Social Icons

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Bandar Muadzam Shah





minggu lepas, sempat uj ke muadzam shah di pahang, kalau tak silap area ni masih dalam daerah rompin. bandar ni makin membangun dan meriah sekarang... kerana makin ramai manusia yang uj tengok... bandar yang menjadi destinasi transit atau persinggahan utama mereka dari pantai timur menuju ke selatan yang menggunakan lebuhraya tun razak... laluan ini juga untuk ke bahau atau segamat...

agak kerap juga uj ke sana, dan setiap kali ke sana selalu ada perubahan dari segi pembangunan prasarana dan mungkin juga bertambah bilangan penduduknya... memandangkan di sana juga menempatkan sebuah ipts - UNITEN juga ada kampus politeknik yang sudah pun beroperasi... menambahkan lagi kerancakan pembangunan sebuah bandar baru seperti muadzam shah ini seterusnya meningkatkan nilai ekonomi setempat... bagaimana dengan pembangunan spiritual nya?


bersama member lama ketika bertugas di tempat lama sempat juga menikmati tasik uniten kampus muadzam shah, tasik nya cantik tapi macam kurang dijaga dengan baik mencacatkan sedikit pemandangan di sini, namun encik sukiman pensyarah ekonomi uniten sempat juga pusing 2 round dan berjaya mengeluarkan embun jantannya di waktu senja... uj ada juga simpan niat kalau boleh nak bertugas di sini pula... rasa macam jemu dah tinggal di bandar penawar...erkkk


banyak juga tempat lain lagi di pinggir bandar muadzam ni yang boleh dinikmati keindahannya dan juga diambil manfaat antaranya tasik biru di bukit ibam... mungkin mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan memandu kereta myvi encik sukiman... kebiruan air tasiknya memang memukau mata yang memandang...



 habis semalam dua di muadzam shah uj meneruskan perjalanan ke kuantan... ke grand continental hotel nak berkursus pula, kursus oh kursus...hmmm

Hujan - Peringkat Kuning

 
 
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang sedang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Kemaman), Pahang (Daerah Pekan, Rompin dan Kuantan) dan Johor (Daerah Mersing, Kluang dan Kota Tinggi) dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Januari 2013. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.


Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Melaka dan Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar, Batu Pahat dan Kluang) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 19 Januari 2013. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin). Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan banjir kilat.

Dikeluarkan pada : 9:57 malam 18 Januari 2013 - Jabatan Meteorologi Malaysia - MOSTI
 
 

Friday, January 18, 2013

Homestay Orkid Permai - Seberang Perai

 homestay orkid permai - Seberang Perai Pulau Pinang
 
a) Bilik tidur utama dilengkapi kipas siling & katil kelamin.
b) 2 bilik tidur berkatil bujang dilengkapi kipas siling & almari baju.
c) Ruang tamu yang selesa bersofa hotel 3 bintang dan dilengkapi tv.
d) Ruang makan dengan meja 6 kerusi.
e) Ruang dapur dilengkapi kettle elektrik, toaster & dapur masak.
f) Lain-lain: sejadah dan telekung disediakan.
Berdekatan lokasi menarik :
5 minit berkenderaan ke tol k.batas & bertam / matrikulasi penang / mpc /
kolej komuniti kb / dewan mellinium / hospital k.batas / penang golf resort.
20 minit berkenderaan ke uitm, permatang pauh / politeknik seberang perai.
20 minit berkenderaan ke jusco, bandar perda / carefore seb. jaya / tesco seb.
jaya / megamall pasific.
10 minit berkenderaan ke maybank / bsn / bimb / bank rakyat, k.batas.
20 minit berkenderaan ke lhdn, bandar perda.
20 minit berkenderaan ke kpj, bandar perda.
20 minit berkenderaan ke susur masuk jambatan pulau pinang.
20 minit berkenderaan ke jeti butterworth / terminal bas butterworth.
tel : en nor faiz : 016-4891593
        pn nor'aini : 012-5974362




 


 

Tuesday, January 8, 2013

Baru - Baharu

assalamualaikum semua.... lama betul tinggalkan blog ni....


di tahun baru ... penampilan yang baru.... lebih kurang setahun tinggalkan coretan ini... sepanjang 2012 banyak yang berubah, banyak juga pengalaman baru... paling istimewa keluarga yang kecil bertambah lagi satu... Nur Aisyah Zinnirah ... kakak dah dapat kawan

penulisan thesis pun dah di peringkat akhir... mudah-mudahan pertengahan tahun 2013 insyaAllah sempurnalah penulisan kajian yang menuntut begitu banyak masa sehingga blog ini terpaksa dilupakan buat sementara...

blog berwajah baru...


