semalam dan sebelum semalam 6-8 ogos 2010.. ada sambutan kemerdekaan di tempat kerja UJ... meriah nampak gayanya...dan macam biasalah.. UJ kena bertugas juga lah.. dan macambiasa UJ akan ditempatkan di bahagian kuli2 selalunya... Tapi no hal... hehehe UJ best lagi bahagian tu... dari jadi part part protokol... yang sudah tentu banyak kena libatkan orang luar dan banyak prosidur kena buat... ada beberapa pertandingan dibuat.. dan syabas kepada tuan rumah sebab banyak menang...
bercakap tentang kemerdekaan ni... UJ pun teringat dulu tentang satu puisi-sajak yang ditulis oleh Allahayarham tongkat warrant .... UJ tidak berapa ingat tajuknya... tapi beberapa bait dan stanza dalam puisi nye masih kukuh terpahat di kepala... karyanya tentang melayu... so UJ mengGoogle... terjumpa juga last2...cuba la amati kepada yang bergelar Melayu, ada ketawa..namun jangan hanya bergelak suka... fahami sininya juga....
bercakap tentang kemerdekaan ni... UJ pun teringat dulu tentang satu puisi-sajak yang ditulis oleh Allahayarham tongkat warrant .... UJ tidak berapa ingat tajuknya... tapi beberapa bait dan stanza dalam puisi nye masih kukuh terpahat di kepala... karyanya tentang melayu... so UJ mengGoogle... terjumpa juga last2...cuba la amati kepada yang bergelar Melayu, ada ketawa..namun jangan hanya bergelak suka... fahami sininya juga....
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut
biar mati adat
jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
malah mua'alaf bertakrif Melayu
(setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri
berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
maaf diungkap senantiasa bersahut
tangan diulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
selaga yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
'Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran'
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara Merdeka
Belangsungkawa Usman Awang
Al-Fatihah...
Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut
biar mati adat
jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
malah mua'alaf bertakrif Melayu
(setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri
berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
maaf diungkap senantiasa bersahut
tangan diulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
selaga yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
'Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran'
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara Merdeka
Belangsungkawa Usman Awang
Al-Fatihah...
9 komen:
salam..
agak keras bunyinya
dari Usman Awang
tapi saya setuju
kata2 beliau..
Awalnya tempat UJ sambut merdeka...
ahaaa..melayu ...itu bangsa kita!
Melayu bukan sebarangan Melayu...
Ini Melayu Jawa keturunan Mat Kilau turun ke gelanggang...
wahh..uncle..pandai gak uncle berpantun..
kalau nak tau nas nie bukannyer tulen sgt melayu..mix jawa,bugis n india...
hehehhehee..anyway nas org melayu..
erm..thx komen dr uncle..amat bernas....:)
sebenarnya saya lupa atau mmg tak tahu Usman Awang dah meninggal. Ish. rasa mcm teruk saja. jem2.
merdeka kah kita?
rasanya belum betul-betul merdeka.
@naim
@zulkbo - hmm betul... sinis sekali..
tapi tepat...
@fida - sambut awal.. sebab ramadhan dan program wajib.. tapi leceh ekk bila jadi host...hehe
@nas - owhhh patut la kiut miut ... hehehe ramai peminat tuhh
@khairi - hehehe... jem ke? tengok absyar insyaAllah hilang jem... semua dah di KL ke?
@naim - banyak lagi mende yang belum merdeka... kita je yang bebas..
terlalu benar puisi ini. terlalu benar.
@bofo - benar belaka tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka
Post a Comment