Social Icons

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Jom panjat bukit....





Lama benar tinggal blog... sampai tak tahu macamana nak buat posting... haishhh tulis kat lain... lainblog plak yang keluar....uikssss



teringin benar nak mendaki bukit ni... pemandangan memang indah...lepas raya nanti kot insyAllah nak ajak encik sukiman.... Tapi larat ke dia nak panjat bukit camni...masa gi kedai RM2 airtuh pun mcm mengah je... di kalau ajak gi kedai perabot ke. kedai PML ke... baru bertenaga bak lepas minum tongkat ali...


 
jangan risau encik sukiman ... ada tangga.... kena pergi subuh subuh hari... baru best....jom nanti OK...


 Cuba teka apakah nama bukit ini dan dimanakah lokasi nya....


 

Sunday, January 20, 2013

kursus oh kursus

                 
  

sejak bertugas di johor, inilah kali pertama kena berkursus di kuantan... memang suka sebab family boleh balik kampung di terengganu sementara uj berkursus di kuantan... dekat je kan... kemaman dengan kuantan...

baru minggu ke dua akademik dah kena panggil pergi kursus, dah 3-4 hari kelas tangguh, seronok bebudak ... satu apa lesson pun tak sentuh lagi... balik kursus banyak lah menda kena ganda dan banyak juga lah kena ganti kelas yang lepas-lepas... tapi kadang-kadang fikir okay jugak... sebelum kena pergi kursus akhir-akhir semester, waktu tu sebok nak buat test lah, quiz lah, macam-macam assessment lah kan...

kursus kali ni dibuat di grand continental hotel kuantan... pernah datang sekali dulu... lama dahhh... waktu bekerja di kuantan lagi... berbuka puasa dengan anak buah di sini... waktu tu belum kahwin lagi... dan tak banyak berubah pun hotel ni ... apa yang nak diubah kan ekkk?

 

tengah-tengah kursus begini rasa terfikir nak beli galaxy tab jer... hmmm

Saturday, January 19, 2013

Bandar Muadzam Shah





minggu lepas, sempat uj ke muadzam shah di pahang, kalau tak silap area ni masih dalam daerah rompin. bandar ni makin membangun dan meriah sekarang... kerana makin ramai manusia yang uj tengok... bandar yang menjadi destinasi transit atau persinggahan utama mereka dari pantai timur menuju ke selatan yang menggunakan lebuhraya tun razak... laluan ini juga untuk ke bahau atau segamat...

agak kerap juga uj ke sana, dan setiap kali ke sana selalu ada perubahan dari segi pembangunan prasarana dan mungkin juga bertambah bilangan penduduknya... memandangkan di sana juga menempatkan sebuah ipts - UNITEN juga ada kampus politeknik yang sudah pun beroperasi... menambahkan lagi kerancakan pembangunan sebuah bandar baru seperti muadzam shah ini seterusnya meningkatkan nilai ekonomi setempat... bagaimana dengan pembangunan spiritual nya?


bersama member lama ketika bertugas di tempat lama sempat juga menikmati tasik uniten kampus muadzam shah, tasik nya cantik tapi macam kurang dijaga dengan baik mencacatkan sedikit pemandangan di sini, namun encik sukiman pensyarah ekonomi uniten sempat juga pusing 2 round dan berjaya mengeluarkan embun jantannya di waktu senja... uj ada juga simpan niat kalau boleh nak bertugas di sini pula... rasa macam jemu dah tinggal di bandar penawar...erkkk


banyak juga tempat lain lagi di pinggir bandar muadzam ni yang boleh dinikmati keindahannya dan juga diambil manfaat antaranya tasik biru di bukit ibam... mungkin mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan memandu kereta myvi encik sukiman... kebiruan air tasiknya memang memukau mata yang memandang...



 habis semalam dua di muadzam shah uj meneruskan perjalanan ke kuantan... ke grand continental hotel nak berkursus pula, kursus oh kursus...hmmm

Thursday, January 10, 2013

suami yang menyesal

Rasa tersentuh bila baca luahan ini, mengikut sumber cerita ini disedut dari tahun 2011 lagi, sejauh mana kebenaran tidak begitu pasti, tapi bagi uj sebagai seorang lelaki suami dan ayah kepada dua orang anak cukup terkesan dengan kisah yang begitu mengharukan ini... benar atau tidak mungkin bukan perkara pokok yang hendak diambil kira tetapi pengajaran yang diselit tidak dapat disangkal... mungkin ramai yang sudah baca... tapi edisi control c and control v kali ini memaparkan kisah ini... jom sama sama kita hayati...

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….


Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…


Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”


Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.


Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…


Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.


Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.


Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya


Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.


Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….


Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.


Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.


Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.


Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.


Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.


Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

sebak pulak rasa...