Monday, December 6, 2010

PELIT - PTS

PELIT, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula! Nak tahu lebih lagi boleh klik di sini. Ada input tambahan di situ tentang penulisan novel genre sebegini.. berdasarkan apa yang UJ pernah baca, novel-novel sebegini ditulis seperti entri di dalam penulisan diari... alahhh tajuk novel pun dimulakan dengan perkataan diari..
sebelum ini kita sendiri pernah membaca dan melihatkan beberapa novel cinta khasnya berunsurkan penulisan diari atau catatan harian tetapi gaya bahasa tidak seperti entri dalam sesebuah diari kan... penulisannya seperti novel kebanyakan juga... tapi kategori ni ..lain dari yang lain... best.... UJ dah sambar 3, dan semua memang tidak mengecewakan... terhibur.. cuba lah.. lagi pun tak mahal... kelakar memang ada, sisipan nilai sememangnya tidak ketinggalan... yang best ringkas dan menarik...
inilah antara aktiviti yang paling senang dibuat sementara menunggu mesyuarat senat Kolej beberapa hari lagi... dan ketika hujan hampir setiap hari di Desaru ni, elok lah UJ menghabiskan masa dengan membaca beberapa bahan bacaan termasuk novel-novel yang terpapar di sini... daripada UJ tidur sahaja memanjang ..boleh hilang banyak memori ... nanti macamana nak mengajar, kalau ilmu yang diperlehi selalu hilang jer.... akhir kata.. membaca jambatan ilmu..

Tuesday, November 9, 2010

blogspot tanpa 'S'

ada terbaca pasal ni sebelum ni... cuba buat cuba tengok cuba praktik ... rupanya memang betul lah.. apa muslihat memang kita tak tahu... tapi tak salah kalau nak katakan itulah salah satu agenda musuh...kerana berapa ramai antara blogger2 muslim yang mengguna service blogspot kan... malah penyebaran ilmu untuk memantapkan iman, menambahkan ihsan , memartabatkan Islam seterusnya memberi kebanggan kepada agama pun kita lakukan di sini... di mana? di blogspot ni....

mungkin secara halus, mungkin juga atas nama penyebaran ilmu atas nama global.. namun sebagai seorang yang bijak dan beragama.. iman perlu dijaga...jadikan ia sebagai pengetahuan untuk menahan diri sebagai persediaan juga untuk membalas balik jika ditentang jika ditanya jika diuji..
namun yang kita perlu sentiasa berhati-hati dan beringat selalu...

apa yang nak UJ sampaikan ialah mengenai URL blog2 kita ni khasnya blogspot... cuba linkkan address ni tanpa meletak 's' pada spot tu... jadi blogpot...pas tu ke mana kita akan dilinkkan... cuba lah ekk... http://unclejoe.blogpot.com
mungkin dah ramai tahu kan... so fikir-fikirkan lah ekkk.. pada UJ beberapa komen yang boleh UJ titipkan di sini ....

1. cara penyebaran yang tak terfikir oleh kita... mungkin ditujukan kepada blogger yang beragama Islam...

2. kesempatan yang ada, dan kelekaan kita sendiri mungkin tak sedar kita dieksploitasi... namun yang penting diri sendiri sentiasa perlu berwaspada dengan sebarang maklumat dan pengetahuan melalui alam maya ini.

3. sentiasa perlu berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.. kerana jika dilihat hanya tanpa 's' sahaja tapi ke alam lain pula kita rupanya 'terjelajah'....

4. kesilapan yang kecil, kadang-kadang jangan dianggap remeh kerana tidak mustahil akan membawa kepada kemudaratan yang berpanjangan dan

5. malang lagi jika kita tidak sedar yang kita di jalan yang salah kerana hanya kesilapan kecil yang kita pernah buat dan tidak ada pula yang menyedarkan kita..nauzubillah....

