua-dua tersenarai...

bercakap mengenai sistem pendidikan ni.. hari tu UJ terjumpa satu website mengenai rangking universiti di asia.... banyak kategori yang dilihat untuk satu-satu unviersiti itu diletakan dalam ranking-ranking yang disenaraikan..... malang jugak ... satu ketika dulu University Malaya termasuk dalam ranking 100 universiti terbaik dunia.... tp kali ni .. apa yang UJ lihat tu....tak ada...walaubagaimanapun UM masih antara terbaik di Asia...syabas UM...

tapi pada UJ.... ranking-ranking tuh tidak lah menjadi penanda aras yang utama dalam menilai prestasi sesebuah universiti walaubagaimana pun ia sedikit sebanyak boleh menjadi panduan untuk mereka yang terlibat, membaiki segala kelemahan yang ada...


lagipun tidak bermakna graduan dr universiti yang tak tersenarai dr top universities ni menjadi yang terbaik dan paling laku ... dan tak semestinya jugak graduan dr universiti yang tersenarai menjadi graduan yang tak laku plak kan....arghhh pening, pening letih gak la nak explain menda ni....korang faham sendiri la ek.....

teringat plak ... tapak rumah lama UJ di terengganu,yang sekarang jadi madrasah dan sekolah pondok untuk anak-anak yang berminat mendalami kitab-kitab tua dan mengekalkan tradisi menuntut ilmu cara pondok seperti zaman-zaman dulu...tp istimewa pondok ni ... dibina seperti chalet...kalau UJ pulang ke kampung bersama isteri ... pondok-pondok ini lah tempat pemukiman UJ dan isteri... seperti bercuti di resort plak....kalau nak tahu banyak pasal pondok ni .... singgah-singah la ya...di kemaman.... ahlan wasahlan....






3 komen:

Jankaulu said...

saya belajar di Um dulu, tapi saya biasa-biasa je tak bagus mana, pernah kawan saya suruh pulangkan balik degree dan master saya miliki, he he he.

Afida Anuar said...

Owhh UJ asal kemaman ke? saya orang kuala trg...hehe..

PS: Ala, takde pun logo bekas sek saya kat ctu..huhu

uj said...

to fida.. a'a kemaman ... KT.. dah agak... sbb selalu bukak komen kat blog khairi...heheheh