Social Icons

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, September 20, 2010

kerja

blog ni betul betul cuti raya sakan ... lama benar tak update... memang UJ beraya sakan kali ni... entah kenapa... memang setiap kali raya.. kena sakan... pun pergi pasaraya sakan juga.. rasanya tak pernah raya tak raya sakan... waktu kat syria dulu je lah kot.. tak berapa sakan sangat... hehehe... kali ni raya bertig plak... UJ isteri ngn Aqila... banyak juga Aqila dapat duit raya kali ni... so masuk poket abah lah ekk...

dah seminggu lebih beraya... UJ balik plan nak balik awal lah ke Johor.. sebab UJ tahu banyak kerja kena bereskan... sebelum masuk ofis Isnin 20-09-10 nanti.. hari ni lah.... tapi itulah ketentuan ... ujian tetap mendatang... ada yang kata ujian untuk menambah keimanan dan Dia tidak akan membebankan kepada hambaNya dengan perkara yang tidak mampu untuk dipikulnya.... Kenapa awal sangat datang... Khamis lagi UJ dah bertolak dari Terengganu ke Johor dan dalam perjalanan sudah tentu banyak rumah jugak singgah beraya.. so sampai di Bandar Penawar lewat malam juga...

plan keesokkannya nak sentuh lah kerja2 ofis yang masih terbengkalai dan kerja2 lain yang berkaitan... tapi kepala dah makin berat.. hidung mula berair, tekak pulak kering semacam perit pulak... sah aku demam ....

sejak Jumaat hingga hari ini, badan ini masih lemah-lemah.. dan UJ sendiri dpat MC hari ni sebenarnya... tapi rasa kalau tak datang kerja... macam semacam je... sebab dah lama kan cuti raya, nak tambah MC lagi.... hmmmm

Tapi masuk je ofis.... laaa.. 3 memo plak dapat ....

1- salam AJK MAKA sesi JANUARI-JUN 2010 - mohon hadir meeting hari ini 20-09-10 jam 2.30 ptg Bilik Mesyuarata - arahan TP HEA..

adussss... makin berat kepala yang dah sekian berat....bila ON je laptop.. buka email dapat lak mesej macam ni

2. SALAM, KEPADA SEMUA FELO DAN PENYELIA ASRAMA SATU MESYUARAT AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:- TARIKH : 21 SEPTEMBER 2010 HARI : SELASA MASA : 8.40 MALAM

arghhhhh tak ada ke cerita yang best-best skit bila masuk opis ni... tengah duk pening-pening baca email jemputan yang aku paling tak suka tetiba dapat lak SMS...

3. salam KJ-KJ hari Rabu 22-09-10 lawatan dari UniKL, diminta bersama pengurusan Kolej di Bilik Mesyuarat..

rasanya suhu badan ni makin naik plak.... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ni yang buat aku makin cepat je nak chow dari sini... plan 2 tahun lagi.. nampak gaya kena ubah perancangan lah...

erkkk harap-harap petang nanti sebelum punch out mungkin ada apa apa berita yang boleh neutral kan situasi dan perasaan UJ hari ni.... arghhhhhhh

so ... 3 hari ni aku kena meeting jer lah... erhhhhhh

-penggunaan kata ganti nama aku mewakili perasaan yang makin geram dan marah mungkin...

ini lah kerja.....


Thursday, August 12, 2010

ambil peluang, isi ruang

jom baca quran, kita tinggal dulu novel2 ni deh....
sebelum Ramadhan, beberapa hari yang lepas UJ sempat baca ke semua empat novel tulisan seorang penulis singapura Rohani Din... novel2 ni dah lama berada di pasaran dan masa UJ masih bergelar student Novel ni dah lama berada di tangan mereka yang minat membaca novel khasnya student perempuan lah.. sebab negara kita masih lagi skeptik stereotype ...part2 ni.. tang novel je, dianggap jiwa-jiwa dan feminin... uiks... sampai satu tahap.. UJ waktu dulu kena balut novel yang nak dibaca di kelas.. dengan surat khabar... takut orang ckp UJ apa apa entah... namun itu semua dulu... sekarang lantak lah ko nak cakap apa... ok abaikan ...

