Social Icons

Featured Posts

Tuesday, September 19, 2017

peninsular overland - PART 1 (PAHANG)

Assalamualaikum wrt wbt

sudah berapa tahun tidak update blog...  buka address macam masih active tapi.... nak update tak ingat dah macamane... dan terpaksa study semula macamana nak sign in...seperti biasa kalau depan komputer...bantuan atok google sangat memudahkan sesetengah kerja... tak semua sebab ada jugak dalam beberap insiden atok nyanyuk.... tak boleh guna jugak...

kali ini nak simpang sebagai memori dan nak berkongsi cerita ...kembara semenanjung yang sejak dari sekolah lagi berangan-angan nak redah semua negeri kat semenanjung ni... tapi tak kesampaian biasalah... sebab angan-angan...

sampailah masuk belajar kat serdang pun... masih tak kesampaian.... nak naik kapcai... memang tak sanggup...dari KT sampai kemaman pun berapa kali berhenti...tak tahan buntut kebas semacan je... lagi lah mau satu semenanjung...lagi pun motor tak ada...

seterusnya dan seterusnya... tak menjadi-jadi selengkap2nya...

lepas kahwin... baru ada rezeki... betul lah... rezeki kita makin murah bila sudah kahwin dan beranak pinak ni....

Alhamdulillah akhirnya.... berjaya juga...kali ini dengan famili... feel dia lain skit ... kalau bujang lain pula ceritanya...

Tapi cerita ni tahun lepas dah berlaku... baru sekarang nak update.. nak simpan buat tatapan ank cucu...bila baca blog2 travel orang lain best je... lagi lagi lah yang students2 u ngan anak-anak muda travel... naik kapcai, skooter naik basikal lipat sampai genting cameron fraser pun ada... memang best..pengalaman yang dorang kutip...sangat-sangat berbaloi...banyak faedahnya.....

antara blog yang best pasal travel dalam malaysia ni...


boleh jelajah sendiri kat blog dia memang seronok kepada yang mereka suka tarvel lain dari yang lain...backpacker, motosikal yang paling best basikal lipat pun pernah jugak....

yang bawah ni pun best jugak



yang bawah ni lak legend..


....macam2 tip boleh kita ambik dan jadikan panduan dan persiapan dan persediaan untuk memulakan kembara... ada yang solo.. ada yang bike ada cycling....fuhhh....syok...kalau bujang rasa nak join jugak...tapi sekarang ceritanya sudah berbeza...round bawak kereta mencabar nya tang lain pulak....



dimulakan dengan destinasi pertama

1. PAHANG DARUL MAKMUR

14 Disember 2016
                           
                                

Mula bertolak ke Pahang... tak banyak tempat singgah di negeri pahang sebab ni kira masih dalam pejalanan pulang ke kampung di terengganu... tapi kira dah start dah peninsular overland ni...

berhenti di Pekan bandar di raja... kat sini ... gi kat muzium sultan abu bakar yang sememangnya mudah nak jumpa sebab tepi jalan je...sudah agak lama nak berhenti kali ni baru berpeluang..biasa lalu je sebab sememangnya kena lalu kalau mau balik ke johor......selain muzium sultan abu bakar di situ juga ada muzium islam yang berhampiran dengan masjid pekan....
       
.posing depan muzium
masa ni adik ngan kakak tengah excited lagi nak round semenanjung...
             
panas 'ddering...panas lit lit....panas tang tang...panas so oh....

kat pahang juga ke muzium sungai lembing....tapi tak sempat nak masuk... sebab dah lewat petang so kira lain kali lah...lagipun agak letih dah semua... nak mendaki ambik gambar atas sana macam malas skit....so ambik gambar kat bawah je.....

lepas sungai lembing... berpatah balik ke Kuantan semula... sudah tentu tempat kerja lama di Indera Mahkota...

duk sini tahun 2005-2008 dulu
dah tukar nama dah....pernah jugak kat sini 2003-2005

sampai kuantan.. tak ada plan apa sangat... lagi pun orang kemaman kan... Kuantan tu biasa sangat-sangat dah....

Masjid Sultan Ahmad Shah 1 - Masjid Negeri Pahang

tersergam indah masjid negeri... masjid sultan ahmad shah.... di padang MPK ni... bulan puasa tempat orang berbuka puasa.... penuh dengan manusia dan sebelah tu ada bazar ramadan....tidak bermalam di mana-mana pun di pahang sebab dah sampai kuantan ... dah dekat ngn rumah dah di kemaman.....dah save bajet untuk penginapan....

kira habis lah destinasi pertama Pahang... dan dalam setengah jam lagi sampai lah ke Kemaman....kat Terengganu duk lama... sebab 2-3 malam di kemaman dan 2-3 malam di Dungun... kat terengganu... kat kampung sendiri... Tapi masuk dalam list jugak....nanti lah citer... lagi pun kena flashback balik ni... ingat-ingat lupa dah banyak benda... sebab dah lama... tahun lepas 2016 ....dah dekat setahun dah....


kat pekan... murtabak mengkasar....

Murtabak Mengkasar - Pekan
Harga Murtabak...tanpa GST kottt
Murtabak Mengkasar yang  terletak di kampung Mengkasar Pekan, sebelah SM Sains Sultan Ahmad Shah (Tepi Pagar jerrr)
kalau ke pakan jangan lupa singgah di kedai murtabak ni... best..rasanya dalam banyak murtabak di Malaysia ni... yang ni paling best...tekak orang lain mungkin lain....Dekat pekan ni ada satu lagi kedai yang juga best murtabaknya...Nama Kedai tu murtabak kasturi...kalau dari Bandar Pekan...ia sebelah kanan....
pekan ni...dah agak biasa sebab dalam 2 tahun jugak pernah berkeja di sini....Lupa nak bagi tahu..semasa di pekan lalu juga depan istana abu bakar ...pekan bandar di raja pahang... so adalah istana... tak jumpa dah gambar nak upload sini....

ni UJ ambik kat google...
Gerbang Istana Abu Bakar - Pekan

kat sini dulu... nanti sambung lagi part 2 ...destinasi ke dua plak.....

