Social Icons

Thursday, May 6, 2010

secebis episod kehidupan

Tak ada apa sangat nak dinukilkan malam ni...so UJ biarkan gambar-gambar ni sahaja yang berbicara mewakili idea yang ada, secangkir cuma...gambar-gambar ni antara koleksi yang UJ simpan ketika mula-mula kenal internet lama-lama dulu... sewaktu pakai cermin mata type alternatif lagi...hehehe jom scroll kat bawah apa ceritanya ... mungkin dapat kongsi bersama, mana yang baik diteladani, yang buruk haaa kita hindari....

--------------------------------------------------

kalau dulu UJ selalu begini dan suka begini, dari sekolah menengah rendah di KT, sampai menegah atas selalu saje begini... kadang-kadang benci dengan diri sendiri...time tu mentah lagi... selalu mencari jawapan yang pasti, kenapa begitu tidak begini...arghhhhhhhhh



keadaan berterusan hingga lah ke kolej di Klang termasuklah satu kolej swasta di PJ untuk seketika... selalu begini dan begini tidak pula jadi begitu, tapi tidak pernah tahu kenapa jadi begini...pelik... kenapa?....selalu bertanya sendiri...


Ingatkan akan berubah tetapi tidak... ia berterusan malah menjadi-jadi ketika di Universiti pula, time kat luar negara pun sama juga, kat dalam Malaysia pun sama...
Namun sambil-sambil begini, aqidah UJ tak pernah lupa dan harap terus gah dan mantap untuk diri sendiri dan orang lain juga.... tapi sampai bila nak jadi begini...?


habis belajar UJ dah mula bekerja, Alhamdulillah rezeki datang dengan mudah, belum grad pun UJ dah mula ditawarkan bekerja, sebuah daerah tidak terlalu asing, tapi okay jerr di Pekan, Pahang. UJ bertekad untuk berubah... benak mula meracau, berimaginasi, mencari diri, mengelamun sana, melangut sini

sesekali begini....


sesekali pula macam ni....


akhirnya pening sendiri, UJ cari jalan keluar... sesekali lari dari dunia biasa, pergi mencuba... mungkin inilah caranya...


tapi bukan mudah...mungkin kerana kita selalu lupa pada pencipta...banyak masa dihabiskan kerana dia...barangkali sebentar cuma memikirkan tentang DIA... UJ sedar itu salah... UJ mula sesuatu yang baru... hidup perlu sentiasa bermuhasabah... UJ cuba bermujahadah...


Alhamdulillah UJ dah mula jumpa, walaupun belum pasti macamana... untuk UJ biarlah mereka putuskan, sebagai mengambil berkat mereka yang dewasa.. mudah-mudahan dirahmatiNya.


ternyata keputusan UJ bukan sia-sia...mungkin kerana yakin DIA lebih mengetahui segala-galanya...dan apa yang ada di sebaliknya...tak perlulah simpan lama-lama...air pun dah naik di kepala....soooo


dan akhirnya espisod baru mula bermula...mudah-mudahan baik-baik belaka dan akhirnya, datang lah dia...siapa? tuuuuu kat bawah....


hehehe tak habis-habis lagi UJ...mungkin itu komen mereka pula..peduli apa... blog sendiri punya ...

12 komen:

Afida Anuar said...

Ni antara entry terbaikkk UJ...mantapp!;)

pasti maisarah aqila ni ikut muka mak dia kan? comelll sangattt...nak kata ikut UJ, mcm takde..erkk;)hehe

ozzy said...

Tahniah..yang sulong ke?

Mesintaip: said...

Begitulah perjalanan kehidupan. Sering diterjah dengan persoalan-persoalan hidup dalam mencari sesuatu kepastian. Namun, apabila Allah membuka hijab rahsia kehidupan, maka ketika itulah kita akan melihat hikmah setiap apa yang telah Dia takdirkan kepada kita. Dan, begitulah seterusnya, kehidupan itu terus-menerus bersambungan dari generasi ke generasi, dari zuriat ke zuriat yang mana formatnya sama iaitu persoalan-persoalan hidup akan berlegar dalam pemikiran. Kerana itulah, al-Quran di turunkan sebagai panduan dalam memecah kebuntuan pada persoalan-persoalan kehidupan itu, khususnya tentang dari mana kita datang, untuk apa kita datang dan ke mana kita akan kembali. Maka, kesedaran yang sudah ada dalam diri kita (ibu bapa) tentang hakikat kehidupan ini wajib diperturunkan kepada anak-anak (zuriat) dalam tarbiyah kita agar mereka tidat sesat dalam mencari jatidiri sepanjang kehidupan mereka nanti.
Maaf, kalau terlalu mengambil banyak ruangan ini untuk berbicara.