6. "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)


mari sama- sama kita menambah kekuatan dalam segala amalan, memahatkan iman agar lebih indah dan sentiasa segar untuk menahan segala ujian dan halangan.. bukan dari mereka di luar sana malah halangan dalam diri sendiri juga... apa yang penting kita perlu mengenal siapa diri kita ... di situ insyaAllah kita akan kenal siapa tuhan kita... amin.....jom ke link ini..

Monday, November 8, 2010

semoga cemerlang

kepada semua pelajar yang dikasihi selalu...


Thursday, November 4, 2010

rembulan kesiangan


nampaknya gerhana ada di Galas juga.... kerana Batu Sapi... sudah diduga....
hairan tak?

Monday, October 11, 2010

kembali berblogging

assalamualaikum semua....
arghhhh lama benar memang lama sangat sangat tak update.. dan tak buka langsung blog ni... entah apa urusan lah dan entah apa kerja lah yang sampai tak sempat langsung nak update...

insyaAllah... rasanya keadaan semakin baik... mungkin tambah selesa... UJ kembali berblogging hari ni... dah habih pun raya kan... so mood raya pun tak de lagi... kita tunggu aidil adha pula...

kepada yang setia mengunjung dan bertanya khabar .. terima kasih banyak banyak....

tadi sempat UJ ke pejabat pos jap... mengepos cenderahati yang dah lama terperam... minta maaf banyak-banyak... insyaAllah ok nanti sampai jangan lupa inform kat UJ... mungkin ambil masa skit lah nak sampai ke destinasi sebab tempat UJ sekarang ni jauh ke pedalaman...

kepada Nas di KL terima kasih banyak-banyak .... nanti bila dah sampai jangan lupa bagitahu UJ ok... untuk Anna di Alor Setar juga ... UJ poskan.... untuk Fida.. UJ pos kan ke Kuala Terengganu deh... sebab alamat tu yang fida kasi hari tu.... maaf tak terlajak plak ke KT raya hari tuh.. insyaAllah di lain masa... dan untuk afih di Kota Bharu .. UJ dah pos kan juga.. camana dah dapat posting mana2?


lama sangat UJ ambil masa nak pos kan semua tu... terperam lama benar kat rumah... bila dah pergi pejabat pos tadi.. rasa macam lega jer... sebab lama tertangguh.. dah beres... insyaAllah sampai ke destinasi dalam minggu ni kot...UJ guna pos Malaysia je... nak carik courier kat area ni ... langsung tak ada.....

ok ... nak mula berblogging semula hari ni... so hari ni entry ni dulu je lah.. esok kita sambung lagi OK...

Friday, September 10, 2010

tahniah

salam aidil fitri.... kullu 'amin wa antum bikhair.... ditujukan untuk semua umat Islam di seluruh dunia....
minal a'idin wal fa'izin....


untuk Naimisa di Kuala Terengganu, Zamri di Sungai Petani dan Zaliha di Kota Bharu diucapkan Ajmalu Tahniah... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkatiNya ...amin.

Sunday, August 22, 2010

MARA: jawatan kosong

assalamualaikum...
UJ nak war-warkan mengenai iklan jawatan kosong di MARA sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah... Kepada yang berminat dan berkelayakan boleh lah memohon secara online di link ini - http://online.mara.gov.my/vacancy2/ - maklumat lanjut boleh lah juga tengok di laman web rasmi MARA di - http://www.mara.gov.my/ - . Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah tu guru la....
hmmm menjadi seorang pendidik hendaklah mereka yang betul-betul ingin menjadi seorang pendidik.... bukan kerana hanya memenuhi jawatan kosong yang ada atau bukan kerana ini adalah 'last resort'.. jadi betul kan lah niat anda... hehehe satu lagi perkongsian yang ingin UJ nak nyatakan di sini... sekiranya ingin menjadi seorang yang kaya raya dengan wang berjuta-juta-juta ringgit, pendidik bukanlah kerjaya yang sesuai...OK good luck.. jangan lupa tarikh tutup ialah pada 19 September 2010....So kalau ada rezeki mereka yang berjaya akan ditempatkan di salah satu institusi pendidikan mara seperti di bawah ni...







