Assalamualaikum semua... erkkk hmm pernah terlibat dengan ESQ punya program atau aktiviti? Hari ni baru dapat email dari seorang kawan tentang ini... dan ada juga pihak pengurusan tempat UJ bekerja sedang dalam mengatur untuk program lanjutan tentang ESQ ini.. setelah beberapa orang nampak begitu berminat.. ini berlaku apabila satu program yang dianjurkan telah menjemput pihak ESQ ini.. kalau tak silap hari keluarga tempat kerja UJ musim lepas.
teringat pulak UJ tentang program ceramah ESQ ini... yang UJ ambil tempat paling belakang... macam biasa lah.. ceramah ada ala-ala 'basuh' sedikit...so ada on-off light la dalam dewan itu.. so ini lah masa untuk tidur... memang UJ langsung tak berminat dan tak berkenan dari awal.. komen kawan UJ yang lebih senior dan yang pernah beri ceramah sebegitu tapi tak terlibat dengan ESQ 165 .. ESQ lain mungkin.... pun sama... dia cakap... ceramah yang dihadiri itu banyak buang masa dia ... dan habiskan duit jugak sebab buat dekat hotel..
pada UJ pulak.. UJ tak sedap hati sebab waktu fasi-fasi dorang dalam dewan time aktiviti cam warak dan best jer... ramai yang nangis2 waktu ceramah dan kebanyakan yang nangis ialah fasi2 dorang jer.. erkkk peserta yang terlibat entah lahhh merah merah mata jer.. termasuk lah UJ dan kawan2 UJ ... merah mata bukan sebab sebak tapi sebab tidor lena lak...hehehe.. habis program tu... UJ terpandang jugak.. fasi ni tima kat dalam dewan pakaian mereka subhanaAllah... sopan dan amat kena .... tapi bila ternampak ter jer... OK.. keluar check out bilik hotel... masyaAllah... tapi OK la sebab masih bertudung la beb... so dari situ UJ dah mula tawar dan ada sedikit rasa semacam je dengan ESQ 165 - Ary Ginanja Agustian...
nak tahu lebih lanjut menatang apa itu ESQ - klik dan tengok SINI
memang lah program di bawah organisasi ni cam best jer... tapi dah ada fatwa mufti wilayah persekutuan dah... yang ia adalah haram...
walaubagaimana pun... fatwa ini hanya daripada mufti wilayah persekutuan sahaja.. tidak termasuk mufti dari negeri2 lain.. ada sesetengah mufti yang mengikutinya dan memandang positif tentang program ESQ ini... dan program ESQ ini masih lagi berjalan dengan baik di beberapa negeri lain kalau tak silap UJ di PERAK, PAHANG, PULAU PINANG DAN KEDAH... begitu juga bekas mufti Johor adalah antara penal syariah mengenai ESQ ini... hmm ada percanggahan di sini kan... sudah tentu kita tidak akan lihat ESQ ini di KL. LABUAN dan PUTRJAYA... sahaja...
pada yang pernah menghadiri mungkin ada pandangan tersendiri.. tapi pada UJ yang pernah hadir ke program secara ringkas agak kurang berkenan dan kurang berminat... entah ada rasa intuisi yang agak kuat tak minat dan kurang menyokong ...namun untuk UJ sendiri.. kerana intuisi diri sendiri belum cukup kuat untuk dijadikan hujjah dan alasan... tapi sudah cukup lah untuk UJ sendiri... tapi kalau berdasarkan cerita pengalaman yang UJ paparkan di atas... nampak sangat UJ tak sokong bukan kerana program ESQ itu yang negatif tapi sikap UJ sendiri yang negatif.... apa taknya ... tidur waktu ceramah kan... gelap beb dan letih... apa lagi.. membuta lah aktiviti yang paling best.. erkkk
semua ini hanyalah pandangan dan pendapat peribadi UJ sahaja....
pada yang pernah menghadiri mungkin ada pandangan tersendiri.. tapi pada UJ yang pernah hadir ke program secara ringkas agak kurang berkenan dan kurang berminat... entah ada rasa intuisi yang agak kuat tak minat dan kurang menyokong ...namun untuk UJ sendiri.. kerana intuisi diri sendiri belum cukup kuat untuk dijadikan hujjah dan alasan... tapi sudah cukup lah untuk UJ sendiri... tapi kalau berdasarkan cerita pengalaman yang UJ paparkan di atas... nampak sangat UJ tak sokong bukan kerana program ESQ itu yang negatif tapi sikap UJ sendiri yang negatif.... apa taknya ... tidur waktu ceramah kan... gelap beb dan letih... apa lagi.. membuta lah aktiviti yang paling best.. erkkk
semua ini hanyalah pandangan dan pendapat peribadi UJ sahaja....
5 komen:
xpenah dgr plak pasal esq kat n9,,,n xpenah dgr pun esq tu ape,,,,hakhak
saya suka program esq. bab nangis tu sy yg paling byk kutuk. tp tengok bhg2 yg kita boleh layan, banyak.
satu saintifik.
dua emosional.
dan jelas.
apabila dgr cerita fasal dakwah rasulullah, basah sapu tangan tu UJ. fuh. tp skang dah jadi hantu raya balik hehehe
err...sebenarnya fida tak pernah join pun program Esq ni..dengar nama pernah la..huhu..
masa tu aku jadi pengacara majlis dan tukang bancuh ayaq kat penceramah..lwaknyer..tgh penceramahnye khusyuk menari2, ala2 kate winslet mendepakan tangan di atas kapal titanic,...aku boleh tertidur..macam UJ gak..tapi die kat blakang..aku kat depan ..lagi daring..lepas tuh, skrip mc jatuh..kantoi..penceramah tu terkejut..haha
Tapi pendekatan yang die amik cukup mengelirukan..persembahan ceramahnyer begitu meluas smapai aku tertanya die ni cakap pasal agama islam ke agama lain..huh
sebab dalil2 dari kitab agama lain pun ader diamiknyer...
so pluralist...padanle wilayah haramkan ia..
tak kisah ler, die nak pluralist ke, mentalist ke, communist ke tapi once die menggunkan spiritual emotional kena le ikut panduan islam dan akidah ...huhu
satu lagi, esq ni pelik coz ader followers yang ramai dan setiap dari mereka diberi semacam pangkat selepas qualified..ish macam ajaran songsang lak..
balik2, die punyer tempat refer die ary ginanja.
one thing, aku tgk penceramah nyer mempunyai satu skill semacam pukau gitu dgn menggunakan audio dan suaranyer..hypnotised le kejap tapi..ngantuk aku lagi kuat melawan keterpukauan itu...so tidurle sampai pegang skrip MC..hehe
In my personal opinion, aku pun macam pakcik aku UJ, tidak bersetuju ngan ESQ tuh kerana mengelirukan...
rasanyer, hadir majlis ilmu tareqat lagi best ..huhu
Terima kasih atas info ni UJ. Ada kawan ajak ikut tapi saya masih mengkajinya.
Post a Comment