Social Icons

Friday, July 16, 2010

bacalah - sujudlah - hampirilah

ada 28 rahsia kehidupan...disisip 7 sajak dambaan... bercerita.... berkongsi pengalaman... mengingati diri sendiri dan orang lain... mencari diri dengan pangabdian padaNya... sungguh manis dan terkesan... tersendiri... pesona jiwa bila menatapinya... begitu ringkas dan mudah... menyentuh perasaan dengan bahasa jiwa... sekadar bisikan didengari untuk dihebahkan pada semua... ada zouk....

“Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan. Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku. Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkannya. Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu ammarah. Maka jiwanya tidak pernah kenal diam dari merungut, kecewa, dengki, marah, dendam dan kesedihan. Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas. Nafsu ammarah adalah punca penderitaan insan. Lihatlah dunia hari ini yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia. Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.

Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.”

“Apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?” (Al-Furqan: 4)

------------------------------------------------------------------------------------

1. itu lah antara petikan dan pandangan peribadi spontan mengenai buku kecil, bisikan sirr siri 1... yang pada asalnya waktu UJ balik kampung dulu... tergodek godek di rak buku .. dan terjumpa buku ni.. kepunyaan anakbuah UJ yang belajar di institusi yang dipelopori oleh penulis buku ini juga... menarik.. buku ni... kecil ringkas tapi isinya masyaAllah... indah dan murni sekali.. begitulah kan... patut ada yang begitu asyik dengan tasawuf ni....

2. dan sekarang UJ sedang menjiwai BISIKAN sirr siri 2 - mudah untuk menghabiskan bacaaannya... kerana buku tidak berat... ringkas pendek kecil saiz poket... tapi sukar nak dapatkan dipasaran... sebab itu bacaannya harus teliti dan rapi... yang lebih tepat untuk menjiwai dan menyerapi apa yang dibaca..isinya...

3. dan semalam baru habis SEBENING AIR MATA... tulisan Mohd Nasruddin Dasuki... juga seorang penulis yang tak asing lagi... istimewa novel ni ... UJ dapat percuma... tapi sayang cerita yang ditatap macam tak habis... setelah itu baru UJ dapat tahu insyaAllah akan datang SEBENING AIR MATA 2...


4. antara agenda untuk goodreads malaysia juga... 50 buku setahun... rasanya mungkin UJ boleh lebih dari itu... hehehe riya' skit... tapi UJ nak khaskan 50 buah buku itu adalah novel... so yang UJ maksudkan 'lebih dari itu' ialah selain dari novel... dan sudah tentu BBKS dan Yuda adalah antara novel yang UJ sudah baca untuk tahun ni...tentang novel YUDA ni.. boleh beli terus dari penulis... lagi best... ada sign autograf kan... ada 4 buah lagi... so cepat2 order terus dari dia.. sini ada link.... klik sini.

5. jom banyakkan baca buku selain membaca bacaan di internet... membaca buku lain jiwanya.. erkkkk - kerana qiraah - kita akan bersujud - dan insyaAllah kita akan menghampiriNya - so

iqra' - usjud - iqtarib

10 komen:

zulkbo said...

Salam..
tazkirah pagi Jumaat Al-Mubarak
moga kita semua mendapat hikmah dan
dari-NYA..terima kasih berkongsi ilmu

bofoyengfeng said...

50 biji buku setahun? wow... gua baca sunday papers pun susah nak abis...anyhow...tak salah.. ;)

uj said...

to zilkbo - w'salam terima kasih ke sini... insyaAllah semoga sama sama kita mendapat keredhanNya...

to bofoyengfeng - hehehhe mungkin sempat kot sebab sekarang dah 30 novel dah erkkk...lagi pun alah.. UJ nya kerja memang penuh dengan buku2..

Afida Anuar said...

Salam hujung minggu UJ...pi bawa aqila jalan kat mana minggu ni? hehe..

Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.”

sentap baca ni UJ...

Maaf UJ... mareng n mareng dulu sibuk duk update resume n study2 sket apa yang ptut tuk terbiu;), errr... mencuba je dulu..

r.o.l. said...

Salam, UJ.

Apa kerja UJ sampai baca 30 novel tahun ini saja? Dahsyat :-) Saya agak sibuk tahun ini, kalau dapat habis dua buah sebulan pun alhamdulillah.

MF said...

Salam..

Nice2..
Hrp dpt peluang jga mmbaca buku sirr tu..

50 buku setahun? huhu.. byknya.. spuluh buku pn soA blum tentu.. kna blaja dr UJ nih ^^

Rbin said...

Tengok tajuk buku bisikan sirr siri 1 pun dah tahu isinya sangat bagus untuk para peminat tasawuf..Kat mana nak dapat ya?

uj said...

to fida - good luck.. hehehe.. semua tu ada himahnya.... banyak bersabar juga kunci ketenangan... hehehe

to rol - hehehe masa yang terluang kalau tak de kerja yang perlu dibereskan segera UJ habiskan masa dengan buku lah.. itu lah sempat jugak baca buku ni... kerja kan bidang education so dengan buku tak leh lari..

to bofo - baca suratkhabar memang tak akan habis... hehehe..

to Rbain - susah nak dapat buku ni.. mungkin tak banyak atau tak de jual kot kat kedai2 buku biasa... kalau dekat ceramah2 agama mungkin ada.. kalau berhajat insyaAllah UJ boleh usahakan .. bila balik kg nanti... boleh lah emailkan alamat ke email uJ..

Rbin said...

Saya memang berhajat. Minta tlg usahakan. Tp jgn sampai menyusahkan. Nanti insyaallah akan saya emailkan.

uj said...

to Rbain - insyaAllah... no problem... nanti saya akan maklum kan...