Wednesday, January 9, 2013

romantik

perlu ke satu dunia tahu yang anda dan pasangan anda adalah gabungan dua makhluk Allah yang paling romantik di muka bumi ini... biar orang nampak andalah pasangan paling romantik melalui status anda di laman sosial? huh...The highest people in status are those who do not see their status.

#kadang-kadang macam bosan juga yang menulis status kat FB macamtu... erkkk

Tuesday, December 7, 2010

1432 bersama Hijrah


diucapkan untuk seluruh ummat manusia di muka bumi ini... khasnya rakyat 1Malaysia...

Monday, December 6, 2010

PELIT - PTS

PELIT, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula! Nak tahu lebih lagi boleh klik di sini. Ada input tambahan di situ tentang penulisan novel genre sebegini.. berdasarkan apa yang UJ pernah baca, novel-novel sebegini ditulis seperti entri di dalam penulisan diari... alahhh tajuk novel pun dimulakan dengan perkataan diari..
sebelum ini kita sendiri pernah membaca dan melihatkan beberapa novel cinta khasnya berunsurkan penulisan diari atau catatan harian tetapi gaya bahasa tidak seperti entri dalam sesebuah diari kan... penulisannya seperti novel kebanyakan juga... tapi kategori ni ..lain dari yang lain... best.... UJ dah sambar 3, dan semua memang tidak mengecewakan... terhibur.. cuba lah.. lagi pun tak mahal... kelakar memang ada, sisipan nilai sememangnya tidak ketinggalan... yang best ringkas dan menarik...
inilah antara aktiviti yang paling senang dibuat sementara menunggu mesyuarat senat Kolej beberapa hari lagi... dan ketika hujan hampir setiap hari di Desaru ni, elok lah UJ menghabiskan masa dengan membaca beberapa bahan bacaan termasuk novel-novel yang terpapar di sini... daripada UJ tidur sahaja memanjang ..boleh hilang banyak memori ... nanti macamana nak mengajar, kalau ilmu yang diperlehi selalu hilang jer.... akhir kata.. membaca jambatan ilmu..

Thursday, December 2, 2010

melanggan

lama sangat sangat lah .. tak sentuh dan tak kemaskini blog ni.. blog member blogger pun jarang buka... dek kesebokan hujung hujung semester gini... nampaknya banyak kerja dah beres... nak tunggu beberapa sahaja lagi perkara yang tak boleh sekarang tapi ada tarikh tertentu perlu disiapkan... rasanya boleh lah melayan blog ni balik..ni dah masuk disember so tak lama lagi tahun baru plak...

UJ allocate skit duit yang ada dengan bahan bacaan berbentuk majalah... selain buku-buku - novel yang selalu lah jugak disambar kalau ke kedai2 buku....

3 pilihan majalah ni rasanya OK lah untuk bahan bacaan di rumah ... sebagai membentuk famili yang berilmu dan beramal insyaAllah... apa pandangan anda... minat juga dengan majalah majalah ni...?

terbaru almuslimah tu .. lama sangat dulu dulu pernah juga tengok kat rumah kakak-kakak beli lepas tu majalah tu macam dah hilang kemana penerbitannya... tup tup terjumpa lak sekarang...

memandangkan tempat tinggal ni memang jauh ... so melanggan adalah cara terbaik.. sampai masa jenguk je kat pegeon hole kan....?

Sunday, November 21, 2010

sambung cuti

aidil adha disambut dengan sederhana seperti biasa beberapa ekor lembu dan yang best ada juga kibas tumbang untuk dikorbankan...mula hari raya lagi sehingga hari isnin ni... esok.. UJ still bercuti... lama plak kali ni... memandangkan di Johor pada Isnin nanti 22-11-10 adalah cuti umum..

blog pun lama juga tak update dek kesebokan tugas di hujung-hujung semester... students pun kali ni di tempat Uj bekerja .. beraya di kampus... idul adha jatuh dalam minggu exam..

hujung tahun begini ramai juga member di tempat kerja UJ akan melangsungkan perkahwinan...
untuk encik Halim di Langkawi... Siti Samawati di Batu Pahat, Ustaz Nizam di Ulu Tiram, Nani di Kuching dan Azalan Bayu di Taiping...untuk semua diucapkan barakallahulakuma..... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

untuk suzana juga... selamat berangkat ke Tanah Suci nanti... untuk tunaikan umrah....

di kalangan member blogger ... ada yang ambil Mtest... semoga niat suci untuk menjadi pendidik akan tercapai.... khairi - penulis novel terkenal tuh... mungkin dah pulang ke tanahair kot... ke algeria lak dia... orang penting company tuh....

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita ... Amin....

