Social Icons

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

the rainbow troop

LASKAR PELANGI - tajuk pun best ... citer-citer cam ni lah UJ minat sebenarnya... memang tak ada langsung pelakon terkenal... sebenarnya sebelum ni UJ tak tahu pun pasal filem ni. Yang pernah dengar hanya lah lagu nye laskar pelangi... tgk kat youtube semalam baru tahu pe bende lah yang dinyanyikan tuh....ia sebuah filem yang diadaptasi dr sebuah novel.. karya sulong pulak tu seorang penulis novel Andrea Hirata.. dan sebelum-sebelum semua tu.... UJ bukak, blog seorang kawan blogger ni ...dia pun tulis tentang yang ni... baru lah UJ terus google dan youtube pe yang kaitan... ye best.... mengenai komen blogger tu boleh klik kat bawah ni....

rasanya hampir tak ada pelakon terkenal dalam tuh....dan mungkin penduduk tempatan di situ ...yang unik pulak.. mereka bertutur dialek tempatan yang hampir-hampir sama macam orang Malaysia...mungkin masih di bawah lingkungan geography kepulauan riau-lingga yang pernah menjadi pusat bahasa Melayu bahkan bahasa Melayu yang dipertutorkan banyak orang di bahagian selatan semenanjung dan KL ... dengan tidak menggunakan sebutan baku.....dari sini kan??????? betulkan UJ kalau tersilap.... s

Setting yang dimaksudkan dalam filem ni ialah di sebuah pulau kecil di sumatera selatan, indonesia..pulau belitong namanya...dan dikhabarkan filem ini mendapat sambutan yang cukup bagus di sana? macaman pulak kalau filem sebegini dan seumpama ini dilakonkan oleh mereka yang tak hensem dan tak jelita ...di Malaysia...? dapat sambutan ke? entah laaaa... Mungkin rakyat Malaysia merasakan menonton filem hanya sekadar hiburan semata-mata dan tidak mahu terlalu banyak campur unsur-unsur lain yang boleh diambil kesempatan menjadi sisipan di situ. walhal dengan menonton filem selain plot yang kita nak tahu ... mungkin tidak secara terus, penonton juga boleh mencedok ilmu yang digarap menerusi lakonan yang mantap oleh para pelakon walaupun tidak terkenal dan mungkin tidak perlu seksi untuk menarik orang melihatnya...


bercakap mengenai filem-filem sebegini, teringat pula UJ waktu masih belajar di kampus dulu, UJ pernah menonton filem ini... tapi tengok CD jer.. beli kat entah mana la...time tuh DVD tak glamour sangat ada pun mahal.. UJ tak reti lak nak masuk panggung hehhehehe.. ajak member-member sekor pun tak berminat... malah dorang pelik lak .. Kenapa UJ teruja sangat dengan filem tuh... tapi berkali-kali UJ tengok, UJ tetap tidak beberapa faham... ingat lagi tentang dari Jemapoh ke Manchester...???? huhuhuh.. yang best filem ni lah yang UJ buat topik presentation kat kelas, time belajar dulu...dapat jugak UJ menarik perhatian orang dalam dewan kuliah pasal filem ni walaupun UJ sendiri tidak beberapa pasti, pasal plot filem ni... tapi agak-agak UJ pun banyak jugak ia muatkan untuk mengkritik tentang kehidupan di negara kita ... filem ni arahan Hisyamauddin Rais...


TAPI apa kata orang luar tentang filem ni ... UJ bukak balik walaupun dah lama UJ pernah bercakap tentang filem ni .....dan memang tak dapat sambutan pun filem ni kat Malaysia... almkalumla .... filem jalanan dan bajet murah ... orang Malaysia suka tengok filem yang ada kelas... tapi apa maksud kelas yang menjadi konotasi orang Malaysia....filem ni banyak setting nye di Kuala Pilah dan mungkin di Jemapoh sendiri...


Yadi and Madiz are bored out of their minds living in Jemapoh, a village so remote that cows are more plentiful than people and are also more interesting. The pair decide to steal a car and head to the mythical Manchester. Yadi dreams of seeing his favorite soccer team Manchester United, and Madiz longs to be reunited with his long-lost father, whom he heard was living in Liverpool, which he assumes is somewhere near Manchester. On the road, the pair meet a rocker from Singapore, skinheads and crazy kidnappers, all the while hoping that Manchester will pop up on a road sign before too long.Hishmuddin Rais' debut feature film marks a significant departure from traditional Malaysian cinema in its fresh and youthful narrative expression, and emerges as part of a new wave of Southeast Asian cinema.
(by Christian Gaines, for the Hawaii International Film Festival '97)

ada satu lagi dari jiran kita seberang tambak Johor ni jer.....

