Social Icons

Saturday, October 30, 2010

lotus


hari inovasi dan hari keluarga tempat kerja UJ diadakan hari ini... sederhana sambutan kali ini... tetapi banyak pula hadiah-hadiah cenderahati cenderamata disediakan... syok jugak UJ sebab orang2 jabatan UJ banyak plak terima anugerah... walaupun anugerah jabatan bukan untuk jabatan UJ kali ini... tapi orait la.. sbab tahun lepas dah dapat kan... hehehe

hari keluarga dan hari inovasi diadakan di LOTUS Resort di Desaru... Resort ni lima bintang.. so sewanya... hmmm tahu je lah ekkk... walaubagaimana pun... pada UJ... hotel 5 stars... tapi service belum sampai taraf tuh kot... so pihak resort perlu lebih peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan... customers are always right kan... .. OK lah... macam letih lak nak teruskan entry ni... lagi pun nanti nak layan... TV1 hehehe


Tuesday, October 26, 2010

syukur

lama lah pulak blog ni tak update... tapi alhamdulillah sempat jugak UJ jenguk jenguk member2 nye blog...

dua tiga hari lepas UJ teringat nak sebut mengenai satu cerita kat TV3 tu... ryupanya ada kawan-kawan yang cakap ... cerita tu dah lama.. tapi mungkin UJ baru tengok cerita tu kot... yang Fauzi Nawawi n shila rosli berlakon .. kalau tak silap hari ahad lepas kot...

antara lain .. ialah tentang kesyukuran dengan nikmat yang Allah bagi untuk kita di muka bumi ini... dan juga amanah yang diberi hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya sebagaimana dipertanggungjawabkan dan sekiranya tidak tidak ditunaikan ... semua amanah itu akan kembali kepada haknya ...bermakna Allah akan mengambilnya kembali... dan amanah itu termasuk lah juga isteri dan anak-anak kita juga.. mungkin juga saudara dan kawan-kawan kita... bukan hanya harta benda atau tugas atau kerja sahaja...

dan kembali kepada cerita tadi... begitu sadis sekali ... Allah mengambil balik anak-anak dan isteri lelaki ini.. kerana sebagai suami, beliau tidak menjaga dengan sebaik-baiknya, tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami dengan baik... maka Allah akan mengambil amanah-amanah itu kembali... walau dengan cara apa sekali pun.. mungkin sebagai pengajaran dan iktibar semoga kita sedar...


di sana ..mungkin masih beruntung kerana masih diberi peluang untuk sedar... namun sekiranya anak-anak dan isteri kita yang diamanahkan dan tidak ditunaikan pula amanah dan tanggungjawab, sebaliknya nyawa-nyawa mereka yang akan diambil oleh Allah.. maka sesalan yang mungkin tidak berkesudahan....nauzubillah...

Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.”

[Surah Ibrahim, ayat 7]

mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak tahu bersyukur dan tidak menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya...

kita juga mesti percaya bahawa Allah tidak akan membebankan hamba-hambanya dengan apa yang tidak mampu dipikul... jadi, marilah sama-sama kita berusaha menunaikan tanggungjawab apa yang termampu ... insyaAllah, Dia pasti akan menolong kita.... amin...

Thursday, October 14, 2010

jom hidup gembira

dalam duk sebok sebok dengan kerja-kerja yang perlu didokumenkan sebelum ni... kerja yang sepatutnya didokumenkan untuk dijadikan plan... tapi pergi praktik dulu, last last apa yang didokumenkan semua dah jadi report bukan lagi plan..... backdated jer.... gini lah kerja kalau jenis banyak procedure yang kadang2 membazir... TAPI kadang2 ada juga kebaikannya... menjadikan kita lebih berdisiplin lagi dengan urusan kerja kita sehari hari...

kemana tadi nak cerita pasal apa ye???... OK pasal tengah sebok sebok ni ... dah 2 kali dah...lepas baca yassin di pagi Jumaat.. ada berapa orang di peringkat atasan tempat kerja UJ yang bagi tips2 untuk hidup gembira juga sebagai motivasi diri dalam memajukan kerja... kerja bidang ini kadang-kadang sebok sampai tak ingat... itu semua bila kita banyak kerja bertanggauh.. jadi lah macam tuh...

kadang-kadang macam buat kerja yang sama je.. tak de peluang nak majukan diri pulak dan kadang-kadang macam tak berapa guna jer menda yang kita bertungkus lumus kumpul time bergelar pelajar di kampus universiti dulu... hmm tak berkembang kan.. jumud jer.. kalau menda yang sama je duk buat setiap hari... jadi bosan jugak...namun bergantung pada kita juga, kenalah kreatif dan kritis baru lah tidak di takuk lama jer....


ok beberapa Tips yang dijelaskan dalam tazkirah pagi jumaat lepas... UJ ingin kongsikan bersama di sini... menarik juga... boleh dipraktikkan... semoga diri tidak berasa bosan ..insyaAllah...