Tuesday, November 9, 2010

blogspot tanpa 'S'

ada terbaca pasal ni sebelum ni... cuba buat cuba tengok cuba praktik ... rupanya memang betul lah.. apa muslihat memang kita tak tahu... tapi tak salah kalau nak katakan itulah salah satu agenda musuh...kerana berapa ramai antara blogger2 muslim yang mengguna service blogspot kan... malah penyebaran ilmu untuk memantapkan iman, menambahkan ihsan , memartabatkan Islam seterusnya memberi kebanggan kepada agama pun kita lakukan di sini... di mana? di blogspot ni....

mungkin secara halus, mungkin juga atas nama penyebaran ilmu atas nama global.. namun sebagai seorang yang bijak dan beragama.. iman perlu dijaga...jadikan ia sebagai pengetahuan untuk menahan diri sebagai persediaan juga untuk membalas balik jika ditentang jika ditanya jika diuji..
namun yang kita perlu sentiasa berhati-hati dan beringat selalu...

apa yang nak UJ sampaikan ialah mengenai URL blog2 kita ni khasnya blogspot... cuba linkkan address ni tanpa meletak 's' pada spot tu... jadi blogpot...pas tu ke mana kita akan dilinkkan... cuba lah ekk... http://unclejoe.blogpot.com
mungkin dah ramai tahu kan... so fikir-fikirkan lah ekkk.. pada UJ beberapa komen yang boleh UJ titipkan di sini ....

1. cara penyebaran yang tak terfikir oleh kita... mungkin ditujukan kepada blogger yang beragama Islam...

2. kesempatan yang ada, dan kelekaan kita sendiri mungkin tak sedar kita dieksploitasi... namun yang penting diri sendiri sentiasa perlu berwaspada dengan sebarang maklumat dan pengetahuan melalui alam maya ini.

3. sentiasa perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.. kerana jika dilihat hanya tanpa 's' sahaja tapi ke alam lain pula kita rupanya 'terjelajah'....

4. kesilapan yang kecil, kadang-kadang jangan dianggap remeh kerana tidak mustahil akan membawa kepada kemudaratan yang berpanjangan dan

5. malang lagi jika kita tidak sedar yang kita di jalan yang salah kerana hanya kesilapan kecil yang kita pernah buat dan tidak ada pula yang menyedarkan kita..nauzubillah....

6. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


mari sama- sama kita menambah kekuatan dalam segala amalan, memahatkan iman agar lebih indah dan sentiasa segar untuk menahan segala ujian dan halangan.. bukan dari mereka di luar sana malah halangan dalam diri sendiri juga... apa yang penting kita perlu mengenal siapa diri kita ... di situ insyaAllah kita akan kenal siapa tuhan kita... amin.....jom ke link ini..

Monday, November 1, 2010

erkkk

Selepas hari keluarga ngn hari inovasi hari tu... kembali kerja makin banyak lak kerja... rasa hactic je... tak terkejar... sekali Bos panggil..erkkkk malas nak cakap lak la..

hmmm blog ni entah apa apa sekarang...so nak release tensi skit.... tulis blog..bukak blog orang2 lain.. sempat lagi UJ jenguk sini....

memang macam geram je... tapi apa nak tulis... UJ tak jadikan pun blog ni tempat lepas tensen.. erkkk


blog ni pun entah apa hala tuju pun tak berapa jelas... sebab tak de skop pe pe... dan tak nak jadikan blog ni sebagai journal atau diari harian....

kadang-kadang ada juga entry macam tulis diari pun... apa-apa pun harap2 apa kerja dan tugas hari ini dapat berjalan dengan baik...dan lancar... minggu ni memang bz bee... apa lagi nanti pihak MQA nak datang memantau... semua sebok... apa lagi kalau dia tu ada jawatan nama Ketua kat depan... arghhhh bila plak sampai orang nak ganti tempat ni... arghhhh

Saturday, October 30, 2010

lotus


hari inovasi dan hari keluarga tempat kerja UJ diadakan hari ini... sederhana sambutan kali ini... tetapi banyak pula hadiah-hadiah cenderahati cenderamata disediakan... syok jugak UJ sebab orang2 jabatan UJ banyak plak terima anugerah... walaupun anugerah jabatan bukan untuk jabatan UJ kali ini... tapi orait la.. sbab tahun lepas dah dapat kan... hehehe

hari keluarga dan hari inovasi diadakan di LOTUS Resort di Desaru... Resort ni lima bintang.. so sewanya... hmmm tahu je lah ekkk... walaubagaimana pun... pada UJ... hotel 5 stars... tapi service belum sampai taraf tuh kot... so pihak resort perlu lebih peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan... customers are always right kan... .. OK lah... macam letih lak nak teruskan entry ni... lagi pun nanti nak layan... TV1 hehehe


Tuesday, October 26, 2010

syukur

lama lah pulak blog ni tak update... tapi alhamdulillah sempat jugak UJ jenguk jenguk member2 nye blog...

