Social Icons

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

peninsular overland - PART 1 (PAHANG)

Assalamualaikum wrt wbt

sudah berapa tahun tidak update blog...  buka address macam masih active tapi.... nak update tak ingat dah macamane... dan terpaksa study semula macamana nak sign in...seperti biasa kalau depan komputer...bantuan atok google sangat memudahkan sesetengah kerja... tak semua sebab ada jugak dalam beberap insiden atok nyanyuk.... tak boleh guna jugak...

kali ini nak simpang sebagai memori dan nak berkongsi cerita ...kembara semenanjung yang sejak dari sekolah lagi berangan-angan nak redah semua negeri kat semenanjung ni... tapi tak kesampaian biasalah... sebab angan-angan...

sampailah masuk belajar kat serdang pun... masih tak kesampaian.... nak naik kapcai... memang tak sanggup...dari KT sampai kemaman pun berapa kali berhenti...tak tahan buntut kebas semacan je... lagi lah mau satu semenanjung...lagi pun motor tak ada...

seterusnya dan seterusnya... tak menjadi-jadi selengkap2nya...

lepas kahwin... baru ada rezeki... betul lah... rezeki kita makin murah bila sudah kahwin dan beranak pinak ni....

Alhamdulillah akhirnya.... berjaya juga...kali ini dengan famili... feel dia lain skit ... kalau bujang lain pula ceritanya...

Tapi cerita ni tahun lepas dah berlaku... baru sekarang nak update.. nak simpan buat tatapan ank cucu...bila baca blog2 travel orang lain best je... lagi lagi lah yang students2 u ngan anak-anak muda travel... naik kapcai, skooter naik basikal lipat sampai genting cameron fraser pun ada... memang best..pengalaman yang dorang kutip...sangat-sangat berbaloi...banyak faedahnya.....

antara blog yang best pasal travel dalam malaysia ni...


boleh jelajah sendiri kat blog dia memang seronok kepada yang mereka suka tarvel lain dari yang lain...backpacker, motosikal yang paling best basikal lipat pun pernah jugak....

yang bawah ni pun best jugak



yang bawah ni lak legend..


....macam2 tip boleh kita ambik dan jadikan panduan dan persiapan dan persediaan untuk memulakan kembara... ada yang solo.. ada yang bike ada cycling....fuhhh....syok...kalau bujang rasa nak join jugak...tapi sekarang ceritanya sudah berbeza...round bawak kereta mencabar nya tang lain pulak....



dimulakan dengan destinasi pertama

1. PAHANG DARUL MAKMUR

14 Disember 2016
                           
                                

Mula bertolak ke Pahang... tak banyak tempat singgah di negeri pahang sebab ni kira masih dalam pejalanan pulang ke kampung di terengganu... tapi kira dah start dah peninsular overland ni...

berhenti di Pekan bandar di raja... kat sini ... gi kat muzium sultan abu bakar yang sememangnya mudah nak jumpa sebab tepi jalan je...sudah agak lama nak berhenti kali ni baru berpeluang..biasa lalu je sebab sememangnya kena lalu kalau mau balik ke johor......selain muzium sultan abu bakar di situ juga ada muzium islam yang berhampiran dengan masjid pekan....
       
.posing depan muzium
masa ni adik ngan kakak tengah excited lagi nak round semenanjung...
             
panas 'ddering...panas lit lit....panas tang tang...panas so oh....

kat pahang juga ke muzium sungai lembing....tapi tak sempat nak masuk... sebab dah lewat petang so kira lain kali lah...lagipun agak letih dah semua... nak mendaki ambik gambar atas sana macam malas skit....so ambik gambar kat bawah je.....

lepas sungai lembing... berpatah balik ke Kuantan semula... sudah tentu tempat kerja lama di Indera Mahkota...

duk sini tahun 2005-2008 dulu
dah tukar nama dah....pernah jugak kat sini 2003-2005

sampai kuantan.. tak ada plan apa sangat... lagi pun orang kemaman kan... Kuantan tu biasa sangat-sangat dah....

Masjid Sultan Ahmad Shah 1 - Masjid Negeri Pahang

tersergam indah masjid negeri... masjid sultan ahmad shah.... di padang MPK ni... bulan puasa tempat orang berbuka puasa.... penuh dengan manusia dan sebelah tu ada bazar ramadan....tidak bermalam di mana-mana pun di pahang sebab dah sampai kuantan ... dah dekat ngn rumah dah di kemaman.....dah save bajet untuk penginapan....

kira habis lah destinasi pertama Pahang... dan dalam setengah jam lagi sampai lah ke Kemaman....kat Terengganu duk lama... sebab 2-3 malam di kemaman dan 2-3 malam di Dungun... kat terengganu... kat kampung sendiri... Tapi masuk dalam list jugak....nanti lah citer... lagi pun kena flashback balik ni... ingat-ingat lupa dah banyak benda... sebab dah lama... tahun lepas 2016 ....dah dekat setahun dah....


kat pekan... murtabak mengkasar....

