Social Icons

Saturday, May 1, 2010

cuti

NAK CUTI KE TAK NAK DORANG NI...
Selamat hari pekerja, bekerja lah dengan selamat dan bahagia.. Yang penting untuk mendapatkan gaji yang halal..Ramai jugak yang bercuti sampai hari isnin...contohnya Fida dah pun balik kampung nya di Kuala Terengganu, sebut ganu ni aku jeles nak balik gak ni... UJ tak cuti lak Isnin ni, tempat kerja UJ siap bebudak ada exam lagi Isnin ni so tak de lah cuti.. Khairi cuti tak? Tapi ada kat Johor ekkk sekang?...

tapi dalam tengah-tengah orang duk happy labour day ni...tak kisah lah buruh ke tak ke, tapi hari pekerja la...ada lagi yang duk menyebok nak wat kerja yang tak sepatutnya dorang buat kerja...ada ke patut, menawarkan diri nak kerja bunuh orang... bukan calang-calang orang, plak tu...nak bunuh ulama' tersohor di negara kita... woiii kenapa la bijak sangat kepala otak dorang ni...kadang-kadang kesian plak, kesian gak spesis camni, kenapa lah dorang ni tak dapat nak anugerah nak melihat kebenaran...tak tahu ke kita yang sudah lama kewafatan nabi SAW...so pewarisnya ialah ulama..tak pernah belajar ke kat PASTI...mana yang setuju dengan UJ, nak tahu ke sapa dorang nak bunuh tu...ada ke patut ...ada yang sanggup nak ke tali gantung semata-mata nak bunuh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.. MB Kelantan...dengar dek orang Kelantan yang sememangnya sinonim dengan gedebe kalau tak kena cara apatah lagi nak pergi bunuh MB dorang plak... jaga mulut skit la woi...bukan tempat nak carik publisiti murahan gitu....

TAK PERCAYA ... JOM KLIK SINI

sudah lah kita tersentuh dan tertanya-tanya lagi dengan kematian adik aminulrasyid yang dibunuh polis...uisss...mungkin dah dengar kan pasal hal ni.... uishhh pelik la jugak orang Malaysia kita kan.....

YANG NI JOM KITA TENGOK SINI
http://pyanhabib.blogspot.com/2010/04/nota-kecil-kepada-perdana-menteri.html

dan yang bawah ni plak...alahai mak cik gayah ni...siapa yang kolot sebenarnya...adusss ada juga makhluk sebegini kat Malaysia...ambil anugerah manusia paling BENGONG sekali kat Malaysia ni...iaitu makcik Gayah ni...

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'

Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

SOL tu sisters of liberalism.....rasanya pada UJ usaha ini bukan nak mengenepikan kaum wanita, itu satu penghormatan kepada kaum perempuan dan keistimewaan ni perlulah diambil kepada mereka yang bergelar kaum HAWA, tak kiralah apa jua bangsa, kita kan 1Malaysia...dan untuk pengetahuan makcik Gayah bukan di Timur Tengah je, kat Jepun, Korea dan negara eropah dah lama prkatik menda gini....uiksss tak pernah melancong ke negara orang ke? ke pernah gi timor tengah je...apa laaa..

YANG NI BOLEH LAH TENGOK KAT BLOG FAISAL TEHRANI MENGENAI
KOC WARNA PINK KHAS UNTUK WANITA
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/04/cerpen-mikro-sisters-of-liberalism.html
dan

KOMEN AFIDA ANUAR
KAT BLOG KHAIRI PUN BOLEH GAK...BAWAH NI LINK TENTANG POSTING TUH
http://mohdkhairimohd.blogspot.com/2010/04/bergesel-geselan-dalam-komuter-ada.html

So amacam la dengan cuti kita, sedikit terganggu di kepala otak ...tengah nak bercuti baca berita cenggini ek...hmm cuti tetap cuti kan uiksss..sedar-sedar lah... dunia dah nak kiamat...

kalau tak ade apa-apa ada baik nya pergi ke blog ni ada faedahnya...rasa juga keinsafan memuhasabah diri...insyaALlahh.. boleh lah jenguk ke blog member UJ ni sorang..i admire him..so much...well done..

KLIK LINK BAWAH NAK KE BLOG BROTHER OZZY, AMATI BICARANYA

6 komen:

pyanhabib said...

joe,
nak ambil tampal poster aminulrashid, ambillah.
abang pun ambil dari orang punya.

Afida Anuar said...

hehe UJ, di sambung ke sini rupanya pasal makcik gayah bengong tu..erkk...

Rafi Harumin said...

makcik gayah tu... statement macam kemaruk je...

Mesintaip: said...

Semoga Allah melindungi ulama seperti TGNA tu, dan membinasakan hidup mereka yang berniat jahat kepada beliau. Bab-bab nak bunuh ulama dan tokoh agama ni bukan suatu yang baharu. Sepanjang sejarah perjuangan Islam, banyak watak-watak yang telah membunuh dan ingin membunuh pejuang agama ini. Dalam kalangan Bani Israil sudah terlalu banyak para nabi yang mereka bunuh. Nabi Muhammad sendiri pun diancam bunuh dan ada usaha untuk membunuh baginda namun Allah pelihara baginda. Bahkan, sampai jenazah baginda pun, pihak musuh ni nak curi kerana dalamnya dendam kesumat mereka. Namun Allah tetap memelihara jasad baginda. Apatah lagi golongan ulama warisan anbia, mereka orang biasa, maka tidak hairan golongan-golongan yang membenci perjuangan para ulama ini berusaha untuk membunuh karier politiknya mahupun membunuh jiwa tokoh tersebut oleh kalangan para munafik Islam. Kita memohon agar Si Peniat Jahat itu cepat sedar dengan apa yang telah dilafazkannya.

r.o.l. said...

UJ, masyarakat kita cepat betul membandingkan diri kita dengan Barat. Bukan semua Barat buat itu buruk, tapi bandingkanlah dengan bijaksana.

Ingatan buat diri saya dan semua pengguna Internet dan Facebook, jangan main taip sebarangan. The Internet never forgets. :-)

uj said...

bro pyan - terima kasih bang...

afida anuar - hmm memang mcm tak puas hati belum habih lagi ... tp tak elok gak lama lama sangat kan...

ashrafi - a'a ..entah lah dia terlepas pandang apa yang patut dia perlu pandang...

mesintaip - a'a UJ setuju sekali, namun itu lah ...kira boleh tahan lagi dulu yang menentang rasulullah saw mereka yang bukan islam... tapi yang menentang ulama sekarang ni ...hmmmm entah laaa

r.o.l. - betul... buat sesuatu pun dengan bijaksana...even yang buruk pun masih kita boleh ambil pengajaran untk kita jugak...dan islam banyak jugak dipraktikkan oleh yang bukan islam...yes the internet never forgets but insan ni yang alpa...:-)