1-Jangan Bimbang

Bimbang adalah yang paling produktif dari semua aktiviti manusia dan fikiran..

2-Jangan biarkan Ketakutan menghantui hidup anda...
Most of things we fear never happen!

3-Jangan Berdendam..
That is one of the biggest and most unnecessary weights we carry through our lives..


4-Menyelesaikan Masalah demi masalah.
It’s the only way to handle things anyway.. one by one.


5-Jangan membawa masalah ke tempat tidur.
They are bad and unhealthy companions for good natural sleep and rest.


6-Jangan menyibuk masalah orang.
They are better equipped to handle their own problems than you are.


7-Jangan Ingat Perkara Yang Lalu.
It will always be there in your memories to enjoy.. but don’t cling to it. Concentrate on what is happening right now in your life.and you will be happy in the present also.not just the past.


8-
Jadilah Pendengar yang baik.
It is only when one listens..that one gets and learns ideas different from ones own...

9-Jangan biarkan rasa kecewa menganggu kehidupan.
Self pity more than anything.interferes with positive actions.with moving forwards in our lives


10-Sentiasa Mensyukuri Nikmat Yang Ada..
Don’t even forget the smallest blessings.. As many small blessings add up to large ones

nanti kita sambung lagi ... tips tips ni ... ada lagi... tapi kita sambung entry yang lain pula nanti OK.... anyway... yang penting cari lah keredhaan Allah... bukan keredhaan manusia....insyaAllah hidup kita akan gembira... tak ada stress walaupun kerja banyak menimbun kan... hehehe


Tuesday, October 12, 2010

AL-FATIHAH untuk adik Hanna

masih ingat lagi dengan satu entry UJ dulu.... posting UJ pada 13 April 2010... entry tu plak... paling banyak dibaca dan mendapat komen paling banyak di kalang entry2 yang wujud dalam blog ni....entry itu lah yang paling menyentuh hati UJ sendiri bila membacanya... berkenaan email kawan sekerja UJ tetapi di tempat yang lain...

dalam kesebokan .. sehingga banyak juga email yang UJ terlepas pandang dan hari ini... UJ cuba buka balik email email lama... terkejut juga dengan berita ini...email ini diterima pada 10 oktober 2010 yang lepas... bermakna 2 hari lepas, email ni masuk dalam inbox UJ... tapi di inbox yang satu lagi.. mungkin itu antara faktor UJ terlepas pandang ... kebiasaannya UJ akan update juga email-email yang masuk kat inbox ni...

antara lain kata-kata dalam email tu cukup menyentuh hati... kepada yang pernah terbaca entry UJ dulu... tentang kisah adik hanna... mungkin berita ini bukanlah berita yang kita tunggu-tunggu... namun Allah telah mengatur kehidupan setiap makhluknya di bumi ini... beribu hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku....

Assalammualaikum...

Tepat jam 1.30petang, 7 Okt 2010, Nur Hannah Bt Mohamaed Helmi kembali ke rahmatullah. Mungkin di sanalah tempat yang terbaik buat Hana. Di saat ini, Hana pasti sedang berlari-lari ke sana sini dan dapat makan & minun dengan sempurna...Semuanya itu terbatas andainya Hana masih di dunia. Walaupun berat hati ini menerima ketentuan Allh, tapi saya redha. Saya juga yakin bahawa Hana akan menjadi milik abadi saya di akhirat kelak. Sedikit pun saya tidak terkilan kehilangan Hana kerana saya telah manfaatkan sepenuhnya saat bersama Hana. Walaupun dahi ini sering terpercik peluh kerana menyiapkan Hana selepas mandi lebih sejam dgn m'gurut dan membelai Hana, tidak pernah saya sesalkan. Moga Hana dapat rasakan kasih sayang saya buatnya..walaupun dia tidak mampu untuk menatap wajah saya. Cuma rasa sayang yang tidak mampu untuk saya kikis. Hanya baju, tuala dan tilam Hana menjadi pengubat rindu saya pada Hana.

Pada hari penuh keramat itu, Saya bangun tepat jam 4.30 pagi kerana sudah menjadi rutin saya bangun seawal itu utk menyusu, mengurut dan menyiapkan barang Hana untuk di hantar ke rumah pengasuh. Saya keluar ke tempat kerja seawal 6.40 pagi. Saya sempat mencium pipi dan dahi Hana sebelum keluar. Suami hantar Hana ke rumah pengasuh ( kakak saya) pada jam 7pagi.