Murtabak Mengkasar - Pekan
Harga Murtabak...tanpa GST kottt
Murtabak Mengkasar yang  terletak di kampung Mengkasar Pekan, sebelah SM Sains Sultan Ahmad Shah (Tepi Pagar jerrr)
kalau ke pakan jangan lupa singgah di kedai murtabak ni... best..rasanya dalam banyak murtabak di Malaysia ni... yang ni paling best...tekak orang lain mungkin lain....Dekat pekan ni ada satu lagi kedai yang juga best murtabaknya...Nama Kedai tu murtabak kasturi...kalau dari Bandar Pekan...ia sebelah kanan....
pekan ni...dah agak biasa sebab dalam 2 tahun jugak pernah berkeja di sini....Lupa nak bagi tahu..semasa di pekan lalu juga depan istana abu bakar ...pekan bandar di raja pahang... so adalah istana... tak jumpa dah gambar nak upload sini....

ni UJ ambik kat google...
Gerbang Istana Abu Bakar - Pekan

kat sini dulu... nanti sambung lagi part 2 ...destinasi ke dua plak.....

CATATAN ROUTE
laluan kami guna ialah melalui 

BANDAR PENAWAR/DESARU/PENGERANG --- KOTA TINGGI --- MERSING --- ENDAU --- KUALA ROMPIN --- PEKAN --- KUANTAN --- SUNGAI LEMBING

di sini tidak dapat diberi makluman tentang milage dan juga perbelanjaan...memandangkan catatan ini tahun lepas dan sudah tak tahu ke mana pergi...apa yang pasti keselamatan perlua diutamakan...pada UJ...dalam melawat sesuatu tempat rasa tak seronok dan tak enjoy kalau terlalu rush...lebih ambil lebih masa menikmati sesuatu pemandangan dan mengutip setip info yang diberikan...baru jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengetahuan,,,,


Friday, June 14, 2013

Jom panjat bukit....





Lama benar tinggal blog... sampai tak tahu macamana nak buat posting... haishhh tulis kat lain... lainblog plak yang keluar....uikssss



teringin benar nak mendaki bukit ni... pemandangan memang indah...lepas raya nanti kot insyAllah nak ajak encik sukiman.... Tapi larat ke dia nak panjat bukit camni...masa gi kedai RM2 airtuh pun mcm mengah je... di kalau ajak gi kedai perabot ke. kedai PML ke... baru bertenaga bak lepas minum tongkat ali...


 
jangan risau encik sukiman ... ada tangga.... kena pergi subuh subuh hari... baru best....jom nanti OK...


 Cuba teka apakah nama bukit ini dan dimanakah lokasi nya....


 

Sunday, January 20, 2013

kursus oh kursus

                 
  

sejak bertugas di johor, inilah kali pertama kena berkursus di kuantan... memang suka sebab family boleh balik kampung di terengganu sementara uj berkursus di kuantan... dekat je kan... kemaman dengan kuantan...

baru minggu ke dua akademik dah kena panggil pergi kursus, dah 3-4 hari kelas tangguh, seronok bebudak ... satu apa lesson pun tak sentuh lagi... balik kursus banyak lah menda kena ganda dan banyak juga lah kena ganti kelas yang lepas-lepas... tapi kadang-kadang fikir okay jugak... sebelum kena pergi kursus akhir-akhir semester, waktu tu sebok nak buat test lah, quiz lah, macam-macam assessment lah kan...

kursus kali ni dibuat di grand continental hotel kuantan... pernah datang sekali dulu... lama dahhh... waktu bekerja di kuantan lagi... berbuka puasa dengan anak buah di sini... waktu tu belum kahwin lagi... dan tak banyak berubah pun hotel ni ... apa yang nak diubah kan ekkk?

 

tengah-tengah kursus begini rasa terfikir nak beli galaxy tab jer... hmmm

Friday, August 20, 2010

indahnya dunia ini.. indah lagi Penciptanya

pernah lihat ekk gambar2 ni .. mungkin menerusi email... hebat, agung dan indahnya ciptaan Allah... alam semesta yang cukup memukau pandangan mata... mudah mudahan apa yang kita lihat ini... mendekatkan lagi kita kepada Penciptanya... perasan tak... kita berada di atas awan... ada rupanya tempat sebegini ekk... mungkin di Kinabalu... kita boleh melihat gumpalan awan di puncak gunung... namun tidak sebegini... yang seolah2 ada di sebelah, atau kita lebih di atas dari awan tu... biasa nak tengok awan sebegini denagan dekat bila ada dalam kapalterbang.... fuhhhh kagum.....maha suci Allah yang menjadikan alam ini... Allahuakbar....

Untuk sampai ke sini ... mesti melalui jalan yang curam dan antara awan yang memutih sepanjang lebih kurang 20 km... dan apa yang kita lihat ini adalah satu tempat tinggi dan satu aya tarikan pelancong dan kawasan yang begitu indah ... terletak di Iran..Subhanallah indah sungguh tempat ni.. rasa macam kalau ada peluang nak je pergi bercuti dan berehat di sini kan? sungguh kagummm aku ....


- begitulah info yang UJ dapat dari email...