Friday, August 20, 2010

indahnya dunia ini.. indah lagi Penciptanya

pernah lihat ekk gambar2 ni .. mungkin menerusi email... hebat, agung dan indahnya ciptaan Allah... alam semesta yang cukup memukau pandangan mata... mudah mudahan apa yang kita lihat ini... mendekatkan lagi kita kepada Penciptanya... perasan tak... kita berada di atas awan... ada rupanya tempat sebegini ekk... mungkin di Kinabalu... kita boleh melihat gumpalan awan di puncak gunung... namun tidak sebegini... yang seolah2 ada di sebelah, atau kita lebih di atas dari awan tu... biasa nak tengok awan sebegini denagan dekat bila ada dalam kapalterbang.... fuhhhh kagum.....maha suci Allah yang menjadikan alam ini... Allahuakbar....

Untuk sampai ke sini ... mesti melalui jalan yang curam dan antara awan yang memutih sepanjang lebih kurang 20 km... dan apa yang kita lihat ini adalah satu tempat tinggi dan satu aya tarikan pelancong dan kawasan yang begitu indah ... terletak di Iran..Subhanallah indah sungguh tempat ni.. rasa macam kalau ada peluang nak je pergi bercuti dan berehat di sini kan? sungguh kagummm aku ....


- begitulah info yang UJ dapat dari email...

Sunday, August 15, 2010

lagi 500 UJ tutup kaunter..

Tak sedar dah hampir 4500 visitor ke taman ni... memang lembap... tapi UJ tak pernah target banyak ... dan UJ pun bukan jenis yang sentiasa blogwalking... tidak juga mengharapkan nuff... just sekadar berblogging... di samping dapat kenalan yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan minda dan sahsiah juga siasah hehehe... dan lain-lain lagi....so dalam 500 orang lagi sampai lah ke angka 5005 dan 5009... memang slow... dan sengaja perlahankan..... okay selamat berpuasa..

5005 dan 5009

Jika anda tamu taman ini yang ke 5005 atau 5009, email kan UJ. Ada cenderahati yang
best sebagai penghargaan, di atas sokonganmu melepak di sini. Alamat e-mail sila tengok profile UJ. Selain email, jangan lupa menjerit kat kotak shoutmix juga... Orait... dikehendaki jerit kuat-kuat sampai UJ perasan... ajakla member datang lepak kat taman ni okies... masuk percuma.

okay jangan lupa... 5005 atau 5009 ....

Thursday, August 12, 2010

ambil peluang, isi ruang

jom baca quran, kita tinggal dulu novel2 ni deh....
sebelum Ramadhan, beberapa hari yang lepas UJ sempat baca ke semua empat novel tulisan seorang penulis singapura Rohani Din... novel2 ni dah lama berada di pasaran dan masa UJ masih bergelar student Novel ni dah lama berada di tangan mereka yang minat membaca novel khasnya student perempuan lah.. sebab negara kita masih lagi skeptik stereotype ...part2 ni.. tang novel je, dianggap jiwa-jiwa dan feminin... uiks... sampai satu tahap.. UJ waktu dulu kena balut novel yang nak dibaca di kelas.. dengan surat khabar... takut orang ckp UJ apa apa entah... namun itu semua dulu... sekarang lantak lah ko nak cakap apa... ok abaikan ...

Novel yang UJ maksudkan ialah Diari Bonda, Diari Bonda 2 - 4, cerita-cerita dalam novel ni ialah kisah benar... pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis dan diolah menjadi sebuah kisah yang menarik.. tentang pengorbanan seorang perempuan,isteri,ibu dan nenek... hebat sekali usaha yang diamalkan demi kebahagiaan keluarga. jalan cerita biasa sahaja.. tapi bila dikupas secara kenyataan dan sudah tentu berkongsi ilmu yang ada, menjadikan novel-novel ni sedikit berlainan.. membacanya seolah-olah kita mendengar seorang ibu atau nenek bercerita kisah silam suka dukanya mengharungi kehidupan...

antara yang best ialah rungutannya yang tak habis-habis tentang realiti suaminya... namun sesekali dia sendiri tidak hipokrit dalam menyatakan kebaikan dan kelemahan suaminya... begitu juga kisah penyakit misteri yang dialami oleh anaknya sehingga koma... dan yang best juga kebanyakannya kerana serba sedikit perbuatan tahyul yang dibuat dek dengki khianat yang menjadi darah daging manusia yang bertuhankan syaitan...
penceritaan dalam novel ni rasanya... jelas seperti sebuah diari.. tidak ketinggalan juga bagaimana kisah pengalaman penulis sendiri yang ingin manuskripnya itu dijadikan sebuah novel - beliau ke Kuala Lumpur ke sebuah penerbitan yang begitu terkenal suatu ketika dulu - creative enterprise...

