Social Icons

Sunday, May 30, 2010

PERTANDINGAN PUISI ARJUNA


JOM ... JOIN PUISI NI ... CEPAT-CEPAT... SEBELUM NI UJ DAH UAR-UARKAN... ESOK 31 MEI 2010 JAM 11.59 TENGAH MALAM TUTUP... SO MASIH SEMPAT LAGI... JOM SAMA-SAMA BERKARYA... SAMBIL MEMARTABATKAN LAGI DUNIA SASTERA TANAH AIR DAN MENINGGIKAN LAGI NILAI EKONOMI BAHASA KEBANGSAAN NEGARA..





sambil dengar lagu ni... mungkin dapat ilham kot.... layan lagu ni skit petang ni ...orait... hmmm rase cam nak balik kampung lak ... bile dengar lagu ni kan.. owhh terengganu darul ikang...

okay sambil dengar lagu ni.. boleh lah ekkk karang satu puisi ... then hantar la ... seperti dalam iklan di atas... jom masih sempat lagi...hmmm tapi kenapa... impian seorang nelayan... kan senandung anak laut kan? sudah tukar ??



Saturday, May 29, 2010

satu alternatif atau ...?

hmmm sebok kan orang sekarang yang online... mesti nak tengok FB, nak bukak FB... macam menjadi satu kemestian.. bila ngadap depan skrin komputer atau laptop... laman pertama nak gi jengah... facebook... buku muka... apa yang hebat kat bukumuka or mukabuku ni... UJ sendiri pun belum pasti sebab ... UJ sampai sekarang belum buka lagi akaun FB ni... sampai ada yang kata UJ ketinggalan zaman sebab belum ada FB.... hmmm lantak ko lah....

nampak kawan-kawan buka .. macam menarik juga... sebab dapat menjejak kembali... rakan-rakan lama waktu belajar dekat U, dekat sekolah menengaha, dekat kolej juga sekolah rendah dulu... mungkin juga time balajar tadika... dulu... tapi time UJ belum wujud lagi tadika, taska or tabika ni... dan yang best mungkin time korang PASTI.... hehehee itu kebaikannya....

yang buruk pula... hmmm sekarang hebohlagi... Pakistan dah mengharamkan FB ni.... kerana ada satu slot yang cuba menghina junjungan besar nabi Muhammad SAW.... jahat mereka memang jahat.... dulu pun heboh... kan ada ... yang menghina nabi kita... di kalangan penduduk 1Malaysia kita... @#$%^&*() lah si pemunya akaun FB yang itu... salah guna.. medium yang ada... yang guna FB ugut-mengugut pun ada juga.... hmmmm dunia akhir zaman...

oleh yang demikian kita tengok Pakistan mengambil langkah pro aktif dalam menyongsangkan bahana ini .... yang jelas tampak.. semakin menjadi-jadi... lalu mereka mencipta satu wadah baru dengan mempekenalkan jaringan sosial yang dikenali dengan Millatfacebook .... mungkin ini satu alternatif baru... walaupun tidak lah sehebat dengan jaringan sosial yang lain jika ingin dibandingkan...namun masih dikira satu alternatif yang bijak..pada pandangan UJ.

satu lagi mungkin juga .... boleh diterokai... namun UJ belum pasti ... sebab UJ sendiri tidak punya mana-mana akaun dalam semua ini... lagi... binaan anak watan.. mungkin juga baik... kalau nak tahu... cuba selidik dan alami sendiri ek... iaitu ....myfriends2u...

hmmm korang cuba komen.. bagi mereka yang dah punya menda-menda sebegini atau laluan semacam ini... sebab UJ belum arif.. sekadar tahu menyebut sahaja... kadang-kadang macam tak cukup masa pula nak peruntukkan kepada menda-menda sebegitu.. sementelah blog yang ini pun.. hmm selalu terkejar-kejar menjenguknya.. sibok benar gamaknya... aku sebok dengan urusan duniawi...