Thursday, July 22, 2010

Lelaki Berkasut Merah & OZZY

isnin lepas UJ ke KL menghadiri mesyuarat di HQ MARA.... UJ ke sana dengan bas ekpress sahaja memandangkan... hanya mengikuti satu mesyuarat yang tidak begitu major dan juga lagi ekonomi dan tidak meletihkan badan memandu dari Johor ke KL... sudah menjadi kebiasaan di awal awal permulaan semester begini... mesyuarat sebegitu adalah 'aktiviti' biasa...

sampai di sana... owhhh kali ni di Bukit Jalil... jauh juga lah nak ke pusat bandaraya... kena naik pula LRT... alhamdulillah semua ok... sampai di hotel plaza... check in.... hajat nak bermalam di quality jer... senang lagi pun depan dengan HQ MARA... so jalan kaki tak lah metihkan... tapi semua dah penuh... so kena ambil hotel jauh skit lah pulak... UJ ke sana dengan member sekerja yang turut sama dengan 'aktiviti' biasa itu.. jadi tak adalah keseorangan...

malam itu juga kami ke MPH mid valley... sempat merayau dalamnya beberapa jam... dan UJ ada beli 2 novel... tulisan Bahruddin Bekri... hahahah kelakar betul cerita novel... satu nya ialah LELAKI BERKASUT MERAH ... satu lagi DOA UNTUK AKU... UJ sebenarnya mencari Novel ringan tulisan beliau yang dikategorikan PELIT - jurnal persendirian - oleh PTS Litera....tapi sayang.. dah sold out... erkk hebat tol novel tu.. lagi pun murah ... cepat tol habis.. so lain kali dan mungkin kedai2 buku online lah pilihan terbaik...

patut lah novel ini ada tulis SYOK ... rupanya novel-novel sebegini termasuk dalam kategori komedi juga... dan UJ sendiri akui... sepanjang dalam membaca novel ini... banyak ketawa berdekah2 hingga aqila yang sedang nyenyak tidur pun terjaga dek berdekah2 ketawa UJ... yang pelik bila aqila - baby UJ yang dah 4 bulan - itu terjaga kerana gangguan ketawa UJ... dia tak menangis... aikkk dia pun turut tersenyum dan ketawa jugak... tapi tak adalah sampai berdekah2...

dalam satu malam je UJ baca novel ni.. dah khatam... kelakar betul ceritanya... adegan2 dalam nya... tapi ia lebih kepada remaja.. namun begitu mengikut catatan penulis beliau lebih gemar jika novel2 tulisan beliau dikategorikan dalam novel keluarga... dan UJ setuju ... novel ini dimasukkan dalam novel keluarga... selain lawak yang spontan seperti kita menonton filem atau drama komedi... memang banyak terselit nilai2 murni Islam khasnya... ada tersisip ilmu dan cicipan kerohanian di dalam novel ini menjadikan ia tampak seimbang sebagai wadah hiburan dan juga platform keilmuan... secara jelasnya pada peribadi UJ novel ini ingin menyampai kan mesej kemaafan iaitu meminta maaf dan memberi maaf.. dua perlakuan yang patut ada pada setiap insan.... malah kita juga perlu untuk memberi kemaafan dan meminta kemaafan pada diri sendiri juga ... dan ini akan melahirkan rasa syukur dan nikmat hidup sebagai hambaNya...

selain itu setiap amalan kebaikan dan pahala yang dikutip janganlah dianggap sebagai tiket atau pass masuk ke syurga... kerana syurga Allah adalah rahmatNya... dan Dia lebih berhak untuk menganugerahkan kepada hambaNya... bukan kerana kebaikan yang pernah kita lakukan sebaliknya kerana rahmatNya... namun janji Allah tetap benar ... sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas dengan sesuatu yang baik juga kelak...

fuhh panjang la plak fasal novel ni... cuba lah baca... insyaAllah akan dapat hiburan sekaligus ilmu juga... UJ dapati ini inisiatif terbaik PTS... dengan menjadikan nilai2 murni dalam setiap karya keluaran syarikat mereka...sebagai inti disamping berhibur... mungkin ini dakwahh...

satu lagi novel yang UJ sempat beli belum lagi dibaca... DOA UNTUK AKU... juga tulisan bahruddin bekri....cuma yang tak best kali ni UJ beli dari kedai buku.. MPH... biasa UJ suka beli dengan penulisnya terus selain penulis dapat terus pulangan... UJ pun boleh dapat tandatangan autograf...best jugak...

dalam memerhatikan MPH ni... sedikit bertambah rak-rak buku bahasa melayu berbanding sebelumnya... sebab kali terakhir UJ ke MPH mid valley ni tahun lepas.. mungkin sejak mereka melancarkan MUTIARA MINDA... jadi buku tulisan bahasa melayu semakin bertmbah.. satu perkembangan positif pada UJ.... -antiPPMSI- hehehe

setelah balik dr MPH ... UJ sempat juga berjumpa dengan seorang blogger... inilah kali pertama UJ berjumpa dengan blogger yang sama-sama blogging di sini.... dia ada mengeluarkan satu produk pencucui lantai dan menjual terus sendiri... so UJ pesan dua set.. keistimewaan produk ini ialah ada campuran ... serai wangi...ini seperti mesra alam dan sekaligus boleh menghalau serangga2 seperti semut lipas dll kat dapur khasnya... so UJ angkat 2 set sebab dapat diskaun.. lagi pun produk Bumiputra Islam ni... UJ support.... kalau nak tahu lebih lanjut boleh berkunjung ke blog beliau.. bicara ozzy...