CATATAN ROUTE
laluan kami guna ialah melalui 

BANDAR PENAWAR/DESARU/PENGERANG --- KOTA TINGGI --- MERSING --- ENDAU --- KUALA ROMPIN --- PEKAN --- KUANTAN --- SUNGAI LEMBING

di sini tidak dapat diberi makluman tentang milage dan juga perbelanjaan...memandangkan catatan ini tahun lepas dan sudah tak tahu ke mana pergi...apa yang pasti keselamatan perlua diutamakan...pada UJ...dalam melawat sesuatu tempat rasa tak seronok dan tak enjoy kalau terlalu rush...lebih ambil lebih masa menikmati sesuatu pemandangan dan mengutip setip info yang diberikan...baru jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan,,,,


Friday, June 14, 2013

Jom panjat bukit....





Lama benar tinggal blog... sampai tak tahu macamana nak buat posting... haishhh tulis kat lain... lainblog plak yang keluar....uikssss



teringin benar nak mendaki bukit ni... pemandangan memang indah...lepas raya nanti kot insyAllah nak ajak encik sukiman.... Tapi larat ke dia nak panjat bukit camni...masa gi kedai RM2 airtuh pun mcm mengah je... di kalau ajak gi kedai perabot ke. kedai PML ke... baru bertenaga bak lepas minum tongkat ali...


 
jangan risau encik sukiman ... ada tangga.... kena pergi subuh subuh hari... baru best....jom nanti OK...


 Cuba teka apakah nama bukit ini dan dimanakah lokasi nya....


 

Sunday, January 20, 2013

kursus oh kursus

                 
  

sejak bertugas di johor, inilah kali pertama kena berkursus di kuantan... memang suka sebab family boleh balik kampung di terengganu sementara uj berkursus di kuantan... dekat je kan... kemaman dengan kuantan...

baru minggu ke dua akademik dah kena panggil pergi kursus, dah 3-4 hari kelas tangguh, seronok bebudak ... satu apa lesson pun tak sentuh lagi... balik kursus banyak lah menda kena ganda dan banyak juga lah kena ganti kelas yang lepas-lepas... tapi kadang-kadang fikir okay jugak... sebelum kena pergi kursus akhir-akhir semester, waktu tu sebok nak buat test lah, quiz lah, macam-macam assessment lah kan...

kursus kali ni dibuat di grand continental hotel kuantan... pernah datang sekali dulu... lama dahhh... waktu bekerja di kuantan lagi... berbuka puasa dengan anak buah di sini... waktu tu belum kahwin lagi... dan tak banyak berubah pun hotel ni ... apa yang nak diubah kan ekkk?

 

tengah-tengah kursus begini rasa terfikir nak beli galaxy tab jer... hmmm

Saturday, January 19, 2013

Bandar Muadzam Shah





minggu lepas, sempat uj ke muadzam shah di pahang, kalau tak silap area ni masih dalam daerah rompin. bandar ni makin membangun dan meriah sekarang... kerana makin ramai manusia yang uj tengok... bandar yang menjadi destinasi transit atau persinggahan utama mereka dari pantai timur menuju ke selatan yang menggunakan lebuhraya tun razak... laluan ini juga untuk ke bahau atau segamat...

agak kerap juga uj ke sana, dan setiap kali ke sana selalu ada perubahan dari segi pembangunan prasarana dan mungkin juga bertambah bilangan penduduknya... memandangkan di sana juga menempatkan sebuah ipts - UNITEN juga ada kampus politeknik yang sudah pun beroperasi... menambahkan lagi kerancakan pembangunan sebuah bandar baru seperti muadzam shah ini seterusnya meningkatkan nilai ekonomi setempat... bagaimana dengan pembangunan spiritual nya?


bersama member lama ketika bertugas di tempat lama sempat juga menikmati tasik uniten kampus muadzam shah, tasik nya cantik tapi macam kurang dijaga dengan baik mencacatkan sedikit pemandangan di sini, namun encik sukiman pensyarah ekonomi uniten sempat juga pusing 2 round dan berjaya mengeluarkan embun jantannya di waktu senja... uj ada juga simpan niat kalau boleh nak bertugas di sini pula... rasa macam jemu dah tinggal di bandar penawar...erkkk


banyak juga tempat lain lagi di pinggir bandar muadzam ni yang boleh dinikmati keindahannya dan juga diambil manfaat antaranya tasik biru di bukit ibam... mungkin mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan memandu kereta myvi encik sukiman... kebiruan air tasiknya memang memukau mata yang memandang...



 habis semalam dua di muadzam shah uj meneruskan perjalanan ke kuantan... ke grand continental hotel nak berkursus pula, kursus oh kursus...hmmm

Hujan - Peringkat Kuning

 
 
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang sedang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Kemaman), Pahang (Daerah Pekan, Rompin dan Kuantan) dan Johor (Daerah Mersing, Kluang dan Kota Tinggi) dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.


Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Melaka dan Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat dan Kluang) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 19 Januari 2013. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin). Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan banjir kilat.

Dikeluarkan pada : 9:57 malam 18 Januari 2013 - Jabatan Meteorologi Malaysia - MOSTI