Thursday, May 27, 2010

being 2 places at once

salam semua...apa khabar?

ok kite dengar lagu ni dulu lah.... set induction ni... so dengar-dengar... tak payah feeling2.. dengar jerr... mana tak paham...tambah vocab carik dalam kamus... i'm not your moving dictionary ok... pada hal.. lecturer pun tak tahu makna gak huhuhuu - 'on' kan je player atas tuh.

hmmm mungkin explanation kurang jelas... atau pun soalan kurang best... tak pun....
banyak cekadak nye soklan... atau pun .. what the hell...

alaa tak kan lah UJ nak terang satu-satu kan... nanti jadi tak jadi soalan plak.... jadi jawapan terus... huhuuh.. apa yang ko mengomel ni sebenarnya...UJ?

tapi jawapan paling best ialah ... ialah saudara bofoyengfeng kita...hehehe tapi nak wat camne still hmmm FAIL gak... jawapan yang mengerikan uishhhh ada ke khairi nak bela hantu raya....ishhh jangan, jangan khairi.... hmmm tak baik woo...dan jawapan angau lak... sudah tentu lah si Jane... apa kena mengena ngan pergi honeymoon... hmm UJ pun fikir gak ngn jawapan dia ni... hmmm angau la ko Jane... gi balik mandi...huuhu

hehehe tu intro jer...

hei... it's very easy and affordable.. bukan macam naik tambang murah kat LCCT pun.. dan bukan jugak nak berbomoh bagai.... huhuh jauh sekali perlu berkempen... tak perlu itu semua... mana ko pergi ni UJ?

being in two places at once... or be in two places at the same time...huh...

relax la kan... still remember with A walk to remember.. alaaaa sekali UJ sebut tajuk novel or filem ni... mesti semua boleh tahu jawapan kan... does it so sweeeeeet kan? kan ada sebut romantis gak tuh... so clue la tuh fida....heheheh

huh??? apa still blur.... adusss ni la nak kena ulang balik dari awal cite kan... gini la students... dari awal sem kita kasi kuliah... last last hujung semester nak final... lupa dah semua... banyak makan semut betul la?

look at these dailouge... page 37... adushhh ni yang malas nak ulang mende sama ni...hehehe..
I am Landon.. and you Jamie... uikssss

JAMIE :

You’re acting like a crazy person,what's going on?


LANDON
:

Right now, you're straddling the state line.


JAMIE :

OK...


LANDON :

You're in two places at once.


ahaaaa.. ok dah boleh teka sekarang kan... heheehe itu lah maksud UJ..

so apa kena mengena ngn KTMB kat tanjung pagar tuh... alaaa ... common sense la kan... situ tu kira country line la tu... apa kira-kira, memang country line pun.... malaysia dengan singapura kan..

so gi duduk kangkang kat situ....sambil berdiri lah okay skit.... nanti kan orang cakap apa plak...kan? kaki kiri kat malaysia, kaki kanan kat singapura... so we are in two countries at once kan??? betul tak.. tak pun nak tukar kaki kiri kat singapore dan kaki kanan kat malaysia... boleh gak .... heheheh tapi jaga-jaga jangan sampai kena langgar keretapi .. sudehhhh

so praktis la dengan lebih romantis dengan pasangan mu yang halal ok... baru lah romantis... hehehe tol tak? kat malaysia banyak negeri .... beberapa negeri kat malaysia ni pun... kedai sebelah menyebelah je.. dah state line... tol tak? melaka ngn N9 .. kalau tak silap di Tampin kot... Penang ngn Perak kat Nibong Tebal tuh....heheheh

nak best lagi... carik sempadan yang banyak negeri sekali gus....hehehe boleh in many places at once... hehehehe...

OK.. nice try everbody... see u again next semester... korang tak jemu ke ngadap muka lecturer yang sama je setiap semester... itu lah soalan .. yang UJ pernah tanya ngn students... hmmm boleh dorang cakap.... what to do.... cam sengal je ....

hmmm ada yang tak puas hati dengan skima jawapan... hmm kalo nak cek balik skrip jawapan anda ...heheh biasalah RM50....

see u when i see u ...


gambar hiasan... bukan UJ tuh... orang lain... hehehe

---kekadang UJ yang dah tua ni kan.. terpaksa pretend and berlakon gitu menjadi remaja balik... semata-mata nak menyelami hati students ... dan kadang2 benda yang tak suka pun terpaksa menyukakan diri...hmmm

Tuesday, May 25, 2010

wanna be in 2 places at the same time....HOW?

how to be in two places at the same time?