errkk lupa lak nak riya'kan skit.. heheh novel tadi UJ nak menyahut seruan goodreads malaysia.. 50 buku setahun dan UJ khaskan 50 itu adalah novel.. .. novel LELAKI BERKASUT MERAH ni... dah lupa dah yang ke berapa, kena tengok list balik nanti...tapi dah lebih 30 kot ... hehehe

a'a satu lagi... UJ juga ternampak dua novel tulisan XARINE - bintang2 ke syurga dan Yuda di padang maya... keluaran jemari seni.. bangga UJ sebab.. xarine ni antara blogger yang UJ regular ke blognya... orangnya cool... erkk dan bangga lagi UJ sebenarnya dua-dua novel tu sudah UJ beli.. terus dr penulis, dan UJ dah habis pun baca... dan sudah pun promote.. hehhee

-akhir2 ni blog UJ ni macam makin tak best jer... pengunjung pun dah berkurangan dek lama sangat tinggal dulu sampai bersawang dan semakin hari semakin tidak begitu aktif mengemaskini sebab busy bee..asalannnn

-macamana dengan pengunjung yang ke 5005 dan 5009... erkk.. so friends... ajaklah member2 lepak sini... ajak mak, ayah, nenek ngn atok sekali.. bukan apa masuk percuma je... lagi kalau bertuah dapat hadiah... erkkk sekarang baru dekat 4 ribu ...so ada seribu lagi... cepat2 kan ekkk ... UJ tak sabar nak kasi hadiah ni... hehehehe-


******************

erkkk laaaa 22 hb lah hari ni...hari ni hari gaji...sebab 25 hb hari ahad... dan gaji tak akan dimasukkan pada hari jumaat sabtu atau ahad...so hari ni khamis.. hari ni laa...erkk
cimb-click, bankislam.biz, maybank2u, i-rakyat - laaa ye la... gaji bulan lepas tak habis lagi... riya'nya..... tapi pas klik klik semua yang tersenarai tu... entah tinggal bape lah dalam akaun nanti erk.... hehehehe

Thursday, June 17, 2010

travel to Perlis

assalamualaikum....

lama benar blog ni bercuti... sampai banyak pokok yang layu... tapi masih hidup... belum ada yang mati... ada juga yang datang tolong siram terima kasih banyak banyak...

seminggu lepas UJ kena pergi berkursus lama, jauh pula tuh... utara semenanjung... tempat nya a'a kat bawah ni ada gambar pintu masuk kem tuh... selebihnya UJ malas nak cerita, ramai yang tahu apa kat dalam nya kan... tidak di kem ni ... mungkin di kem lain.... urghhh... apa lagi kena basuh lerr...



sampai je pintu masuk ni... tak ada apa yang main di kepala... melainkan bila kursus ni nak tamat...itu sahaja persoalan yang berlegar dalam benak walaupun daftar masuk belum lagi dibuat... ada skit skeptik dan stereotype yang selalu ada dalam kepala hotak UJ kalau pasal menda ni... uikss tapi at least UJ dapat jugak lah nak trekking naik bukit ke adventure skit... ganti dengan yang tak jadi sebelum kahwin dulu... tak lah tension ek...



lenguh gila berjalan kaki merentasi titi kat dalam gua kelam... 1st time sampai perlis... tak tahu nak tuju... pergi plak dengan bas ekspress jer... kalau dengan kereta, tak de lah nak main rentas masuk gua ni... nilah pelik kem ni... nak gi sana kena masuk gua dulu...so UJ decide jalan kaki melungsuri dalam gua kelam... dekat 1km la jugak dengan beg penuh ngan muatan... berbirat kat belakang... macam omputih backpacker pun ada gak....


habis kem... lupakan aje apa yang dibasuh tu... sebab sebelum masuk dan nak berangkat ke dalam kem... kepala mesti mantap.. hati kena kuat... kerana pegangan kita mesti tetap... ingat mana yang patut dan tak patut... namun jangan melulu... sebab nanti rosak semua... jadi lambat lak kan.. nak kena keluar kem ni.... yang best sempat lagi ke sini...



habis la episod kursus di kem ni... nak balik pulak satu hal... tak kan nak jalan lalu gua ni lagi... nasib ada member kasi tumpang ... terus boleh sampai kangar... adushhh bas nak balik kemaman pukul 9 malam ni ... baru pukul 5.00 ptg... so apa nak buat... dah la tak tahu apa apa pun pun di kangar ni ... so to kill the valuable time... so gi lah main sini... ok gak...huhu


ok good bye kangar, gudbai perlis... nanti ada masa UJ datang lagi... tapi nak ke kem tu lagi... mungkin tidak...... gi shopping padang besar insyaAllah...

sampai-sampai di kampung... tetiba dapat pulak SMS ... ada TOT pulak kat HQ mara KL, 21hb ni... haishhh bau hamis hutan wangkelian, kakibukit, padang besar tak hilang lagi... dah panggil kursus lagi... urgjjjjjhhhhhhhhhh

Thursday, May 27, 2010

being 2 places at once

salam semua...apa khabar?

ok kite dengar lagu ni dulu lah.... set induction ni... so dengar-dengar... tak payah feeling2.. dengar jerr... mana tak paham...tambah vocab carik dalam kamus... i'm not your moving dictionary ok... pada hal.. lecturer pun tak tahu makna gak huhuhuu - 'on' kan je player atas tuh.

hmmm mungkin explanation kurang jelas... atau pun soalan kurang best... tak pun....
banyak cekadak nye soklan... atau pun .. what the hell...

alaa tak kan lah UJ nak terang satu-satu kan... nanti jadi tak jadi soalan plak.... jadi jawapan terus... huhuuh.. apa yang ko mengomel ni sebenarnya...UJ?