dua tiga hari lepas UJ teringat nak sebut mengenai satu cerita kat TV3 tu... ryupanya ada kawan-kawan yang cakap ... cerita tu dah lama.. tapi mungkin UJ baru tengok cerita tu kot... yang Fauzi Nawawi n shila rosli berlakon .. kalau tak silap hari ahad lepas kot...

antara lain .. ialah tentang kesyukuran dengan nikmat yang Allah bagi untuk kita di muka bumi ini... dan juga amanah yang diberi hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya sebagaimana dipertanggungjawabkan dan sekiranya tidak tidak ditunaikan ... semua amanah itu akan kembali kepada haknya ...bermakna Allah akan mengambilnya kembali... dan amanah itu termasuk lah juga isteri dan anak-anak kita juga.. mungkin juga saudara dan kawan-kawan kita... bukan hanya harta benda atau tugas atau kerja sahaja...

dan kembali kepada cerita tadi... begitu sadis sekali ... Allah mengambil balik anak-anak dan isteri lelaki ini.. kerana sebagai suami, beliau tidak menjaga dengan sebaik-baiknya, tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami dengan baik... maka Allah akan mengambil amanah-amanah itu kembali... walau dengan cara apa sekali pun.. mungkin sebagai pengajaran dan iktibar semoga kita sedar...


di sana ..mungkin masih beruntung kerana masih diberi peluang untuk sedar... namun sekiranya anak-anak dan isteri kita yang diamanahkan dan tidak ditunaikan pula amanah dan tanggungjawab, sebaliknya nyawa-nyawa mereka yang akan diambil oleh Allah.. maka sesalan yang mungkin tidak berkesudahan....nauzubillah...

Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.”

[Surah Ibrahim, ayat 7]

mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya...

kita juga mesti percaya bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-hambanya dengan apa yang tidak mampu dipikul... jadi, marilah sama-sama kita berusaha menunaikan tanggungjawab apa yang termampu ... insyaAllah, Dia pasti akan menolong kita.... amin...

Tuesday, October 12, 2010

AL-FATIHAH untuk adik Hanna

masih ingat lagi dengan satu entry UJ dulu.... posting UJ pada 13 April 2010... entry tu plak... paling banyak dibaca dan mendapat komen paling banyak di kalang entry2 yang wujud dalam blog ni....entry itu lah yang paling menyentuh hati UJ sendiri bila membacanya... berkenaan email kawan sekerja UJ tetapi di tempat yang lain...

dalam kesebokan .. sehingga banyak juga email yang UJ terlepas pandang dan hari ini... UJ cuba buka balik email email lama... terkejut juga dengan berita ini...email ini diterima pada 10 oktober 2010 yang lepas... bermakna 2 hari lepas, email ni masuk dalam inbox UJ... tapi di inbox yang satu lagi.. mungkin itu antara faktor UJ terlepas pandang ... kebiasaannya UJ akan update juga email-email yang masuk kat inbox ni...

antara lain kata-kata dalam email tu cukup menyentuh hati... kepada yang pernah terbaca entry UJ dulu... tentang kisah adik hanna... mungkin berita ini bukanlah berita yang kita tunggu-tunggu... namun Allah telah mengatur kehidupan setiap makhluknya di bumi ini... beribu hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku....

Assalammualaikum...

Tepat jam 1.30petang, 7 Okt 2010, Nur Hannah Bt Mohamaed Helmi kembali ke rahmatullah. Mungkin di sanalah tempat yang terbaik buat Hana. Di saat ini, Hana pasti sedang berlari-lari ke sana sini dan dapat makan & minun dengan sempurna...Semuanya itu terbatas andainya Hana masih di dunia. Walaupun berat hati ini menerima ketentuan Allh, tapi saya redha. Saya juga yakin bahawa Hana akan menjadi milik abadi saya di akhirat kelak. Sedikit pun saya tidak terkilan kehilangan Hana kerana saya telah manfaatkan sepenuhnya saat bersama Hana. Walaupun dahi ini sering terpercik peluh kerana menyiapkan Hana selepas mandi lebih sejam dgn m'gurut dan membelai Hana, tidak pernah saya sesalkan. Moga Hana dapat rasakan kasih sayang saya buatnya..walaupun dia tidak mampu untuk menatap wajah saya. Cuma rasa sayang yang tidak mampu untuk saya kikis. Hanya baju, tuala dan tilam Hana menjadi pengubat rindu saya pada Hana.

Pada hari penuh keramat itu, Saya bangun tepat jam 4.30 pagi kerana sudah menjadi rutin saya bangun seawal itu utk menyusu, mengurut dan menyiapkan barang Hana untuk di hantar ke rumah pengasuh. Saya keluar ke tempat kerja seawal 6.40 pagi. Saya sempat mencium pipi dan dahi Hana sebelum keluar. Suami hantar Hana ke rumah pengasuh ( kakak saya) pada jam 7pagi.