Novel yang UJ maksudkan ialah Diari Bonda, Diari Bonda 2 - 4, cerita-cerita dalam novel ni ialah kisah benar... pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis dan diolah menjadi sebuah kisah yang menarik.. tentang pengorbanan seorang perempuan,isteri,ibu dan nenek... hebat sekali usaha yang diamalkan demi kebahagiaan keluarga. jalan cerita biasa sahaja.. tapi bila dikupas secara kenyataan dan sudah tentu berkongsi ilmu yang ada, menjadikan novel-novel ni sedikit berlainan.. membacanya seolah-olah kita mendengar seorang ibu atau nenek bercerita kisah silam suka dukanya mengharungi kehidupan...

antara yang best ialah rungutannya yang tak habis-habis tentang realiti suaminya... namun sesekali dia sendiri tidak hipokrit dalam menyatakan kebaikan dan kelemahan suaminya... begitu juga kisah penyakit misteri yang dialami oleh anaknya sehingga koma... dan yang best juga kebanyakannya kerana serba sedikit perbuatan tahyul yang dibuat dek dengki khianat yang menjadi darah daging manusia yang bertuhankan syaitan...
penceritaan dalam novel ni rasanya... jelas seperti sebuah diari.. tidak ketinggalan juga bagaimana kisah pengalaman penulis sendiri yang ingin manuskripnya itu dijadikan sebuah novel - beliau ke Kuala Lumpur ke sebuah penerbitan yang begitu terkenal suatu ketika dulu - creative enterprise...

Rohani Din sendiri memulakan penulisannya pada usia lewat 40an... dan dia sendiri masih belum jemu menulis,,, dan menurut beliau sendiri akan terus menulis selagi ada hayat,,,hmm UJ belum sampai tahap umur itu lagi heehehe so masih sempat nak buat novel erkkkk hahaha insyaAllah...

sayang sekali pada pendapat peribadi UJ, membaca novel nya hingga yang ke empat sekali pun UJ tidak dapat melihat ke mana dan apakah kesudahan ceritanya, apakah kisah suaminya... dan bagaimana perkembangan seterusnya kepada anaknya yang sakit itu... walaubagaimana pun setelah anaknya pulih, dari sakit misteri... hidup anaknya itu tidak seperti sebelumnya yang begitu bijak dan pandai di sekolah... Namun usaha yang dilakukan oleh ibunya iaitu penulis itu sendiri cukup menggagumkan... besarnya pengorbanan seorang ibu,,, kepada yang belum membaca, boleh lah membacanya... bahasa cukup mudah dan hampir tidak ada ayat-ayat bombastik pada pendapat UJ..


buat masa ni, rasanya kita -UJ- tangguh dulu lah ekk baca-baca novel ni... sebab bulan ramadhan... insyaAllah kita sambung syawal nanti lah ek... elok rasanya masa yang terluang dengan menambahkan lagi baca 'novel agung', raja segala macam buku yang ada di dunia ni kan.. al-quranul karim... semoga kita mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ni... jom kita ambil peluang dan isi sebanyak mungkin ruang yang ada dengan zikrullah... bukan kerana sekarang ramdhan... tetapi bonus yang diberi dan dijanjikan Allah perlu kita tambah lagi zikrullah kita lebih dari bulan2 yang lain...amin...

UJ - novel yang sedang dibaca buat masa ni... pun kena tangguh dulu... iaitu Tembok Tidak Tinggi tulisan A. Samad Ismail... walaupun novel tu nipis je.. tapi pause dulu lah deh...

ramadhan awalnya rahmah, pertengahanya keampunan,
akhirnya pembebasan dari api neraka

sesetengah ulama mengatakan ia dikategori dhaif - matruk dan munkar tapi masih belum maudhuk, namun kebaikan yang dianjurkan di sini sudah cukup best.... pada peribadi UJ

