Social Icons

Monday, December 6, 2010

PELIT - PTS

PELIT, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula! Nak tahu lebih lagi boleh klik di sini. Ada input tambahan di situ tentang penulisan novel genre sebegini.. berdasarkan apa yang UJ pernah baca, novel-novel sebegini ditulis seperti entri di dalam penulisan diari... alahhh tajuk novel pun dimulakan dengan perkataan diari..
sebelum ini kita sendiri pernah membaca dan melihatkan beberapa novel cinta khasnya berunsurkan penulisan diari atau catatan harian tetapi gaya bahasa tidak seperti entri dalam sesebuah diari kan... penulisannya seperti novel kebanyakan juga... tapi kategori ni ..lain dari yang lain... best.... UJ dah sambar 3, dan semua memang tidak mengecewakan... terhibur.. cuba lah.. lagi pun tak mahal... kelakar memang ada, sisipan nilai sememangnya tidak ketinggalan... yang best ringkas dan menarik...
inilah antara aktiviti yang paling senang dibuat sementara menunggu mesyuarat senat Kolej beberapa hari lagi... dan ketika hujan hampir setiap hari di Desaru ni, elok lah UJ menghabiskan masa dengan membaca beberapa bahan bacaan termasuk novel-novel yang terpapar di sini... daripada UJ tidur sahaja memanjang ..boleh hilang banyak memori ... nanti macamana nak mengajar, kalau ilmu yang diperlehi selalu hilang jer.... akhir kata.. membaca jambatan ilmu..

2 komen:

Afida Anuar said...

Nak karang jugak la jurnal peribadi ni;)

naimisa said...

ada jibunsyi, ada biografi, ada aoutobigrafi. ada pula PELIT.

Fuh.... semua itu istilah. Konsepnya sama.