Di sekolah, saya menjalankan rutin harian seperti biasa kerana keadaan Hana pagi tu sihat walafiat. Pada puku 12.30 tengahari, saya menelefon suami dan suami memberitahu dia dalam perjalanan pulanng ke rumah kerana Hana sesak nafas. Saya meminta suami menelefon saya semula andainya keadaan Hana kritikal. Jam 1 tghari saya menelefon suami semula dan suami meminta agar sy segera pulang kerana Hana sedang dirawat di wad kecemasan.

Tanpa berfikir panjang, saya terus pulang. Lebih kurang pukul 1.30ptg, ketika memandu pulang, saya rasakan bagai sesak nafas. Terdetik di hati kenapa saya sukar bernafas. Lantas sy ber doa..rabbi yassir, wala tu' asir..Ya Allah aku redha jika engkau ambil Hana semula, jika dia masih milik aku..kau pulihkan lah dia. Mungkin ketika itu doa sy Allh makbulkan. Sesampai di rumah, saya menukar baju untuk ke Hospital. Adik ipar sy mengambil saya utk ke Hospital, sempat sy ambil kad p'ubtan Hana untuk dirujuk oleh pihak Hospital.

Dalam perjalanan, kakak sy menelefon dan ucapkan takziah kerana Hana telah tiada. Tetapi sy nafikan kerana setahu saya Hana sedang dirawat di Hospital. Saya terus minta kepastian dr adik saya adakah benar Hana telah tiada. Bagaikan terhenti jantung ini setelah mengetahui hakikat sebenar bahwa Hana telah meninggalkan saya. Sesampai di GH, sy lihat tubuh Hana kaku, bibirnya pucat...tubuhnya sejuk.Luluh jantung ini tika mendakap tbuh Hana. Rupanya Hana ssak nafas di rumah pengasuh. Saya tidak menyalahkan kakak saya kerana saya redha jika itu ketentuan Allh. Hana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Tehel iairtu kampung suami saya.

Kepada semua yang telah menolong memberi nasihat, mendoakan dan menderma buat Hana...saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sesumgguhnya kehadiran Hana banyak memberikan hikmah kepada sya dan suami. Kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tida pernah saya menyesal ketika membesar dan manjaga Hana. Sesungguhnya Hana bagaikan pelengkap dalam hidup saya.

Kepada mereka yang menyumbang buat Hana, sy minta halalkan segalanya kerena ada lebihan sumbangan yang belum digunakan. Sebenarnya sumbangan yang diterima, saya gunakan sepenuhnya untuk mengubatkan Hana. Tetapi Allh lebih menyayanginya. Doakan Hana aman di sana. Al-fatihah.

Monday, October 11, 2010

kembali berblogging

assalamualaikum semua....
arghhhh lama benar memang lama sangat sangat tak update.. dan tak buka langsung blog ni... entah apa urusan lah dan entah apa kerja lah yang sampai tak sempat langsung nak update...

insyaAllah... rasanya keadaan semakin baik... mungkin tambah selesa... UJ kembali berblogging hari ni... dah habih pun raya kan... so mood raya pun tak de lagi... kita tunggu aidil adha pula...

kepada yang setia mengunjung dan bertanya khabar .. terima kasih banyak banyak....

tadi sempat UJ ke pejabat pos jap... mengepos cenderahati yang dah lama terperam... minta maaf banyak-banyak... insyaAllah ok nanti sampai jangan lupa inform kat UJ... mungkin ambil masa skit lah nak sampai ke destinasi sebab tempat UJ sekarang ni jauh ke pedalaman...

kepada Nas di KL terima kasih banyak-banyak .... nanti bila dah sampai jangan lupa bagitahu UJ ok... untuk Anna di Alor Setar juga ... UJ poskan.... untuk Fida.. UJ pos kan ke Kuala Terengganu deh... sebab alamat tu yang fida kasi hari tu.... maaf tak terlajak plak ke KT raya hari tuh.. insyaAllah di lain masa... dan untuk afih di Kota Bharu .. UJ dah pos kan juga.. camana dah dapat posting mana2?


lama sangat UJ ambil masa nak pos kan semua tu... terperam lama benar kat rumah... bila dah pergi pejabat pos tadi.. rasa macam lega jer... sebab lama tertangguh.. dah beres... insyaAllah sampai ke destinasi dalam minggu ni kot...UJ guna pos Malaysia je... nak carik courier kat area ni ... langsung tak ada.....

ok ... nak mula berblogging semula hari ni... so hari ni entry ni dulu je lah.. esok kita sambung lagi OK...