tapi jawapan paling best ialah ... ialah saudara bofoyengfeng kita...hehehe tapi nak wat camne still hmmm FAIL gak... jawapan yang mengerikan uishhhh ada ke khairi nak bela hantu raya....ishhh jangan, jangan khairi.... hmmm tak baik woo...dan jawapan angau lak... sudah tentu lah si Jane... apa kena mengena ngan pergi honeymoon... hmm UJ pun fikir gak ngn jawapan dia ni... hmmm angau la ko Jane... gi balik mandi...huuhu

hehehe tu intro jer...

hei... it's very easy and affordable.. bukan macam naik tambang murah kat LCCT pun.. dan bukan jugak nak berbomoh bagai.... huhuh jauh sekali perlu berkempen... tak perlu itu semua... mana ko pergi ni UJ?

being in two places at once... or be in two places at the same time...huh...

relax la kan... still remember with A walk to remember.. alaaaa sekali UJ sebut tajuk novel or filem ni... mesti semua boleh tahu jawapan kan... does it so sweeeeeet kan? kan ada sebut romantis gak tuh... so clue la tuh fida....heheheh

huh??? apa still blur.... adusss ni la nak kena ulang balik dari awal cite kan... gini la students... dari awal sem kita kasi kuliah... last last hujung semester nak final... lupa dah semua... banyak makan semut betul la?

look at these dailouge... page 37... adushhh ni yang malas nak ulang mende sama ni...hehehe..
I am Landon.. and you Jamie... uikssss

JAMIE :

You’re acting like a crazy person,what's going on?


LANDON
:

Right now, you're straddling the state line.


JAMIE :

OK...


LANDON :

You're in two places at once.


ahaaaa.. ok dah boleh teka sekarang kan... heheehe itu lah maksud UJ..

so apa kena mengena ngn KTMB kat tanjung pagar tuh... alaaa ... common sense la kan... situ tu kira country line la tu... apa kira-kira, memang country line pun.... malaysia dengan singapura kan..

so gi duduk kangkang kat situ....sambil berdiri lah okay skit.... nanti kan orang cakap apa plak...kan? kaki kiri kat malaysia, kaki kanan kat singapura... so we are in two countries at once kan??? betul tak.. tak pun nak tukar kaki kiri kat singapore dan kaki kanan kat malaysia... boleh gak .... heheheh tapi jaga-jaga jangan sampai kena langgar keretapi .. sudehhhh

so praktis la dengan lebih romantis dengan pasangan mu yang halal ok... baru lah romantis... hehehe tol tak? kat malaysia banyak negeri .... beberapa negeri kat malaysia ni pun... kedai sebelah menyebelah je.. dah state line... tol tak? melaka ngn N9 .. kalau tak silap di Tampin kot... Penang ngn Perak kat Nibong Tebal tuh....heheheh

nak best lagi... carik sempadan yang banyak negeri sekali gus....hehehe boleh in many places at once... hehehehe...

OK.. nice try everbody... see u again next semester... korang tak jemu ke ngadap muka lecturer yang sama je setiap semester... itu lah soalan .. yang UJ pernah tanya ngn students... hmmm boleh dorang cakap.... what to do.... cam sengal je ....

hmmm ada yang tak puas hati dengan skima jawapan... hmm kalo nak cek balik skrip jawapan anda ...heheh biasalah RM50....

see u when i see u ...


gambar hiasan... bukan UJ tuh... orang lain... hehehe

---kekadang UJ yang dah tua ni kan.. terpaksa pretend and berlakon gitu menjadi remaja balik... semata-mata nak menyelami hati students ... dan kadang2 benda yang tak suka pun terpaksa menyukakan diri...hmmm

Tuesday, May 25, 2010

wanna be in 2 places at the same time....HOW?

how to be in two places at the same time?

Beberapa har
i lepas ada UJ posting mengenai KTMB.. hmm baru malam tadi ada cerita kat berita d TV mengenai ini kan? so tak lama lagi... apa jadi dengan bangunan sejarah setesen KTMB tu ekkk? secara kasar memang tanah KTMB di Singapura agak bertaburan seperti di Kranji, Tanjong Pagar dan Woodlands termasuk juga lah landasan keretapi yang menghubungkan ke tanah besar semenanjung.... bermula dari JB ke pulau temasek itu... dan kalau tak silap UJ tak lama lagi semua urusan imigresen KTMB yang dalam tahun 2011 akan dipindahkan dari tanjong pagar ke woodlands pula akan berpindah sepenuhnya ke tanjong puteri di JB...mungkin dalam tahun 2018,. so tanah2 KTMB yang sebelum ni diganti dengan tanah yang lain di Singapura dan akan dibangunkan bersama antara kedua-dua negara... Singapore memang bijak.....

************************

MALAYSIA TO RELOCATE TANJONG PAGAR TRAIN STATION TO WOODLANDS -

by BERNAMA

SINGAPORE, May 24 (Bernama) –- Malaysia today agreed to move the Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) station at Tanjong Pagar here to the Woodlands Train Checkpoint (WTCP) by July 1, 2011. Malaysia will also co-locate its railway customs, immigration and quarantine (CIQ) facilities at the WTCP. These were some of the major decisions reached by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his Singapore counterpart Lee Hsien Loong during the leaders' retreat at the Shangri-La Hotel here. When they met, both leaders were looking at the matters arising from the Points of Agreement (PoA) on Malayan railway lands in Singapore which had long become the obstacles to their countries’ good bilateral ties. Najib and Lee agreed to move the issues forward and both countries decided to jointly develop the KTMB lands around Singapore to maximize its full potentials.