Rohani Din sendiri memulakan penulisannya pada usia lewat 40an... dan dia sendiri masih belum jemu menulis,,, dan menurut beliau sendiri akan terus menulis selagi ada hayat,,,hmm UJ belum sampai tahap umur itu lagi heehehe so masih sempat nak buat novel erkkkk hahaha insyaAllah...

sayang sekali pada pendapat peribadi UJ, membaca novel nya hingga yang ke empat sekali pun UJ tidak dapat melihat ke mana dan apakah kesudahan ceritanya, apakah kisah suaminya... dan bagaimana perkembangan seterusnya kepada anaknya yang sakit itu... walaubagaimana pun setelah anaknya pulih, dari sakit misteri... hidup anaknya itu tidak seperti sebelumnya yang begitu bijak dan pandai di sekolah... Namun usaha yang dilakukan oleh ibunya iaitu penulis itu sendiri cukup menggagumkan... besarnya pengorbanan seorang ibu,,, kepada yang belum membaca, boleh lah membacanya... bahasa cukup mudah dan hampir tidak ada ayat-ayat bombastik pada pendapat UJ..


buat masa ni, rasanya kita -UJ- tangguh dulu lah ekk baca-baca novel ni... sebab bulan ramadhan... insyaAllah kita sambung syawal nanti lah ek... elok rasanya masa yang terluang dengan menambahkan lagi baca 'novel agung', raja segala macam buku yang ada di dunia ni kan.. al-quranul karim... semoga kita mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ni... jom kita ambil peluang dan isi sebanyak mungkin ruang yang ada dengan zikrullah... bukan kerana sekarang ramdhan... tetapi bonus yang diberi dan dijanjikan Allah perlu kita tambah lagi zikrullah kita lebih dari bulan2 yang lain...amin...

UJ - novel yang sedang dibaca buat masa ni... pun kena tangguh dulu... iaitu Tembok Tidak Tinggi tulisan A. Samad Ismail... walaupun novel tu nipis je.. tapi pause dulu lah deh...

ramadhan awalnya rahmah, pertengahanya keampunan,
akhirnya pembebasan dari api neraka

sesetengah ulama mengatakan ia dikategori dhaif - matruk dan munkar tapi masih belum maudhuk, namun kebaikan yang dianjurkan di sini sudah cukup best.... pada peribadi UJ

Wednesday, August 11, 2010

syok kan...

rabu 11 ogos 2010 miladiah bersamaan 1 ramadhan 2031 hijriah....
hari ni cuti plak kat johor... so sememangya awal ramadhan adalah cuti umum bagi negeri johor...

so selamat berpuasa dan selamat berbuka .... dah kol 4.30 ptg... jom la gi surau solat asar pastu kena pergi pasar ... bazar skit lah carik kueh... skit skit.. jangan membazir dow... simpan duit untuk esok lak... kita berpuasa pun 'ala kadar' jer... mungkin hanya menahan lapar dan dahaga ... so jom berbuka ala kadar sudeh....

waktu berbuka di Desaru hari ini : 7:17 malam
waktu imsak di Desaru pagi esok: 5:37 pagi

waktu berbuka di tempat anda pukul berapa ekkk?... biasalah area pantai timur lebih awal. beberapa minit.. walaupun Desaru di johor tapi area pantai timur johor.....kalau Malaysia timur lagi awal....

selamat menjalani ibadah puasa di hari pertama... sungguh seronok dan best kan... sebab cuti, hujan pulak hari ni dan entah ... cam beshhh jerr rasa hari ni... dan semoga sepanjang ramadhan ni best jer...insyaAllah..

