Social Icons

Wednesday, May 5, 2010

bintang dan hotel

ada sesiapa tahu tak kenapa sesetengah hotel dan macam-macam perkara kadang-kadang kita klasifikasi kan dengan bilangan bintang? Kenapa tidak dengan benda lain macam bulan ke planet ke atau pun benda-benda lain ke? boleh kongsi kenapa?


sewaktu mula-mula sampai di bandaraya Damsyik dulu, semua teruja kerana sejuk udara yang mencengkam tubuh sehingga ke tulang hitam...waktu subuh yang cukup sejuk dan dingin, sesejuk pagi di malaysia pun tak de rasa macam itu...waalaupun ketika itu, telah masuk summer.

selepas semua selesai, rombongan pelajar baru dibawa melawat ke utara Syria iaitu Halab atau dikenali juga dengan panggilan Aleppo..di sana pada awalnya dikhabarkan kita semua akan tinggal bermalam di hotel yang sederhana baik, kira-kira 3 bintang...

tapi cukup terkejut dengan keadaan hotel tu...walaupun dah lama ditempah oleh senior-senior...hmm gitulah perangai arab...janji tak pernah ditepati dengan sebenar-benarnya...tempahan kami untuk beberapa bilik diberi hanya satu bilik walhal yang nak duk nya ramai, satu buah bas eksperes semua pelajar-pelajar baru, yang juga baru sampai ke bumi Syam tuh...so memang lah tak cukup mana tak nya, tak kan lah satu bilik nak dimuatkan dengan semua...so pihak hotel menempatkan kami di loteng...

beginilah rupa hotel lelebih kurang - gambar hiasan

negara arab, tahu sahaja la kan...hujan terlalu kurang so banyak bangunan mcam kota-kotak...tiada atap zink, asbestos ke atau genting dll macam kat Malaysia. tingkat paling atas adalah tempat untuk mereka lepak malam-malam, dan ada juga sesetengah bangunan dijadikan restoran tanpa bumbung...

nak dipendekkan cerita, kami ditempatkanlah di atas sana...dihamparkan dengan satu seorang tilam yang nipis, bantal dan juga gebar yang nipis...kerana penat, tiada pilihan kami akur dan di situlah kami bermalam untuk malam itu...

beginilah bumbung bangunan yang mereka jadikan tempat tidur kami pada malam tuh - gambar hiasan je tapi lebih kurang cam ni lah

dan dalam cerah malam itu sambil berbaring di bumbung , aku terfikir, ini hotel bukan sekadar 3 bintang atau 4 bintang, malah beribu, berjuta bintang boleh aku nampak dari tempat aku tidur tuh....

sedikit cerita tentang bintang dan hotel...kembali kepada pertanyaan di awal tadi,UJ juga ingin tahu kenapa dengan bintang tidak dengan benda lain...boleh bagi komen..?

8 komen:

Afida Anuar said...

kesian UJ...tapi besttnyer tidur berbumbungkan langit yang dihiasi berjuta bintangg...kat sini kalau buat mcm tu alamat bala tentera nyamuk datang menyerang la...

hurmmm..berkaitan bintang......sebab bintang itu...adalah bintang;)

apa kata UJ pulak terai tukar style...bila UJ ada hotel nnti, UJ buat hotel 5 bulan...amacam? ^_^

Jankaulu said...

bintang-bintang berkerlipang, hanya satu bintang di hatiku...kata amy mastura.

malam bulan dipagar bintang indah seri cuaca alam kata Tan Sri Pramlee

mungkin bintang sebagai metafora kecemerlangan, entahlah joe...

bofoyengfeng said...

heh heh heh...pak arab punya putaq belit lagi kaw bro... serius!

pasal bintang tu....gua tak tau la plak sebab apa rating bagi dengan bintang, tak dengan makhluk lain...ehem pelik juga kalau rating bubuh dengan makhluk lain...

Mesintaip: said...

1. Kenapa bintang, tidak benda lain, contohnya bulan ke apa ke. Hmm...kalau tukar kepada bulan, ada beberapa buah negeri sudah dapat bulan ni. Kelantan bertaraf 1 Bulan (0), dan Kedah dapat 1 Bulan (0). Kalau tukar kepada sistem kiraan mata pula, Selangor bertaraf 1 Mata (),hehehehhh...

2. kalau nak bintang juga, kebrutalan komunis di negara kita dulu cuma dapat taraf 3 Bintang saja (Bintang 3),

uj said...

fida - UJ nak buat hotel... hehehe duk hotek majikan tanggung pun dah suka bagai nak gila...hehehe

sukiman - hehehe tiga malam tanpa bintang, ku petik bintang-bintang, bintang malam, bintang kejora dan bukit bintang...hmm mungkin juga
tapi kenapa bintang metaforanya tak menda lain...

bofo - huhuhu betul pak arab mcm tuh, tapi ada juga yang bagus...bayangkan member UJ pernah tercicir beg di bandaraya Damsyik, time tuh orang Malaysia kat situ tak ramai pun dalam 100 orang je, dan kita lum ada embassy pun... tapi beg itu dapat semula, hanya kerana dorang nampak muka cam orang Malaysia lalu dorang pulangkan balik..dan isi dalam beg tu tak nampak disentuh pe pe pun..tiada barang yang hilang pun..dan beg itu kembali ke membe UJ dalam masa seminggu ... yang baik mcam malaikat yang jahat teruk dari setan...

mesintaip - hehehe...dekat sarawak ada bulan tak? tak pernah sampai lagi sana...teringin juga nak tengok-tengok ...

ozzy said...

salam..kenapa bintang ??
Rasanya krn bintang itu berada dilangit maka ia dikurniakan sebagai anugerah yang bermaksud anugerah yang tinggi

Mesintaip: said...

Bulan masih bentuk bulan sabit di Sarawak ni. Insya Allah, cukup masa dan tempohnya, ia akan mengambang juga nanti.
Jemputlah datang, pekena terubuk masin Sarawak...terleleh air liur kalau goreng cecah dengan asam limau dan cili padi. Kira taraf 5 bintang rasanya.

uj said...

OZZY - hmmm betul juga teori tu...

mesintaip - insyaAllah...a'a kecur liur mendengarnya...