Beberapa har
i lepas ada UJ posting mengenai KTMB.. hmm baru malam tadi ada cerita kat berita d TV mengenai ini kan? so tak lama lagi... apa jadi dengan bangunan sejarah setesen KTMB tu ekkk? secara kasar memang tanah KTMB di Singapura agak bertaburan seperti di Kranji, Tanjong Pagar dan Woodlands termasuk juga lah landasan keretapi yang menghubungkan ke tanah besar semenanjung.... bermula dari JB ke pulau temasek itu... dan kalau tak silap UJ tak lama lagi semua urusan imigresen KTMB yang dalam tahun 2011 akan dipindahkan dari tanjong pagar ke woodlands pula akan berpindah sepenuhnya ke tanjong puteri di JB...mungkin dalam tahun 2018,. so tanah2 KTMB yang sebelum ni diganti dengan tanah yang lain di Singapura dan akan dibangunkan bersama antara kedua-dua negara... Singapore memang bijak.....

************************

MALAYSIA TO RELOCATE TANJONG PAGAR TRAIN STATION TO WOODLANDS -

by BERNAMA

SINGAPORE, May 24 (Bernama) –- Malaysia today agreed to move the Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) station at Tanjong Pagar here to the Woodlands Train Checkpoint (WTCP) by July 1, 2011. Malaysia will also co-locate its railway customs, immigration and quarantine (CIQ) facilities at the WTCP. These were some of the major decisions reached by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his Singapore counterpart Lee Hsien Loong during the leaders' retreat at the Shangri-La Hotel here. When they met, both leaders were looking at the matters arising from the Points of Agreement (PoA) on Malayan railway lands in Singapore which had long become the obstacles to their countries’ good bilateral ties. Najib and Lee agreed to move the issues forward and both countries decided to jointly develop the KTMB lands around Singapore to maximize its full potentials.

************************

so lets answer the title of the entry... how...

if you want to be in two places at the same time???


sekali imbas, bangunan KTMB ni, banyak juga nilai estetika nya kan? lebih2 lagi tentang pengaruh luar dalam warisan senibina bangunan-bangunan Malaysia... memang macam tu pun kalau tengok kebanyakan stesen KTMB kan? ada kaitannya dengan sejarah.... ingat sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...

those pictures are the clue.... hmmm woiii korang faham tak apa yang UJ maksud kan ni? try r komen... komen r.... satu lagi clue... hmmm ada unsur-unsur romantis skit.... hehehe fida... consider jiwang gak ke..?

Monday, May 24, 2010

TEMPLATE BARU


hmmmm tak ada kerja ... tapi ni 1st time tukar template... sekali tgk hijau... macam dalam taman... lagi kali macam dalam hutan...banyak kali lagi, tengok punya tengok macam haremmm

biar r dulu... erkkk tengok lama mana bertahan....

Friday, May 21, 2010

thanks to a blog by a man who sold his spanar and bought a pen

syukran ya khairi
terima kasih kecek2 sendiri

tahniah kepada yang berjaya... yang tidak... sudah tentu juga diucapkan TAHNIAH kerana berani mencuba... seperti tujuan asal UJ membina blog ini adalah ingin mengasah bakat dan melatih diri untuk 'menulis'... walaupun kekadang banyak masa pabila di hadapan skrin banyak dihabiskan menjenguk-jenguk ke blog orang... mungkin di situ juga cara untuk belajar menulis...

mula-mula nak ulas ke tak, nak ulas ke tak... pas tulis pula... berfikir lak nak publish ke tak nak publish ke tak? akhirnya ... rasa OK juga lah... terus publish je entry kali ni... iaitu mengenai contest blog khairi tentang penulisan cerita sedih... aha dan UJ tak ketinggalan juga turut serta walaupun di hujung masa...

apa yang buat UJ teruja dengan contest ni ialah berkenaan beberapa frasa yang diutarakan oleh penganjur contest ini sendiri... tidak hairan kan... sebab blog itu kepunyaan khairi.. seorang penulis novel ... sudah tentu ...

