Social Icons

Tuesday, December 7, 2010

1432 bersama Hijrah


diucapkan untuk seluruh ummat manusia di muka bumi ini... khasnya rakyat 1Malaysia...

Monday, December 6, 2010

PELIT - PTS

PELIT, adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' yang bermaksud, jurnal peribadi. Genre penulisan dengan brand PELIT ini sudah lama popular di Indonesia, lalu PTS One mengikut jejak langkah penerbit di sana bagi menerbitkan PELIT daripada para pengarang tempatan yang berbakat pula! Nak tahu lebih lagi boleh klik di sini. Ada input tambahan di situ tentang penulisan novel genre sebegini.. berdasarkan apa yang UJ pernah baca, novel-novel sebegini ditulis seperti entri di dalam penulisan diari... alahhh tajuk novel pun dimulakan dengan perkataan diari..
sebelum ini kita sendiri pernah membaca dan melihatkan beberapa novel cinta khasnya berunsurkan penulisan diari atau catatan harian tetapi gaya bahasa tidak seperti entri dalam sesebuah diari kan... penulisannya seperti novel kebanyakan juga... tapi kategori ni ..lain dari yang lain... best.... UJ dah sambar 3, dan semua memang tidak mengecewakan... terhibur.. cuba lah.. lagi pun tak mahal... kelakar memang ada, sisipan nilai sememangnya tidak ketinggalan... yang best ringkas dan menarik...
inilah antara aktiviti yang paling senang dibuat sementara menunggu mesyuarat senat Kolej beberapa hari lagi... dan ketika hujan hampir setiap hari di Desaru ni, elok lah UJ menghabiskan masa dengan membaca beberapa bahan bacaan termasuk novel-novel yang terpapar di sini... daripada UJ tidur sahaja memanjang ..boleh hilang banyak memori ... nanti macamana nak mengajar, kalau ilmu yang diperlehi selalu hilang jer.... akhir kata.. membaca jambatan ilmu..

Friday, December 3, 2010

sunyi, saga, projek

hari ni Jumaat - 3 hb Disember 2010 - sepatutnya hari ni UJ dah boleh balik kampung macam orang lain bercuti... hmmm tapi biasa lah dah menjalankan tugas ni.. ada je kerja yang perlu dibereskan... sampai lah minggu depan... semua dah kat kampung so tinggal lah UJ kat rumah sorang ... sunyi plak rasa....

nak ronda pun kereta tak ada... semua di kampung....Kastam plak macam wat hal dengan sistem nya.. entah apa lah... kereta 'baru' UJ belum sampai-sampai.. hmmm SAGA S.E. jer...


gambar ambil kat google jer.. kereta betul lum sampai... ramai juga tanya kenapa ambil saga se je... saga se je? respond UJ plak... hehehe saga se sudeh ... biasalah nak bajet.. ikut hati nak je ambik City....erkkk tapi fikir fikir nanti kan duk bayar kereta je.. tapi kereta tak boleh bergerak jauh lak.. sebab minyak nak jalan lak kena bajet... so saga se jadi pilihan.. ok lah tuh....insyaAllh satu hari nanti akan datang mungkin City boleh jadi milik UJ...atau mungkin lagi lebih dari itu... amin.....


dan bulan ini juga bermula lah projek lama yang terbengkalai dulu... UJ namakan projek dua tahun... harap-harap termakbul lah hasrat UJ kali ini.. dan tidak mahu bertangguh lagi..apa projek dua tahun ni... kita tunggu dua tahun lagi...UJ announce kan... hehehe

semoga semuanya berjalan dengan lancar.. dan mudah-mudahan Allah mempercukupkan rezeki kita dan mempermudahkan urusan kita... amin...

Thursday, December 2, 2010

melanggan

lama sangat sangat lah .. tak sentuh dan tak kemaskini blog ni.. blog member blogger pun jarang buka... dek kesebokan hujung hujung semester gini... nampaknya banyak kerja dah beres... nak tunggu beberapa sahaja lagi perkara yang tak boleh sekarang tapi ada tarikh tertentu perlu disiapkan... rasanya boleh lah melayan blog ni balik..ni dah masuk disember so tak lama lagi tahun baru plak...

UJ allocate skit duit yang ada dengan bahan bacaan berbentuk majalah... selain buku-buku - novel yang selalu lah jugak disambar kalau ke kedai2 buku....

3 pilihan majalah ni rasanya OK lah untuk bahan bacaan di rumah ... sebagai membentuk famili yang berilmu dan beramal insyaAllah... apa pandangan anda... minat juga dengan majalah majalah ni...?

terbaru almuslimah tu .. lama sangat dulu dulu pernah juga tengok kat rumah kakak-kakak beli lepas tu majalah tu macam dah hilang kemana penerbitannya... tup tup terjumpa lak sekarang...

memandangkan tempat tinggal ni memang jauh ... so melanggan adalah cara terbaik.. sampai masa jenguk je kat pegeon hole kan....?

Sunday, November 21, 2010

sambung cuti

aidil adha disambut dengan sederhana seperti biasa beberapa ekor lembu dan yang best ada juga kibas tumbang untuk dikorbankan...mula hari raya lagi sehingga hari isnin ni... esok.. UJ still bercuti... lama plak kali ni... memandangkan di Johor pada Isnin nanti 22-11-10 adalah cuti umum..

blog pun lama juga tak update dek kesebokan tugas di hujung-hujung semester... students pun kali ni di tempat Uj bekerja .. beraya di kampus... idul adha jatuh dalam minggu exam..

hujung tahun begini ramai juga member di tempat kerja UJ akan melangsungkan perkahwinan...
untuk encik Halim di Langkawi... Siti Samawati di Batu Pahat, Ustaz Nizam di Ulu Tiram, Nani di Kuching dan Azalan Bayu di Taiping...untuk semua diucapkan barakallahulakuma..... semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....

untuk suzana juga... selamat berangkat ke Tanah Suci nanti... untuk tunaikan umrah....

di kalangan member blogger ... ada yang ambil Mtest... semoga niat suci untuk menjadi pendidik akan tercapai.... khairi - penulis novel terkenal tuh... mungkin dah pulang ke tanahair kot... ke algeria lak dia... orang penting company tuh....

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita ... Amin....