************************

so lets answer the title of the entry... how...

if you want to be in two places at the same time???


sekali imbas, bangunan KTMB ni, banyak juga nilai estetika nya kan? lebih2 lagi tentang pengaruh luar dalam warisan senibina bangunan-bangunan Malaysia... memang macam tu pun kalau tengok kebanyakan stesen KTMB kan? ada kaitannya dengan sejarah.... ingat sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...

those pictures are the clue.... hmmm woiii korang faham tak apa yang UJ maksud kan ni? try r komen... komen r.... satu lagi clue... hmmm ada unsur-unsur romantis skit.... hehehe fida... consider jiwang gak ke..?

Wednesday, May 19, 2010

Air Asia & KTMB


minggu lepas UJ ke pulau pinang mengikuti kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh majikan UJ...nak tak nak kena pergi...walaupun time tuh...ramai lagi sebok menanda skrip-skrip jawapan student.... ni tugas biasa bila sampai hujung semester di tempat kerja UJ....

memandangkan perjalanan ke sana kali ini mengikuti kenderaan di udara, mungkin satu pengalaman baru buat UJ... sebab lama sangat dah tak naik kapal terbang ....dan kali ini pertama kali UJ menggunakan perkhidmatan Air Asia.... kami bertolak dari sultan ismail international airport senai JB ke Penang international airport....

tak de pe yang nak diketengahkan sangat di sini...cuma UJ teringat dengan jualan makanan dan minuman oleh pramugari2 yang berpakaian rasmi Air Asia warna merah, agak seksi... Air Asia tahu saje lah kan... no outside food allowed... so kalau lapar dalam perut flight tu yang makan masa lebih kurang sejam di udara, boleh la beli dalam itu dengan harga sudah tentu lah berlipat kali ganda mahal dibandingkan dengan kedai-kedai biasa kan....


tapi kelihatan tak ramai yang membeli mungkin ramai dah kenyang...UJ sendiri pun dah siap awal-awal lagi dengan penuh perut...makan siap-siap supaya tak lapar....hmmmm

antara... lontaran suara pramugari - hot tea, iced tea, nasi ayam dan macam-macam lagi lah...tapi tak ramai lak membeli walaupun dengan pakaian yang mereka pakai dah cukup seksi untuk menarik perhatian para penumpang membeli...namun meleset...

eskpres rakyat/sinaran pagi/sinaran petang/timuran -
UJ lupa dah yang menuju ke Singapura dari KL

tapi kenapa UJ beriya sangat nak cerita tentang ini semua... sebab UJ terpanggil kembali dengan memori silam...waktu UJ muda-muda dulu... pernah UJ ambil tren yang berkatil menuju ke singapura dari KL.. dan kalau tak silap itu pertama kali UJ naik keretapi, tahu aje lah UJ orang terengganu, kat ganu mane ada keretapi... kat muzium adalah.... tapi sekarang keretapi barang boleh lah org terengganu nak tengok... sebab petronas-ktmb dan siap pun bina dari kuantan ke kerteh... masa pelancaran dulu pun UJ pernah naik gak... keretapi barang tuh.... heheh...


koc yang ada katil...memang sesuai sebab esok bila sampai kita dah boleh terus aktiviti seperti biasa bila sampai ke destinasi.. tak letih sebab semalam dah tidur nyenyak...

hmmm amenda nak citer tadi ek.... ahaaa.... sambung balik....dan bila sampai beberapa stesen KTMB di pertengahan jalan...mungkin seremban atau bandar-bandar lain menuju ke selatan....ada sahaja makcik-makcik yang akan masuk cepat2 ke dalam koc-koc KTMB sambil malaungkan, apa yang mungkin sama seperti yang UJ dengar di dalam perut air asia, cuma tak adalah dalam bahasa inggeris..dan masih lagi ramai membeli nasi-nasi bungkus dan minuman yang dah siap bungkus....termasuk lah UJ ... juga cepat-cepat juga menyambar dan terus bayar...sebab keretapi sekejap2 je berhenti...

ternyata pakaian makcik tersebut tidak lah seseksi seperti pramugari air asia malah lebih sopan dengan berselendang di kepala sekurang-kurangnya, masih boleh meraih pelanggan yang ramai walaupun dalam keadaan tergesa-gesa...ya mungkin ada perbezaan dan tidak begitu bijak untuk buat perbandingan sebegitu.... namun analogi di sini masih lagi boleh diwajari dengan sebaik-baiknya... itu pendapat UJ...

ini stesen KTMB di tanjong pagar singapura...masuk dalam bangunan ni sebenarnya kita dah pun memijak bumi Malaysia walaupun masih di pulau temasek...

Thursday, May 6, 2010

secebis episod kehidupan

Tak ada apa sangat nak dinukilkan malam ni...so UJ biarkan gambar-gambar ni sahaja yang berbicara mewakili idea yang ada, secangkir cuma...gambar-gambar ni antara koleksi yang UJ simpan ketika mula-mula kenal internet lama-lama dulu... sewaktu pakai cermin mata type alternatif lagi...hehehe jom scroll kat bawah apa ceritanya ... mungkin dapat kongsi bersama, mana yang baik diteladani, yang buruk haaa kita hindari....

