Social Icons

Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Bandar Muadzam Shah





minggu lepas, sempat uj ke muadzam shah di pahang, kalau tak silap area ni masih dalam daerah rompin. bandar ni makin membangun dan meriah sekarang... kerana makin ramai manusia yang uj tengok... bandar yang menjadi destinasi transit atau persinggahan utama mereka dari pantai timur menuju ke selatan yang menggunakan lebuhraya tun razak... laluan ini juga untuk ke bahau atau segamat...

agak kerap juga uj ke sana, dan setiap kali ke sana selalu ada perubahan dari segi pembangunan prasarana dan mungkin juga bertambah bilangan penduduknya... memandangkan di sana juga menempatkan sebuah ipts - UNITEN juga ada kampus politeknik yang sudah pun beroperasi... menambahkan lagi kerancakan pembangunan sebuah bandar baru seperti muadzam shah ini seterusnya meningkatkan nilai ekonomi setempat... bagaimana dengan pembangunan spiritual nya?


bersama member lama ketika bertugas di tempat lama sempat juga menikmati tasik uniten kampus muadzam shah, tasik nya cantik tapi macam kurang dijaga dengan baik mencacatkan sedikit pemandangan di sini, namun encik sukiman pensyarah ekonomi uniten sempat juga pusing 2 round dan berjaya mengeluarkan embun jantannya di waktu senja... uj ada juga simpan niat kalau boleh nak bertugas di sini pula... rasa macam jemu dah tinggal di bandar penawar...erkkk


banyak juga tempat lain lagi di pinggir bandar muadzam ni yang boleh dinikmati keindahannya dan juga diambil manfaat antaranya tasik biru di bukit ibam... mungkin mengambil masa dalam 15-20 minit perjalanan memandu kereta myvi encik sukiman... kebiruan air tasiknya memang memukau mata yang memandang...



 habis semalam dua di muadzam shah uj meneruskan perjalanan ke kuantan... ke grand continental hotel nak berkursus pula, kursus oh kursus...hmmm

Friday, January 18, 2013

Homestay Orkid Permai - Seberang Perai

 homestay orkid permai - Seberang Perai Pulau Pinang
 
a) Bilik tidur utama dilengkapi kipas siling & katil kelamin.
b) 2 bilik tidur berkatil bujang dilengkapi kipas siling & almari baju.
c) Ruang tamu yang selesa bersofa hotel 3 bintang dan dilengkapi tv.
d) Ruang makan dengan meja 6 kerusi.
e) Ruang dapur dilengkapi kettle elektrik, toaster & dapur masak.
f) Lain-lain: sejadah dan telekung disediakan.
Berdekatan lokasi menarik :
5 minit berkenderaan ke tol k.batas & bertam / matrikulasi penang / mpc /
kolej komuniti kb / dewan mellinium / hospital k.batas / penang golf resort.
20 minit berkenderaan ke uitm, permatang pauh / politeknik seberang perai.
20 minit berkenderaan ke jusco, bandar perda / carefore seb. jaya / tesco seb.
jaya / megamall pasific.
10 minit berkenderaan ke maybank / bsn / bimb / bank rakyat, k.batas.
20 minit berkenderaan ke lhdn, bandar perda.
20 minit berkenderaan ke kpj, bandar perda.
20 minit berkenderaan ke susur masuk jambatan pulau pinang.
20 minit berkenderaan ke jeti butterworth / terminal bas butterworth.
tel : en nor faiz : 016-4891593
        pn nor'aini : 012-5974362