What happens when you're a Manchester United fan who lives somewhere in Jemapoh, Malaysia? Why, go to Manchester of course. This first road movie by debut director Hishammuddin Rais is an offbeat adventure across the country's multi-cultures. From meeting punk rockers and skinheads in a bar to encountering crazy kidnappers, this one pulls out all the stops. And yes, they do get stopped for speeding.

(extract from the Singapore International Film Festival 1998)


ahaaaa satu lagi ni filem yang belum UJ tengok... tapi mengikut blog yang UJ ikuti ... filem ni tidak mendapat sambutan di negaranya sendiri tapi di sambutan luar biasa di Amerika dan Eropah bahkan filem ini sekaligus dikatakan juga ... berbicara tentang Islam dan bagaimana pandangan dunia terhadap Islam.

http://www.ibnuhasyim.com/2010/02/filem-mnik-dingin-di-mumbai-respon-di.html


apa tajuk filem ni ye..? oooohh baru ingat ......MY NAME IS KHAN....ade orang cakap ...apa ada pada nama... sebenarnya nama begitu penting walaupun Shakespeare sendiri pernah kata sebegitu kan..... 'what's in a name?'.... uikss mesti laaaa.... nama penting pe........

.... dalam apa jua filem yang dibicarakan di atas sudah tentu diselitkan dengan tema kasih-sayang.. a'a LOVE kan..CINTA atau CHEN-TA.... sesuaila kot dengan tema blog ni....


lupa UJ nak masukkan mantera ajaib yang diambil oleh anak-anakLASKAR PELANGI...

"kalau nak pintar, belajar. kalau nak berhasil, usaha"

Sunday, February 21, 2010

lonely weekend

hmmm ...ni kali pertama sejak kahwin... UJ terpkasa lak berjauhan ngn isteri tersayang hehehehe..duduk sensorang kt rumah cukup membosankan...wife dah pun UJ hantar balik kampung minggu lepas lagi ... ketika balik kenduri anak saudara kahwin di kampung... biarlah dia berehat sementara menunggu baby kami lahir tak lama lagi insyaAllah selamat doakan ok....

keadaan rumah agak sedikit lintang pukang lah... kat ruang dapur pun... hmm banyak jugak pinggan mangkuk yang menunggu untuk disental.. beginilah ... kalau semua kerja bertangguh... sejak kahwin .. UJ dah jarang buat kerja-kerja macam tuh.. house chores ni banyak di ambik alih oleh isteri... since dia decided nak jadi surirumah sepenuh masa, berelaun dan berpencen tapi kwsp sendiri je kot huhuhuhuhu... tapi takut gak dia boring so UJ belikan lah dua ketol mesin jahit ... so boleh lah dia menjahit kat rumah ... nanti boring lak ... nak tunggu UJ sekerat hari kat rumah tu...lagi pun UJ tak nak gak skill menjahit yang ada padanya hilang gitu sahaja...bile tahu dek member member ... ramai jugak yang menempah.. orait jer... boleh duit untuk dia simpan... yang best lagi ... sejak kahwin semua baju batik hmm yang kena pakai hari khamis tu kan... ngn baju melayu yang kena pakai hari jumaat tu semua kerja tangan isteri ..bukan ke best tuh...pada UJ la... hhuhuhu..

sebenarnya posting ni nak tulis pasal UJ sensorang kat rumah weekend .. next week UJ kena balik ....

so kembali kepada nawaitu asal, mengenai posting ni... kerana boring sangat kat rumah ... UJ menyelongkar stor kat apartment, yang memang kami simpan barang-barang entah tak tahu nak guna biler.... tapi sebelum tu UJ sempat siram dulu pokok-pokok kat balcony ... itulah taman cinta ... kena sebut gak chen-ta sebab blog ni kan taman cinta.... uiksssss


sambil UJ menyelongkar kotak-kotak dalam stor tuh.. kononnya pada awal nak berkemas lah .. boleh kuar peluh .... kira PE la gak ...kan... terjumpa la banyak lak CD, CD and DVD baru tapi dah lama tersimpan ... UJ masih ingat kebanyakan CD-CD and DVD tu UJ beli time tinggal di KL, baru-baru dapat kerja ntah apa-apa dulu sebelum UJ kerja tetap... itu pun rasenye belum grad lagi... tapi UJ beli sahaja tak pernah tengok... camner and kenapa beli tak tahu plak.. cite citer korea, jepun, english ada gak satu... semua tangkap lentok jer.... TAPI ....UJ rase mungkin ade special kot UJ beli ... sbb citer-citer tu semua tak glamour... memang mcm tu... yang orang rase tak suka tu UJ suka tgk....mungkin sesetengah citer agak berat .. so sesetengah org nak menonton sebab nak fun and entertainment so tak nak citer berat berat kot...entah la...

so antara citer nye seperti yang ni ... best gak.. walaupun slow...ni citer jepun ni...