Monday, September 20, 2010

kerja

blog ni betul betul cuti raya sakan ... lama benar tak update... memang UJ beraya sakan kali ni... entah kenapa... memang setiap kali raya.. kena sakan... pun pergi pasaraya sakan juga.. rasanya tak pernah raya tak raya sakan... waktu kat syria dulu je lah kot.. tak berapa sakan sangat... hehehe... kali ni raya bertig plak... UJ isteri ngn Aqila... banyak juga Aqila dapat duit raya kali ni... so masuk poket abah lah ekk...

dah seminggu lebih beraya... UJ balik plan nak balik awal lah ke Johor.. sebab UJ tahu banyak kerja kena bereskan... sebelum masuk ofis Isnin 20-09-10 nanti.. hari ni lah.... tapi itulah ketentuan ... ujian tetap mendatang... ada yang kata ujian untuk menambah keimanan dan Dia tidak akan membebankan kepada hambaNya dengan perkara yang tidak mampu untuk dipikulnya.... Kenapa awal sangat datang... Khamis lagi UJ dah bertolak dari Terengganu ke Johor dan dalam perjalanan sudah tentu banyak rumah jugak singgah beraya.. so sampai di Bandar Penawar lewat malam juga...

plan keesokkannya nak sentuh lah kerja2 ofis yang masih terbengkalai dan kerja2 lain yang berkaitan... tapi kepala dah makin berat.. hidung mula berair, tekak pulak kering semacam perit pulak... sah aku demam ....

sejak Jumaat hingga hari ini, badan ini masih lemah-lemah.. dan UJ sendiri dpat MC hari ni sebenarnya... tapi rasa kalau tak datang kerja... macam semacam je... sebab dah lama kan cuti raya, nak tambah MC lagi.... hmmmm

Tapi masuk je ofis.... laaa.. 3 memo plak dapat ....

1- salam AJK MAKA sesi JANUARI-JUN 2010 - mohon hadir meeting hari ini 20-09-10 jam 2.30 ptg Bilik Mesyuarata - arahan TP HEA..

adussss... makin berat kepala yang dah sekian berat....bila ON je laptop.. buka email dapat lak mesej macam ni

2. SALAM, KEPADA SEMUA FELO DAN PENYELIA ASRAMA SATU MESYUARAT AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:- TARIKH : 21 SEPTEMBER 2010 HARI : SELASA MASA : 8.40 MALAM

arghhhhh tak ada ke cerita yang best-best skit bila masuk opis ni... tengah duk pening-pening baca email jemputan yang aku paling tak suka tetiba dapat lak SMS...

3. salam KJ-KJ hari Rabu 22-09-10 lawatan dari UniKL, diminta bersama pengurusan Kolej di Bilik Mesyuarat..

rasanya suhu badan ni makin naik plak.... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ni yang buat aku makin cepat je nak chow dari sini... plan 2 tahun lagi.. nampak gaya kena ubah perancangan lah...

erkkk harap-harap petang nanti sebelum punch out mungkin ada apa apa berita yang boleh neutral kan situasi dan perasaan UJ hari ni.... arghhhhhhh

so ... 3 hari ni aku kena meeting jer lah... erhhhhhh

-penggunaan kata ganti nama aku mewakili perasaan yang makin geram dan marah mungkin...

ini lah kerja.....


Friday, September 3, 2010

duit raya

bila waktu raya ... masa kecik-kecik dulu... duit raya lah paling best kan... selain apa yang dah disebut oleh bofoyengfeng... gi jalan-jalan rumah orang pun kueh raya pun kemudian.... duit raya tu penting lagi.... masa kecik2 dulu la... sekarang kita pulak yang kena kasi duit raya kat budak2 .....
tapi sekarang lain ... lagi dah makin tua lagi lain... dapat duit raya memang jauh sekali lah... kena sediakan duit raya plak ada... ni pun berkira juga ni nak kasi yang merah ke hijau polimer tu ke atau yang biru jer... anak-anak saudara dah lah 4-5 dozen... gini lah kalau keluarga besar kan... tapi meriah....

tempat kerja pun dah sunyi sekarang... students dah mula balik kampung... tak sabar-sabar... sampai ada kelas pun diponteng... hmmm macam lah esok dah nak raya....budak2 la kata kan..

time dulu, UJ tengah syok syok raya lagi... kecik kecik lagi... selalu banyak dapat duit raya.... memang best... dan time tuh... duit raya tak ada plak diletak dalam envelope kecik macam sekarang ni... macam angpow tuh.... sejak bila UJ tak perasan plak ... anda tahu bila dan sejak bila...?? tapi orait gak kan.. kemas skit... dan warna tema biasanya hijau .... erkkkk baru teringat hari tuh.. UJ ada terbaca satu blog yang ada cakap dan tunjuk imej pasal sampul duit raya yang ada gambar salib... raya bukan krismas....hmmm sampai tahap tu kan... musuh2 Islam ni nak main emosi kita kan... lagi2 lah nak raya .... haishhhhh

budak budak dulu rasa sama gak kot... dulu-dulu pun nak duit raya gak... sekarang pun budak nak duit raya gak.. sure kasi punya la kan.. sure dapat punya... kalau rumah tu tak dapat duit raya.. memang kena cop.. kedekut... so jangan harap raya-raya akan datang nak memeriahkan lagi rumah tuh....