Thursday, July 22, 2010

Lelaki Berkasut Merah & OZZY

isnin lepas UJ ke KL menghadiri mesyuarat di HQ MARA.... UJ ke sana dengan bas ekpress sahaja memandangkan... hanya mengikuti satu mesyuarat yang tidak begitu major dan juga lagi ekonomi dan tidak meletihkan badan memandu dari Johor ke KL... sudah menjadi kebiasaan di awal awal permulaan semester begini... mesyuarat sebegitu adalah 'aktiviti' biasa...

sampai di sana... owhhh kali ni di Bukit Jalil... jauh juga lah nak ke pusat bandaraya... kena naik pula LRT... alhamdulillah semua ok... sampai di hotel plaza... check in.... hajat nak bermalam di quality jer... senang lagi pun depan dengan HQ MARA... so jalan kaki tak lah metihkan... tapi semua dah penuh... so kena ambil hotel jauh skit lah pulak... UJ ke sana dengan member sekerja yang turut sama dengan 'aktiviti' biasa itu.. jadi tak adalah keseorangan...

malam itu juga kami ke MPH mid valley... sempat merayau dalamnya beberapa jam... dan UJ ada beli 2 novel... tulisan Bahruddin Bekri... hahahah kelakar betul cerita novel... satu nya ialah LELAKI BERKASUT MERAH ... satu lagi DOA UNTUK AKU... UJ sebenarnya mencari Novel ringan tulisan beliau yang dikategorikan PELIT - jurnal persendirian - oleh PTS Litera....tapi sayang.. dah sold out... erkk hebat tol novel tu.. lagi pun murah ... cepat tol habis.. so lain kali dan mungkin kedai2 buku online lah pilihan terbaik...

patut lah novel ini ada tulis SYOK ... rupanya novel-novel sebegini termasuk dalam kategori komedi juga... dan UJ sendiri akui... sepanjang dalam membaca novel ini... banyak ketawa berdekah2 hingga aqila yang sedang nyenyak tidur pun terjaga dek berdekah2 ketawa UJ... yang pelik bila aqila - baby UJ yang dah 4 bulan - itu terjaga kerana gangguan ketawa UJ... dia tak menangis... aikkk dia pun turut tersenyum dan ketawa jugak... tapi tak adalah sampai berdekah2...

dalam satu malam je UJ baca novel ni.. dah khatam... kelakar betul ceritanya... adegan2 dalam nya... tapi ia lebih kepada remaja.. namun begitu mengikut catatan penulis beliau lebih gemar jika novel2 tulisan beliau dikategorikan dalam novel keluarga... dan UJ setuju ... novel ini dimasukkan dalam novel keluarga... selain lawak yang spontan seperti kita menonton filem atau drama komedi... memang banyak terselit nilai2 murni Islam khasnya... ada tersisip ilmu dan cicipan kerohanian di dalam novel ini menjadikan ia tampak seimbang sebagai wadah hiburan dan juga platform keilmuan... secara jelasnya pada peribadi UJ novel ini ingin menyampai kan mesej kemaafan iaitu meminta maaf dan memberi maaf.. dua perlakuan yang patut ada pada setiap insan.... malah kita juga perlu untuk memberi kemaafan dan meminta kemaafan pada diri sendiri juga ... dan ini akan melahirkan rasa syukur dan nikmat hidup sebagai hambaNya...

selain itu setiap amalan kebaikan dan pahala yang dikutip janganlah dianggap sebagai tiket atau pass masuk ke syurga... kerana syurga Allah adalah rahmatNya... dan Dia lebih berhak untuk menganugerahkan kepada hambaNya... bukan kerana kebaikan yang pernah kita lakukan sebaliknya kerana rahmatNya... namun janji Allah tetap benar ... sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas dengan sesuatu yang baik juga kelak...

fuhh panjang la plak fasal novel ni... cuba lah baca... insyaAllah akan dapat hiburan sekaligus ilmu juga... UJ dapati ini inisiatif terbaik PTS... dengan menjadikan nilai2 murni dalam setiap karya keluaran syarikat mereka...sebagai inti disamping berhibur... mungkin ini dakwahh...

