Social Icons

Wednesday, July 14, 2010

KUSZA jadi UDM jadi UniSZA

nama IPTA ke 18 yang terletak di Kuala Terengganu... dahulunya adalah kolej penuh bawah kerajaan negeri Terengganu... kini bertukar nama lagi...ketika di bawah kerajaan negeri dulu.. ia dinamakan KUSZA - kolej agama sultan zainal abidin.. boleh dikatakan inilah kolej yang paling sistematik dalam pendidikan islam peringkat pasca SPM.. pada masa itu di negara kita.. walaupun ia di bawah pentadbiran kerajaan negeri.. ia juga membuka pintu untuk semua pelajar yang ingin belajar dari seluruh Malaysia.. bahkan ada juga sesuatu masa pertukaran pelajar dengan beberapa pelajar asing dari luar negara.. ketika itu UJ cukup berbangga dengan kolej ni walaupun UJ tak pernah belajar pun di situ... memang sekali pandang kemudahan prasarana dan persekitaran kampusnya setanding dengan universiti yang ada di negara kita ketika itu....

yang best lagi Kolej ini telah mendapat pengiktirafan yang meluas universiti dari timur tengah khasnya universiti al-azhar di mesir... membolehkan pemegang2 diploma yang berkaitan menyambung peringkat ijazah di sana terus ke tahun tiga atau tahun akhir... sementara itu jika dibandingkan dengan ipta yang berada di malaysia ketika itu KUSZA setaraf juga dengan ITM yang sekarang dikenali dengan UiTM... dan seolah2 KUSZA adalah ITM kerajaan negeri Terengganu...memandangkan semua kursus diploma yang ditawarkan setaraf sperti diploma UiTM juga...syabas juga kepada mantan MB terengganu yang mencetuskan KUSZA... seterusnya kerajaan2 negeri lain turut menubuhkan kolej seumpamanya di negeri masing2.. maka lahirla KIPSAS di Pahang.. KUIS di Selangor dan banyak lagi.. ini perkembangan positif..

seterusnya kerana ingin menaikkan taraf KUSZA menjadi Universiti ... penubuhannya dibubarkan dan DUN terengganu yang ketika itu di bawah mantan MB yang sebelum ini.. membubarkan penubuhan KUSZA dan diserahkan kepada Pusat di bawah KPT... menjadikan ia sebuah IPTA yang ke 18 di negara kita dan dikenali dengan UDM... tentang ini UJ amat kurang setuju.. tapi itu sudah lepas... UJ berpandangan ia adalah kepunyaan kerajaan negeri.. dan rasanya terlalu banyak KUSZA menyumbang kepada kemajuan ilmu dan pembangunan insaniah di negeri Terengganu dan Malaysia juga... kenapa ia begitu mudah diserahkan ketangan orang lain semata2 kerana ingin menjadikan ia sebuah universiti penuh... tak boleh ke negeri buat universiti sendiri atau pun kolej universiti milik penuh kerajaan negeri.. apabila sudah bertukar milik...ia bukan lagi harta negeri... sudah menjadi milik orang... dan dengarnya adalah institusi2 agama di bawah kerajaan negeri nak dinaikkan taraf menjadi seperti KUSZA dahulu pula...ini semua sudah jadi sejarah... apa yang penting iktibar dari sejarah yang perlu kita ambil pengjaran... kerana sejarah sudah mati.. tapi tak mustahil ia hidup kemabali nanti...

hmmm... lihatlah ekk negara kita ni... pasal pendidikan ni pelik sedikit... dahulu ITM juga mengalami cerita yang hampir serupa... bahkan pada peribadi UJ ... ITM yang dahulu jauh peranannya berbanding dengan UiTM sekrang... proses ni pun berlaku hanya kerana nama.. sedangkan kat Amerika ... MIT terus dipanggil institut tak tukarpun kepada MUT... dan peranan MIT ni semua tahu.... cukup penting dalam melahirkan ahli akademik yang berwibawa bukan sahaja bidang teknologi bahkan sains sosial juga.. tahu ke apa MIT.... Massachusetts Institute of Technolgy ... kat amerika ...hehehhe sekali imbas... huruf pun sama dengan ITM-MIT....

dan sekarang ini KUSZA manjadi UDM dan berubah lagi menjadi UniSZA .. iaitu UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN... kembali kepada nama asalnya.. tentang logo juga berubah UJ kurang pasti... ada pro n cons tentang perubahan ini... namun sedikit sebanyak pada UJ ia sudah kembali kepada nama asalnya... insyaAllah peranannya sama malah lebih lagi dari sebelumnya..

UJ pulak sebok sebok cerita padahal tak ada kena mengena langsung ... lagi pun dah lama dah.. Tapi UJ baru sahaja terbaca.. lambat skit dapat info.. apa apa pun ia berlaku di negeri UJ... dan yang teramat penting ... kalau ada rezeki beberapa tahun lagi... hehehe lambat lagi... UJ harap.. UJ boleh lah chow dari MARA dan berkhidmat di UniSZA pula... insyaAllah...


8 komen:

MF said...

Salam UJ..

Trima ksih atas info..
Hmm, bru tau.. Mnarik2
Ingatkn upgrade jd Uni tu, satu pkembangan y amt bsar.. ye la, rmai yg persepsi kolej ni taraf dia rendah sket.. xpsti rmai ke apa.. bru tau, sungguh jahil soA ini..


Smoga UniSZA yg brubah pd namanya itu, dpt mhasilkn lbih byk graduan2 Islam yg berwibawa d uni, malah mmpu mnyebarkn kbaikn d klgn msyrkt..

InshaAllah.. UJ pn dpt dduk sna nnt.. ^^

Afida Anuar said...

UJ....

dulu2..maksu belajo kat kusza...eksaited sangat time nak pi lawat maksu...sebab rasa kagum yang amat dapat masuk ctu...tatau pun dah tukar nama unisza...mcm nama seorang perempuan je..err..

MIT...sebut je kata belajar kat MIT..mesti orang ingat terrer gile la dia klu bab technology...hehe

uj said...

to SoA - insyaAllah .. terima kasih doakan juga k... aminnn

to fida - a'a dulu pun cam tu time kecik kecik anto kakak ke sana.. excited tgk.. sebab macam dah kampus... kira ok la jugak tukar nama... tp semua tu kos jugak.. mungkin membazir.. juga... hmmm

Jankaulu said...

Bagus info tersebut...

kalau ada rezeki mungkin kita bertemu di sana UJ, ketentuang tuhan sungguh misteri...

unclejoe said...

to sukiman - insyallah ...itu lah harap2nya... banyak la aktiviti cm kat ksp dulu plak... hehehe

annazanariah said...

UJ... seyez.. mengalir airmata anna terkenangkan KUSZA. Anna adalah batch terakhir kusza yg mana delay setahun untuk istiadat konvo yg dipanggil IDUL ILMI. Tapi sekarang takde lagi, dah panggil PESTA KONVO. Ngeri dengar PESTA kan? Ya Allah.. rindunya zaman belajar kat KUSZA... sob.. sob.. sob..

annazanariah said...

Uncle.. nak mintak izin share info ni kat blog anna ye.. later anna buat entri tentang ni, boleh link promote blog uncle.. :)

uj said...

@annazanariah - ohh ye ke.. ex kusza la ni... hmmm nak wat camne kan... sila kan tak de masalah....