so bebudak yang kecik-kecik nanti jangan lupa datang rumah UJ raya nanti... insyaAllah dapat duit raya... hehehe....

anda semua dah dapat duit raya...? UJ dah dapat ... kerajaan bagi... RM500/= erkkk so jangan jeles ye kemat, amrixxx, khairi, fida dll ... hehehe tapi UJ tahu anda semua lagi meriah dapat duit raya dari company kan....

hmmmm RM500/= macam sekejap je boleh lesap kan.. tapi Alhamdulillah... nanti cuepacs nak mintak bonus dalam pembentangan bajet oktober nanti... biasalah kerja kerajaan.. menda ni topik hangat dan best...

terfikir juga UJ ... layak ke UJ mintak dan dapat kan semua ini...? dengan prestasi kerja yang kita bagi.. namun kadang-kadang kena fikri juga hak tetap hak... muhasabah diri sebelum nak punch out jam 5 petang nanti.. hehehe ....dah nak raya lah woi....

Wednesday, September 1, 2010

kemas kini

1. uishhh lama plak kali ni tak masuk blog dan update ... biasalah ekkk sebok memanjang.... lagi pun bulan-bulan puasa ni banyak aktiviti lain plak.. so kurang lah sedikit berblog....

2. hari ni panas skit kat area bandar penawar... so asyik nak duk dalam pejabat je kan... ada air cond...sejuk skit.... tapi part2 puasa ni kan... ehhh tak lama lagi kita nak raya... cepat betul ekk..

3. cakap pasal raya ni kan... kenapa la ekkk... budaya negara dan orang kita ni selalu lain je kan... waktu UJ belajar di syria dulu... hari raya adalah hari untuk bergembira... hari kemenangan... lebih lebih lagi lah hari raya qurban.. memang gah sakan...

4. Tapi kita mesti time ni nak sedih sdih kan... kalau dengar takbir pun mesti sedih jer... kalau di sana... takbir adalah takbir kemenangan... takbir seolah-olah menang di medan perang...sebab tu raya dorang..meriah sebegitu....itu lah lain padang lain belalang..

5. Namun dekat Malaysia, time raya ni lah.. banyak kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara sahabat handai jiran tetangga kan... kat sana... hmmm dorang bantai gi main funfair lak.. jahiliah plak... erkkkk lain belalang lain lak padang....

6. tapi entahlah macamana sebab memang budaya kat sini kan... erkk kita dah bercerita pasal raya dah... mesti teruja kan... dah beli baju raya? warna apa... hehehe? ada sedondong sedondong tak... erk... UJ dulu tak suka betul jenis sama sama colour ni... tapi sekaarng nak sama je... sebab dah ada family sendiri kan... entah lah dah kahwin ni kan.. banyak berubah plak.. yang dulu tak suka sekarang suka... yang dulu suka sekarang makin suka hehehe

7. lorrr baru teringat hari ni kena pergi berbuka puasa beramai-ramai di tempat kerja... hmmm kalau ikut malas juga.. tahu je lah.. majlis majlis berprotokol bagai... UJ cukup tidak berkenan .. apatah lagi sememangnya ... UJ sedang menjalankan tugas orang buat masa ni... so tempat makan atau meja ni mestilah meja VIP... uishhh cukup UJ anti bab ni... apa tak nya.. makan dengan orang2 besar tempat UJ kerja je... so semua kena kontrol kan... tapi rasa hari ni .. paling besar pun pengarah je kot... so no problem la...

8. UJ beriya bercakap pasal makan dengan VIP ni sebenarnya...bukan apa... sebab pernah terjadi..... alahhh kadang2 bukan VIP sangat pun... bukan nya tan sri dato' ke apa... mungkin di kalangan kelompok di situ ... mereka lah VIP ... meja cam ni ... camne kita nak melahap lebih2 kan... pas tu ada waiter or waitress lagi... dihidang dengan sejemput nasi... lauk penuh... tapi nak amik cedok pun punya la ... ada protokol beradab... uishhh boring...