satu lagi novel yang UJ sempat beli belum lagi dibaca... DOA UNTUK AKU... juga tulisan bahruddin bekri....cuma yang tak best kali ni UJ beli dari kedai buku.. MPH... biasa UJ suka beli dengan penulisnya terus selain penulis dapat terus pulangan... UJ pun boleh dapat tandatangan autograf...best jugak...

dalam memerhatikan MPH ni... sedikit bertambah rak-rak buku bahasa melayu berbanding sebelumnya... sebab kali terakhir UJ ke MPH mid valley ni tahun lepas.. mungkin sejak mereka melancarkan MUTIARA MINDA... jadi buku tulisan bahasa melayu semakin bertmbah.. satu perkembangan positif pada UJ.... -antiPPMSI- hehehe

setelah balik dr MPH ... UJ sempat juga berjumpa dengan seorang blogger... inilah kali pertama UJ berjumpa dengan blogger yang sama-sama blogging di sini.... dia ada mengeluarkan satu produk pencucui lantai dan menjual terus sendiri... so UJ pesan dua set.. keistimewaan produk ini ialah ada campuran ... serai wangi...ini seperti mesra alam dan sekaligus boleh menghalau serangga2 seperti semut lipas dll kat dapur khasnya... so UJ angkat 2 set sebab dapat diskaun.. lagi pun produk Bumiputra Islam ni... UJ support.... kalau nak tahu lebih lanjut boleh berkunjung ke blog beliau.. bicara ozzy...


errkk lupa lak nak riya'kan skit.. heheh novel tadi UJ nak menyahut seruan goodreads malaysia.. 50 buku setahun dan UJ khaskan 50 itu adalah novel.. .. novel LELAKI BERKASUT MERAH ni... dah lupa dah yang ke berapa, kena tengok list balik nanti...tapi dah lebih 30 kot ... hehehe

a'a satu lagi... UJ juga ternampak dua novel tulisan XARINE - bintang2 ke syurga dan Yuda di padang maya... keluaran jemari seni.. bangga UJ sebab.. xarine ni antara blogger yang UJ regular ke blognya... orangnya cool... erkk dan bangga lagi UJ sebenarnya dua-dua novel tu sudah UJ beli.. terus dr penulis, dan UJ dah habis pun baca... dan sudah pun promote.. hehhee

-akhir2 ni blog UJ ni macam makin tak best jer... pengunjung pun dah berkurangan dek lama sangat tinggal dulu sampai bersawang dan semakin hari semakin tidak begitu aktif mengemaskini sebab busy bee..asalannnn

-macamana dengan pengunjung yang ke 5005 dan 5009... erkk.. so friends... ajaklah member2 lepak sini... ajak mak, ayah, nenek ngn atok sekali.. bukan apa masuk percuma je... lagi kalau bertuah dapat hadiah... erkkk sekarang baru dekat 4 ribu ...so ada seribu lagi... cepat2 kan ekkk ... UJ tak sabar nak kasi hadiah ni... hehehehe-


******************

erkkk laaaa 22 hb lah hari ni...hari ni hari gaji...sebab 25 hb hari ahad... dan gaji tak akan dimasukkan pada hari jumaat sabtu atau ahad...so hari ni khamis.. hari ni laa...erkk
cimb-click, bankislam.biz, maybank2u, i-rakyat - laaa ye la... gaji bulan lepas tak habis lagi... riya'nya..... tapi pas klik klik semua yang tersenarai tu... entah tinggal bape lah dalam akaun nanti erk.... hehehehe

Wednesday, February 24, 2010

the rainbow troop

LASKAR PELANGI - tajuk pun best ... citer-citer cam ni lah UJ minat sebenarnya... memang tak ada langsung pelakon terkenal... sebenarnya sebelum ni UJ tak tahu pun pasal filem ni. Yang pernah dengar hanya lah lagu nye laskar pelangi... tgk kat youtube semalam baru tahu pe bende lah yang dinyanyikan tuh....ia sebuah filem yang diadaptasi dr sebuah novel.. karya sulong pulak tu seorang penulis novel Andrea Hirata.. dan sebelum-sebelum semua tu.... UJ bukak, blog seorang kawan blogger ni ...dia pun tulis tentang yang ni... baru lah UJ terus google dan youtube pe yang kaitan... ye best.... mengenai komen blogger tu boleh klik kat bawah ni....