Tuesday, August 10, 2010

Jordan River : Israel-Singapore-Malaysia

semalam baru terima email dari seorang kawan tentang kurma... kurma amat sinonim dalam budaya orang islam... apatah lagi bila tiba bulan puasa... ishhh macam2 Yahudi ni kan.. Singapore pun satu hal... mungkin email ni dah tersebar di kotak email ramai orang kan... mudah-mudahan dapat ambil tindakan yang sebaiknya... semoga diri terjaga...insyaAllah....

buat masa ni UJ belum jumpa lagi kurma ni kat pasaraya.. tapi tak mustahil kalau mereka di Malaysia ada sifat seperti yahudi ni dan menukar jenama demi bisnes di samping mereka juga bersengkokol dengan yahudi tanpa kita maklum dan sedar..muslihat jahat mereka.... antara lain email tu menyebut :-


Sekarang bulan puasa bakal menjelma..........berhati-hati........be careful of Kurma Yahudi ..Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ......dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia .Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin...Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi....Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura....Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

itulah Yahudi laknatullah ... waalahua'lam.... semakin bahaya kan sekarang...dalam apa jua.. mereka akan cuba untuk mnyesat umat Islam... so kita haruslah berhati-hati selalu... owhhhh singapura jiranku...

Wednesday, August 4, 2010

kerja

bila cerita pasal kerja ni kan... macam-macam rungutan, kompelin, komen dan sebagainya kan... tak kurang juga yang menyentuh hal-hal pujian... syabas la kan....

kerja ada kerja kerajaan atau dalam sektor awam, ada kerja swasta, ada kerja sendiri, sendiri jadi boss sendiri jadi kuli.. ada juga kerja makan gaji ngn mak bapak je.. dan tak sedikit juga yakni banyaklah yang tak ada kerja...

UJ nak cakap pasal kerja kerajaan... Kenapa selalu ada dan sentiasa dengar dalam sektor awam ni... UJ sendiri bekerja di sektor awam khasnya dalam bidang pendidikan walaupun bukan di bawah kementerian pelajaran dan tak juga di kementerian pengajian tinggi.. kerana di negara kita ada juga agensi2 kerajaan dan badan berkanun termasuklah selain dua kementerian di atas yang UJ sebut tadi .. mengendalikan dan menguruskan bidang pendidikan ini.. termasulah juga kerajaan negeri... pihak persendirian pun ramai mengendalikan organisasi pendidikan...

sambung balik... panjang lak ngomel pasal sapa organise hal2 pendidikan ni... OK... banyak juga dan ramai juga dan berlambak orang sebut pasal sektor ni leceh skit dan leceh banyak lalu adalah beri komentar yang sektor ni :-

1.. banyak kerenah birokrasi - nak buat tu nak buat ni.. banyak sangat prosidur yang kena lalui dan semestinya kena ikut...

2.. sektor awam ni pun banyak sangat kursus sana kursus sini... selalunya kat hotel kat resort.. pas tu wajib hadir.. tak dtg ... kena surat tunjuk sebab.. silap silap haribulan kena tindakan tatatertib... mungkin tak dibuang.. kebarangkalian engkau ditukarkan ke tempat jin bertendang adalah tinggi ... tapi kalau engkau dah pun di tempat jin bertendang, tak tahu lah pulak.. tempat siapa bertendang engkau dihantar... kerana engkau sememangnya yang kena tendang..

3.. banyak seminar dan banyak juga dialog dan akan terhasil2 lah berbagai resolusi baru dan idea baru untuk dipraktikan dan diusahakan.. tapi akhirnya takuk yang lama jugak.. tak ada perubahan pun..

4.. apakah kayu ukur dan penilaian prestasi seseoang penjawat awam itu cukup telus... yang ini UJ sendiri tidak berapa minat sebenarnya..macamana kita punya superior nak nilai terpulanglah...namun begitu jangan sampai tak masuk akal sudah...

5.. bila ada orang besar nak datang ke sesebuah event, banyak sangat protokol yang kena ada... dan ini memang cukup merimaskan dan yang parah lagi cukup membazir wang kerana terpaksa menyedia pelbagai perkara dan pekakas hanya untuk digunakan sekadar beberapa jam sahaja.. tidakkan itu membazir...

6.. dan bila ada event ni kenapa mesti pula ada orang politik yang mesti dijemput datang.. bukan sebab kita...kita ke..UJ.. tidak berminat orang politik datang ... tapi tak boleh ke orang lain.. sebab kalau jemput orang politik ni mestilah ada body2 guard nya tak pun jemput sorang, tp yang dtg sekaum plak... dah lari bajet..

