Ayam ialah sejenis haiwan peliharaan dalam kumpulan burung... dagingnya best apatah lagi kalau dimasak lemak, masak pedas, dibakar BBQ dan bertambah best kalau dibuat sate.. Haiwan ini begitu sinonim dengan kehidupan kita khasnya masyarakat Melayu... begitu juga dalam budaya lain.. bahkan di barat sekalipun.. jadi boleh lah kita rumuskan .. ayam ni cukup universal sifat penggunaan namanya.. juga terkenal kerana dagingnya.. lazat dan enak sebagai makanan..
Konotasi yang berbeza juga diberi oleh pelbagai lapisan masyarakat moden sekarang dengan perkataan ayam.. sesetengah nya bukan lagi merujuk kepada haiwan itu sendiri bahkan kepada manusia... dan sesetengahnya memberi makna negatif... juga kepada positif.. dan tidak kurang sesetengah remaja ada yang menggelarkan kawan2 mereka dengan ayam.. dan juga perkataan ayam ditambah di belakang nama sebagai pengenalan diri yang lebih bersifat komersil atau lebih mudah untuk dikenali.. kadang2 ini semua bukan kerana kerelaan tapi kerana gelaran diberi rakan, lama-lama redha je lah.. sebab macam best plak...
ada member dulu waktu sekolah dipanggil Faizal ayam.. sebab bapa dia seorang tauke ayam.. hehe kerana ramai yang nama faizal... so diberi gelaran bagi memudahkan perbezaan identiti bila ingin masuk dalam sesi kutuk mengutuk... bahkan ayam juga lah menyebabkan terkenalnya sebuah syarikat makanan segera termasyhur seantero dunia.. iaitu KFC... yang ramai juga untuk boikot sebab dikatakan syarikat Amerika.. dan sudah tentu bersekutu dengan Yahudi..zionis... tapi di Malaysia ada sedikit kelainan tentang KFC kerana ia telah dibeli oleh J-Corp.. satu organisasi korporat negeri Johor yang begitu arif dan glamour dengan kemajuan syarikat2 di bawahnya.. menunjukkan kewibawaan oraganisasi korporat ini menjalankan urusniaga dengan bijak... kita semua maklum dengan KPJ kan... mengenai medik... ia begitu menonjol dengan Johor Corp ni...tapi bukan kerana KFC tu amerika atau pun Jcorp menjadi inti entry ni...tapi ayam yang digunakan di KFC tu.... ayam cucuk ke ayam organik...tak pun ayam kampung ke?
ok jom kita berbalik pasal ayam.... kerana sinonim nya dengan orang Melayu khasnya budaya Melayu bukan kerana orang Melayu yang suka makan ayam... hingga pernah UJ terjumpa fakta atau kenyataan iaitu hampir 50 atau lebih peribahasa dalam bahasa Melayu ada relasi dengan perkataan ayam atau sifat2 binatang itu... itu belum lagi masuk peribahasa cipataan manusia zaman moden ini... yang belum diwartakan.. contohnya ..malu2 ayam... melenggang macam ayam.. -ayam jalan melenggang ke?- sekadar beberapa contoh...
sebenarnya UJ nak maksudkan... bahawa ayam-ayam yang dijual di kedai2 dan di pasar2 sekarang mungkin berbahaya kerana dicucuk ... yang mungkin kandungannya berbahaya untuk jangka panjang. UJ sendiri tidak begitu arif tentang ini, namun
ramai tahu kandungan suntikan untuk ayam dengan pelbagai vaksin, dicucuk dengan pelbagai antibodi ciptaan makmal, didera supaya hidup untuk makan, dipaksa untuk merasa haus lalu meminum sebanyaknya air supaya berat timbangannya bertambah... kasihan pulak kan. apalah maknanya sebuah kehidupan jika disusun bersesak sesak didalam bakul. najis najis rakan singgah dikepala dan badan. akhirnya
ayam mengalami tekanan hidup dan menemui kematian sebagai korban untuk manusia seperti kita.
alaaa itu kan ayam.. memang hidup ayam macam tu... bukan nya manusia... tapi macam kesian pulak dan agak bahaya juga khasnya part2 dicucuk vaksin dan antibodi yang mungkin membawa kemerbahayaan kepada manusia yang memakannya... hatta ada juga kajian mengatakan ... punca
lelaki yang mengalami krisis identiti adalah kerana vaksin yang dicucuk.. entahlah... memakan ayam masak itu ayam masak ini best... apatah lagi ayam masak pedas kesukaan UJ hehehe ayam masak merah.. ayam masak hitam.. dan akhirnya membawa kepada hitamnya kehidupan dan merahnya kehidupan manusia kerana memakan
ayam yang sudah mengalami tekanan ketika dalam belaan seterusnya daging yang dimakan menjadi lanjutan stress plak kepada manusia... hehehe ini teori UJ je kot.....
jadi apa salahnya kita cuba sedikit yang lain.. kita makan ayam kampung... back to nature macam ayah, emak kita dulu... dan seandainya anda bukan retro mungkin zaman datok nenek kita dulu... ayam kampung kenyal dan best juga diratah... buat sup atau masuk dalam kuah kacang untuk nasi himpit atau orang terengganu sebut nasi kapit juga best dan sangat sangat best dengan ayam kampung...
