kalau balik terengganu... area-area pantai ni mesti banyak kampung orang, bahkan bandaraya KT pun di pesisir pantai dan sunga... tapi kat sini satu jalan je yang boleh sampai sini ...dan jalan itu juga lah kalau nak keluar dr sini...dengar khabarnya tak lama lagi highway desaru-senai siap...insyaAllah senang skit nak tengok tamadun atau sebaliknya kat luar sana....begitulah sesekali pabila keluar dari area bandar penawar... bila tengok JB ada bangunan tinggi baru, baru rase ada....ade pe? apa-apa aje!!! uiksss apa yang UJ nak cite sebenarnya ... a'a pasal blog...
tapi sekarang sejak beli beruk tu sekor tambah lagi senang kerja... so boleh terus dari rumah je.. so UJ tak guna lagi wireless yang sangat perlahan tuh...biar students je lah yang pakai.. lagi pun itu dibina untuk mereka..senang nak buat assignment yang lecturer dorang beri tapi tahu-tahu je laa... selalu mengecewakan hasilnya...ok la..balik ke posting asal lagi...
blog-blog penulis lah yang menjadi pilihan UJ selalu... apa yang UJ nak utarakan kat sini ialah tentang penulis-penulis muda... begitu muda ada juga UJ pernah jumpa, murid sekolah rendah lagi pun ada yang publish buku...uiksss hebat juga orang kita ni.. Alhamdulillah..
so antara penulis muda yang UJ nak ketengahkan di sini, rasanya ramai yang kenal ngn hilal asyraf kan... penulis novel gak... UJ cukup kagum sebab di peringkat remaja lagi dia dah boleh menulis buku dan banyak dah novel dia diterbitkan...novel-novel dia ada pendekatan tersendiri, mungkin sedikit lain dari yang lain tapi membaca novelnya bukan hanya kerana kamu minat membaca tetapi ada ilmu di sebaliknya...dan banyak tulisan hilal asyraf seperti pengalaman kisah hidupnya yang bahagia di zaman remajanya... tapi mungkin dia tidak begitu muda, ada lagi yang lagi muda kan...dan tema penulisannya banyak tentang persahabatan...dan ukhuwwah... beliau kat Yarmouk University sekarang...kira dah lama dia menulis dari remaja lagi kan..
sorang lagi yang bernama hasif hamsyari memang kenal kan dengan dia, juga penulis muda baru tahun ni nak ambil PMR ... wish you all the best.. tulisan blog nye cukup bersahaja...pintar...hmm muda muda dah pandai menulis dan buat buku,,,dulu UJ waktu belajar kat sekolah ngn kolej hanya menaruh minat dan impian je lah tapi tak pernah pun terhasil satu pun buku, hantar-hantar kat majalah ada lah jugak...hmmm tapi umur sekarang ni nak banding ngn budak budak ni hmmm berpuluh-puluh kali lah kena tambah... dah pangkat anak pun boleh, dorang ni...
seorang lagi ialah safwan husaini... boleh kenali dia di teratak husaini... ada tulis dan buat e-novel.... mungkin ramai dah yang mengenali dia kan... agak terkenal.. dia sekarang menjalani rawatan intensif untuk penyakit beliau.. UJ pernah berbual dengan dia melalui YM dan khabar beliau, berita yang sedih... penyakit nya dah di final stage dan doktor pun ada bagi masa lebih kurang dalam 100 hari lagi untuk terus hidup...namun dia nampak kuat dan bersahaja melalui karya-karya nya.. seorang yang pasrah... sama-samalah kita berdoa agar dia diberi kekuatan menghadapinya..nota-nota menghitung sisa-sisa hari beliau cukup mengharukan..mcm tak percaya jer... dia boleh bertahan sebegitu dan masih menceburkan dirinya di sini, kalau lah UJ hmmm...ntah lah tak tahu nak cakap, tak sempat dah nak berpuisi atau berblog segala, masa patah kaki jatuh bangunan dulu pun...sampai sekarang naik fobia nak terjun walaupun dua tiga langkah anak tangga jer....
sebenarnya ramai lagi penulis muda yang ada kat negara kita... ramai yang sudah terkenal dah pun...dan UJ baru nak bertatih...hmm itu lah aku, selalu je terlewat dan terlambat...tapi tak pe lah... buat masa ni UJ kutip dulu ilmu yang ada untuk bekalan dan persediaan untuk menjadi penulis yang prolifik walaupun bukan itu targetnya...sekadar boleh menulis di blog ni ..perkhhhhhhhhhh dah kira bagus yang amat dah...tertanya-tanya juga sapa yang ciptabina blog ni ekkk? blog adalah medan yang paling ampuh dan baik yang amat untuk mereka mengasah bakat dalam penulisan kan? berbanding engan jaringan sosial yang lain....so itu yang sempat UJ senaraikan dan kerap UJ berkunjung untuk mencuri dan mengintai tips dan ilmu serta sebagai dos suntikan penggalak untuk terus menulis walaupun tak begitu pandai dan tak pandai-pandai...memandai-mandai ader....kagum ekk dorang ni...
so bagi memeriahkan lagi dunia penulisan tanahair kita tercinta dan memartabatkan lagi bahasa kebangsaan kita, (anti PPMSI) jom mari ramai-ramai kita libatkan diri dalam ni ... tengok kat bawah ekk..sebenarnya menda lni ah, yang nak di uar-uarkan sedari tadi... dan tajuk posting pun memang kerana iklan ni... tp memang UJ punyer entry selalu intro nye melencong ke lain dulu...