--------------------------------------------------

kalau dulu UJ selalu begini dan suka begini, dari sekolah menengah rendah di KT, sampai menegah atas selalu saje begini... kadang-kadang benci dengan diri sendiri...time tu mentah lagi... selalu mencari jawapan yang pasti, kenapa begitu tidak begini...arghhhhhhhhh



keadaan berterusan hingga lah ke kolej di Klang termasuklah satu kolej swasta di PJ untuk seketika... selalu begini dan begini tidak pula jadi begitu, tapi tidak pernah tahu kenapa jadi begini...pelik... kenapa?....selalu bertanya sendiri...


Ingatkan akan berubah tetapi tidak... ia berterusan malah menjadi-jadi ketika di Universiti pula, time kat luar negara pun sama juga, kat dalam Malaysia pun sama...
Namun sambil-sambil begini, aqidah UJ tak pernah lupa dan harap terus gah dan mantap untuk diri sendiri dan orang lain juga.... tapi sampai bila nak jadi begini...?


habis belajar UJ dah mula bekerja, Alhamdulillah rezeki datang dengan mudah, belum grad pun UJ dah mula ditawarkan bekerja, sebuah daerah tidak terlalu asing, tapi okay jerr di Pekan, Pahang. UJ bertekad untuk berubah... benak mula meracau, berimaginasi, mencari diri, mengelamun sana, melangut sini

sesekali begini....


sesekali pula macam ni....


akhirnya pening sendiri, UJ cari jalan keluar... sesekali lari dari dunia biasa, pergi mencuba... mungkin inilah caranya...


tapi bukan mudah...mungkin kerana kita selalu lupa pada pencipta...banyak masa dihabiskan kerana dia...barangkali sebentar cuma memikirkan tentang DIA... UJ sedar itu salah... UJ mula sesuatu yang baru... hidup perlu sentiasa bermuhasabah... UJ cuba bermujahadah...


Alhamdulillah UJ dah mula jumpa, walaupun belum pasti macamana... untuk UJ biarlah mereka putuskan, sebagai mengambil berkat mereka yang dewasa.. mudah-mudahan dirahmatiNya.


ternyata keputusan UJ bukan sia-sia...mungkin kerana yakin DIA lebih mengetahui segala-galanya...dan apa yang ada di sebaliknya...tak perlulah simpan lama-lama...air pun dah naik di kepala....soooo


dan akhirnya espisod baru mula bermula...mudah-mudahan baik-baik belaka dan akhirnya, datang lah dia...siapa? tuuuuu kat bawah....


hehehe tak habis-habis lagi UJ...mungkin itu komen mereka pula..peduli apa... blog sendiri punya ...

Thursday, April 22, 2010

Dungun ke Kota Tinggi

pasal travel skit.. tapi ngn bus ekspres

...... hari tu dah dekat sebulan UJ tak balik kampung, jenguk isteri yang masih dalam pantang dan puteri UJ yang baru lebih kurang sebulan... Tapi posting ni bukan pasal mereka tapi mengenai perjalanan pulang yang lain dari biasa... apa yang luar nya ekkk? biasa UJ drive sendiri tapi kali ni UJ jadi mcm student study kat UPM dulu... naik bas ekspres... lama sangat dah tak naik bas... ada problem dengan kereta yang belum sempat siap lagi ... so UJ decided naik bas je ... best jugak.. cuma yang tak best sensorang... bosan jugak ... so dah plan tak de aktiviti lain yanga boleh UJ boleh buat selain berdengkur dan sambung membuta.... setelah malam UJ bejaga... tak de buat ape.. cuma merenung wajah anak UJ sepanjang malam... ahaks...

.... apa yang nk diceritakan ialah, kol 9.30 pg UJ dah menapak kat stesen bas dungun di kuala dungun... aha stesen bas ni dah lain ... banyak berubah... sikit ada sistem la.. satu kemajuan... ialah dungun membangun setelah dinaikkan taraf jadi Majlis perbandaran taklama dulu... bas patut bergerak jam 10 pg so dalam setengah jam lagi ...UJ boleh la merewang-rewang dan melihat seketika aktiviti pengunjung stesen bas dungun...

jam dah 10.10 pg UJ dah mula resah mana bas ekspres adik-beradik ni tak de nampak pun lagi... bas lain dah banyak nampak bergerak... UJ mula ke kaunter... lagi menggelabah .. tp dalm hati jer.. sbb mmg jenis UJ ..nampak cam tak de pe je kat luar tapi dalam hati Allah je yang tahu... ye lah nak balik johor ni jauh ... bukan cam ke KL bas berlambak-lambak.... pergi ke kaunter... boleh kaunter tutup time tuh... so mana UJ nak cekau dan nak ngadu kat saper ni... tgk kat tiket lak... tak de pun sebarang kontek no yg UJ boleh call... nak tahu pe dah jadi ngn bas... uikss cuak la jugak...tapi pujuk hati sendiri .... bas mungkin lambat skit ye la kan...bas ekspres di dungun bayak mesti dr route KT ... so bas sana mungkin lambat skit .... ishhh

aikkk sedar-sedar dah kol 11 pg... camne ni...nak tak nak UJ melangut jer kat situ ...tak tau nak buat pe... UJ nak ngadu kat sape ekk? alah pendekkan citer je la ekk.. tetiba ada la annonuncement ... yg penumpang bus adik beradik kena tukar ke ekspress Maju.. sbb bas tak bergerak rosak.... ahhhhh baru la.. lega hati... tapi nape je dorang tak letak notis je kat kaunter.. ni dah sejam lebih UJ tunggu.. baru dapat jawapan pasal apa jadi gitu... so rasanya banyak lagi la syarikat bas ni kena improve erkkk..

