Social Icons

Thursday, August 12, 2010

ambil peluang, isi ruang

jom baca quran, kita tinggal dulu novel2 ni deh....
sebelum Ramadhan, beberapa hari yang lepas UJ sempat baca ke semua empat novel tulisan seorang penulis singapura Rohani Din... novel2 ni dah lama berada di pasaran dan masa UJ masih bergelar student Novel ni dah lama berada di tangan mereka yang minat membaca novel khasnya student perempuan lah.. sebab negara kita masih lagi skeptik stereotype ...part2 ni.. tang novel je, dianggap jiwa-jiwa dan feminin... uiks... sampai satu tahap.. UJ waktu dulu kena balut novel yang nak dibaca di kelas.. dengan surat khabar... takut orang ckp UJ apa apa entah... namun itu semua dulu... sekarang lantak lah ko nak cakap apa... ok abaikan ...

Novel yang UJ maksudkan ialah Diari Bonda, Diari Bonda 2 - 4, cerita-cerita dalam novel ni ialah kisah benar... pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis dan diolah menjadi sebuah kisah yang menarik.. tentang pengorbanan seorang perempuan,isteri,ibu dan nenek... hebat sekali usaha yang diamalkan demi kebahagiaan keluarga. jalan cerita biasa sahaja.. tapi bila dikupas secara kenyataan dan sudah tentu berkongsi ilmu yang ada, menjadikan novel-novel ni sedikit berlainan.. membacanya seolah-olah kita mendengar seorang ibu atau nenek bercerita kisah silam suka dukanya mengharungi kehidupan...

antara yang best ialah rungutannya yang tak habis-habis tentang realiti suaminya... namun sesekali dia sendiri tidak hipokrit dalam menyatakan kebaikan dan kelemahan suaminya... begitu juga kisah penyakit misteri yang dialami oleh anaknya sehingga koma... dan yang best juga kebanyakannya kerana serba sedikit perbuatan tahyul yang dibuat dek dengki khianat yang menjadi darah daging manusia yang bertuhankan syaitan...
penceritaan dalam novel ni rasanya... jelas seperti sebuah diari.. tidak ketinggalan juga bagaimana kisah pengalaman penulis sendiri yang ingin manuskripnya itu dijadikan sebuah novel - beliau ke Kuala Lumpur ke sebuah penerbitan yang begitu terkenal suatu ketika dulu - creative enterprise...

Rohani Din sendiri memulakan penulisannya pada usia lewat 40an... dan dia sendiri masih belum jemu menulis,,, dan menurut beliau sendiri akan terus menulis selagi ada hayat,,,hmm UJ belum sampai tahap umur itu lagi heehehe so masih sempat nak buat novel erkkkk hahaha insyaAllah...

sayang sekali pada pendapat peribadi UJ, membaca novel nya hingga yang ke empat sekali pun UJ tidak dapat melihat ke mana dan apakah kesudahan ceritanya, apakah kisah suaminya... dan bagaimana perkembangan seterusnya kepada anaknya yang sakit itu... walaubagaimana pun setelah anaknya pulih, dari sakit misteri... hidup anaknya itu tidak seperti sebelumnya yang begitu bijak dan pandai di sekolah... Namun usaha yang dilakukan oleh ibunya iaitu penulis itu sendiri cukup menggagumkan... besarnya pengorbanan seorang ibu,,, kepada yang belum membaca, boleh lah membacanya... bahasa cukup mudah dan hampir tidak ada ayat-ayat bombastik pada pendapat UJ..


buat masa ni, rasanya kita -UJ- tangguh dulu lah ekk baca-baca novel ni... sebab bulan ramadhan... insyaAllah kita sambung syawal nanti lah ek... elok rasanya masa yang terluang dengan menambahkan lagi baca 'novel agung', raja segala macam buku yang ada di dunia ni kan.. al-quranul karim... semoga kita mendapat ganjaran di bulan yang penuh barakah ni... jom kita ambil peluang dan isi sebanyak mungkin ruang yang ada dengan zikrullah... bukan kerana sekarang ramdhan... tetapi bonus yang diberi dan dijanjikan Allah perlu kita tambah lagi zikrullah kita lebih dari bulan2 yang lain...amin...

UJ - novel yang sedang dibaca buat masa ni... pun kena tangguh dulu... iaitu Tembok Tidak Tinggi tulisan A. Samad Ismail... walaupun novel tu nipis je.. tapi pause dulu lah deh...

ramadhan awalnya rahmah, pertengahanya keampunan,
akhirnya pembebasan dari api neraka

sesetengah ulama mengatakan ia dikategori dhaif - matruk dan munkar tapi masih belum maudhuk, namun kebaikan yang dianjurkan di sini sudah cukup best.... pada peribadi UJ

7 komen:

zulkbo said...

Salam..singgah sini jap
moga sihat orang di sini
menarik nampaknya novel tu
جزاك اللهُ خيراً

Afida Anuar said...

Uj... kagum dengan UJ sampai sanggup balut novel dgn suratkhbar..hehe.

Fida pun tangguh dulu la buku tu. Azam nak khatam al-quran bulan ramadhan ni, insyaAllah.

econpolics said...

saya suka tulisan
Ramlee Awang Murshid

Jamal Ali said...

Cita-ciat UJ itu akan saya doakan berhasil kelak, insyaAllah ya UJ, amin...

Khairi Mohd said...

tak perlu nak balut ngn paper UJ hehehhe. sekarang ni dah ramai org lelaki baca novel.

Nas said...

kurang berminat ar membace novel..
ehehehehe
anyway selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak..jangan lupe ea pose penuh uncle..hehehehe :P

uj said...

@zulkbo - terima kasih.. Alhamdulillah sihat adanya macam biasa... novel.. kalau suka baca.... mungkin ia menarik..

@fida - insyaAllah... dapat khatam dalam bulan ni ek..

@akim - novel2 RAM ... memang best .. sai-fai ... novel lebih berbentuk fantasi kan... kalau jenis minat yg RAM, novel YUDA di Padang Maya oleh Xarine, pun best... mesti minat juga...

@IJ - insyaAllah ... IJ pun cam tu juga... tapi itu lah selalu tertangguh jer..mungkin usaha kurang lagi...

@khairi - tak lagi dah sekarang.. dulu jer.. sebab tak tahan kena kutuk.. telinga ni bukan jenis telinga badak time tu... sekarang hmmm cakap la nak cakap pe pn... hehe

@nas - mungkin belum minat .. cuba baca satu... insyaAllah minat... kalau nak uncle suggest tajuknya cakap lah.. hehehe