7.. 'customer service' cukup buruk... ini UJ amat amat akui.. silap silap gaya kena maki hamun lagi la parah kan... dan UJ pun sendiri penah berpengalaman sebegini... tapi buat masa ni belum lagi rasa nak reply balik dengan sebagai mana yang dia buat... innocent betul la aku ni kan..erkk

8.. ada juga yang pilih kasih... kaum kerabat kroni didahulukan sebagai contoh kat kaunter2 dan orang yang ada jawatan lebih tinggi diutamakan... setakat gred bawah-bawahan ni .. tunggu dulu OK...

9.. dan ramai juga yang pemalas... dan satu kerja yang boleh siap 2-5 minit boleh sampai 2-5 minggu... bengong...

dah lah malas nak cerita pasal ni... tapi dah type ni UJ post jugak lah yang ni... jap nak google pic yang relevan jap...namun tak dinafikan ada perubahan dan kemajuan dalam sesetengah perkara berkaitan sektor awam ni sekarang ini....tapi yang UJ maksudkan lebih kepada sikap... termasuklah sikap aku jugak....erkkkk

tak nak ke ambil contoh macam singapore..
the best public service in this region dan UJ akui..it's right...
sektor awam dorang gempak...

Saturday, July 31, 2010

BIDARA...Cempaka pun dah OK...

ahaaaa kali ini UJ nak bercakap fasal gandum... lagi pun gandum penting lah pulak.. tak lama lagi nak buat kueh raya kan..... gandum oh gandum...
UJ teringat lagi dulu waktu kecil2 ketika emak ada berbisnes kedai runcit kecil kecilan di kampung... kedai runcit mak memang ada jual gandum... lainnya gandum dijual ketika itu semua disukat dengan timbang, tidak seperti sekarang yang semuanya cepat, senang dan ringkas sudah dipeking siap2...beza lagi gandum yang dalam guni tu ada tertulis cap kunci dengan gambarnya sekali... UJ masih ingat lagi.. memandangkan UJ ni kan geng-geng retro... so UJ masih sempat dengan dacing untuk timbang kati lagi... hehehe... nostalgia pula rasanya..yang tiada bezanya gandum dulu warna putih, gandum sekarang kat giant ke tesco ke the store ke mydin mall ke masih lagi berawrna putih.....
tapi kenapa gandum berwarna putih? setelah UJ mengGoogle semalam.. adalah terjumpa beberapa sumber yang mungkin kita kena ambil cakna dan bertindak dengan lebih bijak untuk generasi akan datang ...erkkk kalau fasal makanan ni selalu gitulah UJ nye statement.. untuk generasi kita akan datang .... so hasilnya ada lah lebih kurang macam ini....

Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat. Bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit.

UJ ada terbaca, bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapura telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP. Bagusnya Singapura dalam bab ni la.. bab lain tak mahu cerita kat sini lah kan... mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini?












apakah itu makhluk yang dipanggil BP..?? setelah mengGoogle lagi... terjumpalah UJ beberapa sumber mengenai BP ini atau
Benzoyl Peroxide, antara nya -;
Benzoyl Peroxide: Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE
ada satu lagi sumber lagi parah erkkk....hmmmm
Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity
selain itu boleh juga klik di sini tentang fakta buruk Tepung Gandum Putih Yang Menggunakan BP ini

hmmm so... lepas ni cuba lah kita periksa ekkk dekat pek pek tepung gandum yang kita nak beli OK... kalau ada alternatif yang lebih baik tanpa BP... itu adalah lebih baik...

UJ dah pun periksa sendiri... dah buat Action Research sendiri hehehehe ada satu jenama tepung gandum tanpa BP... dikenali dengan Tepung Gandum cap Bidara... yang best lagi ... produk Bumiputra Muslim... sudah tentu gandum tak ditanam di Malaysia tapi diimport dari negara Turki... dengar Turki ni rasanya boleh lah percaya skit .. negara lebih 90% didiami orang Islam kan.. UJ sendiri dah sampai negara ni, di Istanbul dulu...pada UJ, walaupun Turki tidaklah boleh dikatakan negara Islam seperti Iran atau Sudan namun masih bolehlah lagi diharapkan kan...khasnya bab-baba makanan ni..itu pendapat UJ sahaja lah ...















tepung gandum cap bunga cempaka ni pun agak kekuningan sedikit ... mungkin tanpa BP....