KIMI GA KURETA NATSU


citer ni best gak sebenarnya ... tentang keluarga ... boleh lah UJ ambik sedikit sebanyak tauladan untuk family sendiri nanti ... tapi tengok sensorang ... ya lah tak tahu nak wat per kan.. tgk la gak DVD ni... yang pelik nye ... dah bertahun UJ beli sekarang baru tengok .. ada satu lagi yang dah lama beli and baru tengok... baru bukak plastik wrap DVD tuh...yang ni Korea lak...

MY WAY HOME


cerita pulak juga mengenai family tapi tentang seorang nenek yang bisu dengan kerenah cucu nya ala-ala perangai city boy... camne nenek tu berlakon ... mcm betol jer... kelakar and best gak.... pernah tengok ke????

sambil makan biskut cap pingpong tu UJ sambung lagi so jadikan marathon nonton weekend tuh... rupanya banyak jugak UJ belum tengok DVD and CD ni.. dan mungkin sesetengahnya UJ dah lupa camane citer dia ... yang agak lain skit .. kebanyakan yang tersimpan dalam kotak tuh... yang UJ ambik dalam stor tuh... rat-rata cerita tentang family ... okay jer.. UJ boleh layan...

KABHI KHUSHI KABHI GHAM


ada jugak tersesat satu citer hindustan ni ... alah layan jer... best jugak ... pernah tgk dulu sekali jer... mungkin ni la satu-satunya citer hindustan yang ada dalam stor ni....

I AM SAM


I am sam pun ada gak... lorr citer ni best ... mesti ramai yang pernah tonton citer ni ek...

bagaimana pulak dengan citer-citer kat bawah ni pernah tengok tak? yang ni pun ada dalam balut plastik .. so first time UJ tengok .. dan UJ boleh layan... heheheh semua korea lak tuh... ok jer...

sad movie, my girl and i, my boyfriend is type B



itu lah antara yang memenuhi masa weekend UJ .. kerana sensorang ... next week UJ mesti balik.. baby tunggu,,, jangan keluar lagi ... tunggu abah balik dulu ok ....

menonton ni bkn lah selalu sangat ... kalau ada masa yang tak sengaja macam ni je lah.. lagi pun rasenya tak de dah DVD lain yang nak ditengok...

ooopsss terlupa lak UJ ada satu ag... citer korea dan sedikit ganas yang sempat UJ tengok dan pastu UJ baru bukak blog...memang ganas ekk citer ni...

RUNNING WILD


Sunday, February 7, 2010

ketika cinta bertasbih

kali ni UJ posting pasal novel dan filem dan juga filem dan novel....dan best nye pasal CINTHA baru lah kena skit dan relevan dengan 'taman cinta'.
TAPI
mungkin bukan cinta biasa dilihat, didengar atau diprkatikkan, mudah-mudahan ia adalah cinta dibawah naunganNYA... ameen
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketika Cinta Bertasbih(KCB)
sebuah cerita menerusi dwi logi novel dan mungkin akan menjadi trilogi dan banyak logi lagi ...jangan logi yang itu sudah lah...hasil tulisan HABIBURRRAHMAN EL SHIRAZY, seorang novelis indonesia yang tersohor di nusantara ni kan bahkan juga di timur tengah... apabila novel nya yang terdahulu iaitu
Ayat-ayat Cinta(AAC)
yang meletup dan menjadi best seller tapi tidak seperti filem AAC pulak...tawar je kan.... bagi siapa yang pernah menontonnanya...dan membandingkan pula dengan cerita dalam novel bagi sesiapa yang membacanya, mungkin rasa ada perbezaannya kan...malah sedikit jalan cerita pun berbeza dan apa yang tak tertonjol dalam novel,timbul jadi penting dan utama plak dalam filem kan....kalau tak silap UJ dah dua kali ditayangkan di channel TV tempatan kita...apa yang nak dikomenkan oleh UJ pasal novel AAC ni...ehhh ni pasal KCB ke AAC ... alah tak kisah lah...kan ni taman cinta....hehehehehe....Rasanya tidak pantas lah UJ nak komen, penulis novel itu pun memang dah terkenal... dan memang cerita dalam novel tu pun memang best...Cuma UJ kurang best lah tgk filem nya...dan UJ berpendapat, Habiburrahman sendiri pun bersetuju dengan pendapat UJ heehheeh dan pasti tidak bersetuju dengan beberapa watak yang dimainkan dalam AAC...