Amrixxx said...

yeps..
aku bersetuju dgn pendapat mesintaip..

walaupun hidup ini penuh dgn berliku & persoalan.. yg meluruskannya adalah Al-quran sebagai panduan..erm..

uj said...

fida - hmmm terima kasih hehehe... baby UJ entah lah...tak jelas lagi nak tgk mana menurunnya...huhu tp tang mata ada gak nampak ikut abahnya...nanti sesenang baby gi cyberjaya nak jumpa makcik fida...

ozzy - a'a yang pertama...UJ lewat skit kahwin...tp alhamdulillah, yang pertama ni cepat dtgnya...

mesintaip - tak de hal... best baca... ada ilmu disebaliknya...insyaAllah...sebagai pedoman setiap masa...doakan kami semua..

Am - ye betul...2 perkara di dunia ini yang boleh mmbawa kita berjaya dan hidup dalam erti kata sebenarnya...satu boleh bersuara yang satu lagi diam membisu...apakah dia...alquran - setiap kata-kata di dalamnya..dan mati - ia diam membisu...Dan kedua-duanya sentiasa mengingatkan kita jika kita mengingati kedua-duanya...oooops panjang lak...

TERIMA KASIH SEMUA...SALAM UKHUWWAH

Pacifist said...

salam ziarah sahabat.
luahan hati yg ikhlas ttg apa yg kita pikul.semua org mahukan kebahagiaan/kesenangan dll.ttp itulah hakikat dunia, kesakitan/kepedihan/kegembiraan/keuntungan bersilih ganti.semoga kita mendapat kekuatan utk diri sendiri dan juga kekuatan merubah sesuatu.semoga usaha kita yg kecil ini memberi impak di masa depan.tahniah juga atas kehadiran cahayamata itu.menjadi penyeri dan pengikat rumahtangga.

Afida Anuar said...

Owhh meh la baby..wahh tak sabarnye nak jumpa baby maisarah...

tapi UJ, cyberjaya tak de apa pun. Bangunan opis je berlambak... Pi putrajaya ok sket kut, sbb ada banyak melawat;)hehehe

uj said...

terima kasih pacifist...

MF said...

Salam uncle.
Nice..

Nmpak kjujuran critenya w/pn ringkas.

Itu kelebihan UJ rsanya. Kta2 UJ tmpak jujur dn ikhlas. =)

Byk pengajaran yg dpt diambil jga..
Syabas... ^_^

ps: gmba tu ad yg lukisan sndiri ke?

uj said...

w'salam SOA - terima kasih ...masih mengikuti kisah2 lama di sini...hmm bukan UJ amik dr internet dah lama dah...tp UJ kenal siapa pelukisnya pernah join dorang nya club lukisan dan fotografi...tp UJ join yg foto je..lukis2 ni tk pandai r..tp minat....seni fotografi ni best jugak...tp tak banyak belajar ....sebab camera koman je ada...UJ minat sebab Ustaz azhar....kalo di terengganu terkenal dia ni, bagi kuliah...rupanya dia pun expert dlm seni fotografi ni...sekali tgk ustaz tak sangka lak....hmmm rasenye link pasal fotgrafi dia kat digital mukmin ..cuba r google...

bu the way kisah ringkas tu ...kisah benar...kisah untuk dikongsi bukan untuk diriya'..ecehhh lagi pun tak de mende nak dibangga kat situ pun ...

ok anakbuah...keep in touch ekkk...anak2 sedara UJ ramai yg sebaya SOA n IJ ni...

kalo bukak IJ n SOA...selalu UJ rase indahnya ukhuwwah ni...maintain k...UJ suka..:-)

..panjang la plak..

MF said...

waa.. dh try bka dh web digital mukmin.. subhanallah.. jd berminat jga la UJ.. huhu
hebat ustaz ni.. btul3, Islam itu kn luas ye x.. mnikmati alam ciptaanNya, mmg baik sgt la tu.. =)

UJ, sma la kita. mcm sy pun, suka jga tngkap2 gmba ni.. sbb itu, msa cuti dua sem lepas, beli hnset C910.. sony-ericsson.. hehe.. tp camera 5 m.pixel je la.. xde la pla lens2 nya..

tp bsykur jga, klu yg DSLR tu, segan nk bwa ke mna2.. besar pla tu.. tp dgn hnset ni, hehe, mmg nipis la.. nk tngkap gmba, nk candid pn xsegan.. kadang, org xsdar pun.. huhu ^_^

huhu.. SOA n IJ, inshaAllah.. moga-moga ia bkekalan hingga ke 'sana'.. aminn ^_^

SOA pn byk blaja dr UJ.. utk lbih ikhlas dn jujur dlm mengomen.. huhu.. cntik la bhasa UJ.. lg pnjang, lg bagus.. ^_^

Unknown said...

weeeeeeee....hehe..nice bang!terbaik la..heppy ending story!hehe