Social Icons

Tuesday, February 23, 2010

CINTA untuk terus menulis

tajuk posting saje nak relatekan jugak dengan tema blog huhuhuhu.. rasa makin teruja untuk terus menulis walaupun tidak begitu pandai ......


Salam,
Sejak lepas sekolah saya tidak pernah menulis walau sepucuk surat sehingga berusia 36 tahun. Tetapi sehingga sekarang sudah 20 tahun saya menanggung keluarga dari hasil penulisan saya. Alhamdulillah.


itu lah antara yang UJ sempat tangkapmuat dari sebuah laman yang membincangkan pasal penulisan ... so nak tahu pasal laman tu leh jenguk kat alamat di atas. dan mungkin yang ramai dah tahu ... sebab ramai juga kawan-kawan blogger UJ adalah penulis, penulis novel, cerpen dan banyak jenis artikel lagi lah selain penulisan kreatif kat media cetak....blog ni pun kira wadah penulisan jugak kan.....

hmmm fuhhh best tol komen penulis di atas kan....teruja UJ untuk membaiki dan belajar lagi cara-cara penulisan yang lebih baik... tetapi kekangan lokasi dan masa kekadang menghambat kita untuk turut serta, tapi tak pe barangkali masih bukan rezeki, insyaALlah di lain ketika.

Dan UJ juga bersetuju dan UJ tahu dan UJ pun pernah diberitahu bahawa bakat bukan sekadar hanya kerana kita berbakat atau dianugerahkan bakat tertentu, tapi ia juga boleh diperolehi dan dimiliki dengan melatih diri supaya berbakat. termasuk lah dalam bidang penulisan kan?

menulis tak semestinya anugerah khas macam anugerah bulanan yang ada kat tempat kerja UJ atau sekadar 'gifted'. Ia boleh dibina dengan latihan dan displin yang berpanjangan dan progresif.

Tidak mustahil untuk kita melatih diri menjadi seorang penulis. Pada UJ mungkin ia masih jauh untuk UJ tapi yang pastinya, langkah yang jauh itu bermula dari langkah pertama. Langkah pertama juga bermula dengan langkah bertatih…hehehehe


itulah deskripsi tentang seorang tuan punya blog.. boleh lah klik kat pautan tuh...

sama sama terus menulis untuk agama,bangsa dan negara...waAllahua'lam

5 komen:

Afida Anuar said...

Dah klik link tu,tp kuar error 404 not found..huhu..

UJ,nampaknye UJ sangat minat dengan penulisan. fida pun minat,tapi masa...bakat sangat membatasi. Blog je la jadi tempat menayangkan bakat yang tidak seberapa..hehe.

UJ...insyaAllah..usaha Tangga kejayaan. Tak lama lagi terbit lah buku hasil usaha UJ. CAiyok!!

uj said...

insyaAllah...harap-harap mcm tu lah... tapi rase lambat dan jauh lagi nak ke situ... so di dada blog ini lah UJ cuba menukil rasa, mengucap kata langsung menilik diri mana yang tidak kena minta tunjuk ajar ... chayok!!!!

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Jika kita mengimbas zaman kegemilangan Islam dulu, salah satu yang boleh dibanggakan ialah umat Islam ketika itu adalah bangsa menulis.

Bangsa yang menulis adalah bangsa yang berilmu kerana tanpa ilmu, tentulah tiada ilmu yang hendak ditulis. Bak kata pepatah arab; 'Jika kita tidak punya, bagaimana hendak memberi'.

Semoga kita sama-sama sukses menulis di blog masing-masing Uncle;-)

Khairi Mohd said...

teruskan cita2 ru UJ. InsyaAllah, ada rezeki, keluarlah novelnya. 1 novel tak cukup, keluar 2 3 4 5 baru umphh! hehe. caiyok2.

uj said...

to ustaz.....terima kasih uztaz.. a'a kalau tak de ilmu macamna kita nak menuliskan.. bile dah ada ilmu boleh la kita memberi ilmu kat orang kan?...betol juga kata pakcik dalam laskar pelangi... benyakkan memberi bukan banyak menerima.. lebih kurang laa...

to khairi .... insyaAllah... nanti pas UJ jumpa Xarine nye UJ nak komen kat sini ekk... hmmm 2 3 4 5 ... hmm satu pun lum tentu lagi ...hehehh