rasanya hampir tak ada pelakon terkenal dalam tuh....dan mungkin penduduk tempatan di situ ...yang unik pulak.. mereka bertutur dialek tempatan yang hampir-hampir sama macam orang Malaysia...mungkin masih di bawah lingkungan geography kepulauan riau-lingga yang pernah menjadi pusat bahasa Melayu bahkan bahasa Melayu yang dipertutorkan banyak orang di bahagian selatan semenanjung dan KL ... dengan tidak menggunakan sebutan baku.....dari sini kan??????? betulkan UJ kalau tersilap.... s

Setting yang dimaksudkan dalam filem ni ialah di sebuah pulau kecil di sumatera selatan, indonesia..pulau belitong namanya...dan dikhabarkan filem ini mendapat sambutan yang cukup bagus di sana? macaman pulak kalau filem sebegini dan seumpama ini dilakonkan oleh mereka yang tak hensem dan tak jelita ...di Malaysia...? dapat sambutan ke? entah laaaa... Mungkin rakyat Malaysia merasakan menonton filem hanya sekadar hiburan semata-mata dan tidak mahu terlalu banyak campur unsur-unsur lain yang boleh diambil kesempatan menjadi sisipan di situ. walhal dengan menonton filem selain plot yang kita nak tahu ... mungkin tidak secara terus, penonton juga boleh mencedok ilmu yang digarap menerusi lakonan yang mantap oleh para pelakon walaupun tidak terkenal dan mungkin tidak perlu seksi untuk menarik orang melihatnya...


bercakap mengenai filem-filem sebegini, teringat pula UJ waktu masih belajar di kampus dulu, UJ pernah menonton filem ini... tapi tengok CD jer.. beli kat entah mana la...time tuh DVD tak glamour sangat ada pun mahal.. UJ tak reti lak nak masuk panggung hehhehehe.. ajak member-member sekor pun tak berminat... malah dorang pelik lak .. Kenapa UJ teruja sangat dengan filem tuh... tapi berkali-kali UJ tengok, UJ tetap tidak beberapa faham... ingat lagi tentang dari Jemapoh ke Manchester...???? huhuhuh.. yang best filem ni lah yang UJ buat topik presentation kat kelas, time belajar dulu...dapat jugak UJ menarik perhatian orang dalam dewan kuliah pasal filem ni walaupun UJ sendiri tidak beberapa pasti, pasal plot filem ni... tapi agak-agak UJ pun banyak jugak ia muatkan untuk mengkritik tentang kehidupan di negara kita ... filem ni arahan Hisyamauddin Rais...


TAPI apa kata orang luar tentang filem ni ... UJ bukak balik walaupun dah lama UJ pernah bercakap tentang filem ni .....dan memang tak dapat sambutan pun filem ni kat Malaysia... almkalumla .... filem jalanan dan bajet murah ... orang Malaysia suka tengok filem yang ada kelas... tapi apa maksud kelas yang menjadi konotasi orang Malaysia....filem ni banyak setting nye di Kuala Pilah dan mungkin di Jemapoh sendiri...


Yadi and Madiz are bored out of their minds living in Jemapoh, a village so remote that cows are more plentiful than people and are also more interesting. The pair decide to steal a car and head to the mythical Manchester. Yadi dreams of seeing his favorite soccer team Manchester United, and Madiz longs to be reunited with his long-lost father, whom he heard was living in Liverpool, which he assumes is somewhere near Manchester. On the road, the pair meet a rocker from Singapore, skinheads and crazy kidnappers, all the while hoping that Manchester will pop up on a road sign before too long.Hishmuddin Rais' debut feature film marks a significant departure from traditional Malaysian cinema in its fresh and youthful narrative expression, and emerges as part of a new wave of Southeast Asian cinema.
(by Christian Gaines, for the Hawaii International Film Festival '97)

ada satu lagi dari jiran kita seberang tambak Johor ni jer.....