Di sekolah, saya menjalankan rutin harian seperti biasa kerana keadaan Hana pagi tu sihat walafiat. Pada puku 12.30 tengahari, saya menelefon suami dan suami memberitahu dia dalam perjalanan pulanng ke rumah kerana Hana sesak nafas. Saya meminta suami menelefon saya semula andainya keadaan Hana kritikal. Jam 1 tghari saya menelefon suami semula dan suami meminta agar sy segera pulang kerana Hana sedang dirawat di wad kecemasan.

Tanpa berfikir panjang, saya terus pulang. Lebih kurang pukul 1.30ptg, ketika memandu pulang, saya rasakan bagai sesak nafas. Terdetik di hati kenapa saya sukar bernafas. Lantas sy ber doa..rabbi yassir, wala tu' asir..Ya Allah aku redha jika engkau ambil Hana semula, jika dia masih milik aku..kau pulihkan lah dia. Mungkin ketika itu doa sy Allh makbulkan. Sesampai di rumah, saya menukar baju untuk ke Hospital. Adik ipar sy mengambil saya utk ke Hospital, sempat sy ambil kad p'ubtan Hana untuk dirujuk oleh pihak Hospital.

Dalam perjalanan, kakak sy menelefon dan ucapkan takziah kerana Hana telah tiada. Tetapi sy nafikan kerana setahu saya Hana sedang dirawat di Hospital. Saya terus minta kepastian dr adik saya adakah benar Hana telah tiada. Bagaikan terhenti jantung ini setelah mengetahui hakikat sebenar bahwa Hana telah meninggalkan saya. Sesampai di GH, sy lihat tubuh Hana kaku, bibirnya pucat...tubuhnya sejuk.Luluh jantung ini tika mendakap tbuh Hana. Rupanya Hana ssak nafas di rumah pengasuh. Saya tidak menyalahkan kakak saya kerana saya redha jika itu ketentuan Allh. Hana selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Tehel iairtu kampung suami saya.

Kepada semua yang telah menolong memberi nasihat, mendoakan dan menderma buat Hana...saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sesumgguhnya kehadiran Hana banyak memberikan hikmah kepada sya dan suami. Kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tida pernah saya menyesal ketika membesar dan manjaga Hana. Sesungguhnya Hana bagaikan pelengkap dalam hidup saya.

Kepada mereka yang menyumbang buat Hana, sy minta halalkan segalanya kerena ada lebihan sumbangan yang belum digunakan. Sebenarnya sumbangan yang diterima, saya gunakan sepenuhnya untuk mengubatkan Hana. Tetapi Allh lebih menyayanginya. Doakan Hana aman di sana. Al-fatihah.

Monday, October 11, 2010

kembali berblogging

assalamualaikum semua....
arghhhh lama benar memang lama sangat sangat tak update.. dan tak buka langsung blog ni... entah apa urusan lah dan entah apa kerja lah yang sampai tak sempat langsung nak update...

insyaAllah... rasanya keadaan semakin baik... mungkin tambah selesa... UJ kembali berblogging hari ni... dah habih pun raya kan... so mood raya pun tak de lagi... kita tunggu aidil adha pula...

kepada yang setia mengunjung dan bertanya khabar .. terima kasih banyak banyak....

tadi sempat UJ ke pejabat pos jap... mengepos cenderahati yang dah lama terperam... minta maaf banyak-banyak... insyaAllah ok nanti sampai jangan lupa inform kat UJ... mungkin ambil masa skit lah nak sampai ke destinasi sebab tempat UJ sekarang ni jauh ke pedalaman...

kepada Nas di KL terima kasih banyak-banyak .... nanti bila dah sampai jangan lupa bagitahu UJ ok... untuk Anna di Alor Setar juga ... UJ poskan.... untuk Fida.. UJ pos kan ke Kuala Terengganu deh... sebab alamat tu yang fida kasi hari tu.... maaf tak terlajak plak ke KT raya hari tuh.. insyaAllah di lain masa... dan untuk afih di Kota Bharu .. UJ dah pos kan juga.. camana dah dapat posting mana2?


lama sangat UJ ambil masa nak pos kan semua tu... terperam lama benar kat rumah... bila dah pergi pejabat pos tadi.. rasa macam lega jer... sebab lama tertangguh.. dah beres... insyaAllah sampai ke destinasi dalam minggu ni kot...UJ guna pos Malaysia je... nak carik courier kat area ni ... langsung tak ada.....

ok ... nak mula berblogging semula hari ni... so hari ni entry ni dulu je lah.. esok kita sambung lagi OK...