Alahamdulillah di negara kita ramai yang tahu hal ini dan pelbagai inisiatif diambil... sebagai fardhu kifayah mungkin.. terima kasih banyak2 kerana menyelamatkan kami... mungkin sedikit pengeluaran yang lebih dari biasa untuk menikmati ini semua tapi apa salahnya ... kerana ini semua demi masa depan anak2 kita... kerana makanan dan minuman kita sehari2 tersangat mempengaruhi kehidupan, fiil perangai tingkah laku..perbuatan seharian kita itu semua manifestasi dan hasil dari cara pemakanan kita juga...
so antaranya Dr. Mohd Zainol ada mengeluarkan ayam organik.. ini sudah bagus... dan produknya dikenali dengan Az-zain.. atau ayam azzain... UJ pernah terdengan di radio IKIM.FM tentang beliau yang begitu iklhas dan bersungguh-sungguh dalam perusahaan ini.. Produk
Az-zain yang merangkumi seluruh produk dari daging burger, roti burger hingga barangan pengguna yang lain- 100% di jamin dibuat serta dikeluarkan oleh orang Islam dan menurut syariat.
Menariknya- Az-zain tidak akan membeli dan menjual produk mereka dari atau ke hypermarket2 diseluruh malaysia walaupun mempunyai permintaan kerana prinsip Dr.Zainal tegas...
Hypermarket tidak dikuasai oleh orang Muslim.Kalau dia pasarkan barangan Azzin ke hypermarket ini akan membunuh pengedar-pengedar Azzin di seluruh Malaysia. Produk Az-zain seperti ayam organik mungkin sedikit mahal tetapi apalah sangat kalau dibandingkan dengan kualiti makanan tersebut yang kita suapkan pada anak-anak kita.
selain itu UJ juga selalu menggunakan ayam HPA... tentang HPA ini semua maklumkan tentang syarikat bumiputra Islam yang makin mendapat sambutan dan berkembang maju... berkaitan tentang ayaam, HPA ada juga mengeluarkan ayam organik...
istimewanya
ayam organik HPA ini ialah Ayam HPA diberi makan dedak yang diadun khas tanpa sebarang bahan yang haram dan syubhah (serbuk darah, serbuk tulang dan sebagainya) serta tidak dimasukkan bahan-bahan kimia merbahaya dan memudaratkan badan manusia termasuk antibiotik, vaksin, arsenik asid dan sebagainya. Sebagai ganti bahan-bahan merbahaya itu
HPA menggunakan bahan-bahan alamiyah termasuk Habbatus-Sauda’ (yang bertindak sebagai antibiotik alternatif), halia dan sebagainya. Untuk ganti serbuk darah dan serbuk tulang pula, HPA menggunakan protien kacang soya, ikan dan sebagainya. Jadi, ayam HPA diberi makan habbatus-sauda’ bukan untuk mengajarnya beramal dengan as-Sunnah, akan tetapi hasil kajian kita mendapati
habbatus-sauda’ itu berfungsi sebagai antibiotik yang bukan sahaja sesuai untuk manusia tetapi juga binatang ternakan.Kita telah terlalu biasa dengan ilmu sains dan kedoktoran moden hingga kita buta terhadap hikmah yang lebih baik yang ada di depan mata kita; hikmah dari Thibbun Nabawi. Kita seringkali menganggap as-Sunnah hanya berupa ibadah dan spiritual sahaja, namun sebenarnya as-Sunnah amat luas ruang-lingkupnya termasuk dalam rawatan, pengubatan, pemakanan sihat dan sebagainya. Makanan-makanan dan ubat-ubatan yang disyorkan Nabi SAW. telah dikaji oleh orang Barat sendiri dan terbukti mempunyai kesan yang amat baik kepada tubuh-badan manusia, terutamanya ‘asal (madu) dan habbatus-sauda’.
Adapun memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran di reban ayam, HPA tidak pernah menetapkan satu polisi yang mewajibkan semua penternak berbuat demikian. Namun ada penternak yang melakukannya atas kreativiti sendiri. Saya rasa bukan untuk ayam, tetapi untuk pekerja-pekerja yang berkerja di reban. Ada sesetengah tempat, pekerja-perkerja reban membuka radio atau kaset-kaset lagu sebagai hiburan bagi meredakan penat dan letih semasa berkerja. Jadi, adalah lebih baik jika
lagu-lagu yang tidak ada manfaat diganti dengan bacaan al-Quran. Sekaligus ayam-ayam juga turut mendengarnya.jadi kitakan muslim melayu bumiputra malaysia.. apa salahnya kita sahut dan menyokong usaha-usaha ini.. kerana kalau bukan saya, anda dan kita siapa lagi kan... di bawah ni ada link senarai kedai ayam organik bumiputra...yang UJ sempat ambil... lain kali UJ promote lagi pasal halalan toyyibah ni dan IKS bumi n muslim... insyaAllah.... sekian....wallahua'lam
HALAL DAN TOYYIBAH