What happens when you're a Manchester United fan who lives somewhere in Jemapoh, Malaysia? Why, go to Manchester of course. This first road movie by debut director Hishammuddin Rais is an offbeat adventure across the country's multi-cultures. From meeting punk rockers and skinheads in a bar to encountering crazy kidnappers, this one pulls out all the stops. And yes, they do get stopped for speeding.

(extract from the Singapore International Film Festival 1998)


ahaaaa satu lagi ni filem yang belum UJ tengok... tapi mengikut blog yang UJ ikuti ... filem ni tidak mendapat sambutan di negaranya sendiri tapi di sambutan luar biasa di Amerika dan Eropah bahkan filem ini sekaligus dikatakan juga ... berbicara tentang Islam dan bagaimana pandangan dunia terhadap Islam.

http://www.ibnuhasyim.com/2010/02/filem-mnik-dingin-di-mumbai-respon-di.html


apa tajuk filem ni ye..? oooohh baru ingat ......MY NAME IS KHAN....ade orang cakap ...apa ada pada nama... sebenarnya nama begitu penting walaupun Shakespeare sendiri pernah kata sebegitu kan..... 'what's in a name?'.... uikss mesti laaaa.... nama penting pe........

.... dalam apa jua filem yang dibicarakan di atas sudah tentu diselitkan dengan tema kasih-sayang.. a'a LOVE kan..CINTA atau CHEN-TA.... sesuaila kot dengan tema blog ni....


lupa UJ nak masukkan mantera ajaib yang diambil oleh anak-anakLASKAR PELANGI...

"kalau nak pintar, belajar. kalau nak berhasil, usaha"

Sunday, February 7, 2010

ketika cinta bertasbih

kali ni UJ posting pasal novel dan filem dan juga filem dan novel....dan best nye pasal CINTHA baru lah kena skit dan relevan dengan 'taman cinta'.
TAPI
mungkin bukan cinta biasa dilihat, didengar atau diprkatikkan, mudah-mudahan ia adalah cinta dibawah naunganNYA... ameen
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketika Cinta Bertasbih(KCB)
sebuah cerita menerusi dwi logi novel dan mungkin akan menjadi trilogi dan banyak logi lagi ...jangan logi yang itu sudah lah...hasil tulisan HABIBURRRAHMAN EL SHIRAZY, seorang novelis indonesia yang tersohor di nusantara ni kan bahkan juga di timur tengah... apabila novel nya yang terdahulu iaitu
Ayat-ayat Cinta(AAC)
yang meletup dan menjadi best seller tapi tidak seperti filem AAC pulak...tawar je kan.... bagi siapa yang pernah menontonnanya...dan membandingkan pula dengan cerita dalam novel bagi sesiapa yang membacanya, mungkin rasa ada perbezaannya kan...malah sedikit jalan cerita pun berbeza dan apa yang tak tertonjol dalam novel,timbul jadi penting dan utama plak dalam filem kan....kalau tak silap UJ dah dua kali ditayangkan di channel TV tempatan kita...apa yang nak dikomenkan oleh UJ pasal novel AAC ni...ehhh ni pasal KCB ke AAC ... alah tak kisah lah...kan ni taman cinta....hehehehehe....Rasanya tidak pantas lah UJ nak komen, penulis novel itu pun memang dah terkenal... dan memang cerita dalam novel tu pun memang best...Cuma UJ kurang best lah tgk filem nya...dan UJ berpendapat, Habiburrahman sendiri pun bersetuju dengan pendapat UJ heehheeh dan pasti tidak bersetuju dengan beberapa watak yang dimainkan dalam AAC...