so rasa macam letih je tadi menunggu bas...so UJ naik Maju ekspres .. terus cuba nak tidor...sampai je area Kemaman mata still tak leh lelap pada hal semalam UJ tak tidur sangat syik main ngn anak jer...so UJ pun baca novel Bintang-bintang ke syurga ... karangan Xarine ... yes memang best ...


so UJ sempat khatam kan buku tu .. sampai la area Kuantan... hmm lambat lagi nk sampai Kota TInggi ni... perut dah mula berbunyi ... lapar tol... tapi nape la bas ni tak henti-henti lagi ek... dah lebih kurang kol 3 dah ... sejak dr 9.30 pg tadi lagi .. UJ just bekfast kat umah... tapi ni tak sentuh pe pe lagi.. punyala lapar... uiksss bila bas ni nak berhenti... air cond pun boleh tahan gak... lagi la rasa nak kencing.. tapi nape bas ni tak henti lak mana-mana... uiksss lapar, nak kencing semua ada.. solat pun lum lagi ni....LAPARrrrrrrrrrrrirr.

so dah sampai Pekan .. UJ harap la driver akan benti, tak jugak berhenti... dah melepasi Pekan .. UJ harap lagi benti kat Rompin kot... tak jugakkkkkkkkkkkkkk... Lapar lolllli UJ rase dah nak gastrik je ni... lapar dan lapar dan lapar...sampai area Rompin tak jugak benti... so UJ dah tak tahan lagi...napa pelik bas ni tak henti henti... so UJ pun bangun pergi kat driver tanya... bile bas nak berhenti dari dungun lagi tak stop stop nak kencing ni... pas tu... dorang ckp .. nanti berhenti kat Endau... fuhh ada la sedikit kelegaan wlaupun memang nak kencing dan perut berbunyi macam2 jenis lagu dah...........................

Finally dia stop gak kat satu restoran ... so yang ni scroll kat bawah erkkk...nak citer pun, nak kencing dulu, nak makan dulu, nak solat dulu ... so tgk sendiri bawah la ekkkkk..


so mula-mula UJ carik tempat ni di restoran tu...tengok surau nye... marvelous..walaupun UJ agak lapar tapi tak pe la.. UJ solat dulu sebab dah nak masuk Asar. terus jamak n qasar.. so pas solat boleh lah makan puas-puas.... surau ni area restoran tau bukan seperated place.. what a wonderful surau kan.. tak pernah UJ jumpa lagi sebelum ni surau sebegini baik dan cantik hanya terletak dalam area restoran disediakan untuk pelanggan restoran...dan sejadah-sejadah nye ... hmm harum beb.. tak cam sesetengah bilik solat kat stesen minyak... uikssss anyway solat dulu... Allahuakbar...

pas je solat terus ke area ni...pe lagi carik makanan la... lapar ni... lolll tak banyak lak laut ..sebab dah petang kan ... so yang ada ni je ... alhamdulillah OK la... kalo tak nak makn nasi putih ni so maknaya kena makan goreng-goreng la..lambat la plak kan.. kena order dulu pas tu ... bas dah la stop 30 minit je kan....tapi tengok la udang tuhhhh besar... best .... so kenyang la UJ .. tahu berapa harga RM8/= ... biasa la ekk kalo kedai or restoran tempat bas benti ni .. tapi restoran ni tak sangka plak ... UJ tempat bas stop... cantik dan bersih... kat aerea Endau .. you all penah sampai??

pas makan sempat lagi UJ snap-snap gak ... ni area tandas restoran tuh... hebatkan .. patut r makan harga pun hebat gak.. tp service kelas A.. no problem kan... depan tandas ni ...

ini pulak antara landskape... sempat gak snap... ada cam taman la plak.. tapi kalo fikir just untuk pelanggan yang merupakan penumpang bas .. sempat ke nak enjoy semua yang disediakan kat restoran ni... so UJ pikir mungkin restoran ni bukan untuk org bas je... org bas? taram je la paham la kan...

ni sedikit lagi renovation yang dorang buat .. betol la.. tak kan sehebat gini kan dia buat .. mesti restoran ni pun untuk service2 lain gak.. catering ke tempahan dining ke etc la.. ni pun senibina buat ala-ala etnik gak la.. patut la... nama restoran ni pun.. tengok kat bawah...a

haaaa... restoran nusantara... memang kalo lah restoran ni dikira untuk kategori yang bas berhenti ..RnR.. memang kelas A la pada UJ...bile sampai sini UJ dah lupa yg UJ dr pukul 9.30 pg tadi lagi tak makan, yang UJ dah berapa jam melangut kat stesen bas dungun... hmmmmmm

so pada yang mengambil route ni dr pantai timur menuju ke selatan.. jangan lupa singgah kat restoran ni .. terletak di endau... tahu ke endau .. a'a Taman Negeri Endau-Rompin... hhhee tapi tak de la dekat dengan area hutan tuh.....