9. apa lagi UJ nak celoteh di sini... ahaaaa... pasal pengunjung bertuah ke blog UJ... terima kasih banyak2... UJ tak nak announce lagi... sebab nanti entry khas akan muncul... cuma bersabar dengan cenderahati ekkk ... sebab bukan lari bajet ke apa.. cuma UJ kena tambah lagi 2 ... sebab ada 4 orang ... macamana jadi macam tu.. UJ dont mind la... so tunggu ekkk... anda 4 orang memang bertuah...sebab tu nak kena carik yang sama jugak lagi dua.... ehehe

10. kepada yang terlepas .. insyaAllah nanti akan ada lagi... .. pasal web counter ni kan.. UJ pernah letak yang jenis ada satu kaunter sahaja... so kita boleh letak ...'anda pelawat yang ke...' - tapi web counter jenis ni kan.. cepat betul bergerak... sekali kita sendiri yang refresh pun ... bertambah bilangan visitor.... tak best lah ekkk macam tu... so webcounter blog ni tak macam tu...

11. rasa dah banyak mengomel ni.. sekarang baru jam 4 lebih... erkk nak punch out pukol 5 ... lebih kurang sejam lagi... jumpa lagi OK....

Wednesday, August 25, 2010

sedar tak sedar...

assalamualaikum...
dah sarapan... hehehe harap-harap tak ada yang bersarapan lah ya pagi ni .....kalau bersarapan sebelum waktu imsak tu kira bersahur lah ya... kira berpuasa la hari ni....

sedar tak sedar dan buat-buat tak sedar kita dah lalui separuh ramadhan kan... nak kata mengharungi tak ada lah mencabar sangat puasa kali ni kan... sebab tidak lah begitu panas sangat di kawasan, tempat UJ ni... namun cabaran lain yang mungkin menguruskan pahala puasa tidak dapat dinafikan... mudahan2 ibadah puasa kita diterimaNya... amin...

so lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita meninggal kan ramadhan... cepat betul... pejam celik pejam celik, celik pejam...celik pejam dah nak raya.... Bagaimana dengan puasa anda setakat ni... ada feel tak? mesti best kan...

UJ pun baru perasan makin dekat dah angka ke 5005 dan 5009 pungunjung ke blog ni.. cepat jugak akhir-akhir ni webcounter tu brgerak... itu semua atas sokongan semua... terima kasih banyak-banyak... so apa cerita dengan angka-angka tu... apa yang best sangat... alahhh dah UJ bagitahu sebelum ni kan... apa-apa pun kepada yang bertuah nanti jangan lupa ikut arahan yang UJ bagi kat sebelah OK... kalau nak cenderahati tanda ingatan UJ kepada yang menyokong blog ini terus bernafas...kan?

semoga ikatan ukhuwwah yang dibina di sini berterusan, berpanjangan dan yang lebih utama dikira sebagai ibadah juga kepada yang esa...insyaAllah... jangan lepaskan peluang ni OK... dah empat ribu sembilan ratus lebih dah... so makin dekat lah dengan 5005 dan 5009...

Jika anda tamu taman ini yang ke 5005 atau 5009, email kan UJ. Ada cenderahati yang best sebagai penghargaan, di atas sokonganmu melepak di sini. Alamat e-mail sila tengok profile UJ. Selain email, jangan lupa menjerit kat kotak shoutmix juga... Orait... dikehendaki jerit kuat-kuat sampai UJ perasan... ajakla member datang lepak kat taman ni okies... masuk percuma.

kalau awal-awal dulu kita sambut ramadhan... kita laungkan ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan... namun sekarang ...sudah tidak pantas lagi untuk ucapkan ungkapan sebegitu untukmu Ramadhan.... tetapi hati ini berat pulak nak ucapkan selamat tinggal pada mu ramadhan... kita akur... al wada' ya ramadhan.... -syahdu plak rasa- kerana syawal akan menjelma tidak lama lagi....


Friday, August 20, 2010

indahnya dunia ini.. indah lagi Penciptanya

pernah lihat ekk gambar2 ni .. mungkin menerusi email... hebat, agung dan indahnya ciptaan Allah... alam semesta yang cukup memukau pandangan mata... mudah mudahan apa yang kita lihat ini... mendekatkan lagi kita kepada Penciptanya... perasan tak... kita berada di atas awan... ada rupanya tempat sebegini ekk... mungkin di Kinabalu... kita boleh melihat gumpalan awan di puncak gunung... namun tidak sebegini... yang seolah2 ada di sebelah, atau kita lebih di atas dari awan tu... biasa nak tengok awan sebegini denagan dekat bila ada dalam kapalterbang.... fuhhhh kagum.....maha suci Allah yang menjadikan alam ini... Allahuakbar....

Untuk sampai ke sini ... mesti melalui jalan yang curam dan antara awan yang memutih sepanjang lebih kurang 20 km... dan apa yang kita lihat ini adalah satu tempat tinggi dan satu aya tarikan pelancong dan kawasan yang begitu indah ... terletak di Iran..Subhanallah indah sungguh tempat ni.. rasa macam kalau ada peluang nak je pergi bercuti dan berehat di sini kan? sungguh kagummm aku ....


- begitulah info yang UJ dapat dari email...