Watak Fahri misalnya, agak lemah, seorang yang putus asa serta lebih cintakan dunia dari agamanya. Sedangkan dalam novel hmm dia seorang yang kuat agama, tawadhuk dan begitu tawakal dalam urusan hidupnya... ishh banyak komen gak UJ ni... begitu juga dengan beberapa watak lain seperti Aishah yang agak show off dengan kekayaan sebaliknya di dalam novel dia ialah seorang jutawan yang low profile. begitu jugak watak Maria yang keterlaluan dalam filem tetapi tidak dalam novel...settingnya pun kurang memberansangkan kerana banyak scene difilemkan di India bagi menampakkan timur tengah... tak real la kan....



Dan UJ pun sempat jugak menonton filem menerusi DVD cerita Ketika Cinta Betasbih 1 dan Ketika Cinta Betasbih 2, beberapa hari lepas bersama isteri kat rumah dan sememangnya UJ pun dah khatamkan dua-dua buah novel tuh... dan kali ni memang tidak mengecewakan... bahkan terlalu banyak ilmu yang diperolehi bukan sekadar hiburan je ... best la cerita dia... so UJ just nak ckp novel dan filem ni memang BEST....

Lagi pun scene memang tol-tol kat mesir...tapi lagi best la kalo dia campur skit sebanyak tentang pelajar Malaysia kat mesir atau pe pe yang boleh dikaitkan ke.... seperti ada seorang wataknya yang ingin transit kat KLIA sebelum ke jakarta... boleh la masuk ruang angkasa cyberjaya kot.... Cyberjaya ngn KLIA kira tak de lah jauh sangat kot...silap-silap tershoot lak Fida kat situ... tengah beli ais krim ke ape ke... ishh melalot lak... aku tak nak jadi khairi ..... heheheh..... akan berbangga la orang kita kan...ada je nak sebut nama orang lain dalam posting ni... itu lah hebatnya dorang kan...

Bila malaysia nak buat filem sebegitu ekk.. dulu time nur kasih .. heboh la jugak sekejap kan... dan pas ni dengarnya RTM plak akan ... dari damsyik ke perlis ... apa tajuk nye ek... ahaaa Nurul Iman... kat astro oasis pun kata ada yang digarap dari sebuah buku tulisan hasrizal abdul jamil atau saifulislam iaitu aku terima nikahnya...



tapi semua tu UJ lum tonton... Nur kasih pun kira OK laaa cuma itu cara malaysia sementara indon lain ekkk.. tp ntah laaa KCB banyak tinggal kesan bile menontonnya.. mungkin sesuai dengan jiwa penontonnya kot... pasni rakan rakan UJ yang satu tempat kerja or mungkin yang kenal UJ akan kata UJ jiwang, bile terbaca posting ni... sbb bincangkan kisahh gini dan tgk cerita ceriti mcam ni ... hmm peduli hape kan..... UJ tengok ngn wife UJ... boleh rapatkan lagi hubungan al-maklum la kawin pun lum sampai setahun.... hehehehh sempat gak promo..

kat you tube UJ tengok filem ni banyak memberi ulasan KCB dilakonkan oleh majoriti mereka yang pertama kali berlakon hanya beberapa ketol je memang sudah pelakon-pelakon filem.. dan dalam filem ni sendiri penulis novel ini pun berlakon sama sebagai watak kecil.. namun tampak berkesan...waduh best bangat.. cerita nya natural sekali... filem KCB 1 banyak scene nye dilakonkan di Mesir... cantik tempat nya ... UJ pernah ke sana waktu banyak duit dulu... hehehe dan scene banyak di Indonesia bile tengok KCB 2...

pandai tol orang indon ni kan... ok lah ... mungkin ramai dah lihat nya... kalo lum elok lah tonton... untuk fida yang tak lama lagi or tak tak lama lagi nak makan nasi minyak ok gak tonton... hehehhe...

menonton ketiga-tiga filem ini (AAC, KCB1 & KCB2) sebenarnya tidak begitu besh berbanding dengan membaca novel nya.

UJ- sesekali teringat sesetengah indon kat malaysia yang buat kacau dan jahat .. rase geram plak....tapi tidak semua ada jugak yang betol-betol mencari rezeki yang halal