Watak Fahri misalnya, agak lemah, seorang yang putus asa serta lebih cintakan dunia dari agamanya. Sedangkan dalam novel hmm dia seorang yang kuat agama, tawadhuk dan begitu tawakal dalam urusan hidupnya... ishh banyak komen gak UJ ni... begitu juga dengan beberapa watak lain seperti Aishah yang agak show off dengan kekayaan sebaliknya di dalam novel dia ialah seorang jutawan yang low profile. begitu jugak watak Maria yang keterlaluan dalam filem tetapi tidak dalam novel...settingnya pun kurang memberansangkan kerana banyak scene difilemkan di India bagi menampakkan timur tengah... tak real la kan....



Dan UJ pun sempat jugak menonton filem menerusi DVD cerita Ketika Cinta Betasbih 1 dan Ketika Cinta Betasbih 2, beberapa hari lepas bersama isteri kat rumah dan sememangnya UJ pun dah khatamkan dua-dua buah novel tuh... dan kali ni memang tidak mengecewakan... bahkan terlalu banyak ilmu yang diperolehi bukan sekadar hiburan je ... best la cerita dia... so UJ just nak ckp novel dan filem ni memang BEST....

Lagi pun scene memang tol-tol kat mesir...tapi lagi best la kalo dia campur skit sebanyak tentang pelajar Malaysia kat mesir atau pe pe yang boleh dikaitkan ke.... seperti ada seorang wataknya yang ingin transit kat KLIA sebelum ke jakarta... boleh la masuk ruang angkasa cyberjaya kot.... Cyberjaya ngn KLIA kira tak de lah jauh sangat kot...silap-silap tershoot lak Fida kat situ... tengah beli ais krim ke ape ke... ishh melalot lak... aku tak nak jadi khairi ..... heheheh..... akan berbangga la orang kita kan...ada je nak sebut nama orang lain dalam posting ni... itu lah hebatnya dorang kan...

Bila malaysia nak buat filem sebegitu ekk.. dulu time nur kasih .. heboh la jugak sekejap kan... dan pas ni dengarnya RTM plak akan ... dari damsyik ke perlis ... apa tajuk nye ek... ahaaa Nurul Iman... kat astro oasis pun kata ada yang digarap dari sebuah buku tulisan hasrizal abdul jamil atau saifulislam iaitu aku terima nikahnya...



tapi semua tu UJ lum tonton... Nur kasih pun kira OK laaa cuma itu cara malaysia sementara indon lain ekkk.. tp ntah laaa KCB banyak tinggal kesan bile menontonnya.. mungkin sesuai dengan jiwa penontonnya kot... pasni rakan rakan UJ yang satu tempat kerja or mungkin yang kenal UJ akan kata UJ jiwang, bile terbaca posting ni... sbb bincangkan kisahh gini dan tgk cerita ceriti mcam ni ... hmm peduli hape kan..... UJ tengok ngn wife UJ... boleh rapatkan lagi hubungan al-maklum la kawin pun lum sampai setahun.... hehehehh sempat gak promo..

kat you tube UJ tengok filem ni banyak memberi ulasan KCB dilakonkan oleh majoriti mereka yang pertama kali berlakon hanya beberapa ketol je memang sudah pelakon-pelakon filem.. dan dalam filem ni sendiri penulis novel ini pun berlakon sama sebagai watak kecil.. namun tampak berkesan...waduh best bangat.. cerita nya natural sekali... filem KCB 1 banyak scene nye dilakonkan di Mesir... cantik tempat nya ... UJ pernah ke sana waktu banyak duit dulu... hehehe dan scene banyak di Indonesia bile tengok KCB 2...

pandai tol orang indon ni kan... ok lah ... mungkin ramai dah lihat nya... kalo lum elok lah tonton... untuk fida yang tak lama lagi or tak tak lama lagi nak makan nasi minyak ok gak tonton... hehehhe...

menonton ketiga-tiga filem ini (AAC, KCB1 & KCB2) sebenarnya tidak begitu besh berbanding dengan membaca novel nya.

UJ- sesekali teringat sesetengah indon kat malaysia yang buat kacau dan jahat .. rase geram plak....tapi tidak semua ada jugak yang betol-betol mencari rezeki yang halal

Friday, December 4, 2009

cinta again..... hidup dengan cinta berlandaskan taqwa....... how beautiful huh...?

have you watched it? .... its setting brings me back to the place that i have been when i was visiting my sister and friends in al-Azhar University.... Cairo.... beautiful but hmmm dirty ..... how is it? Through this film we can see some similarities among Malaysian and Indonesian students in Egypt there....


KETIKA CINTA BERTASBIH



KETIKA CINTA BERTASBIH 2

....there are some other cintas too, syahadat cinta, muhasabah cinta, tentang cinta, ayat-ayat cinta,doa orang bercinta .....