***************************

Pertukaran jalinan maya yang efektif --> mengeratkan silaturrahim. Mana tahu dapat jodoh melalui kontes ni? hehehe. Selepas baca cerita sedih korang nanti, saya mahu ceriakan korang dengan hadiah misteri yang akan saya pilih sendiri ini. Tak banyak, tapi better than nothing. Kan? Well. Guys, it's not about money, right? At least we enjoy doing this simple thing. Persahabatan. Cinta. Kasih sayang. Perasaan itu yang ada dalam dada, takkan sesekali boleh dibeli oleh duit, kan? Saya sayang korang semua. Jangan nilaikan ia dengan 'wet'. Anggaplah saya cuma 'divert' kan cek nuffnang itu ke akaun korang. ;-)

It is love, we live for...


***************************
ahaa nah... bukan duit yang menjadi tujuan utama kan... tetapi nilai-nilai yang cukup mulia itu.. menjadi target utama... semoga mereka yang terlibat.. terus berukhuwah di sini... terima kasih kepada blog khairi...

dan sudah tentu adat bertanding walaupun tidak seberapa dan mungkin juga UJ yang beriya entah lah... hehehe tapi best bila diumumkan menjadi pemenang ... tempat pertama pula tuh... UJ baca semua karangan yang mereka yang turut serta... seronok, sedih dan banyak juga gelaknya.... mungkin itu juga faktor UJ antara orang yang paling kerap ke blog khairi... dan mungkin juga kerana memperkenalkan blog khairi kat students so ... semua buka blog khairi melalui blog UJ... jadi.. juga faktor UJ lah orang teratas seperti statistik yang ditunjuk oleh khairi yang kerap ke blognya...

antara yang paling best selain entry yang biasa di muka depan, UJ juga suka dengan post-post yang sebelumnya .. kelakar... cerita hitam, putih, bercakap dengan posmen dll... lawak kan.. hehhe... so kalau tension di pejabat.. di situ lah tempat lencongan UJ...mungkin ramai setuju dengan UJ kan???

***************************
Kisah kedua adalah kisah terpanjang dalam kontes ini. Kisah seorang pemuda handsome yang sudah gatal mahu dibelai jari jemari gebu sang gadis idaman. Saya percaya bukan sebab dipacu oleh rasa stim tanpa pedoman akan tetapi kerana mahu memperkemaskan separuh daripada agama, dia lalu bersungguh-sungguh simpan duit dalam bank CIMB untuk kahwin. Namun begitu, dek kecuaian dan terlalu percaya akan teman yang bernama Faruq, 3 riban duit dalam akaun lesap. Punyala naif muka si Faruq ni sampai ke sudah tak mengaku. Lalu di bawah pokok akasia si pemuda malang itu menitiskan air mata sambil melihat keriangan sepasang kucing ber ehem ehem di atas rumput dalam keadaan bogel. Dengan siasatan polis, ternyata Faruq yang lesapkan duit nak kawin tu. Last-last sekali dia kena siram dengan bini dia dan cerita sedih dia tadi tipu semata-mata hahaha. Akan tetapi, point itu ada dan cerita tu sedih okey. Terima kasih Uncle Joe, Faruq memang jahat!

Wah wah wahhh... panjangnya UJ, mmg betul betul nak karang novel ni hehehe.

hehe. sedih mmg sedih. lawak pun ada. spisis mcm faruk ni ada tao dlm dunia nyata. kalau jumpa, saya katok ngn helmet aje dia/


Congratulations for all winners. Majoriti agak besar di situ, jadi tak boleh dinafikan lagi bahawa cerita seorang lelaki mahu kawin tetapi duit lesap memang menjadi punca kesedihan ramai orang. Tahniah uncle joe kerana berjaya 'mencipta' cerita yang cukup cukup sedih.

********************
tahniah untuk yang berjaya dan terima kasih untuk blog kks.com .... dan terpanggil UJ sekelip mata hasilkan ini. Itu lah maksud nya... hehehe
bijak betul fida... heheheh

-- tak habis2 lagi ke UJ - peduli apa blog sendiri punya